You are on page 1of 1

Implikasi kesediaan belajar terhadap pdp

Guru perlu mengenal pasti tahap kesediaan belajar murid. Tujuannya supaya guur dapta
menyediakan isi pelajaran dan aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan kemampuan murid.
Bagi murid yang belum mencapai tahap kesediaan belajar yang diperlukan, guru bolehlah
menyediakan aktiviti yang mampu membantu meningkatkan kesediaan belajar berkenaan.
Contohnya, latihan memegang pensel, latihan koordinasi mata-tangan diadakan sebelum
murid dapat belajar kemahiran yang memerlukan kemahiran menulis.

Guru boleh memilih isi pelajarna yang sesuai dengan keupayaan murid untuk
mencapai hasil pembelajaran yang disarankan. Guru perlu menyesuaikan isi pelajaran
dengan tahap kesediaan belajar murid. Pemilihan isi pelajaran yang sesuai perlu
diutamakan untuk memastikan murid dapat menggarap isi pelajaran selaras dengan
keupayaan diri.

Strategi pembelajaran koperatif boleh dijalankan. Struktur pembelajaran koperatif


bersifat melayani perbezaan individu. Dengan ini, setiap murid dapat menguasai
pembelajaran mengikut tahap kesediaan belajar masing-masing. Pengajaran kepelbagaian
pelajar juga boleh dijalankan. Pengajaran kepelbagaian pelajar mengubah suai isi pelajaran,
proses pembelajaran dan hasil pembelajaran mengikut keperluan murid agar mereka dapat
menguasai pembelajaran mengikut kemampuan, minat dan gaya pembelajaran masing2.
Antara teknik yang seuai diaplikasikan iaitu peer-tutoring.

Penyampaian isi pelajaran perlu diperingkatkan daripada pelajaran yang senang


kepada pelajaran yang sukar, daripada sesuatu yang dalam pengetahuan kepada suatu
yang di luar pengetahuan. Pemeringkatan isi pelajaran mengikut struktur sedemikian dapat
membantu guru membimbing murid mengikut kesediaan belajar masing2 dan secara
beransur-ansur ke arah pencapaian matlamat pembelajaran.

Program pengayaan dan pemulihan membantu murid yang kesediaan belajarnya


jauh berbeza. Misalnya, program pengayaan bagi murid yang kesediaan belajarnya berada
pada tahap yang tinggi dan pemulihan bagi membantu murid yang rendah tahap kesediaan
belajarnya. Dengan yang demikian, murid tidak akan ketinggalan dalam pembelajaran. Guru
juga boleh mengadakan pengayaan dan pemulihan yang melibatkan murid cemerlang
membantu murdi yang belum menguasai pembelajaran yang diajarkan. Teknik ini dikenali
sebagai peer-tutoring.

You might also like