You are on page 1of 1

Konsep2 Asas dalam teori pelaziman klasik

Pengulangan

Pembelajaran berlaku melalui proses pengulangan yang kerap hingga wujud perkaitan yang
jitu antara rangsangan neutral dan rangsangan semula jadi. Proses pengulangan ini
menghasilkan pembelajaran yang berupa hasil perkaitan dua rangsangan tersebut. Justeru,
pembelajaran berupa gerak balas kepada rangsangan yang dilazimkan.

Generalisasi

Setelah anjing biasa dengan bunyi loceng, iaitu ransangan terlazim, lama-kelamaan anjing
memberikan gerak balas kepada bunyi2 lain yang menyerupai loceng seperti wisel. Proses
ini dinamakan sebagai generalisasi. Hal ini bermakna anjing dapat membuat pemindahan
pembelajaran. Selain itu, murid yang takut kepada guru Matematik yang selalu menegaskan
ketepatan menjadi takut kepada semua guru yang mengajar Matematik.

Diskriminasi

Anjing tidak memberikan respons kpd bunyi lain kecuali bunyi loceng. Bunyi2 lain selain
bunyi loceng ialah rangsangan neutral. Proses ini dikenali sebagai diskriminasi iaitu
memberi respons kepada rangsangan tertentu sahaja. Murid takut kepada guru Matematik
tetapi tidak kepada guru2 mata pelajaran lain.

Penghapusan

Setelah terbentuk gerak balas anjing terhadap bunyi loceng, Pavlov membunyikan loceng
tanpa memberikan daging. Prosedur ini diulang2 sehingga akhirnya, anjing tidak lagi
memberikan gerak balas kpd bunyi loceng. Proses ini dikenali sebagai penghapusan.
Perasaan takut kepada guru Matematik boleh diatas jika murid mendapat guru Matematik
yang memahami kelemahan dan menggunakan kaedah yang sesuai. Perasaan takut dan
benci kpd Matematik akan terhakis secara beransur2.

Pembelajaran semula

Setelahbeberapa minggu terhapus gerak balas terlazim, Pavlov menyertakan semula


rangsangan terlazim (loceng) dengan rangsangan semula jadi (daging). Anjing memberikan
gerak balas semula jadi (lelehan air liur) yang kemudiannya menjadi gerak balas terlazim.
Hal ini bermakna proses pembelajaran berlaku semula.

You might also like