You are on page 1of 17

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME.

Pengasas teori pembelajaran behaviorisme adalah Ivan Pavlov, Edward Thorndike,


B.F.Skinner dan Watson.
Teori Pelaziman Klasik diasaskan oleh Pavlov dan Watson manakala Teori
Pelaziman Operan diasaskan oleh Thorndike dan B.F.Skinner.
Teori Behavioris ini dikenali sebagai teori tingkah laku, amat mengutamakan
pembelajaran kemahiran-kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal.
Teori Pelaziman Klasik lebih cenderung untuk menilai emosi dan tabiat manusia atau
haiwan sebelum dan selepas pelaziman.
Teori Pelaziman Operan pula lebih cenderung untuk menilai tingkahlaku yang
berlaku kesan daripada ransangan dan peneguhan sebelum dan selepas pelaziman.
Terdapat dua jenis prinsip pelaziman Operan iaitu peneguhan (positif dan negatif)
dan hukuman (positif dan negatif).
Contoh peneguhan positif : memberi pujian atau gula-gula kepada pelajar. manakala
peneguhan negatif adalah mengecualikan pelajar daripada aktiviti yang mereka tidak
sukai.
Contoh hukuman positif adalah merotan pelajar manakala hukuman negatif pula
iaitu menarik balik kebenaran menonton rancangan yang mereka sukai seperti
rancangan kartun pada waktu rehat.
Teori Pelaziman Klasik adalah merujuk kepada pembelajaran haiwan dan manusia
yang terhasil daripada gerak balas automatik terhadap sesuatu ransangan yang
mula-mula tidak memberikan sebarang kesan.
Teori ini menegaskan bahawa pembelajaran adalah sebagai satu perubahan dalam
bentuk atau frekuensi tingkahlaku.
Seterusnya pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli) ransangan dalam
persekitaran supaya pelajar dapat memberi respons dan diberi pengukuhan.
Behaviorisme adalah perhubungan antara ransangan (R) dengan gerak balas (G).
Tingkahlaku adalah gerak balas yang nyata dan dapat diramalkan.
Untuk pembelajaran yang berkesan, guru mengaitkan pengalaman positif dengan
tugasan pembelajaran.
Bimbing pelajar gunakan kemahiran generalisasi dan diskriminasi dengan tepat.
Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan ransangan terlazim dan gerak balas
terlazim.

Teori Pelaziman Klasik Pavlov


Ivan P.Pavlov merupakan pelopor konsep pelaziman klasik.
Bahan uji kaji beliau adalah seekor anjing. Beliau membunyikan loceng dan
memerhatikan gerak balas anjing.
Menurutnya, setiap ransangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas pula
ialah apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul kesan dari ransangan.
Kata kunci teori beliau ialah pembelajaran melalui perkaitan. Iaitu perkaitan antara
ransangan dan gerak balas.
Pembelajaran daripada perkaitan dua ransangan dikenali sebagai pelaziman klasik.
Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan
melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov iaitu : Pembelajaran
semula, generalisasi, diskriminasi dan penghapusan.

Implikasi Teori Pavlov ke atas pengajaran dan pembelajaran.


Kaitan antara ransangan dengan gerak balas boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara ransangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan.
Semakin kerap ransangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh
gerak balas terlazim itu..
Motivasi memainkan peranan penting dalam pembelajaran.
Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. Justeru
itu pelajar mesti dilibatkan dalam proses pengajaran.
Generalisasi boleh berlaku semasa proses pembelajaran.
Penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan atau diberhentikan.
Pembelajaran berkesan akan berlaku jika guru dapat membantu pelajarnya
mendiskriminasikan jenis ransangan yang perlu diberikan tumpuan.
Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru itu
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Teori Pelaziman Klasik J.B.Watson


Seorang ahli psikologi Amerika.
Kajian beliau ialah tentang emosi kanak-kanak.
Ahli psikologi yang pertama menggunakan perkataan behaviorisme.
Beliau sangat terpengaruh dengan model pelaziman klasik Pavlov.
Perbezaan antara manusia adalah pengalaman. Pengalaman yang baik boleh
diubah menjadi pengalaman yang buruk.
Menurut beliau, manusia mempunyai tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih
sayang.
Emosi boleh diajar melalui proses pelaziman.
Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.
Eksperimen yang beliau jalankan adalah antara Albert (berusia 9 bulan) dan seekor
tikus putih.

Aplikasi pelaziman J.B.Watson dalam pengajaran


Tingkah laku positif boleh diajar dengan ransangan yang sesuai.
Pelajar hendaklah belajar perhubungan gerak balas secara sistematik.
Bagi pengukuhan ingatan, latihan hendaklah dijalankan secara kerap.
Ransangan hendaklah digunakan bagi memotivasikan pelajar supaya minat belajar.
Minat pelajar boleh ditimbulkan atau dihapuskan.
Persekitaran adalah amat penting bagi mendorong perkembangan potensi
pelajar.Persekitaran yang kaya dengan bahan pengajaran dan asuhan serta
bimbingan guru dan ibu bapa yang baik akan membantu kanak-kanak menikmati
perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Teori Pelaziman Operan Thorndike


Seorang ahli psikologi Amerika.
Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang
perkaitan ransangan dengan gerak balas.
Beliau telah mengkaji tingkah laku dan gerak balas seekor kucing untuk
mendapatkan makanan juga beberapa haiwan lain.
Beliau juga berjaya membentuk tiga hukum iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan
dan Hukum Kesan.
Hukum Kesediaan pelajar/seseorang bersedia belajar (ransangan motivasi) maka
pembelajaran akan berkesan dan memuaskan . Pelajar belum bersedia atau dipaksa
belajar (tanpa ransangan) maka pembelajaran tidak berkesan.
Hukum Latihan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah
kukuh jika ada latihan, pengulangan serta aktiviti pengukuhan diberikan.
Hukum Kesan Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh
sekiranya ada kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan
diulang.
Sekiranya kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap
dan pertalian antara ransangan dan gerak balas akan lemah.

Implikasi Teori Thorndike ke atas pengajaran dan pembelajaran


Mengadakan pelbagai ransangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang
menyeronokkan.
Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul.
Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran.
Sentiasa menilai kesediaan pelajar.
Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi
yang sesuai.
Banyakkan aktiviti latihan, ulangkaji serta pengukuhan dalam keadaan yang
menyeronokkan.
Pembelajaran juga boleh berlakumelalui usaha cuba jaya.
Teori Pelaziman Operan Skinner.
Burhrhus Frederic Skinner mempunyai ijazah kedoktoran psikologi dari Universiti
Harvard. Beliau melanjutkan usaka Thorndike dalam kajian tentang pelaziman.
Teori beliau juga berasaskan ransangan dan gerak balas.
Beliau menggunakan tikus untuk kajiannya yang terkenal iaitu Skinner Box.
Skinner mengemukakan prinsip pelaziman operan iaitu peneguhan(positif dan
negatif) dan hukuman ( Positif dan negatif).
Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan
berlaku.
Jenis peneguhan positif yang boleh diaplikasikan ; Peneguhan kendiri, pujian, beri
perhatian, memaparkan dan mengiktiraf kecemerlangan pelajar, makanan dan
memberikan peluang menjalankan aktiviti yang disukai mereka.
Peneguhan negatif pula berbentuk dendaan atau hukuman dan ia menyakitkan.

Implikasi Teori Skinner ke atas pengajaran dan pembelajaran.


Guru perlu menggunakan peneguhan positif(seperti pujian atau hadiah) untuk
mengukuhkan tingkah laku yang diingini.
Peneguhan positif perlu dilakukan secara tekal dan tetap bagi menjamin
pengulangan tingkah laku yang diingini.
Objektif pendidikan yang ingin dicapai perlu realistik. Jika tidak pelajar akan
mengalami kegagalan. Kegagalan akan menyebabkan berlakunya peneguhan
negatif.

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN BRUNER


Jerome S. Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli
psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat.
Menurut Bruner, pembelajaran adalah satu proses aktif yang dapat
membolehkan seseorang itu menguasai dan mempelajari beberapa perkara dan
dapat dikaitkan secara bermakna.
Beliau juga menekankan penguasaan konsep untuk kanak-kanak melihat
suatu gambaran secara keseluruhan.
Kanak-kanak perlu memahami sesuatu konsep ketika sessi pembelajaran.
Perkembangan mental kanak-kanak terbahagi kepada 3 tahap iaitu:
a) Peringkat enaktif ( 0 2 tahun )
b) Peringkat Ikonik ( 2 -4 )
c) Peringkat Simbolik ( 5 7 )
Pembelajaran Penemuan Bruner - beliau berpendapat bahawa guru
seharusnya membekalkan pengalaman kepada kanak-kanak untuk membantu
menemui sesuatu idea, konsep atau pola. Murid diperkenalkan dengan satu
fenomena dan murid menyiasat bagaimana keadaan itu berlaku. Setelah jawapan
diperoleh , jawapan itu akan dibincangkan bersama guru dan murid lain di dalam
kelas.
Teori Pembelajaran Induktif - guru seharusnya membekalkan murid-murid
dengan pengalaman supaya murid menemui idea, konsep atau pola yang
diperkenalkan. Pembelajaran Induktif ini juga adalah untuk memotivasikan pelajaran
yang aktif dan membentuk konsep yang difahami.
Konsep pemikiran induktif adalah dari spesifik kepada umum.
Cara pembelajaran induktif ini adalah guru tidak memberikan definisi konsep
yang diajar tetapi pemahaman konsep adalah dibina secara perlahan hasil daripada
pendedahan kepada kanak-kanak iaitu pelbagai aktiviti dan pengalaman.
Menggunakan pengalaman untuk membentuk konsep baru.
Pembelajaran Induktif (Memain peranan latihan pembentukan
konsep aktiviti amali aktiviti lain).
Implikasi Teori Bruner ke atas pengajaran dan pembelajaran
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman, mereka perlu diberi peluang untuk
meneroka, memegang, mencium dan merasa supaya proses ini dapat mewujudkan
pembelajaran bermakna.
Murid tahap 1 , gambar, carta dan objek perlu digunakan bagi memudahkan
pembentukan konsep.
Murid tahap 2 pula,hukum dan prinsip perlu ditekankan agar mereka boleh
mengaplikasikannya di dalam proses penyelesaian masalah.
Motivasi ekstinsik dan motivasi intrinsik perlu ditekankan untuk meransang minat
murid terhadap sains.
Kesediaan murid-murid juga perlu diambil berat serta menambah nilai-nilai murni di
dalam pelajaran.

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN AUSUBEL


David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan yang
menekankan penguasaan bahasa yang bermakna .
Menurut beliau,maklumat dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara
iaitu resepsi dan penemuan melalui hafazan atau bermakna.
Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan
fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka.
* Pembelajaran resepsi (Pembelajaran Penerimaan)

- Ausubel telah mengemukakan model pengajaran ekspositori , iaitu guru


menyampaikan maklumat lengkap dalam susunan yang teratur supaya pelajar dapat
menerimanya dengan baik.
Menurut Ausubel, guru boleh memberikan maklumat kepada pelajar secara
tersusun dan teratur di dalam bentuk kuliah dan ceramah.
Walaupun guru memberi maklumat,idea-idea dan respon pelajar boleh dibincang
bersama guru.
Pembelajaran secara reseps dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos institusi
yang mengendalikannya.
Menurut beliau juga bahawa jika pelajar ingin menguasai maklumat yang banyak
cara yang baik ialah melalui pembelajaran resepsi.
Untuk kanak-kanak yang masih muda, cara pembelajaran resepsi adalah menarik
dan cepat dilupai oleh mereka.
Pembelajaran Penemuan maklumat diperolehi oleh pelajar adalah secara bebas
melalui usaha sendiri, amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif
individu untuk menghadapi ransangan pelbagai serta dapat memenuhi kehendak dan
keperluan pelajar yang lebih matang.
Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal diperkenalkan oleh Ausubel
untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya
pembelajaran optima boleh berlaku.
Pembelajaran Verbal dengan penyusunan awal ini berfungsi untuk menjelaskan
kepada kanak-kanak tentang perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk
pelajaran malah boleh juga menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah
dipelajari.
Terdapat 3 tujuan penggunaan penyusunan awal iaitu memberi gambaran
a) memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran
b) menjelaskan hubungan antara konsepyang akan dihuraikan
c) menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang
telah dipelajari.
Penyusunan konsep dalam bentuk pengetahuan harus disusun dalam bentuk
hirarki iaitu dari konsep umum ke spesifik.

Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel ke atas pengajaran dan pembelajaran.


Guru digalakkan menggunakan penbelajaran penemuan untuk melibatkan murid di
dalam aktiviti penyiasatan, kajian sendiri, pengumpulan maklumat, analisis,membuat
sintesis penilaian dan rumusan.Pembelajaran seperti ini lebih kekal, bermakna dan
menyeronokkan.
Teknik penghafazan masih boleh digunakan oleh guru untuk mengingati
sesetengah perkara seperti rumus-rumus matematik, sifir, puisi dan pantun.
Pembelajaran bermakna ditekankan untuk membuatkan/membantu murid
memahami sesuatu konsep, perkaitan sesuatu isi-isi pelajaran dengan pertalian dan
antara pengalaman baru dan pengalaman lama.
Ketika mengajar guru perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada murid bagi
menjamin kesesuaian bahan dan aktiviti pelajaran yang disediakan.
Guru juga boleh menggunakan pembelajaran superordinat atau pendekatan
induktif atau pembelajaran deduktif .

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN GAGNE


Beliau ialah Robert M. Gagne , telah dilahirkan pada tahun 1916 . Beliuan
merupakan ahli psokologi eksperimental yang berpengalaman . Gagne
menggunakan teori pembelajaran behavioris dan kognitif untuk mengkategorikan
kedayaan pembelajaran ke dalam 5 kelompok utama iaitu kemahiran kecerdasan,
strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor dan sikap. Selain daripada
kategori kedayaan pembelajaran, Gagne (1977) juga mengemukakan lapan syarat
pembelajaran(jenis pembelajaran) menurut hierarki kemahiran kecerdasan. Syarat
pembelajaran tersebut ialah :

1. Pembelajaran isyarat
2. Pembelajaran gerak balas
3. Pembelajaran rangkaian motor
4. Pembelajaran bahasa
5. Pembelajaran diskriminasi
6. Pembelajaran konsep
7. Pembelajaran hukum
8. Pembelajaran penyelesaian masalah

Penggunaan prinsip pembelajaran Gagne :


Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang rumit

Berikut adalah huraian ringkasan lapan jenis pembelajaran mengikut kesukarannya:

1- Pembelajaran Isyarat
Pembelajaran Isyarat berlaku secara semula jadi & tidak sengaja.
Ia adala hasil tindak balas ransangan luar. Individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat. Dalam peringkat ini, kemahiran prasyarat yang perlu
dimiliki oleh seseorang individu ialah dapat merasai pelbagai ransangan dan
bergerak balas kepada ransangan. Pembelajaran adalah melalui pelaziman tingkah
laku, contohnya; apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi pada pukul
10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba, keadaan ini berlaku
kerana pelajar telah dilazimkan dengan bunyi loceng dan masa rehat. Oleh itu
ransangan positif akan menyeronokkan pembelajaran dan ransangan negatif boleh
mendesakkan pembelajaran.

2- Pembelajaran ransangan tindak balas


Dalam pembelajaran gerak balas proses peneguhan penting dan perlu
dititiberatkan. Pembelajaran jenis ini juga berlaku disebabkan tindak balas
terhadap ransangan luar. Akan tetapi pelajar itu telah memperolehi tindak balas
yang khusus terhadap ransangan yang dikenalpastikan. Dengan perkataan lain,
tindak balas dalam pembelajaran berupa diskriminasikan terhadap ransangan betul
atau salah. Tindakan ini adalah 'terlazim'. Bahkan pelajar dapat bertindak balas
terhadap ransangan luar mengikut kehendaknya. Contohnya, guru memberi
peneguhan kerana kerja tulisan Fifi semakin kemas dan baik, untuk mengekalkan
tingkah laku ini, oleh itu Fifi akan cuba menulis dengan lebih baik lagi untuk
mendapat pujian gurunya.

3- Pembelajaran melalui rangkaian


Rangkaian bermaksud penggabungan beberapa ransangan yang menghasilkan tindak
balas dalam suatu turutan . Pembelajaran rangkaian digunakan dalam
pembelajaran kemahiran seperti penulisan, permainan, muzik dan sebagainya.
Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan untuk melengkapi
tugasan yang dijalankan. Sebagai contohnya, untuk melihat suatu objek yang jauh
dengan menggunakan binokular, rangkaian motor berlaku apabila memegang
binokular di hadapan mata, menuju binocular itu kearah objek itu dan
menyesuaikannya untuk memfokus dengan jelas. Pengajaran kemahiran dari satu
peringkat boleh dibawa ke peringkat yang seterusnya. Contohnya; seorang guru
yang mengajar bola jaring perlu mengajar beberapa rangkaian kemahiran kecil
seperti :

Kemahiran menghantar bola


Kemahiran menerima bola
Kemahiran menjaringkan bola

Kemahiran dan urutan daripada peringkat prtama akan menjadi ransangan untuk
turutan yang kedua. Oleh itu, dalam pengajaran rangkaian, guru perlu membuat
ulangan supaya kemahiran yang dipelajari dahulu tidak dilupakan.

4- Pertalian bahasa
Pembelajaran ini melibatkan bahasa yang mengaitkan lebih daripada satu
ransangan untuk menghasilkan tindak balas. Bagaimanapun proses ini memerlukan
penggunaan bahasa yang telah dipelajari dahulu. Untuk menyatakan sesuatu
prinsip, pelajar memerlukan kemahiran bahasa untuk mengaitkan satu rangkaian
berbahasa. Ini berlaku apabila pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat
dengan sebutannya. Proses ulangan penting untuk menjamin peneguhan pertalian
bahasa.

5- Pembelajaran diskriminasi
Dalam pembelajaran jenis ini pelajaran itu dapat membezakan berbagai ransangan
yang berupa sama untuk menghasilkan sama banyak tindak balas yang khusus.
Demgam perkataan lain dalam satu set pertalian atau rangkaian, jenis
pembelajaran semakin dapat dibezakan kerana setiap ransangan dan tindak balas
dapat diasingkan dari satu sama lain. Ini bermaksud seorang individu itu sanggup
menghasilkan tindak balas yang khusus terhadap ransangan yang berbeza walaupun
kecil. Pembelajaran diskriminasi adalah berkaitan dengan cirri-ciri yang jelas pada
objek. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan
dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pelajar perlu mengenali
ciri-ciri yang membezakan kedua-dua jenis haiwan ini.

6- Pembelajaran konsep
Pembelajaran merupakan tindak balas umum terhadap satu kumpulan ransangan
yang berbeza-beza dalam bentuk fizikalnya. Guru perlu membimbing pelajar untuk
mengenal pasti cirri-ciri tertentu dalam sesuatu konsep yang dipelajari.
Pembelajaran konsep hanya boleh berlaku selepas pembelajaran melalui rangkaian
pertalian berbahasa dan diskriminasi. Pelajar belajar konsep melalui contoh-contoh
yang jelas. Misalnya untuk mempelajari 'mamalia' pelajar perlu mengetahui tentang
beberapa cirri seperti bulu, kelenjar susu, gigi dan perbezaannya berbanding
dengan sisik dan bulu pelepah.

7- Pembelajaran Hukum
Pembelajaran ini melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan
dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan
penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Pembelajaran hukum beraras
tinggi kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian bahasa.
Sebagai contoh, pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan operasi
tambah dan operasi darab. Soalan seperti ini melibatkan dua hukum yang
berlainan. Penguasaan hukum adalah penting untuk peringkat pembelajaran
penyelesaian masalah. Gagne telah memberikan lima prinsip pengajaran hukum :

Memberi maklumat yang betul


Menghuraikan ciri-ciri yang penting dalam sesuatu konsep
Mengajar dan memberi panduan lisan dalampembentukan rangkaian konsep yang
berkaitan.
Menyoal pelajar tentang hukum-hukum yang telah dipelajari.
Menggalakkan pelajar supaya menghuraikan hukum-hukum yang telah dipelajari.

8-Pembelajaran penyelesaian masalah

Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus generalisasi, konsep dan


hukum untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Pelajar perlu
menggunakan kaedah penemuan dan membuat penyelesaian sendiri. Ia adalah
peringkat pembelajaran yang paling sukar dan kompleks. Semua jenis kemahiran
yang telah dipelajari sebelum peringkat ini digunakan dalam proses penyelesaian
masalah. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian
masalah iaitu :
Mengenal masalah
Mencari maklumat
Membuat hipotesis
Memilih cara menyelesaikan masalah
Menguji hipotesis (melaksanakan pelan penyelesaian ).
Membuat rumusan (melihat kembali dan menyemak ).

Penyelesaian masalah adalah cara yang paling baik untuk mengajar pelajar
kemahiran berfikir.

Aplikasi Prinsip-Prinsip Gagne Dalam Bilik Darjah


Guru mengajar mengikut lapan peringkat hierarki pembelajaran Gagne.

1- Pembelajaran Isyarat
Di peringkat awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru menjalankan
pembelajaran isyarat.Sebagai contoh, guru menunjukkan sesuatu objek dengan
menggunakan kad imbasan perkataan. Pelajar dikehendaki mengenali objek ini.

2- Ransangan gerak balas


Dalam pembelajaran ransangan gerak balas, guru mementingkan peneguhan.
Sebagai contoh, guru boleh mendapatkan gerak balas yang positif daripada pelajar
dengan memberi pujian kepada mereka. Jika pelajar membuat kerja masing-masing
dengan senyap, guru perlu memberi pujian.

3) Rangkaian motor
Guru perlu mengajar sesuatu kemahiran secara berulang.Contohnya, kemahiran
hoki perlu diajar mengikut kemahiran-kemahiran kecil dalam urutan spesifik.Prinsip
ini penting dalam mata pelajaran-mata pelajaran seperti Pendidikan Jasmani,
Muzik, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

4) Pertalian Bahasa
Sambil guru mengemukakan hujah, guru perlu menggalakkan kemahiran menulis
pelajar supaya perkembangan bahasa berlaku.Guru harus mengarahkan pelajar
supaya menyebut dan mengeja konsep-konsep dan menulis nota mengenai ciri-ciri
konsep yang penting.

5) Diskriminasi
Diskriminasi adalah aspek yang penting dalam penguasaan konsep.Pelajar
seharusnya dapat membezakan ciri-ciri penting dalam satu kategori dengan
kategori yang lain.Sebagai contoh, pelajar boleh mendiskriminasikan cirri-ciri
binatang yang tinggal di kawasan kutub dan gurun.

6) Pembelajaran konsep
Guru harus memastikan pelajar dapat membentuk konsep dengan mudah.Mereka
harus mengenal pasti ciri-ciri penting dan tidak penting dalam sesuatu kelas atau
kategori.

7) Pembelajaran Hukum
Guru boleh mengajar hukum dengan menggunakan kaedah perbandingan, dan
dengan mengaplikasikan hukum dalam situasi pembelajaran yang berlainan.Di
samping itu guru harus memberikan arahan yang jelas, mudah dan memberi fokus
kepada aspek-aspek yang penting dalam hukum.Seterusnya pelajar harus diajar
untuk melihat perkaitan antara hukum-hukum yang berkaitan.Guru juga perlu
menguji kefahaman pelajar selepas sesuatu hukum diajar, melalui soalan dan ujian.
Akhir sekali pelajar juga digalakkan untuk membuat huraian sendiri mengenai
sesuatu hukum.

8) Penyelesaian masalah
Bagi proses penyelesaian masalah,guru memberikan situasi masalah yang perlu
diatasi oleh pelajar. Kemudian guru memberi bimbingan kepada pelajar mengenai
hukum dan konsep yang perlu diaplikasi. Aspek yang paling penting dalam proses
penyelesaian masalah ialah pelajar mencari jawapannya sendiri.Polya (1957), telah
memberikan empat langkah dalam proses penyelesaian masalah, iaitu :
Memahami sesuatu masalah
Membuat pelan tindakan
Melaksanakan pelan tersebut
M enilai hasil dan keputusan pelan

Implikasi Teori Gagne Terhadap Pengajaran & Pembelajaran


* Guru perlu menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang
mudah kepada rumit. Selain itu proses pengajaran dan pembelajaran mestilah
menurut hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat didepan adalah syarat mutlak
menguasai jenis pembelajaran kemudian.

* Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah


dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai
contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali
lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN PIAGET


Jean Piaget dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896
Beliau dikenali sebagai bapa psikologi kanak-kanak, psikologi perkembangan dan
kognitif.
Menurut Piaget , perkembangan kognitif seorang kanak-kanak mengikut satu siri
urutan yang berperingkat. Piaget membahagikannya kepada 4 peringkat iaitu:
a) Peringkat deria motor ( 0 -2 tahun )
b) Peringkat Praoperasi ( 2 7 tahun)
c) Peringkat operasi konkrit ( 7 11tahun )
d) Peringkat operasi formal ( 11 tahun ke atas)
Piaget telah mengemukakan beberapa konsep dalam teori pembelajaran beliau
iaitu:
1. Skema
-Ia merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan
sesuatu dengan cara tertentu.
-Contohnya, sewaktu dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan
pantulan yang dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang,
mencapai, merasa, memegang, serta menggerakkan tangan dan kaki.
-Bagi gerakan memegang, kandungan skemanya adalah memegang benda yang
tidak menyakitkan.
-Oleh itu, bayi juga akan cenderung memegang benda-benda yang tidak
menyakitkan seperti contoh, jari ibu.
-Skema yang ada pada bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindakbalas
dengan persekitarannya.
2. Asimilasi
-Asimilasi merupakan satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada.
-Proses asimilasi yang berlaku membolehkan manusia mengikuti sesuatu modifikasi
skemamhasil daripada pengalaman yang baru diperolehi.
-Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh
itu, kanak- kanak tersebut akan menggunakan skema memegang (skema yang sedia
ada) dan sekaligus merasanya. Melaluinya, kanak-kanak tersebut akan mendapat
pengetahuan yang baru baginya berkenaan "sebiji epal".

3. Akomodasi
Merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan.
-Akomodasi berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasi (menyesuaikan)
persekitaran baru yang belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak.
-Jean Piaget menganggap perubahan ini sebagai suatu proses pembelajaran.
-Contohnya, kanak-kanak yang berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet
akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian
konsep terhadap magnet itu.
4. Adaptasi
-Ia merupakan satu keadaan di mana wujud keseimbangan di antara akomodasi dan
asimilasi untuk disesuaikan dengan persekitaran.
-Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak mempunyai
kecenderungan sejadi untuk mencipta hubungan apa yang dipelajari dengan
kehendak persekitaran.
Jean Piaget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam
proses perkembangan yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu
peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak
mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang
relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak
mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.
Oleh yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada
empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap-tahap perkembangan tersebut
ialah :
Tahap Sensorimotor @ deria motor (dari lahir hingga 2 tahun)
Tahap Praoperasi ( 2 hingga 7 tahun)
Tahap Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun)
Tahap Operasi Formal (11 tahun hingga dewasa)

Tahap-tahap perkembangan
TAHAP SENSORIMOTOR (DARI LAHIR - 2 TAHUN)

Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan
persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi
tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di
sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali
sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan
Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap
yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur
yang tertentu.
a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang


diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan
(genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan
sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar
daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai
gerakan pantulan sahaja.
b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular.


bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di
tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah
laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap
pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah
bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan
sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem
pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan
menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya,
sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan
mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku
itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n


pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu
proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti
mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh
membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja
memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau
mengenali barang tersebut.
d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya


disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi
sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif
dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu
keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia
akan berbunyi.
e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi
berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan
keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di
tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan
pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang
sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang
mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku
untuk mendapatkan perhatian.

f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan


untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-
kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-
jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui
tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

TAHAP PRAOPERASI ( 2-7 TAHUN )

Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting di tahap ini ialah


penggunaan bahasa. Kanak-kanak yang berada di tahap ini mula menggunakan
simbol di dalam permainan, contohnya mengandaikan buku sebagai kereta apabila
ditolak di atas lantai. Namun begitu, dari segi kualiti, pemikiran kanak-kanak masih
lagi di tahap yang rendah berbanding dengan orang dewasa.

Piaget juga mengatakan bahawa proses perkembangan kognitif kanak-kanak


menjadi lebih sempurna menerus tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu :
1. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang
ketara seperti kebolehan mengira.
2. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan
digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.
3. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu
pengukuhan tingkah laku.

Bagi tahap ini, Piaget telah bahagikan kepada dua sub tahap iaitu :
1. Tahap Pro-konseptual ( 2-4 tahun )
2. Tahap Pra-operasi ( 4-7 tahun )
Di tahap pra-konseptual, kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan
memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama. Hal ini kerana, mereka
belum dapat menyusun penerangan yang ada dalam pemikiran.

TAHAP OPERASI KONKRIT ( 7 - 11 TAHUN)


Tahap ketiga Piaget dikenali sebagai tahap operasi konkrit iaitu berlaku
semasa kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun. Pada tahap ini, kanak-kanak tidak
lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan
ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu
yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa. Berkembangnya
semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat
orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan
yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman
persekolahan.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak


pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi
tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.
PERINGKAT OPERASI FORMAL (11 tahun ke atas)

Pada peringkat ini kanak-kanak berkebolehan untuk memikirkan beberapa


pertimbangan bagi satu satu masalah. Mereka berupaya untuk berfikir secara
abstrak. Justeru, mereka boleh menyelesaikan masalah kompleks dan berbentuk
hipotetikal yang melibatkan operasi abstrak.

NOTA RINGKAS TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME.

1. Pengertian Konstruktivisime
Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia.
(Sumber:http://www.teachersrock.net/teori_kon.htm)
Pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu melalui pemikiran. Murid
membina pengetahuan baru dengan menyesuaikan maklumat pengetahuan sedia
ada dan membuat kaitan dengan persekitarannya
(sumber: ________, pengenalan pengajian sosial, Open Universiti Malaysia, 2007,
M.S 35.)
PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME
ENGAGE Merangsang perasaan ingin tahu murid
EXPLORE Meneroka/mencari untuk memenuhi perasaan ingin tahu
EXPLAIN Menjelaskan
ELABORATE Menghuraikan dengan contoh, metafora atau lain-lain
EVALUATE Menilai

CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME


1. Berpusatkan murid
2. Pembelajaran sebagai satu proses dan perkembangannya berhubung kait
3. Pembentukan dikonstruk dengan adanya kefahaman atau idea asal tentang sesuatu
perkara.
4. Pengetahuan awal ini sebagai pengetahuan mentah .
5.Peluang murid membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
pengalaman yang dilaluinya .
6. Menggalakkan murid bertanya dan berinteraksi dengan lebih kerap (bersoal jawab)
7. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakan panduan
merancang pengajaran
8. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
9. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid
10. Menggalak proses inkuiri melalui kajian dan eksperimen
11. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea

You might also like