You are on page 1of 3

SEJARAH PENGASAS PANDU PUTERI

Olave St.Clair Soames Robert Stephenson Smyth Baden-Powell


(Lady Baden Powell)

Di satu perhimpunan pengakap di Crystal Palace pada tahun 1909, muncul sekumpulan
remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan ini. Ini dibuktikan sebagai
pemangkin untuk pergerakan Pandu Puteri pada hari ini.

Sejarah tidak mencatat berapa orang "pengakap perempuan" yang berada dalam
kumpulan itu, tetapi mereka telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord
Robert Baden-Powell, dan dalam masa beberapa bulan, kumpulan perempuan ini telah
mempunyai nama dan programnya sendiri.

Baden-Powell memilih nama "Girl Guides" dengan rujukan kepada Guides Corps di
India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa
impak. Pada tahun 1910, adik Baden-Powell iaitu Agnes, mengadaptasikan buku "Scouting
for Boys" untuk kegunaan Pandu Puteri dan seterusnya, pergerakan Pandu Puteri dilahirkan.

Pada tahun yang sama, Sir Robert yang baru bersara mula bergerak secara sepenuh
masa dalam Pengakap dan Pandu Puteri. Semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap
dan Pandu Puteri, beliau berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin
dengannya.

Pada tahun 1918, Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom dan
pasangan ini meneruskan usaha mereka dalam mengembangkan Pandu Puteri di seluruh
dunia.
Lord Baden Powell

Lord Baden-Powell

Lord Baden-Powell ialah seorang askar Inggeris yang berpangkat Leftenan Jeneral
pada tahun 1907. Beliau dilahirkan pada 22 Februari 1857 di sebuah rumah yang
berhampiran dengan Hyde Park, London. Nama penuh beliau ialah Lord Robert Stephenson
Smyth Baden Powell dan bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, seorang profesor
dalam bidang sains di Universiti Oxford. Ibunya, anak kepada seorang Laksamana British
yang bernama W.T. Smyth. Beliau mempunyai tujuh orang adik beradik.Bapa Baden Powell
meninggal dunia semasa beliau berumur tiga tahun. Semasa kecil beliau sudah berminat
hidup di luar rumah. Beliau pernah berjalan dan berkhemah di beberapa tempat di England
bersama dengan abangnya. Pengalaman ini dapat memberi pengajaran kepadanya supaya
bekerjasama dan sentiasa taat pada perintah.

Lord Baden-Powell menubuhkan Pandu Puteri sebagai versi kepada pengakap


wanita dan diselenggarakan oleh saudara perempuannya Agnes Baden-Powell. Sementara
Agnes memainkan peranan utama sehingga kematiannya, Lady Olave Baden-Powell, isteri
Lord Baden Powell menjadi Ketua Pandu Chief Guide England pada tahun 1918, dan Ketua
Pandu Sedunia pada tahun 1930.
Olave St.Clair Soames (Lady Baden Powell)

Olave St.Clair Soames (Lady Baden Powell)

Olave St.Clair Soames atau lebih dikenal sebagai Lady-Baden Powell iaitu beliau
adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth Baden-Powell telah mengetuai pertubuhan
"Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 yang
sebelumnya dikenali sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai
Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau
telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran
"World Chief Guide" pada tahun1930. Beliau hidup sehingga 25hb Jun 1977 pada umur
88 tahun.

You might also like