You are on page 1of 71

Item 1. Item objektif 2.

Item subjektif

Item Subjektif 1. Item respons terbuka 2. Item respons terhad 3. Item berstruktur

Diletakkan dalam Bahagian A Kertas 2.

Kelebihan Item Berstruktur Membolehkan calon menjawab soal kompleks secara terpandu

Set soalan mengandungi soalan pelbagai aras, yang disusun dari aras rendah, sederhana ke tinggi.

Dipanaskan Masa/minit Suhu 0 30 1 2 3 4 5 6 7 8

Tidak dipanaskan 9 10

45 55 65 75 80 80 80 80 50 30

Jadual 3 Jadual 3 menunjukkan perubahan suhu cecair M selama 10 minit dalam sebuah bikar kaca. Cecair M itu telah dipanaskan sehingga minit ke-8. Takat didih cecair M ialah pada suhu 80 darjah Celcius. (a) Nyatakan corak perubahan suhu dari 0 minit hingga minit ke-10 dalam Jadual 3. (b) Apakah inferens tentang penurunan suhu selepas pemanasan berhenti? (c) Berdasarkan maklumat dalam Jadual 3, nyatakan pembolehubah yang dimanipulasi. (d) Apakah kesimpulan tentang suhu bagi cecair M pada takat didihnya iaitu dari minit ke-5 hingga ke-8? (e) Ramalkan suhu cecair M jika cecair M itu terus dipanaskan sehingga minit ke-10.

3. Membantu calon mengeluarkan jawapan secara berperingkat

4. Merupakan soalan esei yang telah dipecah-pecahkan untuk memudahkan calon memahami kehendak soalan

Pembina item perlu menguasai 2 kemahiran, iaitu i. Teknik membina item ii. Kandungan subjek

Berakhirnya penguasaan British terhadap

Tanah Melayu Bermulanya proses Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri

Apakah peristiwa yang berkaitan dengan situasi di atas? A B C D Pilihanraya 1955 Perlembagaan 1957 Persidangan di Kings House 1956 Persekutuan Tanah Melayu 1957

Item berstruktur terdiri daripada 1. Stimulus 2. Set item

Stimulus
1. Mengandungi semua maklumat yang perlu bagi pelajar menjawab soalan. 2. Mengandungi data yang tulen, petikan atau huraian situasi yang sebenar dan bukan dari hipotetikal.

4.

Mudah difahami oleh pelajar seperti istilah dan rangkaikata yang biasa kepada pelajar.

5. Elakkan menggunakan gambarajah atau petikan dari buku teks secara terus (in toto)

Set item
1.

Soalan yang dikemukakan seharusnya sama dengan jenis yang biasa disoal oleh guru dalam situasi semasa mengajar.

2. Nyatakan topik dan aras kesukaran bagi setiap soalan.

3. Aturkan soalan-soalan mengikut susunan dari mudah ke sukar. 4. Sediakan ruangan jawapan yang mencukupi.

Peraturan Pemarkahan
1. Jawapan sepatutnya disediakan pada masa soalan-soalan itu dibina supaya kecacatan dan kesangsian soalan dapat dikesan pada peringkat itu. 2. Sekiranya jawapan bagi soalan itu terlalu panjang, soalan berkenaan patut disemak semula.

Terdiri daripada 4 set item

Pastikan perkara yang hendak ditaksir.

Item yang dibina hendaklah berdasarkan aspek penting dalam kurikulum.

Setiap soalan memperuntukkan 10 markah

Setiap respon pelajar memperuntukkan 1 atau 2 markah .

Setiap soalan mempunyai beberapa tugasan / pecahan. Pecahan maksimum ialah 5 (a, b, c, d, e)

Item berstruktur yang baik mempunyai stimulus. Stimulus yang lazim digunakan adalah dalam bentuk gambar rajah, jadual, carta alir, gambar foto dan petikan.

Meliputi satu tajuk khusus sahaja bagi beberapa soalan dalam satu set item.

Terdapat perkaitan antara setiap tugasan dengan stimulus.

Contoh: Tiada perkaitan antara stimulus dengan stem.


Sikap terhadap kepentingan ilmu mula ditanam dalam jiwa golongan masyarakat selepas kedatangan Islam. 3. (a) Nyatakan 3 aspek berkenaan sistem pendidikan pondok di Acheh? i. ii. iii. ... [3 markah]

Terdapat perkaitan antara setiap siri tugasan / pecahan item.

Elakkan soalan yang terlalu umum seperti; Pada pandangan anda Berdasarkan pengamatan anda Apakah yang anda faham

Elakkan soalan yang negatif

Contoh: Menyatakan tugasan dalam bentuk negatif


Mengapakah Gerakan Islah tidak berkembang di negeri-negeri Melayu?

Contoh: Menyatakan tugasan dalam bentuk positif Mengapakah Gerakan Islah hanya tertumpu di Negeri-Negeri Selat?

6. Tidak menyatakan tugasan dalam bentuk double negative.

Contoh: Tugasan dalam bentuk double negative.


Senaraikan dua tokoh yang tidak terlibat dengan perjuangan yang tidak menggunakan kekerasan?
i.

ii.

[2 markah]

11. Elakkan soalan yang dianggap negatif - menghina - merendah seseorang / kaum - berkaitan kepercayaan / agama - kebudayaan / adat resam - peristiwa atau insiden menyayat hati

Kehendak soalan difokuskan kepada sesuatu yang spesifik.

Contoh: Tugasan tidak berfokus Mengapakah British memperkenalkan Malayan Union?

Lebih baik: Tugasan berfokus Jelaskan dua aspek ekonomi yang menyebabkan British memperkenalkan Malayan Union.

15. Fokus kepada satu tugasan atau masalah.

Contoh: Stem tidak fokus kepada satu tugasan Namakan tokoh Gerakan Islah dan idea yang disampaikan oleh mereka. Apakah sebab dan tujuan hijrah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w?

Respons pelajar adalah terpandu dan terhad melalui skop yang disoal.

Biasanya calon perlu memberikan respons dalam satu perkataan, satu frasa, beberapa ayat atau satu perenggan.

Respon terakhir yang diberikan merupakan keseluruhan proses yang berkenaan.

Sebaiknya jawab pada kertas soalan.

Pastikan stimulus tidak memberi clue / jawapan kepada tugasan.

Contoh: Stimulus memberi clue kepada tugasan Pengenalan Malayan Union pada tahun 1946 merupakan usaha British menghapuskan negara bangsa yang telah dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka. Nyatakan tiga tujuan British memperkenalkan Malayan Union.

Pastikan soalan pada item berstruktur tidak memberi clue kepada item Bahagian B.

Pastikan soalan dalam satu item tidak menghasilkan jawapan bertindih.

Soalan hendaklah jelas dari segi tugasan dan perkataan

Soalan hendaklah tepat dan sejelas yang mungkin tanpa menggunakan perkataan yang tidak berfungsi.

Contoh: Soalan tidak jelas


British telah berhasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union di Tanah Melayu. Berdasarkan hasrat di atas, apakah syarat syarat yang berkaitan dengan kerakyatan jus soli yang membolehkan pembentukan Malayan Union?

Jangan membina stimulus dalam pecahan soalan

Elakkan mengemukakan soalan yang memerlukan pelajar menjawab ya atau tidak.

Perjanjian Hudaibiah yang dimeterai antara Nabi Muhammad s.a.w dengan pihak Quraisy telah membawa kepada pembukaan kota Makkah. Bersetujukah anda dengan pernyataan tersebut?

Tajuk-tajuk yang melibatkan isu politik, ras, agama, kebudayaan dan sebagainya yang sensitif hendaklah dielakkan dalam membina stimulus atau stem.

Menggunakan kata tugas tertentu untuk mentaksir perkara tertentu seperti; Apakah, Senaraikan, Berikan, Mengapakah, Nyatakan, Terangkan, Jelaskan dan sebagainya.

Elakkan menggunakan ayat yang panjang.

Elakkan menggunakan ayat yang boleh membawa lebih daripada satu maksud.

7. Bebas daripada ayat-ayat yang mengelirukan

Contoh: Menggunakan ayat yang mengelirukan

Bagaimanakah dinasti Chin mengikat pembesar-pembesar mereka?


i. ii.

Markah bagi setiap soalan hendaklah padan dengan soalan yang diberikan.

Terangkan tentang petikan atau pernyataan kecuali ia sudah jelas. Cth. Graf di atas merujuk kepada Petikan di atas berkaitan dengan

Jangan menggunakan kata penentu seperti utama, terpenting paling tepat dan sebagainya.

Contoh: Menggunakan kata penentu Berikan dua objektif utama penubuhan Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

Jangan meminta calon menyenaraikan semua jawapan yang ada dalam buku teks.

Sebaik-baiknya terdapat 3 isi minima bagi setiap tugasan, kecuali untuk maksud atau definasi

Pastikan kualiti item terjamin dengan mencuba dahulu memberikan respons terhadap item tersebut. Ini bertujuan mengenalpasti kerumitan yang mungkin dihadapi oleh pelajar.

Bahagian B

Mempunyai 3 pecahan soalan (a) (b) (c)

Soalan bahagian (c) ialah soalan KBKK

Masih mengekalkan 20 markah yang dipecahkan kepada 3 bahagian.

KALAU ADA JARUM YANG PATAH JANGAN DISIMPAN DI DALAM PETI. SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like