You are on page 1of 12

0

UK01202
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
TUGASAN BERKUMPULAN
PROF. AZRI IBRAHIM
TAJUK: SEJARAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIK

1 MOHD FAKHRIE FAEZI BIN BA17110091


JESFIN AGANG@MOHD SAIFUL
AKHMAR ABDULLAH

2 CLNTHIA JEBBI ANAK JEN BA17110231

3 PRISCHILLA ANAK KIROK BA17160949

4 ALLAN LEONARD KHO BA17110063

5 BILLY ANAK NGALI BA17110326

6 MOHD ALIF NAJMI BIN BA17110283


SAPUAN

7 DAINA ANAK RENANG BA17110526

8 CECELIA EJAH ANAK BA17110119


NICHOLAS
1

Isi Kandungan

Muka Surat
Bil Kandungan

1 Pengenalan 1-2

2 Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union 1946) 3-4

3 Persekutuan Tanah Melayu 1948 5-6

4 Pelembagaan Kemerdekaan 1957 7-8

5 Perlembagaan Malaysia 1963 9-10

6 Kesimpulan 11

7 Rujukan 12
2

Pendahuluan

“Perlembagaan” merupakan undang-undang tubuh atau asas sesebuah kerajaan yang penting
untuk melicinkan pemerintahan atau pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan pertama
kali diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada Hari Merdeka, iaitu
31 Ogos 1957. Berikutnya, diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan Malayasia pada
16 September 1963. Perlembagaan merupakan satu koleksi atau dokumen yang
menggariskan institusi-institusi kerajaan, hak-hak rakyat serta had dan tanggungjawab
kepada mereka. Secara amnya, bagi sesebuah negara, perlembagaan melambangkan nilai-
nilai kebangsaan yang diutamakan dalam negara. Dengan ini, negara yang mengutamakan
nilai kerohanian dan keagamaan akan memuatkan perkara berkenaan agama di dalam
perlembagaan. Terdapat dua jenis perlembagaan iaitu, Perlembagaan Bertulis dan
Perlembagaan Bukan Bertulis. Perlembagaan Bertulis merupakan perlembagaan yang telah
diluluskan oleh badan yang bertanggungjawab dalam satu dokumen.

Setiap perlembagaan bertulis memperuntukkan kaedah pindaannya. Sungguhpun


sesuatu perlembagaan merupakan undang-undang asas, namun ia tetap boleh dipinda dari
masa ke semasa. Oleh itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan 4 kaedah pindaan.
Perlembagaan Bukan Bertulis pula merupakan gabungan tradisi, undang-undang biasa badan
legislatif, keputusan-keputusan mahkamah serta amalan-amalan yang dianggap teras oleh
rakyat. Perlembagaan Bukan Bertulis boleh dipinda dengan undi majoriti mudah bagi Badan
Legislatif negara berkenaan. (Abdul Monir Yaakub 1998). Secara umumnya perlembagaan
telah banyak menimbulkan konflik dalam fahaman setiap pegangan masyarakat kerana
mereka tidak mempunyai keyakinan yang kuat terhadap konsep yang terdapat dalam
perlembagaan.

Manusia mengalami masalah dalam mencari dan membentuk satu perlembagaan yang
dapat memberi keadilan kepada semua dan tidak meragukan mana-mana pihak sekalipun.
Setiap tingkah laku masyarakat dibentuk berdasarkan perlembagaan. Menurut (International
IDEA, 2017), perlembagaan ialah majoriti konstitusi kontemporari menggambarkan prinsip
asas kerajaan, struktur dan proses kerajaan dan hak asasi warganegara dalam undang-
undang yang lebih tinggi yang tidak boleh diubah secara unilateral oleh biasa perbuatan
perundangan. Undang-undang yang lebih tinggi ini biasanya dirujuk sebagai perlembagaan.
Kandungan dan sifat perlembagaan tertentu, serta bagaimana ia berkaitan dengannya seluruh
perintah undang-undang dan politik, berbeza-beza antara negara-negara, dan tidak ada
definisi sejagat dan tak terbantahkan suatu perlembagaan. Oleh itu, setiap negara mempunyai
3

perbezaan perlembagaan selaras dengan masyarakat di sesebuah negara.


Perlembagaan di Malaysia juga dijadikan sebagai satu panduan untuk menentukan hak
dan kebebasan awam mengikut batas-batas yang ditetapkan. Pemerintahan berdasarkan
perlembagaan dapat membataskan kuasa pemerintahan supaya tidak bersikap autokratik
serta dapat memelihara hak-hak rakyat. Oleh itu, Perlembagaan Malaysia telah menetapkan
bahawa sistem pemerintahan kita ialah membentuk demokrasi. Rakyat juga mempunyai hak-
hak tertentu. Antaranya ialah kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan
berpersatuan dan kebebasan untuk memiliki harta benda. Ini bermakna perlembagaan
berfungsi untuk dijadikan satu garisan antara hak, kuasa, tanggungjawab dan tatacara dan
sistem pemerintahan dengan rakyat. Tegasnya, sistem pentadbiran kita akan dijamin cekap,
jujur, iklas, telus dan adil sekiranya perlembagaan ini tidak dilanggar.

Kesatuan tanah Melayu (Malayan Union 1946)

Kesatuan Tanah Melayu ataupun dikenali sebagai Malayan Union 1946. Kesatuan ini adalah
terdiri daripada bebrapa gabungan negeri tanah Melayu iaitu Melaka, Pulau Pinang, dan
sembilan negeri lain maka membentuk kesatuan tanah melayu. Penggabugan ini mewujudkan
satu peraturan dan undang-undang bagi menyelaraskan pentadbiran pada masa dahulu.
Penggabungan ini berlaku pada 1 April 1946 di mana sultan menandatangani satu perjanjian
dengan sir Harold Macmicheal yang mewakili British di Tanah Melayu. Perjanjian ini
ditandatangani pada hujung 1945. Implikasi kepada perjanjian ini adalah sultan kehilangan
kuasa terhadap tanah jajahan dan negeri sultan sendiri. Peristiwa ini dinamakan triti
Macmihael.
Setelah selesai penyerahan kuasa daripada Sultan, British membuat beberapa peruntukan
untuk mentadbir Tanah Melayu. Peruntukan tersebut disuarakan pada Majlis Mensyurat
Kesatuan Tanah Melayu 1946. Pada 27 Mac 1946 Arahan diraja dikenali sebagai kolekstit iaitu
menjadi perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu dan dikuatkuasakan pada 1 April 1946. Namun
belum lama pelaksanaan perlembagaan Kesatuan Tanah Melayu telah mendapat tentangan
daripada rakyat pada masa tersebut. Hal ini adalah kerana perlembagaan tersebut tidak jelas
menampakkan hak-hak masyarakat Melayu dan kaum lain. Tentangan juga berlaku daripada
masyarakat melayu kerana pelaksanaan perlembagaan yang tidak menyeluruh. Hal ini
menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat dan membawa kepada pembatalan
perlembagaan kesatuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1946. Kegagalan perlembagaan
Kesatuan Tanah Melayu pada masa ini mengganggu keselamatan Malayan Union dan
memaksa British untuk menubuhkan majlis mesyuarat Persekutuan Tanah Melayu pada 1948.
4

Hasil daripada perbincangan yang dilakukan maka membawa kepada wujudnya


persekutuan Tanah Melayu yang baru. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu yang baru
membawa kepada penubuhan perlembagaan yang baru. Perlembagaan Malayan Union yang
berpusat di Singapura. Baginda Ratu England akan melantik seorang gabenor British untuk
mengetuai Malayan Union dan bertindak menjadi ketua kerajaan, Kuasa eksekutif dan
perundangan menjadi di bawah kuasanya. Dalam menjalankan tugas Eksekutif, Gabenor akan
dinasihati oleh majlis Eksekutif yang terdiri daripada Ketua Setiausaha, Peguam negara,
Setiausaha kewangan dan tujuh orang ahli yang akan dilantik oleh Gabenor. Manakala dalam
menjalan aktiviti perundangan pula gabenor akan dinasihati oleh Majlis Perundangan yang
terdiri daripada gabenor sebagai Yang Di Pertua, ex-officio, ahli rasmi dan tidak ahli tidak
rasmi yang dilantik oleh Gabenor atas arahan raja Britain. Perkara ini adalah tidak berbeza
daripada masa kini iaitu pentadbiran negara diberi kepada tiga badan iaitu badan kehakiman,
badan eksekutif, perundangan.
Perlembagaan baru ini mempunyai tiga jenis peruntukan Perlembagaan, iaitu peruntukan-
peruntukan yang kekal yang berjalan kuasaannya, peruntukan-peruntukan kekal yang tidak
pernah berjalan kuat kuasanya dan akhir sekali peruntukan sementara yang berjalan kuat
kuasanya. Persamaan pada sistem perlembagaan sekarang wujudnya Badan Kehakiman,
Badan Eksekutif dan Badan Pentadbiran yang mempunyai peranan dalam membangunkan
negara dan mengekalkan keamanan negara Malaysia. Peruntukan-peruntukan kekal yang
berjalan penguatkuasanya. Peruntukan ini adalah sebuah kesatuan yang terdiri daripada
Negeri-Negeri Melayu dan Negeri Selat. Sebagai contoh Melaka dan Pulau Pinang ditubuhkan
untuk ditadbir dan diperintah oleh seorang gabenor yang dilantik oleh British. Pada masa ini
negeri-negeri Melayu yang mempunyai Sultan akan ditadbir oleh sultan seperti negeri
Terengganu, namun bagi negeri yang tiada mempunyai Sultan maka akan ditadbir oleh Raja
Persekutuan seperti negeri Sabah.
Pada zaman dahulu wujud istilah kuasa Prereyatil iaitu dikenali sekarang sebagai hari
pengampunan oleh Sultan. Kuasa Prereyatif adalah bertujuan bagi memberi keampunan di
seluruh kawasan pentadbiran bergantumg pada budi bicara gabenor yang memerintah. Taraf
kewarganegaraan pula, ketika Malayan Union semua orang yang lahir tidak kira daripada
Singapura, Malaysia ataupun bermastautin di mana-mana tempat ini akan layak menerima
taraf kewarganegaraan Malayan Union. Namun bagi permastautin tetap hendaklah menetap
melebihi 10 tahun barulah layak mendapat taraf kewarganegaraan Malayan Union. Berbeza
dengan pemilikan kewarganegaraan apabila Tanah Melayu merdeka iaitu sesiapa yang
menduduki Tanah Melayu selepas kemerdekaan akan mendapat teraf kewargaegaraan dan
selepas kemerdekaan taraf kewarganegaraan boleh diperolehi dengan cara kewarganegaraan
5

melalui penguatkuasaan undang-undang, kewarganegaraan melalui pendaftaran isteri dan


anak-anak. Bagi penduduk negeri Sabah dan Sarawak kewarganegaraan melalui pendaftaran
iaitu penduduk yang bermastautin di Sabah dan Sarawak pada hari Malaysia.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

Pada 1 Februari tahun 1948, secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk
setelah perjanjiannya berjaya ditermeteraikan pada 21 Januari pada tahun yang sama dimana
hasil rundingan antara pihak British dengan Raja-raja Melayu serta UMNO. Pembentukan
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini dilihat akibat berpunca daripada kegagalan
perlembagaan terdahulu iaitu Malayan Union yang gagal membawa kepada kesepaduan rakyat
di Tanah Melayu. Pelbagai desakan serta bantahan daripada orang Melayu sendiri telah berjaya
menggantikan perlembagaan terdahulu dengan perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu. Ini
kerana dikatakan perlembagaan Malayan Union atau Kesatuan Tanah Melayu digubalkan
semata-mata hanya dikhususkan kepada golongan imigran dan langsung tidak memihak
kepada tuan punya tanah iaitu golongan pribumi. Matlamat dan prinsip Malayan Union dilihat
juga telah mencabar status quo orang Melayu di mana sebelum ini Sultan sebagai yang
tertinggi akan tetapi sebaik sahaja Malayan Union digubal, kedudukan Sultan hanya selaku
raja kehormat sahaja malah penguasaannya terhadap politik dan ekonomi diambil alih
sepenuhnya oleh Gabenor British.
Isu kerakyatan yang berprinsip Jus Soli yang diperuntukkan dalam Malayan Union juga
menyebabkan ketuanan Melayu tercabar malah merasakan bahawa orang Melayu perlu
bersaing di “tanah” sendiri sedangkan “tanah” itu milik mereka. Kedua-dua permasalahan
major inilah yang telah membangkitkan orang-orang Melayu untuk bertindak memulaukan
dan menggantikan Malayan Union dengan satu perlembagaan yang lebih baik dan lebih
bersifat menyeluruh kepada pribumi. Maka boleh dikatakan bahawa punca utama kenapa
perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini digubalkan adalah disebabkan kegagalan
Malayan Union. Tindakan British pula demi mengelakkan tentangan orang Melayu semakin
kuat maka British telah mengambil langkah untuk bersetuju membentuk satu lagi
perlembagaan yang baharu iaitu Persekutuan Tanah Melayu. Tindakan British untuk bersetuju
dengan orang-orang Melayu sebenarnya British sedar bahawa tanpa sokongan padu orang-
orang Melayu maka rancangan mereka untuk membentuk satu sistem pemerintahan di Tanah
Melayu akan menghadapi kegagalan.
Rancangan British untuk membentuk perlembagaan yang baharu ini juga salah satu
daripada strategi British untuk mengelakkan Parti Komunis Malaya (PKM) terus berkembang
6

di Tanah Melayu dan seterusnya mempengaruhi orang Melayu.

Setelah berjaya mendapat kata putus daripada kerajaan British dan UMNO maka
dilaksanakanlah perlembagaan yang baharu iaitu Persekutuan Tanah Melayu, British telah
bertindak menggubah segala peruntukan yang dianggap tidak memihak kepada orang Melayu
kepada sebaliknya termasuklah dua permasalahan yang major iaitu isu kewarganegaraan dan
status quo orang Melayu. Berdasarkan perlembagaan sebelumnya, Sultan yang hanya
berperanan selaku raja kehormat telah dikembalikan kedudukannya sebagai ketua negeri.
Secara tidak langsung, sistem raja berperlembagaan diwujudkan. Ini bagi membuktikan British
telah mengiktirafkan ketuanan orang Melayu.
Beralih pula kepada isu kerakyatan, dalam Malayan Union kerakyatan seseorang individu
tersebut adalah ditentukan dengan sistem Jus Soli, ianya telah menimbulkan
ketidakpuashatian orang-orang Melayu kerana warga imigran begitu mudah untuk
mendapatkan status kerakyatan dan menikmati keistimewaan sebagaimana yang dinikmati
oleh pribumi. Namun apabila adanya perlembagaan yang baharu ini, syarat-syarat kerakyatan
yang berdasarkan Jus Soli ini diperketatkan. Ini bagi bersetuju dengan apa yang dituntutkan
oleh orang Melayu serta British juga telah memperakui akan kepentingan dasar perlindungan
orang Melayu. Suara dan hak persetujuaan daripada Majlis Raja-Raja juga dipertimbangkan
oleh British dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Bidang kuasa negeri misalnya,
kuasa penggubalan undang-undang di Tanah Melayu diberikan dan ianya terhad dan tertakluk
kepada persetujuan Majlis Raja-Raja. Jika dibandingan dengan perlembagaan sebelumnya,
sultan langsung tidak berkuasa dalam politik apatah lagi raja-raja Melayu .

Pelembagaan Kemerdekaan 1957

Kemenangan Parti Perikatan pada tahun 1955 dalam pilihanraya mampu mengubah
penduduk Persekutuan Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman sebagai ketua rombongan
pergi ke London. Rombongan ini diwakili oleh empat orang wakil raja-raja Melayu dan
empat orang wakil parti Perikatan untuk menghadiri mensyuarat rasmi dengan
kerajaan British. Rundingan dipersetujui dengan menandatangani satu perjanjian iaitu
Perjanjian London. Pada 1956, Suruhanjaya Ried telah ditubuh bagi mengubal
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 31 Julai 1957, Akta Kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang diluluskan oleh Parlimen British telah memberi
kebenaran kepada parlimen kepada Baginda Queen Great Britain untuk membuat
7

perjanjian dengan raja-raja Melayu bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.


Secara khusunya akta tersebut telah memberi kuasa kepada Baginda Queen untuk
menamatkan kedaulatan dan bidang kuasa baginda berhubung negeri-negeri selat,
dan semua bidang kuasa baginda yang lain dengan negeri-negeri Melayu secara
keseluruhannya. Akta ini juga memberi kuasa untuk dibuat satu perjanjian bagi
membentuk negeri-negeri Melayu dan Selat untuk menjadi persekutuan merdeka di
bawah satu perlembagaan persekutuan. (Tun Mohamed Suffian,1987).
Antara isi kandungan yang dipersetujui daripada penggubalan Suruhanjaya Ried
yang dipersetujui oleh pihak kerajaan British adalah Pertama, sebuah negara
persekutuan dibentuk dengan pembahagian kuasa dan negeri. Kedua, kerakyatan
secara Jus Soli kepada mereka yang lahir di Tanah Melayu. Ketiga, kedudukan istimewa
orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain. Keempat, institusi raja-
raja Melayu dan konsep raja berperlembagaan dikekalkan. Kelima, bahasa Melayu
dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah masing-masing dan keenam agama
Islam juga telah dijadikan agama rasmi persekutuan. Walau bagaimanapun,agama
lain boleh terus diamalkan. Suruhanjaya Ried telah menerima banyak bantahan oleh
pelbagai pihak. Kerajaan British menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja untuk
meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Ried. Jawatankuasa Kerja ini
mewakili jawatankuasa ini menjalankan tugasnya dan mengambil kira hasil
perbincangan dengan Raja-raja Melayu, Perikatan dan Pejabat Tanah Jajahan.
Perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja
Melayu dengan kerajaan British pada 8 Ogos 1957 di King's House, Kuala Lumpur dan
daripada perjanjian tersebut ianya menubuhkan sebuah persekutuan yang terdiri
daripada negeri-negeri Melayu, Selat, Melaka dan Pulau Pinang mulai 31 Ogos 1957.
Dalam perjanjian dan persetujuan oleh kerajaan British, Tunku Abdul Rahman
menjadi Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, manakala Raja-raja Melayu kekal
dengan bidang kuasa seperti tercatat dalam Perlembagaan Negeri masing-masing.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, perkara 32(1) Ketua Tertinggi Persekutuan
bergelar Yang di-Pertuan Agong. Permaisuri baginda, berdasarkan Perlembagaan
Persekutuan perkara 32(2) bergelar Raja Permaisuri Agong.lawatan Yang di-Pertuan
Agong akan dipilih lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja. Yang di-Pertuan Agong
pertama disandang oleh Yang di-Pertuan Bcsar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman
8

Ibni Tuanku Muhammad. Kini pentadbiran Persekutuan bercorak Raja


Berperlembagaan. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong
dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu menjalankan pentadbiran negara dan
negeri di atas nasihat Perdana Menteri bagi peringkat pusat dan Menteri Besar untuk
peringkat negeri.
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dicapai melalui ‘cara
perlembagaan’ seperti negeri-negeri bawah Perlindungan British. Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu digubal secara ‘Konvensyen Perlembagaan (constitutional
convention)’ atau berasaskan amalan-amalan konvesyen yang diwarisi daripada
Kerajaan-Kerajaan Negeri Melayu. Ini sekaligus menyebabkan unsur-unsur dan
amalan-amalan warisan Kesultanan Melayu Melaka masih wujud dan berkekalan
dalam Perlembagaan Persekutuan digunakan dalam pemerintahan Persekutuan Tanah
Melayu pada tahun 1957 (Wan Ahamd Fauzi, Anisah, Mohamed Anwar, Hanif, 2017).

Perlembagaan Malaysia 1963

Seterusnya, pertumbuhan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 telah


mengguatkan lagi perlembagaan yang telah dibentuk berasaskan kepada dua
dokumen iaitu perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1943 dan Perlembagaan
Kemerdekaan tahun 1957. Perkara ini demikian kerana Perlembagaan merupakan
undang-undang utama Persekutuan yang diluluskan selepas Kemerdekaan dan yang
berlawan dengan Perlembagaan hendaklah terbatal setakat berlawanan dengan itu.
Perlembagaan Malaysia 1963 yang melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei
dan Singapura bertujuan untuk menguatkan lagi Gagasan Malaysia di samping
menangani kemasukan pengaruh Komunis ke Singapura dan memberikan
kemerdekaan segera kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura seperti yang telah
dijanjikan oleh pihak British.
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963 juga membolehkan
perkongsian faedah ekonomi antara negeri-negeri yang terlibat bagi membolehkan
kemajuan dapat dikecapi secara bersama. Melalui penyertaan beberapa negeri
tersebut lahirlah persekutuan Malaysia yang membentuk negara Malaysia. Sebaik
sahaja Malaysia dibentuk Indonesia mula melancarkan dasar berseteru menentang
9

kewujudan Malaysia. Dasar ini bukan sahaja mengakibatkan perang diplomatik dari
segi ekonomi, bahkan juga perang senjata. Malaysia telah diserang oleh pengintip
Indonesia sehingga Malaysia terpaksa mengisytiharkan darurat sekali lagi. Namun
demikian, peperangan antara Indonesia dan Malaysia tamat setelah pemerintahan
berpindah kepada Jeneral Suharto kerana kesukaran semakin terasa disebabkan
ketiadaan hubungan antara kedua-dua negara ini, maka pada bulan Mei 1964
perhubungan diplomatik secara konsul dibuat.
Kemudian pada 31 Ogos 1967, hubungan diplomatik antara kedua-dua negara ini
telah pulih semula. Pada masa yang sama, hubungan antara kerajaan Persekutuan
dengan Singapura bertambah buruk dari sehari ke sehari. Akhirnya, Singapura telah
menarik diri dari Persekutuan Malaysia dan menjadi sebuah negara yang berdaulat
dan merdeka. Namun, Tunku Abdul Rahman berharap hubungan baik akan terjalin
antara Singapura dan Malaysia. Perpisahan ini berlaku secara rasminya pada 9 Ogos
1965. Selain itu, Filipina turut membantah pertubuhan Malaysia kerana tuntutannya
ke atas Sabah belum selesai dan tidak dihiraukan oleh pihak British. Filipina mula
memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan enggan mengiktiraf Malaysia
sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Namun demikian, tentangan dan halangan daripada pelbagai pihak tidak
menggagalkan rancangan pembentukan Malaysia. Malah, keadaan tersebut
menguatkan lagi Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Perkara ini demikian
kerana adalah penting untuk Malaysia menggembangkan dan menyuburkan
pertumbuhan demokrasi dan membangunkan serta membuka negeri dengan
menggunakan kekayaan negeri dan isi buminya. Oleh itu, amatlah penting
pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat berasaskan pindaan Perlembagaan.
Ini kerana kekuatan sesebuah negara bergantung kepada kekuatan Perlembagaan
yang menjadi panduan penting dalam membuat sebarang keputusan. Ketiadaan
Perlembagaan sebagai panduan menyukarkan sesebuah kerajaan menjalankan
pemerintahan dengan tegas dan rapi. Dengan ini, semua rakyat yang berada di bawah
sesebuah pemerintahan perlu mematuhi undang-undang di negara atau tempat yang
didiaminya.
10

Kesimpulan

Dapat dirumuskan bahawa, Perlembagaan Persekutuan 1948, mengandungi 183


perkara yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia amat penting untuk
menjamin perlindungan kepada rakyat dan menyelaraskan pemerintahan negara
Malaysia. Hal ini demikian kerana perlembagaan menjadi garis panduan untuk setiap
keputusan yang diambil dalam sistem pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran
negara. Oleh itu, pemerintah mahupun rakyat tidak boleh bertindak sesuka hati malah
mesti tertakluk kepada perlembagaan.
Seterusnya, perundingan sosial yang dipersetujui semasa menggubal
perlembagaan merupakan atas dasar persetujuan semua kaum. Perundingan bersama
ini telah membuktikan bahawa perlembagaan Malaysia mampu mewujudkan
perpaduan pelbagai kaum di Malaysia. Perpaduan ini juga wujud kerana setiap kaum
mendapat keistimewaan dan pembelaan masing-masing seperti yang termaktub
dalam perlembagaan. Perlembagaan merupakan jaminan kepada perpaduan kaum
dan keamanan di Malaysia. Oleh itu, ketertinggian perlembagaan haruslah dipatuhi
oleh semua rakyat Malaysia agar mengekalkan keamanan dan kestabilan negara
Malaysia secara berterusan.
11

Rujukan

Tun Mohd. Salleh Abas, Prinsip Perlembagaan Dan Pemerintahan Di Malaysia, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1997.

Mohd. Ayop Abd Radzi, Mengenali Asas Perlembagaan Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, 2011.

John Bastin An Robin W. Wink, Malaysia Selected Historical Reading, Netherlands, KTO
Press Nendels, 1979.

International Institute for Democracy and Electoral Assistance (International IDEA), 2017.
"What is a Constitution? Principles and concepts International IDEA Constitution-
Building Primer 1, International IDEA Strömsborg SE–103 34 Stockholm Sweden.

Tun Mohamed Suffian Bin Hashim, 1987. “Mengenal Perlembagaan Malaysia”. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 16-18.

Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, Anisah Che Ngah, Mohamed Anwar Omar Din, Hanif Md
Lateh, 2017. Raja-Raja Dalam Penginstitusian Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1957: Satu Kajian Sejarah Perundangan. Journal Of Nusantara Studies : Vol
2(1) 27-39.

You might also like