You are on page 1of 6

1.

1 PENGENALAN

Program Pendidikan Inklusif (PPI) bukanlah suatu istilah yang baharu di negara kita. Pada
mulanya, sistem pendidikan negara kita hanya menekankan kepada pendidikan arus perdana
sahaja. Namun, tahun demi tahun kerajaan kita khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia
telah sedar akan hak murid berkeperluan khas (MBK) yang perlu menerima pendidikan yang
sama taraf dengan murid-murid arus perdana supaya boleh memperkembangkan lagi bakat dan
tahap intelektual mereka masing-masing. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2018),
murid berkeperluan khas merupakan murid yang diperakukan oleh pengamal perubatan, atau ahli
optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada dalam
perkhidmatan kerajaan atau swasta sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan,
ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal, masalah
pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.

Pada hari ini, pelaksanaan PPI di negara kita sememangnya mendapat sambutan yang
amat baik. Kejayaan ini sememangnya tidak lain tidak bukan adalah hasil daripada kerjasama
antara guru-guru di sekolah bersama pentadbir serta kesanggupan ibu bapa MBK untuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Buktinya, pada jumlah keseluruhan BMK pada tahun
2013 dan tahun 2014 masing-masing adalah 56,406 orang murid dan 58,006 orang murid dan
jumlah MBK yang telah dimasukkan dalam PPI ialah seramai 5,376 orang murid iaitu 9.60 peratus
pada tahun 2013 meningkat kepada 10,700 orang murid iaitu sebanyak 18.44 peratus pada tahun
2014 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).

1.1.1 KONSEP PENDIDIKAN INKLUSIF

Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah suatu program pendidikan yang telah
diperkenalkan di sistem persekolahan di Malaysia. PPI merupakan suatu program pendidikan di
mana murid berkeperluan khas diberi peluang untuk belajar bersama-sama murid arus perdana
dan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah dilaksanakan oleh guru arus
perdana dan dibantu oleh seorang guru pendidikan khas sebagai guru pendamping atau guru
resos (Ang & Lee, 2018).
1.1.2 DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF

PPI dilaksanakan dengan jayanya di negara kita sememangnya disokong oleh dasar-
dasar yang digubal sama ada dalam negara mahupun luar negara. Antaranya ialah mengikut
Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education menyatakan
bahawa:

“Regular schools with an inclusive orientation are the most effective means of combating
discriminatory attitudes, creating welcoming communities, building an inclusive society and
achieving education for all…”

(UNESCO dalam Lee & Sailajah, 2018)

Berdasarkan kenyataan Salamanca tersebut boleh disimpulkan bahawa sebenarnya


pelaksanaan PPI adalah untuk mewujudkan pendemokrasian dalam pendidikan. Dengan adanya
pendemokrasian dalam pendidikan bermakna hak dan kepentingan MBK adalah terjaga. Kita
tidak ingin mengetepikan hak MBK kerana semua murid adalah sama. Kita tidak tahu mungkin
bakat yang terdapat dalam MBK tidak terdapat dalam arus perdana dan sebalinya. Oleh itu,
dengan adanya percantuman MBK dan murid arus perdana dalam satu kelas untuk belajar
bersama-sama maka kedua-dua pihak boleh menerima antara satu sama lain, berkongsi idea
dan sebagainya.

1.1.3 MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF

Sudah semestinya PPI yang dilaksanakan oleh KPM mempunyai matlamatnya yang
tersendiri. Antara matlamat pelaksanaan PPI ialah untuk memberi peluang kepada MBK untuk
belajar bersama-sama dengan murid arus perdana. Peluang belajar tersebut tidak terhad kepada
pembelajaran di dalam bilik darjah malah juga di luar bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan daya saing dalam kalangan MBK sendiri supaya mereka boleh memperolehi
suatu motivasi untuk meningkatkan pencapaian diri mereka dalam bidang akademik dan bukan
akademik. Selain itu, pelaksanaan PPI juga adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada
masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK (Lee & Sailajah, 2018). Kita sedia maklum
bahawa realitinya pada hari ini, stigma masyarakat kita terhadap MBK sememangnya mempunyai
suatu pandangan yang negatif di mana masyarakat beranggap MBK adalah sautu kumpulan
murid yang cacat dan tidak mempunyai peluang untuk mengembangkan potensi mereka setaraf
dengan murid arus perdana. Tetapi hakikatnya, jika kita memberi peluang kepada MBK mereka
juga berupaya untuk mencapai suatu pencapaian yang setaraf dengan murid arus perdana.
1.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PIHAK BERKEPENTINGAN DALAM
PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH RENDAH

Pelaksanaan PPI yang berjaya di sekolah bukanlah suatu perkara yang mudah, ianya
memerlukan kolaborasi yang baik antara semua pihak di sekolah supaya boleh menghasilkan
MBK yang berjaya dalam PPI. Antara pihak yang berkepentingan untuk memastikan kejayaan
PPI ialah:

1.2.1 GURU ARUS PERDANA

Guru arus perdana (GAP) sememangnya perlu memainkan peranan yang penting
untuk memastikan kejayaan PPI di sekolah. GAP adalah terdiri daripada guru akademik biasa
dan guru bimbingan dan kaunseling (GBK). Jika difokuskan dengan GBK, banyak peranan yang
boleh dilakukan. Pertama sekali, GBK perlu menerima MBK dengan hati yang terbuka. Hal ini
adalah penting supaya GBK boleh mengenali MBK dari aspek cara pembelajaran, rutin harian
dan sebagainya supaya boleh membantu MBK untuk meningkatkan motivasi belajar mereka.
Sebagai contoh, GBK boleh menjadi guru pendamping semasa PdP PPI berlangsung dan
memerhati gaya pembelajaran MBK. Setelah mengetahui gaya pembelajaran seseorang MBK di
dalam kelas, maka GBK boleh berkongsi idea dengan guru matapelajaran dengan mengadakan
perbincangan mengenai penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI), bahan bantu
mengajar (BBM) yang sesuai untuk membantu MBK lebih mudah menyerap ilmu yang
disampaikan oleh guru matapelajaran.

1.3 ISU DAN CABARAN DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI PUSAT


BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH RENDAH

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan PPI di pusat Bimbingan
dan Kaunseling sekolah rendah. Pertama sekali, adalah disebabkan oleh sikap GBK yang tidak
serius dalam membantu guru mata pelajaran semasa PdP. Hal ini berlaku kerana GBK
beranggapan bahawa dia masuk ke kelas adalah semata-mata menjadi pemantau dan tidak perlu
menyumbang idea kepada guru mata pelajaran tentang pelaksanaan PdP. Tetapi hakikatnya
tanggungjawab GBK adalah boleh membantu MBK dengan cara membincang pembinaan RPI
yang sesuai dengan guru matapelajaran, boleh mendekati MBK seorang demi seorang untuk
bimbingan ketika mereka menyiapkan latihan dan sebagainya.
Selain itu, faktor kekangan masa juga merupakan cabaran dalam pelaksanaan pendidikan
inklusif. Kita umum mengetahui bahawa tugas GBK di sekolah adalah melaksanakan program
bimbingan kepada murid-murid sekolah dan perlu melaksanakan sesi kaunseling. Oleh itu, GBK
adalah tidak dapat masuk ke kelas mengikut jadual yang ditetapkan untuk membantu guru mata
pelajaran melaksanakan PdP. Oleh itu, pelaksanaan PPI akan menghadapi masalah kerana guru
mata pelajaran perlu mengawal semua murid yang terdapat di dalam kelas inklusif dan hal ini
akan menyebabkan guru mata pelajaran tidak dapat memberi fokus kepada MBK dalam PdP.

1.3.1 LANGKAH-LANGKAH MENANGANGI ISU DAN CABARAN

Untuk mengatasi isu-isu yang timbul, beberapa langkah penyelesaian telah dikenalpasti.
Pertama sekali, GBK sepatutnya peka akan tanggungjawab dan pernan iaitu perlu membantu
guru mata pelajaran dalam PdP yang dilaksanakan untuk kelas inklusif. Hal ini demikian kerana,
guru mata pelajaran tidak dapat fokus kepada murid arus perdana dan MBK dalam satu masa
dan di situlah GBK perlu mendampingi MBK untuk melihat keperluan mereka dalam PdP, semasa
menjawab latihan dan sebagainya supaya mereka boleh menerima ilmu yang disampaikan oleh
guru mata pelajaran selaras dengan murid lain.

Selain itu, untuk menyelesaikan isu yag timbul pihak pentadbir perlu mengagih tugas
kepada GBK secara seimbang. Isu yang timbul ialah GBK tidak dapat masuk ke kelas inklusif
untuk membantu guru mata pelajaran kerana perlu melaksanakan program bimbingan dan
sebagainya. Oleh itu, pihak pentadbir perlu berbincang dengan GBK berkaitan kekerapan
melaksanakan program bimbingan di sekolah supaya tidak mengganggu jadual GBK untuk
membantu guru mata pelajaran dalam kelas inklusif. Selain itu, pihak pentadbir juga boleh
membudayakan amalan memantau kerja guru di dalam bilik darjah untuk memastikan GBK
sentiasa masuk ke kelas inklusif tepat pada masanya untuk membantu guru matapelajaran.
Buktinya, menurut Lee & Sailajah (2018), guru besar dan pengetua perlu melakukan penilaian
formal dengan mengadakan lawatan bilik darjah atau laluan pembelajaran memastikan semua
guru melaksanakan tanggungjawab dengan baik agar matlamat pendidikan lebih mudah tercapai.

1.3.2 FAKTOR KRITIKAL MEMPENGARUHI KEJAYAAN PROGRAM

Antara faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan PPI ialah perkhidmatan sokongan.
Perkhidmatan sokongan adalah bantuan yang diberikan kepada MBK supaya boleh
mengurangkan impak kesukaran persekitaran pembelajaran MBK dengan menyediakan
perkhidmatan berkualiti, menggalakkan kerjasama antara semua pihak dan menyediakan
kemudahan yang boleh diakses oleh semua warga sekolah. Sebagai contoh, untuk murid yang
mempunyai masalah penglihatan maka pihak sekolah akan menyediakan mesin braille dan kanta
pembesar supaya murid tersebut boleh melibatkan diri dalam aktiviti PdP dengan selesa.

Selain itu, masyarakat juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan
kejayaan PPI. Masyarakat khususnya ibu bapa perlu giat memberi sokongan dalam PPI supaya
hubungan ibu bapa dan guru boleh menjadi erat dan seterusnya membantu memperkukuhkan
lagi pelaksanaan PPI di sekolah. Setelah hubungan ibu bapa dan guru menjadi erat maka ibu
bapa juga lebih bersedia untuk menerima maklum balas daripada guru dan kemudiannya
bersama-sama menyediakan persekitaran pembelajaran yang inklusif untuk membantu MBK
meningkatkan pencapaian akademik dan bukan akademik.

1.4 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Program Pendidikan Inklusif sememangnya sangat penting untuk


membantu MBK memperolehi taraf pendidikan yang sama rata dengan murid arus perdana yang
lain. Untuk memastikan PPI ini berjaya dilaksanakan di setiap sekolah, semua pihak di sekolah
tidak kira pihak pentadbir, guru dan sebagainya perlu memberi kerjasama yang baik dan
semestinya mereka perlu memahami tentang diri MBK terlebih dahulu sebelum boleh memberi
bantuan kepada mereka untuk memastikan mereka boleh menerima manfaat daripada kelas PPI
agar boleh memperkembangkan potensi yang ada dalam diri mereka supaya boleh menyumbang
kepada pembangunan negara suatu hari nanti.
BIBLIOGRAFI

Ang, C. T & Lee, L. W. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Kamariah Jalil. (1995). Ke Arah Peluang yang Sama dan Penyertaan Sepenuhnya. Kertas Kerja
Pendidikan Inklusif: Pendidikan Untuk Semua.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Data Pendidikan Khas 2014. Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Pendidikan Khas. Dicapai pada 22 Februari 2018
daripada https://www.moe.gov.my/index.php/my/soalan-lazim/pendidikan-khas-faq.

Lee, K. C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif. Selangor: Oxford Fajar Sdn
Bhd.

Zaleha Tambi Adam. (1997). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Kanak-kanak Khas
Bermasalah Pembelajaran di Sebuah Sekolah di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.

You might also like