You are on page 1of 4

KAEDAH PENGAJARAN IMAM MALIK R.

BIODATA IMAM MALIK

Imam Malik dilahirkan di madinah pada tahun 93 hijrah.


Nama sebenarnya ialah Malik bin anas bin abu amar al-asbahi bin amru bin al-haris bin
saad bin auf bin adi bin Malik bin yazid.
Daripada pihak ibunya ialah al-aliah binti syarik bin abdul rahman.
Beliau berasal daripada keturunan Arab yang terhormat dan dimuliakan oleh
masyarakat.

Datuknya abu amir ialah seorang sahabat rasulullah yang telah banyak
menyumbangkan tenaganya menjadi tentera Islam dalam peperangan melawan kaum
kecuali peperangan badar.
Beliau meninggal dunia pada tahun 179 hijrah ketika berusia 86 tahun dengan
meninggalkan 3 orang puteri dan 1 orang puteri.

PENDIDIKAN IMAM MALIK

Imam Malik sangat gemar menuntut ilmu pengetahuan.


Sejak kecil beliau telah menghafaz al-quran dan hadis.
Imam Malik dibesarkan dan menerima pelajaran di kota makkah.
Beliau bukanlah daripada keturunan yang berada.
Sewaktu belajar beliau tidak pernah mempunyai wang, tetapi tetap setia menuntut ilmu,
terutama ilmu agama.
Beliau mempunyai kecergasan akal fikiran yang luar biasa. Suatu hari beliau mendengar
gurunya menyampaikan 30 hadis secara lisan dan beliau dapat mengingati 29 buah
hadis daripadanya.
Setelah dewasa, beliau belajar dengan ulama dan ahli fikah serta mempelajarai
pendirian mereka sehingga menjadi seorang ahli sunah yang terkenal dan penyelidik
hukum agama yang terkemuka.
Menurut riwayat, beliau telah berguru dengan tidak kurang 700 orang.
Antara mereka adalah 300 orang yang merupakan ulama tabiin.
Berkat kerajinan dan usaha gigih beliau dalam menuntut ilmu pengetahuan, akhirnya
Imam Malik muncul sebagai seorang ulama fikah yang terbesar dan unggul di seluruh
Madinah.

SUMBANGAN IMAM MALIK

Imam Malik seorang yang pakar dalam ilmu hadis. Beliau sangat berhati-hati dalam
menyelidik sanad dan perawi (periwayat) hadis untuk memastikan kesahihannya. Kerana
kemasyhuran Imam Malik dalam ilmu hadis, ramai ulama dari luar madinah datang untuk
mendapatkan ilmu daripada beliau. Selain mengumpul hadis-hadis nabi, Imam Malik juga
menganalisis hadis-hadis tersebut untuk merumus hukum-hukum agama. Mengikut satu
riwayat, Imam Malik telah menghabiskan 40 tahun dari hidupnya untuk menghimpun dan
menapis hadis-hadis yang diterima daripada gurunya. Para ahli ilmuwan wang sezaman
dan sesudahnya amat memuji intelektual yang dicapai oleh Imam Malik. Menurut mereka :
tidak ada ahli hadis yang lebih besar daripada Imam Malik dalam dunia ini.
Imam Malik juga telah meriwayatkan berpuluh-puluh karya yang termasyhur termasuk al-
muwatta iaitu kitab yang dianggap terpenting. Sebagai ulama hadis, beliau menempatkan
kedudukannya antara ilmuwan berbakat seperti penghimpun hadis terkenal iaitu Imam
bukhari dan muslim. Menurut Imam hambali, Imam Malik merupakan satu-satunya
penghimpun yang mendapat gelaran kehormat dan tidak menyebarkan hadis sebelum
beliau sendiri yakin dan puas.

Madinah ialah pusat pendidikan islam yang telah melahirkan dan mengharumkan sejumlah
nama cendekiawan agung, salah seorang daripada mereka ialah Imam Malik. Imam Malik
pernah berkata : barang apa yang ada dalam kitab Allah atau barang apa yang telah
dihukum oleh sunnah Rasulullah, maka itu adalah benar, tidak ada keraguan padanya.

Imam Malik sangat berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa. Setiap hukum yang dikeluarkan,
terlebih dahulu dirujuk kepada Al-quran dan hadis. Jika tidak terdapat dalam kedua-dua
sumber tersebut, baharullah beliau merujuk ijmak ulama, qias dan akhir sekali masolih
mursalah. Peninggalan Imam Malik yang terbesar ialah kitab al-muwatta yang menjadi
bahan rujukan seluruh umat islam hingga sekarang.


Knowledge doesnt come, but you
Have to go to it [Imam Malik]

KAEDAH PENGAJARAN IMAM MALIK


Kaedah Syarahan
Imam malik menggunakan kaedah syarahan dalam pengajarannya.
kaedah yang paling banyak digunakan Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran.
Majlis kuliah beliau diadakan di masjid Madinah dan rumah beliau sendiri.
Dalam majlis tersebut, Imam malik seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan syarahan
sementara orang lain mendengar pengajaran yang beliau sampaikan.
Imam malik mula menyampaikan kuliah @ syarahan sejak berusia 17 tahun. Beliau tidak
mengajar setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.

Kaedah Menyelesaikan Masalah


Kaedah menyelesaikan masalah juga digunakan oleh Imam Malik khususnya dalam perkara
yang berkaitan dengan hukum. Setiap masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh murid-
muridnya akan dirujuk kepada Imam Malik. Masalah yang dikemukakan kepada beliau bukan
sahaja datang daripada penduduk sekitar Madinah, malahan daripada wilayah-wilayah yang
jauh.
Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, Imam Malik tidak suka kepada masalah khayalan
dan andaian yakni yang direka-reka dan yang tak pernah berlaku. Beliau hanya akan
menyelesaikan masalah yang benar-benar berlaku dalam masyarakat atau masalah waqi
sahaja. Imam Malik amat berhati-hati dalam menyampaikan jawaban kepada soalan yang
dikemukakan. Beliau tidak akan menjawab sebelum memikir dan mengkaji dengan lebih
mendalam.

Kaedah Perbincangan
Kaedah perbincangan juga merupakan kaedah yang digunakan Imam Malik. Seperti yang
diketahui, murid-murid Imam Malik bukan sahaja terdiri daripada orang kebanyakan. Ulama
yang sudah terkenal pun datang menghadiri majlis Imam Malik.
Kesempatan ini digunakan oleh Imam Malik untuk berbincang dengan mereka tentang
masalah yang dikemukakan oleh murid lain. Kaedah perbincangan ini juga digunakan oleh
Imam Malik dalam menyampaikan pengajaran beliau kepada pemerintah.
Beliau selalu mengadakan perbincangan dengan khalifah Abbasiyah, antaranya ialah Al-
Mansur mengenai talak orang yang dipaksa.

Kaedah Penceritaan
Kaedah penceritaan juga merupakan salah satu kaedah yang dilaksanakan oleh Imam Malik.
Kebanyakan cerita yang disampaikan adalah bertujuan untuk mendidik manusia. Ia juga
banyak mengandungi nilai dan teladan untuk diikuti.
Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan oleh orang yang
terdahulu seperti Sayidina Umar al-Khattab. Beliau berharap supaya khalifah mengiguti jejak
langkah Umar.

Kaedah Penulisan
Bidang penulisan merupakan satu lagi kaedah yang digunakan oleh Imam Malik dalam
pengajaran beliau. Ada dua bidang penulisan yang digunakan oleh Imam Malik iaitu penulisan
kitab dan surat
Kitab Karangan Imam Malik yang mahsyur ialah Al-Muwatta, kitab ini dianggap sebagai kitab
yang pertama menghimpunkan hadith Nabi dan fikah sekali. Ia disusun dalam bab-bab yang
berdasarkan tajuk dan masalah yang dibncangkan.

Selain kitab al-Muwatta, ada lagi kitab yang dinisbahkan kepada Imam Malik seperti kitab
AlMudawwanah. Imam Malik juga menyusun kitab Al Mudawwanah al Kubra, yang berisi
fatwa-fatwa dan jawaban Imam Malik atas berbagai persoalan.

Al-Muwatta
Al-Muwattak bererti yang disepakati atau tunjang atau panduan tentang ilmu dan hukum-
hukum agama. merupakan sebuah kitab yang mengandungi hadis-hadis hukum yang
dikumpulkan oleh Imam Malik serta pendapat para sahabat dan ulama-ulama tabiin. lengkap
dengan pelbagai masalah agama yang merangkumi ilmu hadis, ilmu fiqh dan sebagainya.
Semua hadis di dalam kitab ini adalah sahih kerana Imam Malik terkenal dengan sifatnya
yang tegas dalam penerimaan hadis tertentu. Beliau sangat berhati-hati ketika menapis,
mengasingkan dan membahas serta menolak riwayat yang meragukan. Daripada 100,000
buah hadis yang dihafal beliau, hanya 10,000 sahaja diakui sah dan daripada 10,000 hadis
itu, hanya 5,000 sahaja yang disahkan sahih oleh beliau setelah disiasat dan dipadankan
dengan Al-Quran. Menurut satu riwayat, Imam Malik menghabiskan 40 tahun untuk
mengumpul dan menapis hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya.
Imam Syafie pernah berkata, "Tiada sebuah kitab di muka bumi ini yang lebih banyak
mengandungi kebenaran selain daripada kitab al-Muwattak karangan Imam Malik."
Di samping menulis kitab, beliau juga menulis surat kepada pihak berkuasa. Di dalam surat
tersebut banyak pengajaran diterapkan beliau.
Imam Malik tak hanya meninggalkan warisan buku. Ia juga mewariskan mazhab fikih di
kalangan Islam Sunni, yang disebut sebagai Mazhab Maliki. Mazhab Maliki pernah menjadi
mazhab resmi di Mekah, Madinah, Irak, Mesir, Aljazair, Tunisia, Andalusia (kini Spanyol),
Morokko, dan Sudan. Kecuali di tiga negara yang disebut terakhir, jumlah pengikut mazhab
Maliki kini menyusut. Kebanyakan penduduk Mekah dan Madinah saat ini mengikuti Mazhab
Hanbali. Di Iran dan Mesir, jumlah pengikut Mazhab Maliki juga tidak banyak. Hanya
Morokko saat ini satu-satunya negara yang secara resmi menganut Mazhab Maliki.

Kaedah Ulangan
Imam Malik juga menggunakan pengajaran secara ulangan atau tikrar untuk mengukuhkan
kefahaman murid-muridnya.
Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan
pelajaran yang beliau sampaikan, kemudian membacakan semula pengajaran-pengajaran
tersebut kepada orang ramai.(Munawwar Khalil, 1985).

Kaedah Pergaulan
Pergaulan merupakan suatu lagi kaedah yang digunakan oleh Imam Malik. Beliau
menggunakan cara ini khususnya untuk mendekati pemimpin bagi menyampaikan
pengajaran.
Beliau juga sering bergaul dengan murid-muridnya. Imam malik pernah menjemput anak-anak
muridnya ke rumah. Dengan pergaulan seumpama ini, secara tidak langsung Imam Malik
dapat menerapkan banyak perkara yang baik sebagai panduan untuk mereka. (Dr Ahmad
Shurbasyi, 1978)

Kaedah Nasihat
Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan nasihat kepada orang ramai.
Kaedah menasihati ini dilakukan sama ada golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah,
golongan ulama mahupun orang kebanyakan.
Antara nasihat beliau yang mahsyur tentang urusan ibadah, taklid, memilih guru dan
seumpamanya (Munawwar Khalil,, 1985).

KEISTIMEWAAN
1. Seorang yang kuat beribadat di waktu malam serta membaca Al-Quran kitab yang
mengandungi hadis
2. Menghafaz Al-Quran dan hadis sejak dari kecil.
3. Beliau sangat berani mempertahankan fatwanya walaupun dihadapan seorang gabenor dan
musuh islam.

UJIAN KE ATAS IMAM MALIK


Beliau pernah disebat dengan cemeti hingga patah tulang belakangnya kerana mengeluarkan
fatwa yang tidak dipersetujui oleh khalifah,iaitu isteri yang diceraikan secara paksa tidak jatuh
talaknya.
Beliau berkata,"Aku dipukul kerana mempertahankan kebenaran agama.Tidak ada baiknya
bagi orang yang tidak dihukum kerana perkara benar."

You might also like