You are on page 1of 4

Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan iaitu A,B, C dan D.

pilih satu jawapan sahaja bagi setiap soalan

1. Merupakan elemen yang amat penting dalam proses pembinaan sesuatu objek atau struktur ialah
A. Bahan
B. Alat
C. Mesin
D. Sumber

2. Kenyataan di bawah merujuk kepada

Logam jenis ini mengandungi sejumlah karbon bagi tujuan untuk menguatkan
strukturnya.

A. Logam bukan ferus


B. Logam ferus
C. Aluminium
D. Piuter

3. Kenyataan di bawah merujuk kepada

Ukuran kemampuan bahan untuk menahan daya atau tegangan tanpa pecah atau meleding.

A. Sifat mekanikal bahan


B. Sifat fizikal bahan
C. Sifat kimia bahan
D. Sifat asas bahan

4. _______________ adalah keupayaan bahan untuk kembali semula ke bentuk asal tanpa
mengalami perubahan bentuk. Contohnya pegas dan getah.

A. Kekuatan
B. Ketegangan
C. Keanjalan
D. Kekerasan

5. Mesin yang digunakan dalam kerja-kerja mencanai atau untuk meratakan permukaan benda kerja
ialah ____________________-

A. Mesin gerudi
B. Mesin canai
C. Mesin gergaji
D. Mesin pelarik
6. Mesin yang digunakan untuk melicinkan permukaan benda kerja terutama melibatkan kerja kayu
ialah ________________

A. Mesin kimpalan
B. Mesin pelarik
C. Mesin pelelas mudah alih
D. Mesin gergaji jig

7. Langkah keselamatan bengkel terbahagi kepada tiga iaitu


I. Langkah keselematan diri
II. Lengkah keselamatan alatan
III. Langkah keseklamatan guru
IV. Langkah keselamatan bengkel

A. I, II dan IV
B. I,II dan III
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV

8. Sistem _____________ bermaksud pengendalian kuasa atau tenaga untuk melengkapkan


sesuatu tugas yang melibatkan daya dan gerakan.

A. Sistem pneumatic
B. Sistem mekanikal
C. Sistem mekatronik
D. Sistem hidraulik

9. Gear berfungsi sebagai _________________________________________________________


A. mengawal kelajuan mesin
B. penghantar kuasa dan penggerak mesin
C. menjadikan beban berat menjadi ringan
D. memindahkan gerakan secara gerakan linear

10. Rajah di bawah menunjukkan sejenis gunting kertas yang menggunakan komponen mekanikal.
Komponen mekanikal yang manakah tidak terdapat pada produk tersebut.

A. Daya
B. Fulkrum
C. Beban
D. Kuasa
11. System mekanikal yang terdapat pada kerata sorong ialah ____________________-.
A. Pautan
B. Rantai
C. Tuas
D. Takal dan talisawat

12. Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu

i. Arus terus
ii. Arus pintas
iii. Arus ulang alik
iv. Arus tertutup

A. I dan IV
B. I dan III
C. III dan IV
D. II dan III

13. Alat pegun yang berfungsi untuk menaik atau menurunkan voltan bekalan pada litar elektrik ialah
________________________

A. Geganti
B. Transformer
C. Motor elektrik
D. solenoid

14. Biasanya system elektronik menggunakan bekalan arus ___________________________ dan


beroperasi dengan arus yang rendah.

A. Arus terus
B. Arus pintas
C. Arus ulang alik
D. Arus tertutup

15. Komponen elektronik yang digunakan untuk mengawal dan menghadkan aliran arus elektrik
mengalir melaluinya ialah ________________.

A. Pemuat
B. Transistor
C. Perintang
D. Diod
16. Satu set peranti yang mengawal sesuatu pergerakkan dan fungsi sesebuah peralatan atau mesin
ialah _____________________

A. Sistem mekatronik
B. Sistem kawalan
C. Sistem elektronik
D. Sistem gear

17. Sistem kawalan terbahagi kepada tiga iaitu :

I. Sistem kawalan automatik


II. Sistem kawalan semi automatic
III. Sistem kawalan manual
IV. Sistem kawalan antimagnetic

A. I, II dan IV
B. I,II dan III
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV

18. Ujian yang dibuat dalam suasana dan di tempat yang sebenar untuk menentukan kefungsian,
kesesuaian, keupayaan dan kebolehgunaan sesuatu produk.

A. Uijan makmal
B. Ujian keselamatan
C. Ujian parameter
D. Ujian kefungsian

19. Produk pengguna dibahagikan kepada 3 kategori iaitu


I. Barang beli belah
II. Barang mewah
III. Barang keperluan asas
IV. Barang istimewa

A. I, II dan IV
B. I,II dan III
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV

20. Barang keperluan asas ialah

A. Barangan yang dibeli berasaskan perbandingan dari segi kesesuaian, kualiti, harga dan gaya
B. Barangan yang ada ciri unik dan berjenama
C. Barangan yang biasanya dibeli tanpa perlu apa-apa pertimbangan
D. Barangan bukan produk tetapi digunakan dalam pembuatan

SOALAN TAMAT

You might also like