You are on page 1of 9

BAHAGIAN A

Jawab semua soalan.


1. Elemen elektromekanikal merangkumi gabungan komponen tersebut
KECUALI

a. Elektrik
b. Elektronik
c. Organik
d. Mekanikal

2. Peralatan yang manakah mempunyai elemen elektromekanikal ?

a. Lesung batu
b. Mesin basuh
c. Lampu LED
d. Pemutar skru Philips

3. Komponen elektrik pada sebuah mesin basuh ialah

a. Plag 3 pin dan motor


b. Panel kawalan
c. Takal
d. Tali sawat

4. Takal dan tali sawat pada sebuah mesin basuh ialah komponen __________

a. Elektrik
b. Elektronik
c. Mekanikal
d. Fizikal

5. Plag 3 pin terdiri daripada 3 tamatan iaitu hidup (L), neutral (N) dan

a. Mekanikal
b. Bumi (E)
c. Positif
d. Negatif
6. Fungsi tali sawat ialah

a. Mengikat komponen elektrik


b. Mengalirkan arus elektrik
c. Memindahkan putaran yang dihasilkan oleh motor ke takal
d. Mengawal keseluruhan sistem

7. Komponen ini menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik untuk


menghasilkan pergerakan. Apakah nama komponen ini?

a. Panel kawalan
b. Motor
c. Takal
d. Sensor

8. Namakan komponen X pada lakaran di bawah.

a. Suis
b. Sensor
c. Pemegang bateri
d. Wayar
9. Terdapat 4 elemen dalam sistem robotik iaitu KAWALAN, SENSOR, KUASA
dan _________

a. Elektrik
b. Elektronik
c. Pergerakan
d. Solar

10. Mikropengawal seperti Microbit digunakan sebagai elemen

a. Pergerakan
b. Kawalan
c. Sensor
d. Kuasa

11. Selain bateri, tenaga elektrik untuk menggerakkan robot juga boleh dijana
menggunakan

a. Motor
b. Sensor
c. Suis
d. Panel solar

12. ___________ akan mengesan kedudukan objek dalam jarak tertentu dari
sensor.

a. Sensor ultrasonik
b. Sensor cahaya
c. Sensor bunyi
d. Sensor haba
13. Kelebihan robot berbanding manusia ialah

a. Cepat rosak
b. Kos yang mahal
c. Boleh melaksanakan tugas yang sukar dan berisiko tinggi
d. Memperlahankan proses kerja

14. Dalam industri pertanian, dron seperti di bawah boleh digunakan untuk
membantu

a. Memotong rumput
b. Menghantar makanan
c. Menyembur racun untuk menghapuskan serangga perosak tanaman
d. Memastikan tanah kebun tidak diceroboh

15. Penggunaan robot dalam industri automotif memberikan kesan positif


berikut KECUALI

a. Proses memasang komponen kenderaan lebih cepat


b. Kualiti pemasangan komponen kenderaan lebih baik
c. Menjimatkan kos pengeluaran
d. Menyebabkan ramai orang menganggur
16. Selain menggunakan takal dan tali sawat, kita juga boleh menggunakan
komponen mekanikal yang berikut

a. Gear, gegancu, rantai


b. Suis dan sensor
c. Antenna penerima isyarat
d. Mikropengawal

17. Panel kawalan pada mesin basuh membolehkan kita melakukan perkara
berikut KECUALI

a. Menentukan mod cucian


b. Menentukan masa cucian
c. Membaiki kerosakan pada pakaian
d. Menentukan paras air

18. Proses membuat lakaran idea membolehkan kita

a. Mencuri idea orang lain


b. Menutup kelemahan idea sendiri
c. Berbincang dan membuat penambahbaikan
d. Menolak cadangan ahli kumpulan yang lain
19. Robot yang digunakan dalam industri makanan mampu melakukan kerja-
kerja berikut KECUALI

a. Membotolkan makanan
b. Melabel tin atau botol makanan
c. Menyusun produk makanan ke dalam kotak
d. Menghantar produk makanan ke pasaraya

20. Komponen ini mengesan perubahan dan menghantar isyarat elektrik


kepada panel kawalan untuk tindakan selanjutnya.

a. Sensor
b. Panel solar
c. Dram
d. Suis

Bahagian B

Soalan 1
Tuliskan 3 elemen elektromekanikal

( 3 markah )
Soalan 2
Lengkapkan jadual berdasarkan keratan rentas mesin basuh di bawah.

Komponen Elektrik Komponen Elektronik Komponen Mekanikal

( 12 markah )

Soalan 3
Nyatakan elemen sistem robotik pada setiap gambar.

( 8 markah )
Soalan 4

Pilih BETUL atau SALAH pada setiap pernyataan di bawah.

1. Takal berfungsi untuk mengawal keseluruhan sistem


elektromekanikal. [ BETUL / SALAH ]
2. Komponen elektronik pada sebuah pembersih vakum
robotik ialah panel kawalan jauhnya. [ BETUL / SALAH ]

3. Dron digunakan dalam industri pertanian untuk


menyembur racun perosak. [ BETUL / SALAH ]

4. Selain menggunakan bateri, robot juga boleh digerakkan


menggunakan sumber kuasa solar. [ BETUL / SALAH ]

5. Lengan robot hanya boleh digerakkan dengan


menggunakan sistem motor elektrik. [ BETUL / SALAH ]

6. Gear, gegancu, rantai, takal dan tali sawat merupakan


komponen elektrik pada sesuatu peralatan
elektromekanikal. [ BETUL / SALAH ]

7. Penggunaan robot dalam industri perkilangan akan


mengurangkan penghasilan produk. [ BETUL / SALAH ]

( 7 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like