You are on page 1of 13

SEKOLAH KEBANGSAAN FRANCIS LIGHT

JALAN PERAK 10150, PULAU PINANG

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (TAHUN 5)
1 JAM 15 MINIT

NAMA : ______________________________ TAHUN : _____________

Bahagian A (20 Markah)


Jawab semua soalan yang berikut. Bulatkan jawapan yang betul.

1. Apakah maksud fabrik?


A Kain yang diperbuat daripada petroleum
B Kain yang diperbuat daripada benang yang ditenun
C Bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan
D Bahan yang digunakan untuk mengisi sejenis cecair.

2. Apakah alatan jahitan yang boleh dikaitkan dengan fungsi di bawah?

 Merentas dan menanggalkan mata jahitan


 Memotong lubang butang

A Jarum peniti
B Gunting fabrik
C Perentas jahitan
D Mesin jahit mini

1
3. Di manakah kedudukan kertas karbon tukang jahit Ketika proses memindahkan
tanda garisan pola ke fabrik?
A Di atas pola dan fabrik
B Di atas fabrik dan pola
C Di antara pola dan fabrik
D Dia antara fabrik dan pola

4. Puan Diyana hendak menghasilakn 10 keping pemegang periuk yang berukuran


6 inci x 6 inci yang telah ditempah oleh pelanggannya.. Apakah alatan jahitan
yang sesuai digunakan oleh Puan Dayana untuk membantu mempercepatkan
kerjayanya?
A Perentas jahitan
B Mesin jahit mini
C Jarum jahit tangan
D Mesin jahit tangan

5. Apakah jenis tenaga yang boleh baharu yang dihasilkan daripada reputan benda
hidup?
A Air
B Ombak
C Biojisim
D Geoterma

2
6. Apakah punca yang menyebabkan kesan rumah hijau?
I. Penggunaan bahan api fosil
II. Kekurangan sumber semula jadi
III. Penggunaan tenaga boleh baharu
IV. Pembebasan bahan tercemar ke udara

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Mengapakah sumber semula jadi penting kepada manusia dan alam sekitar?
I. Dapat menjanakan tenaga boleh baharu
II. Dapat menyumbang kepada kesan rumah hijau
III. Dapat mengembalikan tenaga tidak boleh baharu
IV. Dapat mengurangkan penggunaan bahan api fosil

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3
8. Apakah tenaga boleh baharu yang boleh dikaitkan dengan pernyataan di
bawah?

Tenaga haba yang diperoleh daripada perut bumi


yang digunakan untuk menghasilkan wap yang
boleh menggerakkan turbin untuk menjana tenaga
elektrik.

A Angin
B Ombak
C Matahari
D Geoterma

9. Apakah sebabnya bilah kipas solar tidak berpusing walaupun diletakkan di


bawah cahaya matahari?
A Penggunaan panel solar yang tidak sesuai
B Panel solar yang digunakan berkualiti rendah
C Tiupan angin mengganggu kadar serapan panel solar
D Kipas solar diletakkan di kawasan terlindung cahaya matahari.

4
10. Maklumat berikut menerangkan tentang suatu struktur kawalan.

Satu set tindakan yang sentiasa berulang


sehingga syarat tersebut dipenuhi.

Apakah jenis Syarat jenis struktur kawalan tersebut?


A Struktur kawalan pilihan
B Struktur kawalan jujukan
C Struktur kawalan ulangan
D Struktur kawalan pelbagai pilihan

11. Apakah Teknik pengesanan ralat yang dilakukan secara manual?


A Membuat semula carta alir
B Mengesan urutan algoritma
C Membuat semakan langkah demi langkah
D Mengulang semula langkah membuat pseudokod

12. Antara berikut, yang manakah betul tentang struktur kawalan ulangan SELAGI
(WHILE)?
I. Bilangan ulangan telah ditetapkan
II. Bilangan ulangan pada arahan tidak diketahui
III. Set tindakan akan berhenti apabila syarat dipenuhi
IV. Bilangan ulangan berdasarkan pilihan yang perlu dilaksanakan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5
13. Apakah kaedah yang digunakan untuk memindahkan pengaturcaraan dalam
perisian pengaturcaraan mblock ke dalam papan mikropengawal?
A kaedah DUPLICATE
B kaedah memuat turun
C kaedah COPY dan PASTE
D kaedah memuat naik secara terus

14. Antara berikut, yang manakah merupakan jenis struktur kawalan pilihan?
I. Pilihan tunggal
II. Pelbagai pilihan
III. Dwipilihan
IV. Pilihan kembar

A I,II dan III


B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV

15. Mengapakah pertanian besar-besaran tidak sesuai dilakukan di bandar?


A Ruang yang terhad
B Penduduk bandar sentiasa sibuk
C Tiada kemahiran dan pengetahuan
D Bahan dan peralatan pertanian mahal

6
16. Apakah jenis sistem takungan yang menggabungkan tanaman sayur dengan
ternakan ikan?
A Akuaponik
B Bekas pengairan kendiri
C Kultur air dalam tanpa kitaran semula
D Kultur air dalam dengan kitaran semula

17. Apakah fungsi partikel kapilari di dalam bekas pengairan kendiri?


A Untuk membawa air naik dari bahagian taking air ke bahagian medium
penanaman
B Untuk membawa larutan nutrient dari bahagian medium tananaman ke
bahagian takung air
C Untuk membantu anak pokok berdiri menegak di dalam bekas tanaman
D Untuk menunjukkan aras air dalam taking penanaman

18. Apakah jenis sistem takungan penanaman di bawah.

A Akuaponik
B Bekas pengaliran kendiri
C Kultur air dalam (tanpa kitaran semula)
D Kultur air dalam (dengan kitaran semula)

7
19. Antara berikut, yang manakah merupakan medium penanaman?
I. LECA
II. Gabus
III. Najis ternakan
IV. Gambut kelapa

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20. Bagaimanakah pokok yang ditanam dalam sistem takungan dijaga supaya hidup
subur?
A Menggunakan bahan organik untuk mengawal serangga
B Menggunakan daun untuk membekalkan nutrien kepada pokok
C Memotong semua akar pokok yang terkeluar dari raga tanaman
D Menambahkan hasil pereputan sisa makanan dan sisa tanaman ke dalam
larutan nutrien

8
Bahagian B (30 markah )

1. Namakan lima jenis mata jahitan . (5 markah)

i. ___________________________________

ii. ___________________________________

iii. ___________________________________

iv. ___________________________________

v. ___________________________________

2. Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
(5 markah)
a Biojisim terhasil daripada reputan tumbuhan dan najis haiwan
b Geoterma merupakan sumber semula jadi untuk menjanakan
tenaga hidro.

c Sumber semula jadi digunakan untuk menjanakan tenaga


elektrik

d Panel solar digunakan untuk menyerap cahaya matahari bagi


menghasilkan tenaga elektrik atau haba.

e Motor boleh menukarkan tenaga daripada cahaya matahari


kepada tenaga elektrik

9
3. Padankan gambar rajah dengan jenis mata jahitan. (5 markah)

10
4. Nyatakan nama bagi setiap simbol yang berikut. (5 Markah)

Simbol Nama
1.

2.

3.

4.

5.

11
5. Nyatakan kelebihan penggunaan tenaga boleh baharu dalam kehidupan manusia.
(5 markah)

KELEBIHAN
TENAGA
BOLEH
BAHARU

12
6. Berdasarkan situasi di bawah, binakan struktur kawalan pilihan dalam algoritma.
(5 markah)

Mary pergi ke kedai runcit untuk membeli garam yang dipesan oleh ibunya.
Mary perlu masuk melalui pintu hadapan kedai runcit dan mencari garam.
Apabila dia telah menjumpai garam, Mary perlu membawa garam ke
kaunter bayaran untuk dibayar sebelum keluar dari kedai runcit.

Pseudokod

MUKASURAT TERAKHIR

Disediakan oleh : ______________________________

(CIK RAMADEVI A/P THANAGOPAL)

KETUA PANITIA RBT

Disahkan oleh : _______________________________

( EN ABDUL AZIZ BIN AHMAD)

PEN.KANAN PENTADBIRAN

13

You might also like