Professional Documents
Culture Documents
SINOPSIS
Modul ini mendedahkan tentang perkembangan teknologi bahan dan pembuatan; jenis
bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca, simen, komposit, kayu dan
getah.
Hasil Pembelajaran
1
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Pada masa ini terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan
buatan yang telah dihasilkan oleh manusia. Untuk memudahkan penerangan, pelbagai
bahan mentah dibahagikan kepada enam kumpulan utama iaitu logam,polimer, kaca,
komposit, kayu dan getah.
1.1 LOGAM
Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan yang
penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama yang
digunakan ialah kuprum, gangsa dan besi.
Tahukah anda??
'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang
kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam).
Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus digunakan
dengan begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati, ekonomi dan mempunyai sifat-
sifat magnetic yang unik di samping sifat fizikal yang lain.
Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan
kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan
seperti kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijaadikan alat
gerudi.
Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi
waja), besi tempa dan besi tuang.
2
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Penghasilan logam
”secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada
dalam bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain”
1.2.1 KELULI
Keluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia.
Keluli adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Keluli dihasilkan
melalui proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon, silicon, mangan,
fosforus dn sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap.
Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan brbanding
dengan jenis-jenis yang lain. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi dan
karbon.
Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan,
fosforus, sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan
menjadikan lebih keras. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon
yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan
karbon.
3
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Keluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur
pengaloian seperti mangan, silicon, sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan
yang tinggi antara 0.5% hingga 2%. Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan mutu
dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifat-sifat
khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna.
4
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana
suhu penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak
begitu kuat dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai
bahan kejuruteraan kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang
sangat baik .
Besi Tuang
Besi Tuang
Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai
besi tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat
kewujudan kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang
tinggi melebihi keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan
5
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
dengan meluas untuk menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai
barangan industri yang lain.
Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan
karbon yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih
dengan perqtus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai.
Besi tuang putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini
dihasilkan dengan menggunakan logam dingin.
Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan
merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian
dan plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam
penghasilan besi tuang boleh tempa.
Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih
dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara
sangat perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan.
Semasa proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan
disebarkan menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak
tulen. Besi tuang boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip
dan peralatan industri pertanian.
6
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan
jenis-jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan
kandungan sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-
zarah besi logam yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan
teragih segaya. Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan
pembuangan karbon, dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.
1.3.1 ALUMINIUM
Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah
digunakan secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat
meluas sekali dan menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi
logam bukan ferus yang paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan,
pembinaan, elektrik, kontena, peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir
separuh daripada bekalan aluminium dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen
berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar dan dawai.
1.3.2 KUPRUM
Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun
digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam
7
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
industry elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen. Kuprum juga menjadi
unsure penting di dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang.
Proses yang digunakan untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah
bergantung kepada jenis bijih tersebut. Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah
pembasuhan dan pengisaran bijih berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan
pembersihan.
1.3.3 LOYANG
Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning
mengikut sukatan tertentu. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya.
Terdapat beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi
zink yang digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. Sedikit penambahan
unsure-unsur lain seperti plumbum, timah, silicon, aluminium, nikel, fosforus dan
arsenic, boleh mengawal sifat-sifat loyang.
1.3.4 ALOI
Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih
kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi
tetap tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen
adalah lembut dan lemah.
Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi.
Tujuan pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan
kakisan, dan mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik.
Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink. Kuprum boleh
dialoikan denganbanyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus,
silikon, tellerium dan arsenik. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Aloi nya
tidak boleh dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan
haba dan diikuti dengan lindapkejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan
sejuk dan pelembutan dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran
semula.
8
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
1.4 KACA
Kaca ialah
“bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir
silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara
semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan
melebihi 2000 C.”
9
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
1.5 Polimer
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia ke-2,
terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun
penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah
kedalam bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang
diperlukan.. Polimer terdiri daripada kayu, getah, kaca dan seramik
selain dari plastik.
Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang
memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan
polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
i. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan organik
dan bukan organik.
ii. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
iii. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam.
Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma,
elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian
atom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom
pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai
bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.
Polimer termasuklah;
10
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
1.5.1 Plastik
11
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah rapuh pada suhu yang rendah
12
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Renung sejenak!
Pernahkah anda terfikir bahawa lensa dibuat daripada akrilik?
1.6 Komposit
13
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
1.6.1.1. Menggelek
Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan dwilogam
dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus ubah
bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida–
oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan
atom ke atom.
14
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
dua kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin
penggelek.
1.6.1.4 Menekan
Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas. Bagi komponen yang
kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya
kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet
perekat di dalam lamina.
15
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
16
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim
diguna dalam enjin jet
Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan.
Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan
1.7 KAYU
17
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan sumber
yang boleh diganti. Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas digunakan
dalam pembinaan di kawasan beriklim tropika. Kayu merupakan sejenis bahan binaan
paling meluas digunakan dalam pembinaan di kawasan tropika.
Penggunaannya berkembang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
terutamanya dalam pembinaan istana dan kediaman. Pada masa kini kayu balak telah
berkurangan disebabkan permintaan yang tinggi terutamanya di luar negara, aktiviti
pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan barn.
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus
suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti
berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi
mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di
dunia di masa hadapan.
Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi hanya 80 spesis
sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan.
Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang,
turpentine, dan lain-lain.
KUMPULAN JENIS
18
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Kumpulan kayu keras yang berat Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong,
( HHW-Heavy Hardwood); Merbau, Tembusu dan Resak.
Kumpulan kayu keras yang sederhana Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang.
berat
(MHW-Medium Hardwood);
Kumpulan kayu keras yang ringan Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin, Sepetir
(LHW-Light Hardwood) dan Kayu Getah.
Kumpulan kayu yang lembut Damar Minyak, Geronggang, Jelutong,
(SW-softwood) Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan
Terentang.
19
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Kepelbagaian penggunaannya
20
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
22
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
1.7.12 Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami
proses pengeringan ialah:
i. Pecah.
ii. Retak.
iii. Terpiuh.
iv. Keras meleding.
V. Melengkung/Meleper/relangan.
vi. Wen atau sisian wen.
23
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
1.8 GETAH
24
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
LATIHAN 1
LATIHAN 2
Sesebuah rumah diperbuat daripada bahan kayu terdapat beberapa struktur saperti
rangka bumbung, pintu, tingkap, tangga, lantai dan dinding.
25
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
SINOPSIS
Topik ini mendedahkan sifat bahan mentah yang terdiri daripada logam, polimer, kaca,
simen, komposit, kayu dan getah.
HASIL PEMBELAJARAN
26
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Terdapat banyak jenis bahan yang dapat digunakan dalam kejuruteraan dan
pembuatan barangan. Pengetahuan tentang sifat bahan penting supaya bahan dapat
berfungsi dengan baik seterusnya dapat menghasilkan produk yang bermutu.
2.1 LOGAM
Tahukah anda bahawa logam dan aloinya seperti besi tuang, keluli, aluminium,
magnesium, zink, titanium dan nikel mempunyai sifat umum antaranya keberaliran haba
dan elektrik yang baik, kekuatan dan ketegaran yang tinggi, mulur atau mudah dibentuk
dan merintangi kejutan. Logam digunakan meluas sebagai bahan struktur dan bahan
galas beban. Walaupun logam tulen jarang digunakan, gabungan atau penambahan
logam lain yang dinamai aloi selalunya dapat memperbaiki sifat logam tulen atau
berupaya menggabungkan beberapa sifat yang baik seperti yang dikehendaki. Logam
yang mengandungi besi dikenali sebagai logam ferus, manakala logam yang tidak
mengandungi besi dikenali sebagai logam bukan ferus.
27
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
28
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Tahukah anda plastik terbahagi kepada dua kategori utama iaitu plastik termo dan
plastik termoset? Kedua-dua kategori ini mempunyai ciri-ciri yang
berbeza. Dapatkan maklumat mengenainya.
29
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Istilah polimer merangkumi kumpulan molekul yang besar, termasuk protein dan
gentian Kelvar yang mempunyai kekuatan tinggi. Satu sifat yang membezakan polimer
daripada molekul besar lain adalah pengulangan unit-unit atom (monomer) dalam
rangkaian. Hal ini berlaku ketika proses pengpolimeran, di mana banyak molekul
monomer bersambung antara satu sama lain. Contohnya, dalam proses pembentukan
polietena, ribuan molekul etena bersambung untuk menjadi lingkaran -CH 2- berulang.
Lazimnya, polimer dinamakan daripada unit monomernya. Istilah polimer berasal
daripada perkataan Yunani polus yang bermakna "banyak" dan meris yang bermakna
"bahagian". Oleh sebab polimer-polimer dibezakan dengan monomer-monomer
utamanya, rangkaian polimer dalam sesuatu bahan biasanya tidak sama panjang; tidak
seperti molekul-molekul lain di mana setiap atom mempunyai jisim molekul relatif yang
sama. Kejadian ini berlaku kerana rangkaian polimer hanya berhenti berlingkaran
selepas pemanjangan rangkaian yang berlaku pada selang masa rawak.
Protein ialah polimer yang terdiri daripada asid amino. Daripada sedozen
sehingga beberapa ratus monomer, yang terdiri daripada kira-kira dua puluh jenis,
membentuk rangkaian polimer protein, urutan monomer menentukan bentuk dan aktiviti
protein yang terbentuk. Tidak seperti pembentukan polyetena, yang berlaku serta-merta
dengan keadaan-keadaan tertentu, penghasilan biopolimer seperti protein dan asid
nukleik memerlukan mangkin.
Sejak tahun 1950-an, mangkin telah membolehkan penghasilan polimer sintetik
berlaku. Dengan mengawal tindak balas proses penghasilan polimer, polimer dengan
sifat-sifat baru, seperti polimer yang boleh menghasilkan cahaya berwarna dapat
dihasilkan.
Dapatkan maklumat seterusnya dalam buku Peter Stensel, Andrew Tung and Soh Beng
Seng. (2000). Keeping Up With Design and Technology For Upper Secondary. Singapore:
Pearson Education Asia Pte. Ltd; 381 -389.
a. Mudah pecah
30
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
b. Keras
c. Lutsinar dan lutcahaya
d. Bahan biasan.
e. Boleh dibentuk dengan cara meniup, pengacuan, menekan, menarik atau
menggulung.
f. Penyejukan serta merta meningkatkan kekuatan sebanyak 400%.
g. Takat lebur yang rendah dan lebih stabil dari segi fizikal dan kimia.
2.7.1.1 Kekuatan
31
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
32
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Getah tidak mengandungi sulfur peka terhadap perubahan suhu, larut dalam
sebilangan bahan uji, mempunyai kecenderungan menjadi lekit dan lemah
Getah – 7 % sulfur –lebih kuat dan diregang 8-10 kali ganda panjang asalnya
tanpa putus, tidak mudah larut dalam pelarut getah
Getah yg mengandungi sulfur dengan peratusan lebih tinggi adalah keras dan
rapuh
Sifat getah boleh diubah dengan mencampurkan bahan pelikat dan mengubah
darjah suhu dalam proses pemvulkanan
Kesan bahan pelikat bergantung kpd kehalusan dan banyaknya bahan tersebut.
33
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Karbon hitam, zink oksida, magnesium karbonat asas dan tanah liat ( 30 %
m’ikut isipadu ) akan meningkat kekuatan dan ketegangan dan keliatan getah
Jika masa melampaui nilai had – kekuatan tegangan muktamad getah dan
pemanjangannya berkurangan
Oleh sebab itu getah boleh berubah bentuk dgn had atau limit yg besar sebelum
pecah, putus atau sebagainya, maka satu nilai tegasan mesti diberi
Getah lembut mempunyai keupayaan menyerap tenaga per unit isipadu yang
terbesar
Oleh itu getah banyak digunakan utk membuat tayar, penyerap kejutan dan
penimbal
Tingkatkan maklumat anda, sila rujuk buku yang dikarang oleh Mat Lazim Zakaria
(1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka;
ms. 110 - 162
34
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada kayu pulpa ( kayu
lembut ) spt : spruce, bahan gentian sayuran lain termasuk kapas,
linen dan hem boleh digunakan
Tahukah anda?
Kertas dibuat daripada pulpa kayu dihasilkan dengan memotong dan mengisar pokok sehingga
menjadi pulpa. Secara purata 17 pokok berdiameter 20 cm pada paras dada lelaki dewasa
untuk menghasilkan 1 tan kertas.
LATIHAN 1
Sifat bahan kadang-kadang dibahagikan kepada dua kategori utama. Pertama sifat yang
sensitif kepada struktur dikenali sebagai sifat mekanikal sementara sifat yang tidak sensitif
kepada sruktur dikenali sebagai sifat fizik.
Huraikan perbezaan antara sifat mekanikal dan sifat fizikal strukruk bahan dengan memberikan
beberapa contoh.
LATIHAN 2
Sifat-sifat utama logam aluminium ialah ringan kuat secara relatif, tahan karat daripada tindakan
udara keliling dan merupakan pengalir eletrik yang terbaik. Ada kalanya logam ini mudah
dirosakkan.
Anda dikehendaki mencari punca utama mengapakah berlakunya kerosakan pada bahan
tersebut dan bagaimanakah untuk mengatasi masalah tersebut.
SINOPSIS
Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja
35
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
kayu merangkumi kertas las, bahan penyumbat dan jenis bahan kemasan seperti lilin,
minyak linsid, syelek, lekar, cat, varnish dan timbertone. Tajuk ini merupakan
sebahagian daripada tajuk empat dalam pro forma meliputi sebahagian bab barangan
logam dan kelengkapan
HASIL PEMBELAJARAN
3.0 PENGENALAN
36
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Untuk menghasilkan kemasan yang menarik bermutu tinggi bendakerja atau projek
perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan
menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut.
Antara langkah dalam kerja kemasan ialah:
Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las ( sand paper )
Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan
mengecat samada mengunakan berus atau spray
Lilin
Minyak Linsid
Cat
Lekar
Varnis
Stain
37
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Timber tone
Cat minyak
Syelek
Kayu Sampang
Lekar
Lilin
Lekar plastic
vinil
Cat minyak
Keluli Cat bitumen
lekar
Cat distemper
Lepa simen/gypsium Cat air / cat emulasi
Cat minyak
Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut.
38
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
3.3.2 Syelek
Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang
hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.
Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan atau dibeli secara bancuh siap.
Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau
bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.
Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau
resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung)
dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah
digunakan secara sapu atai sembur.
Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan
pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.
39
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas,
lapisan alas dan lapisan kemasan.
Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan
minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine.
Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.
Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan
memerlukan air sebagai agen pencair.
Cat ini mudah digunakan samada disapu dengan berus, digelek dengan
penggelek ataupun disembur.
Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru..
40
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan
kayu.
Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada
permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.
Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:
a. Kayu Cengal
b. Kayu Nyatoh
c. Kayu Balau
d. Kayu Meranti
e. Kayu Sepetir
LATIHAN 1
LATIHAN 2
Langkah kerja yang perlu dilakukan mesti mengikut peraturan dan mempunyai
nilai-nilai murni serta mendapat hasil yang berkualiti.
PERKEMBANGAN INDUSTRI PEMBUATAN
TAJUK 4
TEMPATAN
SINOPSIS
Tajuk ini menjelaskan perkembangan industri tempatan; peranan, fungsi, proses
pembuatan dan kepentingan industri tempatan.
HASIL PEMBELAJARAN
41
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
4.1 PENGENALAN
Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu
takrifan. Teknologi ditakrifkan sebagai pembangunan dan penggunaan alatan, mesin,
bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia.Istilah teknologi selalunya
berkait rapat dengan rekaan menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun,
rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.
Selain daripada itu teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu,
teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.
Secara ringkas istilah teknologi membawa maksud penggunaan alat, bahan dan
proses oleh manusia untuk membolehkan mereka melakukan atau menghasilkan
sesuatu, Contohnya, makanan yang kita makan itu telah dihasilkan, dibungkus dan
diedarkan dengan menggunakan teknologi tertentu. Begitu juga dengan rumah yang
42
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
kita diami, kenderaan dan lain-lain barang, yang semuanya dihasilkan dengan teknologi
tertentu.
Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. Oleh sebab manusia
sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk memudahkan
kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan berlaku
perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia.
Istilah pembuatan telah diambil dari perkataan Latin iaitu manu factus, yang
membawa maksud ‘ diperbuat dengan tangan ‘. Perkataan ‘ pembuatan ‘ telah
digunakan pada kurun ke 16. Istilah ini membawa maksud penghasilan barangan
daripada bahan mentah menggunakan pelbagai proses, mesin dan operasi, dan
menurut suatu aktiviti yang tersusun serta dirancangkan terlebih dahulu.
43
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Tahukah anda apakah peranan dan fungsi industri pembuatan tempatan? Mari kita teliti
maklumat berikut.
44
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
4.4.6 Hasil eksport barangan kilang dapat tambah hasil pendapatan negara
sumber pertukaran wang asing.
45
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
46
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
47
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Rajah 1 : Kilang proton merupakan antara industri pembuatan tempatan yang menjadi
kebanggan rakyat Malaysia
LATIHAN 1
LATIHAN 2
Sipnosis
Tajuk ini mendedahkan kepada pelajar tentang penggunaan bahan kitar semula
melibatkan bahan kertas, plastik, kaca, logam dan kayu.
Hasil Pembelajaran
49
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
5.1 Pengenalan
50
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini
terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap
satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, ia bergantung
kepada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja
sebuah tapak pelupusan dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka.
Lambat laun tapak-tapak ini akan berkembang dan menular
mencerobohi hidup kita.
51
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Bahan kitar semula seperti kertas, plastik, kaca, logam (seperti aluminum, besi
keluli dll) dan kayu dapat membantu industri pembuatan tempatan untuk menghasilkan
produk seperti kertas surat khabar, kertas tisu, botol plastik, botol kaca dan bahan
binaan berasaskan logam.
52
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Semua jenis kaca Semua jenis barang Semua jenis kertas Beg-beg membeli
termasuklah botol yang diperbuat sama ada yang belah plastik, beg
minuman, bekas daripada aluminium berwarna ataupun plastik dari
makanan, botol seperti tin-tin yang tidak pasaraya, botol
vitamin dan bekas minuman boleh berwarna, seperti minuman plastik,
kosmetik dikitar semula. suratkhabar lama, botol air mineral
majalah lama, dan bekas
buku, katalog, makanan yang
risalah, kalendar, diperbuat daripada
kad, sampul surat plastik boleh
dan kotak boleh diproses untuk
dikitar semula. dikitar semula.
Kayu-kayu terpakai
Boleh digunakan sebagai bahan kraftangan untuk membuat objek seperti rak rempah
atau meja burung. Juga boleh digunakan sebagai kayu api.
53
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
54
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas.
Plastik akan dipisah-pisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz
lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala
kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui
saluran udara panas.
Tahukah anda
Bagi setiap 10 suratkhabar yang dibeli di Malaysia, hanya 6 suratkhabar yang dikitar
semula. Setiap bulan, 57,000 tan kertas dibuang ke dalam tapak perlupusan sampah di
negara ini. Ianya seperti memotong 680,000 pokok dewasa.
55
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
c. Kertas
Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh
negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai.
Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air
lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas
kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi
satu gulungan kertas yang besar.
d. Aluminium
56
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
LATIHAN 1
LATIHAN 2
Hasilkan satu projek kitar semula bertema kertas atau plastik yang
diintergasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terapkan nilai-
nilai kepentingan kitar semula, penjimatan dan sebagainya.
RUJUKAN
David, M.S. (1983). Pertukangan Kayu Reka Bentuk Dan Amalan. Selangor: Eastern
Universities Press (M) Sdn. Bhd.
John A Walton (1971). Pertukangan Kayu. Tiori dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
57
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Mat Lazim Zakaria (1987). Bahan dan Binaan. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka
Lesko, J. (1999). Industrial Design Materials And Manufacturing. New York: John Wiley
& Sons, Inc.
Stensel, P., Tung, A. & Soh Beng Seng (2000). Keeping Up With Design And
Technology. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.
Stensel, P., Tung, A. & Soh Beng Seng. (2000). Building A Foundation With Design &
Technology. Singapore: Pearson Education Asia Pte Ltd.
Ulrich, K.T. & Steren, D.E. (2000). Product Design And Development. Boston: McGraw
Hill.
Zainal Abidin Ahmad (1999). Proses Pembuatan. Jilid 1. Johor Bahru: UTM
http://www.technologystudent.com/prddes1/prddex1.html
http://www.scienceclarified.com/everyday/Real-Life-Chemistry-Vol-1/Metals.html
http://www.history.com/encyclopedia.do?articleId=216320
NAMA KELAYAKAN
58
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
NAMA KELAYAKAN
59
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
IKON
Rehat
60
RBT 3102 TEKNOLOGI BAHAN DAN PEMBUATAN
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat
61