You are on page 1of 20

KOLEJ VOKASIONAL TAIPING

34600 KAMUNTING ,PERAK

KERTAS PENERANGAN
KERTAS PENERANGAN
PROGRAM MTK/MPI (USM 2112 SAINS BAHAN)

SEMESTER 2 / 1 DVM / 2019


1
STRUKTUR ATOM
1.0 PENGENALAN KEPADA BAHAN
1.1 PENGELASAN BAHAN
NO DAN TAJUK 1.2 SIFAT UMUM BAHAN
1.3 MENERANGAKAN BAHAN MAJU

1.0 PENGENALAN BAHAN


1.1 PENGELASAN BAHAN
1.1.1 Logam dan aloinya
1.1.2 Seramik
1.1.3 polimer
1.1.4 komposit

1.2 SIFAT UMUM BAHAN


STANDARD 1.2.1 Menyatakan maksud Kerapuhan, Kemuluran,
kekerasan, ketempaan, kekuatan.
PEMBELAJARAN
1.2.2 Menerangkan sifat umum bahan
- Kerapuhan , Kemuluran , Kekerasan, Ketempaan,
Kekuatan

1.3 MENERANGKAN BAHAN MAJU


1.3.1 Semikonduktor
1.3.2 Biomaterial
1.3.3 Smart material

NO KOD USM 2012 Muka: 1 Drp: 24

NAMA PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH, DISEMAK OLEH,

…………………………. ……………………
(ROHAYA BINTI SULIMAN)
PENSYARAH SAINS DVM
KV TAIPING

MATERIAL SCIENCE EDITED JUN 2019 KV TAIPING


1.1 PENGELASAN BAHAN

 Bahan-bahan kejuruteraan merupakan sumber yang utama dalam proses penghasilan suatu
produk.
 Antara bahan-bahan kejuruteraan yang sering digunakan dalam bidang pembuatan kejuruteraan
ialah logam ferus, logam bukan ferus dan aloi.
 Dengan ini, suatu bahan logam mengandungi beberapa sifat-sifat metalik dari segi fizikal dan
mekanik.

Bahan Kejuruteraan

Bahan Bukan
Bahan Logam
Logam

Logam Bukan Plastik


Logam Ferus
Ferus Seramik
Getah
Polimer
Aluminium
Besi
Kuprum
Keluli
Timah
Besi Tuang
Loyang
Gangsa

1.1.1 LOGAM DAN ALOI

 Secara umumnya, logam merupakan unsur yang memenuhi sebahagian besar Jadual Berkala.
 Logam ialah bahan penting yang menjadi sumber utama dalam industri pembuatan dan
pembinaan kerana mempunyai daya tahan yang tinggi bagi menahan beban, menghalang lelasan
dan kakisan.
 Selain itu, logam juga boleh dibentuk tanpa menjejaskan kekuatan fizikalnya.

2
 Logam mempunyai sifat yang disenaraikan di bawah dengan darjah yang berbeza, bergantung
kepada kedudukan logam di dalam Jadual Berkala.

Kekuatan tinggi Sukar untuk dipecahkan

Kekonduksian elektrik yang baik Boleh mengalirkan arus elektrik dengan mudah

Kekonduksian terma yang tinggi Boleh mengalirkan haba dengan mudah

Kekerasan Boleh menahan penembusan

Kemuluran Boleh ditarik menjadi dawai

Ketertempaan Boleh diketuk menjadi kepingan

Kekakisan Teroksida dengan mudah (menjadi karat)

Ketumpatan tinggi Bersaiz kecil tetapi berat

 Logam boleh dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu:


 Logam Ferus
 Logam Bukan Ferus

LOGAM FERUS

 Logam ferus ialah logam yang mengandungi unsur-unsur besi di dalamnya. Terdapat tiga
kumpulan logam ferus, iaitu:
 Besi tempawan
 Besi tempawan ialah besi yang mempunyai kandungan karbon yang sedikit, iaitu 0.06%
hingga 0.08%.
 Besi tempawan mempunyai daya kekuatan dan keteguhan yang tinggi, boleh ditempa,
lembut dan mampu menyerap daya hentaman secara mengejut.
 Besi tempawan digunakan untuk membuat rivet, paku, bol, jeriji, pintu pagar dan
pencangkuk kren.

3
 Keluli
 Keluli mempunyai kandungan karbon yang tinggi, iaitu antara 0.03% hingga 1.7%.
 Keluli lebih kuat jika dibandingkan dengan logam lain. Kumpulan keluli boleh
dikelaskan seperti di bawah.

Keluli Karbon Keluli Aloi

Keluli berkarbon rendah


(keluli lembut) Keluli kalis karat

Keluli berkarbon sederhana Keluli tahan lasak

Keluli berkarbon tinggi Keluli kelajuan tinggi

Keluli mata alat

Keluli Karbon

 Terdapat tiga jenis keluli karbon yang ditentukan berdasarkan peratus kandungan karbon
di dalamnya iaitu:
 Keluli berkarbon rendah
 Keluli berkarbon sederhana
 Keluli berkarbon tinggi

Jenis Keluli Peratus Karbon Sifat Logam Kegunaan

Keluli berkarbon Mulur, boleh ditempa Membuat keluli, plat, rod, dawai
0.03% - 0.3 %
rendah dan mudah dimesin dan keluli struktur

Keluli berkarbon Lebih keras dan Membuat gerudi, acuan dan alat
0.3% - 0.6%
sederhana teguh tangan

Membuat kikir, mata alat, gear dan


Keluli berkarbon Sangat keras dan
0.6% - 1.7% bahagian mesin yang memerlukan
tinggi teguh
tahan haus

4
Jenis Keluli Ciri-Ciri

1. Keluli berkarbon rendah mengandungi 0.03% - 0.3% kandungan


karbon dan dikenali juga sebagai keluli lembut
2. Keluli ini mempunyai sifat mulur, kebolehtempaan dan mudah
dimesin
Keluli berkarbon rendah
3. Keluli ini banyak digunakan dalam industri pembuatan kerana
muran dan mudah didapati
4. Digunakan untuk membuat kepingan keluli, plat, rod, dawai dan
keluli struktur.

1. Keluli berkarbon sederhana mengandungi 0.3% - 0.6%


kandungan karbon
2. Keluli ini mempunyai sifat keteguhan yang lebih tinggi daripada
keluli berkarbon rendah.
Keluli berkarbon sederhana
3. Kekerasan dan keteguhannya boleh ditingkatkan dengan proses
rawatan haba
4. Digunakan untuk membuat blok acuan, tali dawai, pegas berlapis,
pemutar skru, sepana, pahat, bekas tekanan tinggi dan gear.

1. Keluli berkarbon tinggi mengandungi 0.6% - 1.7% kandungan


karbon
2. Keluli ini mempunyai sifat kekerasan dan keteguhan yang paling
Keluli berkarbon tinggi
tinggi serta boleh ditingkatkan dengan proses rawatan haba.
3. Digunakan untuk membuat alatan tangan, pisau, mata gergaji dan
roda kereta api.

Keluli Aloi
 Keluli aloi ialah campuran dua atau lebih unsur logam yang berlainan. Ia bertujuan untuk
mendapatkan sifat yang berbeza daripada logam asal.
 Keluli aloi mempunyai sifat kekerasan dan kemuluran yang membolehkannya membuat
barangan yang menerima bebanan, hentaman dan tegasan yang tinggi.

5
 Contoh mata keluli aloi ialah keluli nikel, keluli mata alat dan keluli tahan lasak.
 Keluli aloi boleh digunakan untuk membuat komponen enjin, gear, mata alat, mata
gerudi, alat mengukur dan menguji.

 Besi Tuang
 Besi tuang mengandungi 2% - 4% karbon. Besi ini bersifat rapuh dan mempunyai
kekuatan regangan yang rendah tetapi kekuatan mampatan yang tinggi
 Terdapat empat jenis besi tuang yang berbeza berdasarkan sifat dan kandungan karbon di
dalamnya.

Jenis Besi Peratus Karbon /


Sifat Kegunaan
Tuang Campuran

 Mudah dimesin Membuat rangka mesin,


Besi tuang
2.0 % - 4.0 %  Proses tuangan mudah penyokong, paip dan acuan
kelabu
 Kekuatan mampatan rendah mesin

 Sangat keras dan sukar


Membuat komponen mesin
dimesin
Besi tuang yang memerlukan sifat
2.5% - 3.0%  Kekuatan mampatan lebih
mudah tempa ketahanan geseran dan
tinggi dibandingkan besi tuang
lelasan
kelabu

 Mempunyai sifat yang lebih


mulur
Besi tuang  Tidak mudah retak atau pecah Membuat andas, bahagian
3.2% - 4.1%
nodular jika diketuk enjin dan kotak gear
 Keras, tahan lelasan, tahan
haus dan boleh dikimpal

 Mempunyai sifat keliatan dan


Membuat bahagian mesin,
kebolehtempaan
Besi tuang putih 2.5% - 4.0% takal, roda, kotak engkol,
 Kekuatan (tidak mudah retak
bahagian jentera dan enjin.
atau pecah jika diketuk)

6
7
LOGAM BUKAN FERUS

 Logam bukan ferus ialah logam yang tidak mempunyai kandungan besi.
 Contoh logam bukan ferus ialah timah, aluminium, kuprum dan loyang
 Sifat dan kegunaannya adalah seperti di dalam jadual di bawah:

Jenis Logam Sifat Logam Kegunaan

Menyalut tin bekas makanan, bahan pateri


 Berwarna putih perak
Timah dan bahan campuran untuk membuat gangsa
 Lembut dan mulur
dan piuter

 Berwarna putih perak Digunakan secara meluas dalam industri


 Mudah dibuat tuangan dan dimesin aeroangkasa, pembinaan struktur, bingkai
Aluminium
 Pengalir elektrik yang baik pintu, dawai elektrik dan campuran untuk
 Mulur dan boleh ditempa membuat aloi aluminium

 Berwarna coklat kemerahan Peralatan dapur, paip, komponen alat


Kuprum  Sangat mulur dan boleh ditempa penyaman udara, komponen bot dan dawai
 Pengalir elektrik yang baik elektrik

1.1.4 ALOI

 Aloi ialah campuran dua jenis atau lebih logam bagi mendapatkan sifat logam yang lebih baik
berbanding logam asal.
 Aloi akan terhasil apabila unsur lain dileburkan bersama-sama dengan suatu logam tulen atau
bukan logam lain. Unsur yang ditambah mungkin logam atau bukan logam.
 Contoh aloi ialah syiling yang merupakan campuran kuprum (Cu) dan nikel (Ni). Leburan
campuran logam ini dibiarkan sejuk dan akan menghasilkan kupronikel (Aloi Cu-Ni)/
 Sifat-sifat logam boleh ditingkatkan atau dikurangkan dengan menambahkan unsur lain ke
dalamnya.
 Kandungan sifat logam dan kegunaannya ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Jenis Aloi Kandungan Sifat Logam Kegunaan


8
Loyang Campuran kuprum  Mudah dimesin, dibentuk dan Membuat pengalas,
dan zink dituang sesendal, pekakas
 Sifat kemuluran yang tinggi perpaipan, kelengkapan bot
dan alat perhiasan

Gangsa Campuran kuprum  Mempunyai sifat kekerasan Membuat galas bebola


dan timah  Pengalir elektrik yang baik

Kegunaan Logam dan Aloi

 Logam dan aloi digunakan secara meluas dalam sektor pembuatan yang boleh ditemui dalam
pelbagai bidang seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Bidang Logam-Aloi Kegunaan

Menjadikan konkrit bertetulang lebih kuat,


Keluli ringan mengukuhkan bentuk struktur, berfungsi
sebagai rasuk

Kejuruteraan Awam Keluli tahan karat Susur hiasan, jeriji tingkap, pagar

Aluminium Bingkai tingkap

Zink-aluminium Bumbung beralun

Keluli tinggi karbon Landasan kereta api, jambatan

Aloi tinggi kuprum Dawai elektrik dan bas-bar


Kejuruteraan Elektrik
Kuprum-berilium Spring untuk alat elektrik

Keluli rendah karbon Bahan kimpalan


Kejuruteraan Mekanik
Keluli sederhana karbon Bahagian kereta, nat dan bolt

Pertanian Pelbagai jenis keluli Jentera berat, sabit, parang, cangkul

1.1.2 BAHAN BUKAN LOGAM (GETAH, SERAMIK ,KOMPOSIT, POLIMER)


9
 Bahan bukan logam terbentuk sama ada adalam bentuk cecair, gas atau pepejal.
 Bahan ini tidak mempunyai unsur logam di dalamnya dan merupakan penebat yang baik.
 Antara bahan bukan logam ialah:
 Getah
 Getah ialah bahan bersifat elastik. Bahan ini mempunyai daya tahan yang kuat
 Getah boleh dipanjangkan sehingga beberapa kali ganda daripada saiz asal
 Terdapat juga getah tiruan seperti getah butil, stirena butadin, polibutadin dan
etilena propilena yang dihasilkan bagi mendapatkan ketahanan yang lebih tinggi
daripada haba, minyak dan bahan kimia.
 Getah banyak digunakan dalam industri pembuatan tayar, kasut, pengalas dan
pelapik getah.

1.1.2 SERAMIK

 Seramik yang digunakan dalam industri dihasilkan daripada aluminium oksida,


zirkonia, silikon nitrida, aluminium nitrida dan silikon karbida.
 Seramik bersifat keras, rapuh, perintang bahan kimia dan mempunyai takat lebur
yang tinggi
 Seramik digunakan secara meluas dalam industri aeroangkasa, pembuatan
komponen elektronik, elektrik dan automotif.

Kelas Jenis Bahan Kegunaan

Tanah liat Bahan berasaskan tanah liat Membuat batu bata, jubin bumbung, paip
pelapik relau dan mangkuk seramik
kimpalan TIG

Pelaras Intan, karborundum dan Roda canai, kain dan kertas emeri
korundum

Seramik Aluminium oksida, zirkonia, Acuan, galas palam pencucuh, komponen


kejuruteraan silikon nitrida, aluminium nitrida enjin turbin dan diesel
dan silikon karbida

Seramik elektrik Aluminium oksida dan titania Kapasitor, termistor varistor dan magnet
dan magnetik oksida

Kegunaan Seramik

10
 Seramik digunakan secara meluas dalam kehidupan harian kita seperti yang ditunjukkan dalam
jadual di bawah.

Bidang Produk seramik

Pembinaan Bata, jubin dan paip pembentung

Elektrik Penebat, pemutus litar dan kapasitor

Kesihatan Gigi palsu dan implan

Industri Penapis udara dan air serta bingkai untuk jentera

 Contoh produk seramik yang didapati di rumah ialah pinggan, cawan dan mangkuk, periuk.
Produk seramik seperti jubin, singki dan aksesori bilik mandi, lazimnya digunakan sebagai
bahan pembinaan bukan struktur disebabkan oleh kefungsian, rintangan kakisan, tahan lama dan
nilai estetik bahan-bahan ini.
 Dalam bidang pembinaan, disebabkan kerapuhan seramik, bahan ini jarang digunakan sebagai
bahan struktur atau penguat berbanding dengan logam dan aloi. Walau bagaimana pun, bata,
iaitu jenis seramik yang paling teguh dan tahan lasak digunakan secara meluas sebagai bahan
struktur mahupun bahan bukan struktur dalam pembinaan.
 Dalam alat elektrik, seramik digunakan secara meluas disebabkan sifat seramik sebagai penebat
elektrik yang baik. Seramik lazimnya digunakan sebagai pemutus litar, penebat dan kapasitor.
Satu contoh penebat seramik ialah mika yang terdapat pada tiang elektrik. Mika berfungsi untuk
memisahkan atau mengasingkan kabel yang membawa voltan tinggi daripada tiang logam.
 Dalam bidang pertanian, seramik tidak boleh digunakan untuk membuat alat-alat seperti
cangkul, pencakar, penyodok, sabit dan parang. Bagi tujuan ini, aloi adalah lebih sesuai kerana
aloi boleh menahan pengendalian kasar seperti membajak tanah, menggali lubang, membuang
rumpai, menuai dan memotong pokok.

1.1.3 POLIMER
1. Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada banyak ulangan unit kecil
yang dinamakan monomer.Monomer bersambung melalui ikatan kovalen menjadi sati
rantai yang panjang.

11
2. Polimer terbahagi kepada polimer asli dan polimer sintetik.
3. Polimer asli seperti getah, kapas , kanji, protein , sutera dan selulosa.
4. Polimer sintetik seperti plastik.
5. Plastik dihasilkan daripada sebatian polimer yang melalui proses kimia. Plastik digunakan
secara meluas kerana lebih murah, mudah diwarnakan, bersifat lut sinar dan berfungsi
sebagai bahan penebat.
6. Plastik dikelaskan kepada dua kumpulan:
 Plastik termoset
 Plastik termoset boleh dibentuk dengan menggunakan kaedah pemesinan dan tekanan.
 Plastik termoset tidak boleh dikitar semula

Jenis Plastik Termoset Kegunaan

Fenol Formaldehid Membuat bahagian tombol, pemegang, panel bersalut dan telefon

Poliester Membuat beg, kerusi plastik, badan kenderaan, rak fail dan
perhiasan rumah

Melamina formaldehid Membuat alat kelengkapan rumah, pemutus litar, komponen elektrik
dan penyalut barangan

▪Plastik termoplastik
a. Plastik termoplastik boleh dibentuk pada suhu antara 115C hingga 327C yang dikitar
semula melalui proses pemanasan tanpa mengubah sifat kimianya.

Jenis plastik termoplastik Kegunaan

Polietena (PE) Membuat alat kelengkapan rumah, botol, salur air, permainan kanak-
kanak dan peralatan pertanian

Polistirena (PS) Membuat rak kertas, bekas makanan dan perkakas rumah.

Poliproperlina (PP) Membuat cawan, komponen kejuruteraan dan penebat dawai

Polivinil klorida (PVC) Membuat paip air dan kelengkapannya, beg dan pembulut (conduit)

1.1.4 KOMPOSIT

12
1. Bahan komposit adalah bahan yang dibuat dari dua atau lebih bahan campuran dengan sifat
fizikal atau kimia yang berbeza yang, apabila digabungkan, menghasilkan bahan dengan ciri-ciri
yang berbeza dari komponen individu. Komponen individu tetap berasingan dan berbeza dalam
struktur siap, membezakan komposit daripada campuran dan penyelesaian pepejal.

2.Bahan baru mungkin lebih disukai kerana banyak sebab. Contoh-contoh umum termasuk bahan
yang lebih kuat, lebih ringan, atau lebih murah jika dibandingkan dengan bahan tradisional.

3.Bahan komposit kejuruteraan termasuk:

Konkrit bertetulang dan batu Komposit matriks seramik (matriks seramik


dan logam komposit)

Kayu komposit seperti papan lapis Komposit matriks logam

Plastik bertetulang, seperti polimer bertetulang Bahan komposit Advanced yang lain
gentian atau gentian kaca

4.Bahan-bahan komposit biasanya digunakan untuk bangunan, jambatan, dan struktur seperti kapal
bot, panel kolam renang, badan kereta lumba, gerai mandi, tab mandi, tangki simpanan, granit
tiruan dan tenggelam marmar berbudaya dan alas meja. Contoh-contoh bahan komposit di atas
kapal angkasa dan pesawat udara dalam persekitaran yang berubah-ubah.

1.2 SIFAT UMUM BAHAN


1. Sifat fizikal logam merupakan faktor penting dalam pemilihan bahan kejuruteraan sebelum
mereka bentuk sesuatu barangan.
2 Sifat fizikal logam ialah:
2.1 Keberaliran haba
13
Keberaliran haba ialah sifat bahan logam dan bukan logam yang membolehkan haba
mengalir melaluinya. Contoh keberaliran haba yang baik ialah kuprum keluli kalis karat
dan aluminium. Logam ini sesuai untuk membuat kepala pematerian.
2.2 Keberaliran elektrik
Keberaliran elektrik ialah sifat sesuatu bahan yang menjadi pengalir elektrik. Contoh
pengalir elektrik yang baik ialah kuprum, aluminium, timah dan keluli.
2.3 Takat lebur
Takat lebur ialah had suhu maksimum sesuatu bahan pepejal sebelum mejadi cecair
apabila dikenakan haba yang tinggi. Setiap bahan mempunyai takat lebur yang berbeza
bergantung pada jenis bahan dan kandungan di dalamnya.
3 Sifat mekanik ialah keupayaan struktur logam untuk berubah apabila dikenakan beban ke
atasnya.
4 Sifat mekanik logam boleh diuji dengan menggunakan mesin ujian ketegangan, mesin ujian
Rockwell, Brinnel, Vikers, Scleroscpe Shore, Charpy dan Izod.
5 Sifat mekanik logam, takrifan, kegunaan dan contoh alat penguji ditunjukkan dalam jadual di
bawah.

Sifat Mekanik Takrifan Kegunaan Contoh Alat Alat Penguji

Keupayaan logam Membuat kerja Rod Mesin ujian


diregangkan tanpa pembentukan logam penambah tegangan
Kemuluran mudah putus mengikut bentuk yang kimpalan gas
dikehendaki seperti dan dawai
tembaga dan aluminium

Sifat logam mudah Membuat kerja Rivet dan Mesin ujian


dibentuk tanpa retak pembentukan logam kepala alat tegangan
Ketempaan
atau pecah dengan cara gelekan dan pemateri
ketukan

Sifat logam yang mudah Membuat kerangka Besi tuang Mesin ujian
Kerapuhan retak atau pecah apabila mesin Charpy
dikenakan hentaman

Kekerasan Sifat logam yang boleh Membuat alat pemotong Gerudi, mata Mesin
menahan haus, dan bahagian mesin alat, pahat, penguji
14
perubahan bentuk dan yang bergesel paku konkrit, Brinnel,
tusukan dan lelasan mata gergaji Rockwell
dan gear dan Vikers

Sifat logam yang boleh Membuat kerja tekanan Badan


Keplastikan dibentuk secara kekal dan tarikan kenderaan dan -
tanpa retak atau pecah. saluran air

Sifat logam yang boleh Membuat kerja beban Takal dan Mesin ujian
menahan daya atau tinggi pencangkuk tegangan
Kelasakan
beban kejut tanpa kren
berubah bentuk

Sifat logam yang boleh Membuat SPRING / Pegas berlapis Mesin ujian
kembali semula ke PEGAS dan pegas tegangan
Keanjalan bentuk asal selepas bergelung
dikenakan daya atau
beban

Gambar foto: Mesin Ujian Charpy digunakan untuk menguji kekuatan


logam.

15
Gambar foto: Mesin Ujian Rockwell

16
1.3 MENERANGKAN BAHAN TERMAJU

1.3.1 SEMIKONDUKTOR

1.Semikonduktor bahan kealiran elektrik yang mempunyai sifat di antara penebat dan pengalir.
Juga boleh dipanggil sebagai separa pengalir.

2. Bahan yang selalu digunakan untuk membuat semikonduktor ialah silikon, germanium dan
gallium arsenida.

3.Ini kerana semikonduktor ialah penebat pada suhu yang sangat rendah namun pada suhu bilik ia
boleh mengalirkan elektrik.

4.Penebat tidak mempunyai kebolehan untuk mengalirkan elektron, elektron duduk diam saja.
Jika lihat sifat silikon, silikon yang murni(Silikon 99%) pada suhu yang rendah semua elektron
valens duduk diam dan bergabung sesama sendiri seperti penebat.

5.Elektron valens ialah nilai elektron yang berada di orbit luaran. Gabungan ini dinamakan ikatan
kovalen. Semua elektron tidak bebas bergerak oleh itu dia dinamakan penebat.

6.Pengalir mempunyai kebolehan untuk mengalirkan elektron bebas sesuka hati.


Apabila silikon dipanaskan atau ditambahkan medan elektrik, elektron mendapat tenaga.
Elektron(-) yang bertenaga akan keluar dari tempatnya dari silikon ke luar meninggalkan lubang(+).
Elektron mempunyai cas negatif, lubang mempunyai cas positif.

7.Apabila medan elektrik mengalir, arus pun mengalir. Arus mengalir ke kiri, lubang pun mengalir
ke kiri, tetapi elektron bebas mengalir ke kanan.

Contoh bahan semikonduktor dan pengunaanya

17
1.3.2 BIOMATERIAL

1. “Biomaterial” atau biobahan ialah bidang yang menggabungkan unsur perubtan, biologi,
kimia, kejuruteraan tisu dan sains bahan.
2.Bidang biobahan telah mula diterokai sejak setengah abad yang lalu, cuma baru kini berjaya
menghasilkan produk.
3. Penggunaan biobahan dalam bidang perubatan moden mula diketahui dengan kejayaan
penggunaan bahan ini dalam bidang pergigian dalam tahun 1860-an oleh Dr J. Lister. Sebelum ini,
aplikasi biobahan tidak berjaya disebabkan oleh faktor jangkitan.
4.Antara kejayaan penggunaan biobahan dalam bidang perubatan adalah pengenalan bahan ini
dalam sistem kerangka. Antara bahan yang berjaya digunakan dalam tubuh manusia termasuklah
besi tahan karat dan aloi kobalt kromium. Polimer juga digunakan sebagai biobahan seperti PMMA
(poly(methyl methacrylate))
5.Bahan biomaterial boleh diperoleh sama ada dari alam semula jadi atau sintetik di makmal
menggunakan pelbagai pendekatan kimia yang menggunakan komponen metalik, polimer, seramik
atau bahan komposit.
6.Mereka sering digunakan dan / atau disesuaikan untuk aplikasi perubatan, dan oleh itu terdiri
keseluruhan atau sebahagian daripada struktur hidup atau peranti bioperubatan yang melakukan,
menambah, atau menggantikan fungsi semulajadi.

7.Fungsi sedemikian mungkin agak pasif, seperti yang digunakan untuk injap jantung, atau
mungkin bioaktif dengan fungsi yang lebih interaktif seperti implan pinggang hidroksi-apatite
bersalut.
8.Biomaterial juga digunakan setiap hari dalam aplikasi pergigian, pembedahan, dan penghantaran
ubat. Contohnya, membina produk farmaseutikal yang berubat boleh dimasukkan ke dalam badan,
yang membenarkan pelepasan ubat yang berpanjangan dalam tempoh masa yang panjang. Bahan
biomas juga boleh menjadi autograft, allograft atau xenograft yang digunakan sebagai bahan
transplantasi.

Biomaterial digunakan dalam:

Penggantian bersama Kanta intraocular (IOL) untuk Prostesis kapal darah


pembedahan mata

Plat tulang Simen tulang Injap jantung

Penggantian koklea Ligamen tiruan dan tendon Peranti pembaikan kulit (tisu
buatan)

Kanta kenalan Implan gigi untuk penetapan Bahan lestari


gigi

Implan payudara Jahitan bedah, klip, dan staple Graf vaskular


untuk penutupan luka

Mekanisme penghantaran ubat Pins dan skru untuk Stents


18
penstabilan fraktur

1.3.3 SMART MATERIAL

1. “ SMART MATERIAL” dipanggil juga bahan-bahan yang bijak atau responsif, ia adalah bahan
yang direka yang mempunyai satu atau lebih sifat yang dapat diubah dengan rapi oleh rangsangan
luar seperti tekanan, kelembapan, medan elektrik atau medan magnet, cahaya, suhu, pH, atau
sebatian kimia. Bahan pintar adalah asas bagi banyak aplikasi, termasuk sensor dan penggerak, atau
otot buatan, terutamanya sebagai polimer elektroaktif (EAP).

2.Terma yang digunakan untuk menggambarkan bahan pintar termasuk bahan memori bentuk
(SMM) dan membentuk teknologi memori.

Contoh smart material seperti:

Bahan piezoelektrik adalah bahan yang menghasilkan voltan apabila tekanan digunakan. Oleh
kerana kesan ini juga berlaku secara berbalik, voltan merentas sampel akan menghasilkan
tekanan dalam sampel. Oleh itu, struktur yang direka bentuk dari bahan-bahan ini boleh
dibengkokkan, diperluas atau dikontrak apabila voltan digunakan.

Aloi bentuk-memori dan polimer memori bentuk adalah bahan-bahan di mana ubah bentuk besar
boleh diinduksi dan pulih melalui perubahan suhu atau perubahan tekanan (pseudoelasticity).
Kesan kesan memori bentuk disebabkan oleh perubahan fasa martensitik dan keanjalan yang
diinduksi pada suhu yang lebih tinggi.

Bahan fotovoltaik atau optoelektronik menukar cahaya kepada arus elektrik.

Polimer elektroaktif (EAP) menukar volumnya dengan medan voltan atau elektrik.

Bahan magnetostrictive menunjukkan perubahan bentuk di bawah pengaruh medan magnet dan
juga menunjukkan perubahan dalam magnetisasi mereka di bawah pengaruh tekanan mekanikal.

Aloi memori bentuk magnet adalah bahan yang mengubah bentuknya sebagai tindak balas
kepada perubahan ketara dalam medan magnet.

Polimer bukan organik pintar yang mempamerkan ciri-ciri mudah alih dan responsif.

polimer pH sensitif adalah bahan yang berubah dalam volum apabila pH perubahan mediumnya

19
berubah.

Polimer suhu yang responsif adalah bahan yang mengalami perubahan pada suhu.

Bahan-bahan halochromic biasanya digunakan bahan-bahan yang mengubah warna mereka


akibat perubahan keasidan. Satu aplikasi yang dicadangkan adalah untuk cat yang boleh menukar
warna untuk menunjukkan kakisan dalam logam di bawahnya.

Sistem kromogenik berubah warna sebagai tindak balas terhadap perubahan elektrik, optik atau
terma. Ini termasuk bahan elektrokromik, yang mengubah warna atau kelegapannya terhadap
penggunaan voltan (misalnya, paparan kristal cecair), bahan termokromik berubah warna
bergantung pada suhu mereka, dan bahan fotochromic, yang mengubah warna sebagai tindak
balas kepada cahaya-contohnya, cermin mata hitam sensitif cahaya yang gelap apabila terdedah
kepada cahaya matahari yang terang.

Ferrofluid adalah cecair magnet (dipengaruhi oleh magnet dan medan magnet).

Bahan-bahan photomechanical mengubah bentuk di bawah pendedahan kepada cahaya.

Polycaprolactone (polimorf) boleh dibentuk dengan rendaman dalam air panas.

Bahan penyembuhan diri mempunyai keupayaan intrinsik untuk memperbaiki kerosakan akibat
penggunaan normal, sehingga memperluas seumur hidup bahan.

Dielektrik elastomer (DEs) adalah sistem bahan pintar yang menghasilkan strain besar (sehingga
500%) di bawah pengaruh medan elektrik luaran.

Bahan magnetocaloric adalah sebatian yang mengalami perubahan suhu dalam keadaan
pendedahan kepada medan magnet yang berubah.

Bahan termoelektrik digunakan untuk membina alat yang mengubah perbezaan suhu menjadi
elektrik dan sebaliknya.

3.Bahan pintar mempunyai sifat yang bertindak balas terhadap perubahan dalam persekitarannya.
Ini bermakna salah satu sifat mereka boleh ditukar dengan keadaan luaran, seperti suhu, cahaya,
tekanan, elektrik, voltan, pH, atau sebatian kimia. Perubahan ini boleh diterbalikkan dan boleh
diulang berkali-kali. Terdapat pelbagai bahan pintar yang berbeza. Setiap menawarkan sifat berbeza
yang boleh diubah. Sesetengah bahan memang sangat baik dan meliputi pelbagai skala yang besar.

https://www.mide.com/collections/smart-materials

20

You might also like