You are on page 1of 8

PENGELASAN BAHAN-BAHAN KEJURUTERAAN

Bahan Kejuruteraan

Logam Seramik Polimer Komposit

Ferus Termoplastik Matriks logam

Bukan ferus Termoset Matriks polimer

Alol Getah Matriks seramik

1. Bahan Logam

DEFINISI Bahan yang berstruktur hablur dalam keadaan pepejal

i. Bahan legap yang merupakan pengalir haba dan arus


elektrik yang baik
CIRI-CIRI
ii. Boleh menjadi pemantul cahaya jika permukaannya
BAHAN digila
LOGAM iii. Kebanyakkan logam bersifat mulur dan boleh tempa
iv. Biasanya mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi
daripada bahan lain

1 Logam ferus
2 Logam bukan 3 Aloi
ferus
1 Logam ferus

i. Kategori logam ferus meliputi unsur besi


ii. Penggunaan: dalam bentuk keluli dan besi tuang

• Logam dua komponen yang terdiri daripada BESI TULEN


dan JERMANG
Besi Tempawan • Sebahagian besar kandungan jermang adalah silikat besi
• Mengandungi KURANG DARIPADA 0.08 PERATUS
KARBON

• Dikelaskan kepada:
• Komposisi kimia - keluli karbon rendah mengandungi
kandungan karbon sehingga 0.3 peratus, keluli karbon
Keluli sederhana sehingga 0.5 peratus dan keluli karbon tinggi
sehingga 1.4 peratus
• Proses akhiran - Contoh: Keluli gelek panas
• Bentuk produk - Contoh: Bar, plat, kepingan nipis dan tiub

• Aloi keluli yang mengandungi karbon dan silikon


• Kandungan karbon adalah antara 2 hingga 6.67 % &
Besi tuang kandungan silikon ialah antara 1 hingga 3 peratus
• 4 jenis: Besi putih, besi kelabu, besi mulur & besi boleh
tempa

Logam bukan
2
ferus

i. Tidak mengandungi unsur besi


ii. Digunakan sebagai insur aloi ialah kuprum, aluminium, magnesium, nikel, timah, plumbum
dan zink

• Logam lembut dan berwarna putih


Timah • Mempunyai rintangan karatan yang baik
• Dialoi dengan logam plumbum untuk meghasilkan bahan pateri lembut
• Dialoi dengan kuprum dan stabium (antimony) untuk menghasilkan piuter

• Logam ringan dengan ketumpatan 1/3 daripada aloi keluli


• Mempunyai sifat pengalir haba dan arus elektrik yang baik
Aluminium • Mempunyai sifat rintangan karatan yang baik
• Boleh ditempa dan dibentuk dengan mudah

• Mempunyai sifat pengalir arus elektrik & haba yang sangat baik
• Mempunyai sifat rintangan karatan yang baik
Kuprum • Mudah dibentuk dan dimesin untuk menghasilkaan produk
• Berwarna perang, boleh dikimpal, menghasilkan pateri keras dan dipateri
lembut
3 Aloi

i. Terdiri daripada dua atau lebih unsur kimia, sekurang-kurangnya satu daripada unsur
tersebut ialah logam
ii. Mempunyai sifat-sifat logam

• Aloi kuprum dan zink


• Boleh mengandungi sehingga 36 peratus zink
Loyang • Kombinasi terbaik untuk kekuatan & kemuluran: Komposisi 70% kuprum &
30% zinki @ 60% kuprum & 40% zink
• Contoh: pemantul cahaya lampu kenderaan

• Aloi kuprum dan timah


• Megandungi fosforus antara 0.01 hingga 0.5% & timah antara 1 hingga 11%
Gangsa • Mempunyai kekuatan & keliatan yang tinggi
• Mempunyai sifat rintangan karatan yang baik
• Contoh: Hab kipas kapal laut, bilah, duit syiling satu sen dan pegas
2. Bahan Bukan Logam

Bahan yang tidak mengandungi unsur logam

DEFINISI Contoh: Bahan getah – Tayar & hos

Contoh: Bahan sramik – Kaca, batu simen & seramik


kejuruteraan seperti oksida dan karbida

Jenis bahan bukan logam

Getah Seramik

Getah asli & getah tiruan merupakan


sejenis bahan polimer yang boleh i. Merupakan pepejal habluran
mengalami perubahan bentuk yang ii. Seramik industri moden terdiri
besar apabila dikenakan beban. Ia daripada oksida logam, karbida logam
boleh kembali kepada bentuk yang & nitride logam
asalh apabila beban dilepaskan iii. Seramik tidak mulur & pecah dengan
cara rapuh
iv. Bahan seramik agak lemah dalam
tegangan tetapi kekuatan
mempatannya adalah sehingga 15
kali ganda lebih besar berbanding
kekuatan tegangan
3. Bahan Komposit

i. Terdiri daripada dua @ lebih jenis bahan.


ii. 2 fasa bahan komposit ialah matriks & penguat
DEFINISI iii. Dikelaskan mengikut bentuk bahan penguat sama ada
zarahan atau bergentian
iv. Dikategori mengikut jenis bahan matriks (matriks polimer,
matriks logam dan matriks seramik)

Komposit matriks polimer

•Dikenali sebagai komposit bertetulang gentian karbon.


•Bahan matriks ialah resin epoksida @ poliester Gentian karbon
•Bahan penguat ialah gentian karbon

•Dikenali sebagai komposit bertetulang gentian kaca


•Bahan matriks ialah resin epoksida atau poliester Gentian kaca
•Bahan penguat ialah gentian kaca
4. Bahan Plastik

Bahan plastik/ polimer mempunyai molekul yang sangat besar,


DEFINISI terbentuk terutamanya daripada atom karbon dan hidrogen.

Ia dihasilkan melalui tindakbalas bersama bahan yang molekulnya


kecil (monomer) untuk membentuk molekul yang sangat besar.

Jenis-jenis bahan plastik

Plastik termoset Plastik termoplastik


Melembut/ melebur apabila dipanaskan pada Melembut apabila dipanaskan dan kembali
pertama kali, tetapi kemudiannya terawet/ memperoleh ketegarannya semula apabila
terset untuk menjadi bahan keras dan tegar disejukkan

Semasa proses pengawetan, struktur Perubahan struktur molekul adalah boleh


molekul rangkaian sepenuhnya terjadi. balik semasa pemanasan dan pendinginan
Perubahan semasa proses pengawetan tidak Peka kepada suhu struktur dan kadar terikan
boleh berbalik

1 Fenol - Formaldehida

Contoh plastic termoset 2 Poliester

3 Amino - Formaldehida

1 Fenol - Formaldehida

i. Dipolimerkan oleh satu siri tindak balas pemeluwapan untuk menghasilkan struktur
rangkaian
ii. Polimer tulen adalah legap dan berwarna putih susu
iii. Keberaliran terma yang rendah dan penebat elektrik yang baik
iv. Rintangan yang baik terhadap minyak, gris dan kebanyakkan pelarut biasa
v. Contoh penggunaan: Palam, soket, suis elektrik, tombol dan pemegang pintu
2 Poliester

i. Pemeluwapan asid maleik dan glikol propilena menghasilkan ester


ii. Pemaut – silang antara molekul-molekul polyester tak tepu menghasilkan struktur
rangkaian yang tegar
iii. Digunakan sebagai bahan asas plastic bertetulang gentian kaca.
iv. Kegunaan lapisan poliester:
a. Rintangan haba – komponen pesawat dan bahagian elektronik
b. Rintangan kimia – tangki, paip dan salur
c. Hentaman tinggi – topi keselamatan dan pengadang mesin

3 Amino - Formaldehida

i. Sebatian yang mengandungi amino (- ) diluapkan dengan aldehida untuk


membentuk polimer tegar
ii. Sebatian yang penting ialah urea dan melamina
iii. Urea – formaldehida (UF) digunakan untuk membuat penutup botol, cawan, piring
dan pinggan
iv. Melamin formaldehida (MF) mempunyai rintangan haba sehingga 95˚F
v. Kegunaan lain bahan perekat dan agen pengikat dalam acuan pasir.

1 Polietilena (PE)

2 Polistrene (PS)
Contoh plastik termoplastik

3 Polipropilena (PP)

4 Polivinil klorida (PVC)

1 Polietilena (PE)

i. Dihasilkan dengan cara pempolimeran


ii. Ciri polietilena bergantung pada berat molekul dan strukturnya
iii. 4 jenis: Berketumpatan tinggi (HDPE)

Berketumpatan rendah (LDPE)

Berketumpatan rendah lelurus (LLDPE)


Berat molekul ultratinggi (UHMWPE)

iv. Contoh kegunaan: Botol, filem pembungkus, penebat kabel, galas dan gear

2 Polistrene (PS)

i. Sejenis polimer lut sinar yang mudah diproses dan murah


ii. Mempunyai kestabilan dimensi
iii. Rintangan tindak balas terhadap bahan kimia adalah rendah
iv. Digunakan untuk membuat bekas makanan, penyerak cahaya dan permainan kanak-
kanak

3 Polipropilena (PP)

i. Sejenis polimer habluran tinggi


ii. Mempunyai kekuatan & takat melembut yang lebih tinggi berbanding dengan
polietilena berketumpatan tinggi (HDPE)
iii. Mempunyai kekuatan lesu yang tinggi
iv. Rintangan yang tinggi terhadap serangan bahan kimia
v. Digunakan sebagai kotak bateri, bahan pencuci hampa gas dan komponen dalaman
kereta

4 Polivinil klorida (PVC)

i. Mempunyai ketahanan yang baik terhadap asid dan alkali


ii. Keras dan tegur pada suhu biasa
iii. Digunakan untuk membuat lapisan panel, paip dan pepasangan paip, rangka tingkap
dan botol

You might also like