You are on page 1of 3

Logam bukan ferus

Aluminium Merupakan logam yang banyak sekali di mukabumi dalam bentuk bijih
aluminium jenis Bauksit.
Ringan, berwarna putih kelabu dan mempunyai permukaan yang berkilat
apabila digilap atau dimesin.
Jarang digunakan dalam bentuk tulennya di dalam bidang kejuruteraan
kerana kekuatan dan kekerasannya adalah rendah.
Kebanyakannya digunakan untuk membuat pembalut, pembalik cahaya,
barang perhiasan serta salutan untuk menahan kakisan.
Aloi Aluminium Selalunya digunakan dalam bentuk aloinya.
Keras dan kuat seperti keluli.
Tiga kali lebih ringan daripada keluli.
Magnesium i. Mengandungi Cu (0.14%), Si (0.5%), Fe (0.7%), Cr
(0.5%) dan Mg (5.0%)
ii. Tiga kali ganda lebih kuat daripada Aluminium tulen.
iii. Digunakan untuk membuat badan kapal dan disambung
menggunakan rivet atau kimpalan TIG.
Manganese i. Mengandungi 1.5% Manganese
ii. Digunakan untuk membuat bumbung rumah, bekas
takungan dan juga badan lori serta bas.
Duralmin i. Mengandungi 4% Kuprum.
ii. Mempunyai kekuatan seperti keluli tetapi lebih ringan.
iii. Digunakan dalam pembuatan kapal terbang, dawai,
rivet, kepingan logam dan juga bekas acuan.
Silikon i. Mengandungi 10% hingga 13% Silikon.
ii. Mempunyai daya ketahanan kakisan terhadap air garam
dan atmosfera.
iii. Selalu digunakan dalam proses tuangan untuk membuat
blok enjin kapal dan kereta, kotak gear, aci dan kotak
engkol.
Kuprum Jenis i. Mempunyai kandungan kuprum diantara 1.5% hingga
Tuangan 4.0%.
ii. Digunakan untuk membuat blok enjin kelajuan tinggi
untuk kereta dan kapal terbang.
Kuprum i. Merupakan logam yang paling banyak digunakan di dalam bidang
kejuruteraan terutamanya bidang elektrik.
ii. Mempunyai warna merah-coklat apabila terdapat lapisan oksida di
permukaannya tetapi apabila digilap, warnanya ialah merah-keemasan.
iii. Digunakan untuk membuat kabel, peralatan untuk televisyen dan radio,
suis, paip air, bahan pateri, bekas memasak, bahagian-bahagian kapal dan
lain-lain lagi.
Aloi Kuprum Jarang digunakan dalam bentuk aloi.
Diantara aloi kuprum yang boleh didapati ;

Gangsa i. Merupakan aloi antara kuprum dan timah tetapi bahan


utamanya ialah kuprum.
ii. Kuat, keras dan mempunyai ketahanan kakisan yang
tinggi serta mempunyai pekali geseran yang rendah.
iii. Terdapat berbagai jenis gangsa seperti Phosphor
Tempaan, Phosphor Tuangan dan Aluminium.
Loyang i. Merupakan campuran kuprum dengan zink dalam
nisbah-nisbah tertentu.
ii. Loyang 65/35 mempunyai nilai kuprum 63% dan zink
35% digunakan dalam proses penarikan, proses
penekanan dan untuk kerja sejuk.
iii. Terdapat berbagai jenis Loyang seperti Lotang 62/37,
Loyang 70/30, Loyang 60/40.
Timah i. Mempunyai satu logam yang mempuyai sifat kakisan yang baik.
ii. Mempuyai warna putih keperakan dan akan menghasilkan satu lapisan
penyudahan yang berkilat apabila digunakan sebagai saduran di dalam
proses celupan panas.
iii. Timah tulen lembut dan mulur.
iv. Digunakan sebagai bahan pateri dan untuk menghasilkan gangsa.
Zink i. Sebagai bahan penyadur untuk keluli supaya kalis kakisan,bahan
penampal gigi dan bahan membuat cat.
ii. Warna zink ialah putih keperakan apabila digilap.
iii. Aloi utama yang dihasilkan dengan zink ialah Loyang.
Plumbum i. Mempunyai ketumpatan yang tinggi, lembut, serta mempunyai daya
ketahanan kakisan yang baik.
ii. Pengalir yang baik untuk elektrik dan haba.
iii. Digunakan untuk membuat paip air, pembalut kabel, salutan untuk bekas
kimia, berat timbang, pelindung daripada pancaran sinar-x, pancaran
radioaktif di dalam loji nuklear.
iv. Juga digunakan sebagai bahan aloi dengan timah untuk dibuat logam
pateri.
v. Ditambah pada bahan galas jenis gangsa untuk menambah sifat
keplastikannya.

You might also like