You are on page 1of 14

PENGENALAN

Sebagaimana kita ketahui besi merupakan logam utama dan paling banyak
penggunaannya. Sifat-sifat fizikalnya seperti kekerasan, kekuatan dan ketahanan yang boleh
diubahsuai menyebabkan ianya menjadi logam yang sangat berguna iaitu dari segi
kejuruteraan mahu pun dari segi penggunaan secara am. Faktor lain seperti harganya
murah dan mudah didapati serta merupakan sebab mengapa ianya sangat diminati. Besi
yang digunakan kebanyakannya tidak berada dalam bentuk tulin, ini adalah kerana besi
yang berada dalam keadaan tulin tidak mempunyai ketahanan yang memuaskan dan tidak
sesuai untuk penggunaan kejuruteraan secara am.

JENIS - JENIS UTAMA BIJIH BESI


Bijih besi adalah merupakan bahan utama dalam pengeluaran besi jongkong. Ketika
bijih besi dilombong ianya tidaklah berada dalam bentuk tulin. Ianya didapati bersamasama dengan sebatian atau unsur- unsur lain seperti Oksida, Sulfida, Belerang, Silikon dan
sebagainya.

1. Bijih Besi Hematit (Fe2O3).


Bijih besi hematit mempunyai 40% - 65% kandungan besi dan merupakan bijih besi yang
terbanyak sekali didapati. Ianya mungkin akan berkurangan 25% ketika dilombong. Besi
Hematit berwarna hitam coklat hingga kemerah-merahan. Ianya kadangkala dicampur
dengan Sulfat Magnetit.
2. Bijih Besi Magnetit (Fe3O4).
Bijih besi magnetit mempunyai 72.4% kandungan besi dalam keadaan besi dan didapati
dalam bentuk tanah atau batu- bata. Ia mempunyai sifat-sifat magnet dan berwarna kehitamhitaman.
3. Bijih Besi Pirit.
Bijih besi pirit mempunyai kandungan besi sebanyak 50% dan 50% belerang. Warnanya
agak keemasan dan didapati dalam bentuk hablur.

4. Bijih Besi Limonit.


Bijih besi limonit mengandungi besi sebayak 20% - 55% dan kandungan air sebanyak
40%. Warnanya adalah kuning coklat, tetapi apabila air dikeluarkan ianya akan bertukar
warna bijih Hematit. Ia berada dalam tanah gambut juga dikenali sebagai Hematit coklat.
5. Bijih Besi Takonit.
Bijih besi ini hanya mempunyai 25% hingga 30% kandungan besi. Warnanya kemerahmerahan atau kehitam-hitaman dan diperolehi dalam bentuk batu-bata.
6. Bijih Besi Berkarbonat.
Bijih besi ini mempunyai kandungan besi kurang daripada 30% dan selainnya kandungan
karbon dan fosforus. Warna bijihnya kelabu dan dilombong dengan menggunakan
kaedah `Gilchrist Thomas'.
7. Bijih Besi Sulfida.
Ia mempunyai kandungan sulfur sebanyak 50% dan berwarna keemasan. Bijih besi
sulfida diperolehi dalam bentuk batu-bata. Ia juga terdiri daripada berbagai jenis iaitu
Phyrito Phrite, Markasite dan Phynorite.
8.

Bijih Besi Silikat.

Ianya mempunyai 50% kandungan silikon adalah merupakan bahan yang penting
dalam pengeluaran besi. Bijih besi silikat boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu
Kamosite, Stillprunit, Gururite dan Minnesotite.
9.

Bijih Besi Siderite (Karbonat Besi).

Ianya mempunyai kandungan besi sebanyak 30% dan berwarna coklat kekuningkuningan serta terdapat berlapis-lapis dengan batu mendak yang lain, terutamanya
dengan batu berkarban. Bijih besi boleh juga dikelaskan mengikut jenis `gauge' yang wujud
iaitu sama ada `gauge' kaya dengan silika atau kaya dengan Kalsium Oksida (CaO)

Proses Pengeluaran Besi/Keluli

Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan besi dan keluli. Dalam proses menghasilkan besi
terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan besi. Relau-relau tersebut ialah
relau bagas, relau reduksi terus dan relau kupola. Dalam tajuk ini kita akan hanya
membincangkan berkenaan relau bagas sahaja.

1. Relau Bagas (Blast Furnace)


Tahukah anda relau mempunyai bentuk seperti sebuah menara yang berbentuk kon. Tinggi
menara ini lebih kurang 30 m tinggi dan berdiameter 7 m. Ia terbahagi kepada dua bahagian
iaitu kebuk pembakaran yang mana gas pancutan relau dipanaskan dan binaan batu-bata
yang menyediakan permukaan yang luas untuk menerima dan membebaskan haba.

Gambarajah 3.1 Menunjukkan Sebuah Relau Bagas

Terdapat seperti loceng di bahagian atas yang bertugas untuk mengawal daripada pecah
serta menjaga haba daripada keluar. Dinding luarnya diperbuat daripada kalis haba atau
keluli haba di bahagian dalamnya juga disaluti dengan seramik yang juga kalis haba. Injap
besar dan kecil pula bertugas untuk mengawal bahan-bahan cas dalam relau yang dibawa
oleh gerabak khas yang dipanggil `SKIP'. Struktur ini disokong oleh tiga bahagian yang

berlainan iaitu bahagian DANDANG atau HEARTH, BOSH dan STACK. Stack dilapisi
dengan silika alumina manakala karbon untuk bahagian hearth.
Paip Saluran
Paip saluran keluar bagi mengeluarkan gas yang telah dibakar. Saluran tuyer pula
membawa udara panas ke dalam relau dan 2 lubang penirusan di bahagian bawah yang
berasingan untuk mengeluarkan besi lebur dan sangga.

Bahan Mentah
Bahan mentah yang padu digunakan dalam relau ini untuk dibawa ke bahagian atas relau
dengan menggunakan kereta penangkut. Bahan mentah ini dimasukkan ke dalam relau
melalui pengagih bergerak dan melalui penggunaan loceng kecil dan loceng besar. Keduadua loceng tersebut ini mengawal kehilangan beban gas. Udara panas yang berterusan akan
disemburkan melalui sebilangan bukaan yang dipanggil `TUYER' di bahagian bawah dekat
`bosh'.

2. Proses Peleburan
Tuyer diperbuat daripada tembaga dan disejukkan oleh air. Ketuhar pancutan udara panas
digunakan untuk memanaskan udara sehingga 1 100 oC. Udara disejukkan dan gas panas
yang dibakar mengalir secara berulang-ulang pada arah yang bertentangan melalui
ketuhar. Dengan bantuan gas panas, binaan batu- bata itu menjadi panas dan akan
membebaskan haba untuk memanaskan semula semburan udara yang telah disejukkan tadi.
Kaedah ini dikenali dengan panggilan `REGENERATION'. Untuk membekalkan semburan
panas yang berterusan, setiap relau mempunyai beberapa ketuhar yang bekerja secara
bergilir-gilir . Besi dikeluarkan dari relau setiap 2 jam. Tanah liat menutupi lubang
digerudi dan setelah semua kerja mengeluarkan selesai ianya ditutup semula dengan
menggunakan `CLAY GUN'.

Tindakbalas Kimia Dalam Pengeluaran Besi Dari Relau Bagas


Zon reaksi utama dalam Relau Bagas adalah seperti yang terdapat dalam gambarajah di
bawah. Peleburan besi dalam Relau Bagas boleh diringkaskan seperti berikut:
Bijih besi + kok + batu kapur + udara -------------> besi + sangga + gas.

Tiga Proses Kimia Yang Penting Berlaku Di Dalam Relau Bagas.


i.

Pembakaran karbon dalam arang kok dengan oksigen dalam semburan udara.

ii.

Reduksi oksida kepada besi.

iii.

Memfluskan `gauge' bijih besi dan abu daripada dengan menggunakan batu
kapur.

Pilihan Lain Selain Daripada Operasi Relau Bagas.


i.
ii.

Penggunaan relau `small-stack' iaitu di mana bahan- bahan berkarbon.


Meleburkan cara arka elektrik pada kawasan di mana bekalan tenaga elektrik
adalah murah.

Hasil Keluaran Relau Bagas.


Relau Bagas digunakan untuk melebur bijih besi untuk dijadikan besi jongkong. Besi
jongkong tersebut mengandungi 93% besi tulin, 3% - 5% karbon, silika, belerang, fosforus
dan manggan. Oleh kerana ia mengandungi berbagai kandungan, ini menyebabkan ia belum
bersedia untuk digunakan. Besi jongkong adalah bahan utama untuk membuat besi tuang,
besi tempa dan keluli. Selain daripada itu sangga dapat digunakan apabila ia telah
diasingkan daripada besi cair dalam relau Bagas. Ia digunakan untuk membuat jalan
raya dan blok bangunan.

PROSES PENGELUARAN KELULI


Terdapat berbagai cara untuk menghasilkan keluli. Dalam proses menghasilkan kekuli
terdapat tiga jenis relau yang digunakan untuk menghasilkan keluli. Relau-relau tersebut
ialah relau arka elektrik, relau asas oksigen , relau dedah dan relau bessemer. Dalam bab ini
kita akan membincangkan hanya relau asas oksigen dan relau dedah sahaja.
3.4.1

Relau Asas Oksigen

Bentuk relau ini hampir sama dengan relau Bessemer. Ia menggunakan oksigen tulin
manakala relau Bessemer menggunakan oksigen yang bercampur dengan nitrogen dan
disalurkan dari bawah.

Operasi Relau Asas Oksigen .


Proses ini adalah lebih baik daripada relau Bessemer. Ia boleh bergerak
secara mengufuk dan menegak.Semasa digunakan relau diisi dengan besi cair dan 30% besi
sekerap, semasa relau berada dalam keadaan condong, kemudian ia digerakkan ke
kedudukan tegak. Pancutan oksigen dengan kelajuan tinggi dihala kepermukaan kandungan
cairan. Oksigen ini disejukkan dengan menggunakan air.

Sebahagian
daripada karbon dalam bahan ditukar menjadi oksida berbentuk gas yang kemudiannya
keluar daripada relau melalui salurannya. Bendasing yang lain juga membentuk oksida dan
kemudian bertindakbalas dengan batu kapor membentuk sangga (slag). Setelah selesai
relau dicondongkan ke kedudukan mengufuk untuk mengeluarkan keluli lembut lebur dan
diterbalikkan untuk mengeluarkan sangga.

Relau Arka Elektrik


Relau Arka Elektrik ini mempunyai keupayaan yang tinggi serta mudah untuk dikendalikan
berbanding dengan relau lain. Kadar oksigen yang rendah di dalam relau menyebabkan
ianya sesuai untuk menghasilkan keluli aloi kerana logam yang dicampurkan tidak
bertindakbalas dengan oksigen di dalam relau. Suhu yang tidak digunakan adalah kira-kira 3
000 oC. Relau ini digunakan secara meluas dan sangat sesuai untuk peningkatan gred bagi
keluli serta menghasilkan keluli alat dan keluli aloi yang berkualiti tinggi tanpa bantuan
bahan pembakar. Relau ini boleh mengeluarkan 120 tan keluli dalam masa 4 jam.

Bentuk Relau Arka Elektrik


Relau arka elektrik mempunyai bentuk melekung seperti sebuah selinder cembung. Ia
diperbuat daripada keluli dan disaluti dengan bata yang kalis haba. Penutupnya pula
boleh dialihkan dan terdapat tiga laluan atau bukaan yang mana elektrod karbon boleh
digerakkan dengan bebas. Tiga elektrod tersebut digunakan untuk membekalkan arka
elektrik dan seterusnya dapat meleburkan bahan-bahan mentah semasa menjalani proses
elektrolisis.Alat penggerak elektrik yang digunakan dalam relau ini mempunyai voltan yang
tinggi bagi membantu peleburan. Ia menggunakan penyejuk yang melalui saluran tembaga di
luar relau. Oksigen yang digunakan adalah oksigen asli yang dibekalkan secara jet.

PENCEMARAN YANG TERHASIL DARIPADA SISA INDUSTRI BESI

Terdapat pelbagat jenis industri dalam sesebuah negara. Semakin maju sesebuah
negara itu semakin pesat aktiviti perindustrian yang terdapat di dalamnya. Industri boleh
dikelaskan kepada:
Industri berat - industri yang menjalankan pembuatan barangan logam (besi-keluli,
aluminium), simen, kaca, petrokimia, kilang penapis minyak petroleum, jentera, kenderaan
dan lain-lain lagi.
Industri sederhana - menjalankan aktiviti pemprosesan barangan seperti minyak masak,
makanan bertin, kotak dan kertas. tekstil dan Iain-Iain.
Industri ringan - biasanya tidak melibatkan aktiviti pembuatan dan pemprosesan yang
besarbesaran. Lebih kepada aktiviti seperti pemasangan, penyaduran dan pembungkusan.
Hampir kesemua operasi pengilangan menghasilkan sisa kerana tidak ada satu pun
proses pengeluaran yangboleh menukar kesemua bahan mentah kepada produk.
Sisa yang dihasilkan ada proses pembuatan terdiri daripada: saki-baki bahan mentah, hasil
sampingan, pemangkin terpakai dan bahan asing (impurities yang wujud dalam bahan
mentah- selepas produk dibersihkan) Ini termasuk juga bahan kimia komersial yang menjadi
sisa setelah digunakan dalam industri seperti bahan pencuci, bahan kimia yang telah tamat
tempoh (outdated shelf-life), saki-baki daripada bekas simpanan bahan kimia yang digunakan
dan sisa yang terhasil kerana tumpahan atau kebocoran bahan kimia yang tidak
disengajakan. Selain proses pembuatan, aktiviti mengindahkan produk dan penggunaan
bahan pelindung menghasilkan sisa toksik seperti sianida, pelarut terpakai, asid pekat
terpakai dan enap cemar cat. Perkhidmatan pembersihan dan baik-pulih peralatan
menghasilkan minyak atau pelincir terpakai.

CADANGAN KERAJAAN MENGURANGKAN KESAN ALAM SEKITAR

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab ke atas alam sekitar telah memainkan


peranan dalam menyediakan undang-undang atau garis panduan, menguatkuasakan undangundang dan memberi pengiktirafan kepada industri yang telah mengambil inisiatif dalam
menjalankan aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Undangundang sedia ada menekankan dan
menggalakkan penggunaan teknologi untuk mengatasi masalah pencemaran selepas ia
dihasilkan oleh industri melalui peralatan pengawalan di hujung paip (end-of pipe control
devices).Walaupun pelaburan seperti ini boleh meningkatkan kualiti alam sekitar tetapi ia
juga mengetengahkan kelemahan mengendalikan pencemaran selepas dihasilkan.Teknologi
kawalan di hujung paip bukan saja mahal tetapi kaedah tersebut memindahkan pencemar dari
satu media ke media yang lain.
Undang-undang didapati tidak mencukupi untuk mengurangkan pencemaran. Oleh itu
pendekatan terkini ialah dengan memberi penekanan dan keutamaan kepada aspek
pengurangan pencemaran sebelum dihasilkan. Ini bermakna tindakan yang perlu diambil oleh
agensi yang bertanggungjawab ialah pengawalan yang berdasarkan kepada
penguatkuasaan/pematuhan undang-undang yang digabungkan dengan strategi pencegahan
(prevention).

Adalah menjadi satu cabaran bagi industri untuk menghasilkan produk yang boleh
mendatangkan keuntungan tetapi pada masa yang sama produk tersebut tidak menghasilkan
sisa yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Untuk memenuhi kehendak ini, industri
hendaklah merancang tindakan yang perlu dilaksanakan. Bagi jangka masa pendek, sisa yang
dihasilkan oleh proses pembuatan di industri hendaklah dirawat terlebih dahulu sebelum
dilepaskan ke alam sekitar. Sekurang-kurangnya melaksanakan teknologi pengawalan yang
melibatkan proses rawatan di hujung paip (end-of-pipe treatment) yang boleh mengurangkan
ketoksikan dan/atau isi padu pencemar yang dilepaskan. Terdapat beberapa teknologi
pengawalan yang boleh digunakan untuk merawat sisa yang telah direka bentuk berasaskan
sifat pencemar yang perlu dihapuskan mengikut turutan tertentu laitu dari peringkat awal,
sekunder sehinggalah ke peringkat tertier (polishing). Sisa yang mengandungi pencemar
organik yang mudah diurai boleh dirawat dengan proses rawatan secara biologi,
Proses rawatan kimia-fizik, rawatan terma dan proses berasaskan pengasingan membran
boleh digunakan untuk sisa yang sukar dirawat secara biologi

Pada masa yang sama industri juga boleh mengamalkan konsep sisa sifar (zero
waste) dengan aktiviti guna semula, pertukaran sisa dan pemprosesan sisa untuk
mengurangkan kuantiti sisa yang perlu dirawat dan dilepaskan ke alam sekitar. Industri juga
boleh mengamalkan aktiviti meminimumkan sisa (waste minimization) mengikut keutamaan
bermula dengan pengurangan di punca (source reduction) diikuti oleh penggunaan semula
(recycling) dan diakhiri dengan rawatan (treatment)

CARA MENDIDIK MURID-MURID DALAM PENCEGAHAN INDUSTRI BESI


Antara cara yang perlu dilakukan sebagai seorang guru Sains dalam mencegah murid-murid
terhadap kesan industri besi ini adalah:
1. Mengadakan ceramah tentang keburukan Industri Besi
Ceramah mahupun motivasi tentang pembuatan besi serta kesan kepada alam
sekitar perlu dittikberatkan semasa penyampaian ceramah. Ini kerana, melalui
kaedah ini murid-murid sedar akan pencemaran yang diakibatkan oleh industri
besi.
2. Membuat poster tentang pencemaran dari industri besi
Kaedah ini juga dapat melahirkan perasaan dan emosi dalam mencegah
pencemaran daripada berleluasa. Justeru generasi akan datang akan mencari
jalan penyelesaian menangani pencemaran alam sekitar.
3. Memupuk nilai cintakan alam sekitar melalui Kelab Pecinta Alam
Di sekolah Kelab Pecinta Alam memainkan peranan penting dalam memupuk
semangat cintakan alam sekitar. Oleh yang demikian melalui kelab seseorang
pelajar itu akan lebih peka terhadap pencemaran yang kian berleluasa.

4. Menanamkan nilai-nilai murni pada diri murid-murid terhadap penggunaan besi.


Kaedah ini perlu diterapkan di dalam sekolah mahupun di rumah dalam
menanamkan nilai-nilai murni seperti sifat ingin tahu, semnagat cintakan alam
sekitar dan rasa tanggungjawab.
5. Membuat lawatan sambil belajar ke kilang-kilang besi yang berdekatan.

Dengan adanya lawatan para pelajar akan lebih cenderung mengetahui proses
pembuatan besi dihasilkan dan menjana idea dalam menangani pencemaran
industri besi pada masa akan datang.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, industri besi sebelum ini banyak membantu dalam


peningkatan ekonomi sesebuah Negara. Namun terdapat beberapa factor yang menjejaskan

ekosistem bumi di aman pencemaran yang dihasilkan memberi kesan buruk kepada alam
sekitar mahupun bumi. Sungguhpun begitu, kerajaan perlu peka terhadap masalah ini bagi
mengelakkan ianya daripada terus berleluasa. Oleh yang demikian, diharapkan industry dapat
mencari langkah keselamatan dan tindakan yang sewajarnya dalam menangani masalah
pencemaran.

BIBLIOGRAFI

Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005) Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.


Tchobanoglous (1993).Sustainable Industrial Design and Waste Management
Reading Brick HBSC3203 Chemistry II Open University Malaysia
Kajian Semula Industri Besi dan Keluli Universiti Sains Malaysia.
www.google.com//proses penghasilan kutleri+besi//
www.google.com //pembuangan sisa industri besi//

You might also like