You are on page 1of 6

Seramik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkataan seramik diambil dari perkataan bahasa Inggeris ( ceramic ) berasal dari Yunani, dan


secara harafiahnya merujuk kepada kepada semua bentuk tanah liat. Bagaimanapun, penggunaan
istilah moden meluaskan penggunaannya untuk merangkumi bahan bukan logam bukan organik.
Sehingga tahun 1950an, yang paling penting adalah tanah liat traditional, yang dijadikan
barangan tembikar ( pottery ), batu bata, tile, dan seumpamanya, bersama dengan simen dan kaca.
Kraf tradisional dijelaskan dalam rencana tembikar.

Secara sejarah, barangan seramik adalah keras, poros, dan mudah pecah. Kajian mengenai seramik
sebahagian besarnya bertujuan untuk mengurangkan masalah tersebut, dan meningkatkan kekuatan
bahan seramik.

ontoh bahan seramik

 Silikon nitride (Si3N4), yang digunakan sebagai serbuk pengkakis.


 Boron karbide (B4C), yang digunakan dalam perisai helikopter dan kereta kebal.
 Silikon karbide (SiC), yang digunakan sebagai ( succeptor ) dalam ketuhar mikrowave,
bahan pengkakis biasa digunakan, dan sebagai bahan pembalikan.
 Magnesium diboride (MgB2), yang merupakan superkonduktor luar biasa.
 Zink oksida (ZnO), yang merupakan semikonduktor, dan digunakan dalam penghasilan
( varistor ).
 Ferrite (Fe3O4), yang merupakan ferrimagnetism dan digunakan sebagai teras
transformer elektrik dan ingatan teras magnetik ( magnetic core memory ).
 Steatite digunakan sebagai penebat elektrik.
 Batu bata (kebanyakannya adalah aluminum silikat ), digunakan dalam pembinaan.
 Uranium oksida (UO2), digunakan dalam reaktor nuklear.
 Yttrium barium kuprum oksida (YBa2Cu3O7-x), superkonduktor bersuhu tinggi.

[sunting]Ciri-ciri seramik
[sunting]Ciri-ciri mekanikal
Bahan seramik biasanya ( bahan ionic atau berkaca. Kedua-dua bahan ini hampir selalunya
pecah sebelum sebarang kecacatan plastik ( plastic deformation ) berlaku, yang menyebabkan
bahan ini kurang kukuh. Tambahan lagi, disebabkan bahan ini cenderung berciri poros, liang dan
kecacatan mikroskopik bertindak sebagai penumpu tekanan, mengurangkan kekuatan,
dan tensile strength. Kedua-dua ini memberikan kecenderungan kepada bahan seramik gagal
keseluruhannya dan berkecai, berbanding dengan kegagalan perlahan-lahan bahan logam yang
membengkok sebelum patah.

Bahan ini menunjukkan kecacatan plastik (boleh membengkok dan bukannya patah).
Bagaimanapun, akibat struktur kaku bahan membentuk kristal ( crystalline ), terdapat hanya
sedikit sistem gelinciran untuk pengkehelan berlaku, oleh itu ia berlaku secara perlahan-lahan.
Dengan bahan tidak berkristal ( non-crystalline ) bahan ber(kaca), pengaliran kelikatan ( viscous )
merupakan sumber kecacatan plastik, dan juga amat perlahan. Ia dengan itu diabaikan dalam
kebanyakan appplikasi bahan seramik

Bahan seramik amat kukuh dibawah tekanan, dan mampu beroperasi pada suhu tinggi.
Kekerasannya menjadikan ia sesuai sebagai bahan pengkakis, dan mata pemotong dalam
perkakasan.

[sunting]Ciri-ciri pembalikan
Sesetengah bahan seramik mampu menahan suhu amat tinggi tanpa kehilangan ketahanannya.
Bahan ini dikenali sebagai bahan refraktori ( refractory material ). Ia biasanya mempunyai
pengalir haba yang rendah, dan oleh itu digunakan sebagai penebat haba ( thermal insulators ).
Sebagai contoh, bahagian perut pesawat ulang alik angkasa ( Space Shuttle ) diperbuat daripada
tile seramik yang melindungi pesawat angkasa daripada suhu tinggi yang dihadapi ketika
kemasukan semula ke atmospera bumi.

Keperluan paling penting untuk bahan refraktori adalah ia tidak akan lembik atau cair, dan ia
kekal tidak aktif pada suhu yang diingini. Keperluan akhir berdasarkan pada kedua-dua
pereputan diri dan reaksi dengan bahan campuran lain yang mungkin hadir, setiap satunya boleh
membahayakan.

Keporosan menjadi lebih berkait dengan refraktori ( refractories ). Apabila keporosan


dikurangkan, kekuatan, keupayaan daya ampu ( load-bearing ), dan rintangan persekitaran
menurun apabila bahan menjadi semakin padat. Bagaimanapun, apabila kepadatan
meningkatkan ketahanan kepada kejutan haba thermal (keretakan akibat pertukaran suhu
mengejut) dan ciri-ciri penebatah dikurangkan. Banyak bahan digunakan dalam bentuk amat
poros, dan ia bukannya satu perkara luar biasa untuk mendapati dua bahan digunakan: lapisan
poros, dengan ciri-ciri penebat yang baik, dengan salutan nipis bahan lebih padat untuk
membekalkan ketahanan.

Ia adalah memeranjatkan bahawa bahan ini boleh digunakan pada suhu yang ia berada dalam
keadaan separuh cair. Sebagai contoh, batu bata silika yang digunakan untuk melapis ketuhar
menghasilkan besi digunakan pada suhu sehingga 1650°C (3000°F), di mana sebahagian batu
bata akan cair. Mereka bentuk untuk situasi sebegitu tidak menghairankan jika ia memerlukan
pengawalan yang agak terperinci mengenai semua sudut pembinaan dan kegunaan.

[sunting]Ciri-ciri elektrik
Salah satu kemajuan dalam bidang bahan seramik adalah penggunaan hasil seramik dalam
perkakasan elektrik, di mana ia menunjukkan pelbagai ciri-ciri berlainan yang menghairankan.
[sunting]Penebat dan tingkah laku dielekctrik ( dielectric )

Kebanyakan bahan seramik tidak mempunyai pembawa cas boleh gerak, dan oleh kerana itu
tidak mengalirkan elektrik. Apabila digabungkan dengan ketahanannya, keadaan ini mendorong
kepada penggunaannya dalam penghasilan kuasa dan transmisi ( transmission ).

Talian kuasa sering di sokong dari pylons oleh cakera porcelain, yang cukup penebat untuk
menangani panahan kilat, dan mempunyai kekuatan mekanikal untuk memegang kabel.

Sub-kategori dari ciri-ciri penebatnya adalah dielectric. Dielectric yang bagus akan mengekalkan
medan elektrik memaluinya, tanpa menyebabkan kehilangan kuasa. Ini adalah penting untuk
penghasilan kapasitor. Dielectrics seramik digunakan dalam dua kawasan. Yang pertama adalah
frekuensi tinggi kehilangan rendah dielectrics, digunakan dalam aplikasi seperti ketuhar
gelombang ( microwave ) dan pemancar radio. Yang lain adalah bahan dengan
konstant constants dielectric tinggi (ferroelectrik). Walaupun dielectrics seramik kurang elok
berbanding pilihan lain untuk kebanyakan tujuan, ia memenuhi kedua bahagian dengan baiknya.
[sunting]Ferroelektrik, piezoelektrik dan pyroelektrik

Bahan ferroelektrik adalah sesuatu yang boleh menghasilkan kepolaran ( polarization ) secara


spontan tanpa medan elektrik. Bahan ini menunjukkan medan elektrik kekal, dan ini merupakan
sumber konstant dielektrik yang amat tinggi ( extremely high dielectric constants ).

Bahan piezoelektrik adalah bahan dimana medan elektrik boleh ditukar atau dihasilkan dengan
mengenakan tekanan kepada bahan tersebut. Ia digunakan dalam pelbagai kegunaan,
khususnya sebagai transduker - menukar pergerakan kepada signal elektrik, atau sebaliknya. Ia
digunakan dalam peranti seperti mikrophone, penjana ultrasound, dan pengukur tekanan ( strain
gauges ).

Bahan pyroelektrik menghasilkan medan elektrik apabila dipanaskan. Sesetengah pyroelektrik


seramik amat sensitif sehinggakan ia dapat mengesan perubahan suhu disebabkan seseorang
memasuki bilik (sekitar 40 micro Kelvin). Malangnya, peranti sedemikian tidak tepat, jadi ia sering
digunakan secara berkembar - satu tertutup, satu terbuka - dan hanya perbezaan antara
keduanya digunakan.
[sunting]Semikonduktor

Terdapat beberapa jenis seramik yang merupakan semikonduktor. Kebanyakan daripadanya


adalah oksida besi peralihan ( transition metal oxides ) yang semikonduktor II-VI, seperti zinc
oksida.

Walaupun terdapat perbincangan untuk menghasilkan LED biru dari zink oksida, pakar seramik
lebih berminat dalam ciri-ciri elektrik yang menunjukkan kesan sempadan grain ( grain boundary
effects ).

Peranti yang paling digunakan secara meluas adalah varistor. Peranti ini menunjukkan ciri-ciri
luar biasa rintangan negetif. Apabila voltage melalui peranti ini mencapai tahap sempadan
tertentu, terdapat kegagalan struktur elektrik dalam sekitar sempadan grain, yang menyebabkan
rintangan elektriknya menurun daripada beberapa mega-ohm turun kepada beberapa ratus
sahaja. Kebaikannya adalah ia dapat mengyingkirkan banyak tenaga, dan reset secara sendiri -
selepas voltage melintasi peranti itu turun di bawah had, rintangannya kembali naik.

Ini menjadikan ia sesuai untuk applakasi pelindung-peningkatan ( surge-protection ). Kerana


terdapat kawalan melebihi had voltage dan ketahanan kuasa, ia digunakan dalam pelbagai
applakasi. Demonstrasi terbaik mengenai kebolehannya adalah di sub stesyen elektrik, dimana ia
digunakan untuk melindungi infrastruktur daripada panahan kilat. Ia mempunyai tindakbalas
pantas, penyelenggaraan mudah, dan tidak mudah rosak akibat penggunaan, menjadikan ia
sebagai peranti terbaik untuk applikasi ini.

Seramik semikonduktor juga digunakan sebagai pengesan gas. Apabila pelbagai gas melalui
seramik polikristal polycrystalline, rintangan elektriknya bertukar. Peranti yang murah dapat
dihasilkan apabila ia diselaraskan kepada campuran gas yang berkenaan.
[sunting]Superkonduktiviti

Di bawah sesetengah keadaan, seperti tahap suhu amat rendah, sesetengah seramik
menunjukkan superkonduktiviti. Sebab sebenarnya tidaklah diketahui, tetapi terdapat dua
keluarga utama seramik superkonduktiviti.

Tembaga oksida ( copper oxides ) rumit diwakili oleh tembaga oksida Yttrium barium Yttrium


barium copper oxide, sering diringkaskan kepada YBCO, atau 123 (menurut ratio logam dalam
formula stoichiometriknya [[YBa2Cu3O7-x]]). Ia amat terkenal kerana ia mudah dihasilkan,
penghasilannya tidak membabitkan logam merbahaya, dan ia mempunyai suhu tahap (transition )
superkonduktiviti pada 90K (yang lebih tinggi dari suhu nitrogen cecair (77K)). x dalam formula ini
merujuk kepada fakta bahawa stoichiometrik sepenuhnya YBCO bukannya superkonduktor, jadi
ia mesti dalam keadaan kurang oksigen sedikit, dengan x biasanya sekitar 0.3.
Keluarga utama lain bagi seramik superkonduktiviti adalah magnesium diboride. Pada masa ini ia
terletak dalam keluarga tersendiri. Ciri-cirinya tidaklah mengkagumkan sangat, tetapi secara
kimia amat berlainan dengan superkonduktor yang lain dari segi ia bukannya tembaga oksida
rumit ataupun logam. Disebabkan perbezaan ini, diharapkan kajian mengenai bahan ini kan
memberikan kesedaran asas kepada phenomena superkonduktiviti.

[sunting]Memproses bahan seramik


Seramik bukan-berkristal ( Non-crystalline ), asal kaca, cenderung terbentuk dari cecair. Kaca
dibentuk ketika cair sepenuhnya, melalui acuan, atau ketika dalam bentuk lembik, melalui cara
meniup ke dalam acuan.

Bahan seramik berkristal tidak sesuai untuk bentuk pemprosesan yang luas. Kaedah untuk
mengendalikan mereka biasanya terbahagi kepada dua - samaada menjadikan seramik dalam
bentuk yang dikehendaki, melalui reaksi ketika itu ( in situ ), atau dengan membentuk serbuk
dalam bentuk diingini, dan kemudian ( sintering ) untuk membentuk pepejal. Beberapa kaedah
pula menggunakan pendekatan gabungan antara kedua kaedah

[sunting]pembuatan di situ. ( In situ )


Kegunaan utama kaedah ini adalah penghasilan simen dan konkrik ( concrete ). Di sini, serbuk
kering dicampur dengan air, dan memulakan reaksi hydrasi, yang menghasilkan kristal saling
berpaut panjang sekeliling aggregates. Lama-kelamaan, ini akan menghasilkan seramik pejal.

Masalah utama dengan kaedah ini adalah kebanyakan reaksi terlalu pantas untuk pengaulan
yang baik, yang menghalang pembinaan besar-besaran. Bagaimanapun, sistem berskala kecil
boleh dilakukan dengan teknik deposit ( deposition techniques ), di mana pelbagai bahan
diletakkan di atas bahan asas ( substrate ), dan bertindakbalas dan membentuk seramik atas
bahan asas ( substrate ). Teknik yang dipinjam dari industri semikonduktor, seperti chemical
vapour deposition, dan amat berguna untuk lapisan.

Kaedah ini cenderung untuk menghasilkan seramik yang pejal tetapi agak lambat.

[sunting]Kaedah berasaskan pembakaran sintering


Prinsip kaedah berasaskan pembakaran ( sintering ) adalah mudah. Apabila objek yang dibentuk
secara kasar (dikenali sebagai "bentuk hijau - green body"), ia dibakar di dalam relau, di mana
proses penyepaduan diffusion menyebabkan bentuk hijau mengecut, dan menutup liang
padanya, menghasilkan bahan yang lebih kukuh dan padu. Pembakaran ini dilakukan pada suhu
rendah dari tahap cair seramik. Keporosan akan hampir sentiasa tinggal, tetapi kelebihan kaedah
ini adalah badan hijau boleh dibentuk dalam sebarang bentuk yang diingini, dan masih boleh di
bakar. Ini menjadikan kaedah ini kaedah paling mudah.
Terdapat beribu cara penghalusan dalam proses ini. Sebahagian yang biasa termasuk menekan
badan hijau untuk memberikan penyepaduan densification permulaan awal dan mengurangkan
masa pembakaran yang diperlukan. Kadangkala pelekat organik ditambah bagi mengekalkan
bentuk badan hijau, yang akan hilang terbakar ketika pembakaran. Kadang kala pelicin organik
ditambah ketika pemampatan untuk meningkatkan lagi penyepaduan. Bukanlah sesuatu yang
luarbiasa bagi menggabungkan kesemua tersebut, dan menambah pengikat dan pelicin kepada
serbuk dan dimampatkan sebelum dibakar.

Adunan juga boleh digunakan bagi menggantikan serbuk, sebelum dibentuk dengan acuan
kepada bentuk yang diingini, dikeringkan dan dibakar. Malah, barangan tembikar traditional
dihasilkan melalui kaedah ini, menggunakan adunan yang dibentuk dengan menggunakan
tangan.

Jika campuran pelbagai bahan digunakan bersama sebagai seramik, kadang kala suhu
pembakaran melebihi tahap cair salah satu bahan campuran * pembakaran fasa cair. Ini
menghasilkan tempoh pembakaran yang lebih pendek berbanding pembakaran bentuk pejal.

[sunting]Beberapa applikasi seramik


Beberapa abad dahulu, penyelidikan di syarikat Toyota telah menghasilkan enjin seramik yang
mampu bergerak pada suhu sehingga 6000°F (3300°C). Enjin seramik tidak memerlukan sistem
penyejukan dan dengan itu membenarkan penyingkiran sistem penyejukan, pengurang berat
yang utama, dan penjimatan minyak yang lebih baik. Keberkesanan bahanapi ( Fuel
efficiency ) enjik juga meningkat pada suhu lebih tinggi. Dalam enjin logam biasa, kebanyakan
tenaga yang dibebaskan dari bahan api mesti dibebaskan sebagai haba buangan agar bahagian
logam dalam enjin tidak cair.

Walaupun dengan kelebihan ini, enjin sebegitu tidak dihasilkan kerana penghasilan bahagian
enjin seramik amat sukar. Kecacatan pada seramik akan mengakibatkan keretakan enjin. Enjin
sebegitu hanya dapat dihasilkan dalam makmal penyelidikan, tetapi kesukaran untuk penghasilan
secara besar-besaran menghalang enjin seramik daripada menjadi barangan pengilangan yang
terjamin mutu pengeluarannya.

You might also like