You are on page 1of 4

Kuprum merupakan logam yang berwarna merah keperangan.

Kuprum
bersifat mulur, mudah ditempa, mudah dibentuk dan mengekalkan
keteguhannya. Kuprum merupakan konduktor haba dan elektrik yang baik.
Oleh itu, kuprum sesuai digunakan dalam pembuatan dawai elektrik. Selain
itu, kuprum juga digunakan untuk membuat paip air. Paip kuprum telah
digunakan untuk menggantikan paip plumbum kerana kuprum ialah logam
yang paling tidak reaktif dang tidak berbahaya. Paip plumbum tidak selamat
kepada kesihatan badan kita kerana kepingan kecil plumbum akan terkopek
pada jangka masa panjang dan mencemari air menyebabkan keracunan
plumbum. Kuprum memainkan penting dalam bidang pembinaan, penjanaan
kuasa dan penghantaran, penghasilan produk elektronik, pengeluaran jentera
dan kenderaan.

Kuprum boleh digunakan untuk membuat duit syiling jika bercampur


dengan unsur logam nikel untuk membuat aloi kupronikel yang keras dan
permukaannya berkilat. Kupronikel merupakan campuran 75% kuprum dan
25% nikel. Kuprum juga boleh dicampurkan dengan zink dan timah untuk
menghasilkan aloi seperti loyang dan gangsa. Loyang merupakan campuran
70% kuprum dengan 30% zink manakala gangsa merupakan campuran 80%
kuprum dengan 20% timah. Loyang digunakan untuk membuat alat-alat muzik,
tombol pintu dan peralatan dapur. Gangsa yang bersifat keras dan tidak
berkarat digunakan untuk membuat pingat dan monumen.

Semikonduktor ialah bahan di mana konduktiviti elektrik berada antara


konduktor seperti logam dan penebat seperti seramik. Hal ini kerana jarak
ruang antara jalur semikonduktor berada antara jarak ruang antara jalur
logam dan penebat. Semakin jauh jarak ruang antara jalur, semakin lemah
konduktiviti elektrik. Semikonduktor bersifat penebat pada suhu rendah dan
bersifat konduktor pada suhu tinggi. Bahan semikonduktor yang sering
digunakan ialah silikon dan germanium. Semikonduktor memainkan peranan
penting dalam bidang eletronik kerana konduktiviti elektriknya yang dapat
berubah-ubah dengan perubahan suhu dan percampuran semikonduktor
dengan bahan lain. Proses ini dinamakan doping. Proses doping
menghasilkan dua kumpulan semikonduktor iaitu jenis p semikonduktor dan
jenis n semikonduktor.

Semikonduktor digunakan dalam pembuatan komponen elektronik


seperti diod, transistor dan litar bersepadu (IC). Dalam hal ini, silikon paling
umum digunakan untuk membuat cip silikon dalam litar computer, telefon
bimbit dan alat elektronik lain. Silikon digunakan kerana kuantiti yang banyak
di permukaan bumi, kos pengendalian rendah dan tidak bertoksik.

Silikon telah digunakan untuk membuat sel solar yang menukarkan


foton cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Dalam sel solar adalah
persimpangan antara jenis p semikonduktor dan jenis n semikonduktor.
Apabila foton diserap di kawasan persimpangan, elektron terangsang dari
jalur valens ke jalur konduksi dan meninggalkan satu lohong pada masa yang
sama. Elektron tersebut bergerak ke jenis n semikonduktor manakala lohong
bergerak ke jenis p semikonduktor. Tenaga foton dapat ditukarkan
sebahagiannya kepada arus elektrik.

Diod pemancar cahaya (LED) juga ialah kegunaan semikonduktor


dalam kehidupan seharian. LED digunakan sebagai lampu penunjuk kereta
dan lampu hiasan. Dalam LED juga adalah persimpangan antara jenis p
semikonduktor dan jenis n semikonduktor. Apabila sumber elektrik dibekalkan,
elektron dalam jalur konduksi dari bahagian jenis n ditolak ke persimpangan
dan bertemu dengan lohong dari bahagian jenis p. Elektron memenuhi lohong
dan tenaga cahaya dihasilkan.

Superkonduktor

Superkonduktor ialah sejenis bahan yang hilang semua rintangannya


terhadap elektrik jika berada di bawah suhu tertentu yang disebut
superconducting transition temperature, Tc. Sifat superkonduktor adalah
dapat mengapungkan magnet. Kereta api Maglev di Jepun mempunyai
superkonduktor. Apabila superkonduktor berada di bawah Tc dan magnet
dijatuhkan dari atas, superkonduktor dan magnet akan saling menolak dan
menyebabkan magnet terapung di udara. Hal ini kerana apabila magnet
dijatuhkan dari atas ke arah superkonduktor, superarus teraruh mengalir
dengan berterusan pada permukaan superkonduktor walaupun magnet sudah
berhenti pengerakannya. Superarus superkonduktor akan mengaruh medan
magnetik dan membatal medan dari magnet. Magnet akan terapung di udara
kerana mengalami daya menaik magnetik yang lebih besar daripada daya
tarikan graviti. Magnet mengekalkan kedudukannya di udara pada titik di
mana kedua-dua daya adalah sama. Kesan magnet terapung di udara
dipanggil Meissner effect.

Lilitan superkonduktor pada magnet besar menghasilkan medan


magnet yang diperlukan untuk Magnetic Resonance Imaging (MRI). Medan
magnetik yang kuat tersebut dikenakan ke dalam badan kita, atom hidrogen
yang terdapat dalam molekul air dan lipid badan kita akan menerima tenaga
daripada medan magnetik. Seterusnya, tenaga dihasilkan dengan frekuensi
yang boleh dikesan dan ditunjukkan secara grafik oleh computer. Lilitan pada
magnet biasanya daripada Nb3Sn, dan perlu disimpan dalam cacair helium
yang dididih pada suhu 4 K ke atas. Cecair helium berkos tinggi dan
seterusnya meninggikan kos menggunakan MRI.

You might also like