You are on page 1of 56

Bab 4 Elektronik

Topik-Topik Pembelajaran
• Memahami Penggunaan Osiloskop Sinar Katod (O.S.K.)
• Memahami Diod Semikonduktor
• Memahami Transistor
• Get Logik
Pengenalan
4.1 Memahami
Penggunaan Osiloskop
Sinar Katod (O.S.K.)
Pancaran Termion
• Pancaran termion ialah satu proses pembebasan elektron
daripada permukaan satu logam yang dipanaskan
Pancaran Termion

• Rajah menunjukkan permukaan suatu logam yang mengandungi sebilagan


besar elektron yang bebas bergerak secara rawak
• Elektron bebas bergerak pada permukaan tetapi tidak dapat terlepas
daripada permukaan logam
• Elektron tidak bebas keluar daripada permukaan logam kerana elektron
ditarik oleh daya tarikan nukleus berdekatan dengan permukaan logam
Pancaran Termion

• Jika logam itu dipanaskan dengan satu suhu yang tinggi seperti
rajah di atas, sebahagian elektron bebas akan memperoleh
tenaga yang cukup untuk terlepas daripada permukaan logam
Faktor Mempengaruhi Kadar Pancaran
Termion
Luas Permukaan Logam Suhu Logam
• Lebih besar luas permukaan, • Lebih tinggi suhu, lebih
lebih banyak bilangan banyak bilangan elektron akan
elektron dipancarkan memperoleh tenaga yang
cukup untuk terlepas daripada
permukaan

Jenis Logam Sifat Permukaan Logam


• Jenis logam yang berbeza • Apabila permukaan logam
memerlukan jumlah tenaga disalut dengan logam oksida,
yang berbeza bagi elektron di elektron boleh dipancarkan
dalamnya untuk dibebaskan pada satu suhu yang lebih
rendah
Sinar Katod

• Pancaran termion digunakan untuk menghasilkan satu


bekalan elektron yang berterusan
• Elektron ini boleh dipecutkan kepada satu halaju yang
tinggi dalam satu tiub vakum seperti rajah di atas
Sinar Katod
• Tiub vakum ialah satu tiub kaca yang telah divakumkan
dengan aliran elektron yang boleh digerakkan tanpa
sebarang halangan daripada molekul-molekul udara
• Di dalam tiub vakum, terdapat satu elektrod positif yang
dinamakan anod dan satu elektron negatif yang dinamakan
katod
• Apabila satu beza keupayaan yang tinggi dibekalkan di
antara katod dan anod, elektron-elektron akan dipecutkan
kepada satu halaju yang tinggi daripada katod ke anod
• Alur elektron yang bergerak pada halaju tinggi dikenal
sebagai sinar katod
Mengkaji Sifat-Sifat Sinar Katod

Tiub Palang Maltese, Voltan Lampau Tinggi (V. L. T.), bekalan


kuasa 6 V a.u., dawai penyambung, sebatang magnet kuat
Mengkaji Sifat-Sifat Sinar Katod
1. Palang Maltese dipasang kepada
bekalan kuasa V.L.T. manakala bekalan
kuasa 6 V a. u. disambung kepada
filamen pemanas
2. Bekalan V.L.T. terminal positif: Anod
dan palang Maltese; Terminal negatif:
Katod dan bumi
3. Pemerhatian: Bayang terbentuk,
warna skrin, fenomena berlaku
dengan menggunakan satu kutub
magnet kuat
Mengkaji Sifat-Sifat Sinar Katod
Pemerhatian:
1. Apabila bekalan kuasa 6 V a.u. dihidupkan, satu
bayang gelap Palang Maltese terbentuk pada
skrin
2. Apabila bekalan kuasa V.L.T. dihidupkan, satu
bayang Palang Maltese yang lebih gelap dilihat
pada skrin. Bayang Palang Maltese dikelilingi
oleh satu cahaya hijau
3. Apabila satu kutub magnet kuat diletakkan
pada satu sisi tiub Palang Maltese, dua bayang
kelihatan pada skrin. Bayang yang kurang gelap
itu berada di tengah skrin. Bayang yang lebih
gelap itu dipindah ke bawah dan bentuknya
sedikit berubah
Mengkaji Sifat-Sifat Sinar Katod
Perbincangan:
1. Bayang gelap Palang Maltese adalah
disebabkan oleh cahaya dari filamen apabila
lampu filamen dihidupkan
2. Apabila bekalan kuasa V.L.T. dihidupkan,
bayang yang lebih gelap pada skrin
terbentuk. Hal ini disebabkan oleh alur sinar
katod yang dihalang oleh Palang Maltese.
Alur elektron yang tidak dihalang apabila
bergerak ke bawah tiub menghentam skrin
berpendarfluor dan menyebabkan satu
cahaya hijau dipancarkan
Mengkaji Sifat-Sifat Sinar Katod
Perbincangan:
3. Apabila elektron menghentam skrin
pendarfluor, tenaga kinetik elektron
dipindah kepada tenaga cahaya
4. Apabila satu magnet kuat diletakan pada
sisi tiub Palang Maltese, bayang terbentuk
oleh sinar katod bergerak dan berubah
bentuk. Bayang yang terbentuk oleh cahaya
tidak terjejas oleh magnet dan akan kekal
pada pusat skrin
Tiub Palang Maltese
Tiub Palang Maltese
• Apabila filamen dalam katod disambung kepada satu bekalan kuasa
voltan rendah, cahaya daripada filamen akan membentuk satu
bayang Palang Maltese pada skrin terus di belakang palang (Sifat
cahaya bergerak dalam satu garis lurus)
• Apabila bekalan kuasa V.L.T. yang disambungkan merentasi katod dan
anod dihidupkan, bayang yang dibentuk oleh Palang Maltese menjadi
lebih gelap. Skrin di sekelilingi bayang memancarkan cahaya hijau
• Cahaya hijau mengelilingi bayang adalah disebabkan oleh sinar katod
yang tidak dihalang oleh Palang Maltese, memecut ke arah bawah
tiub dan menghentam skrin pendarfluor (Sinar katod bergerak dalam
satu garis lurus)
Tiub Palang Maltese
• Tenaga kinetik alur elektron dipindah menjadi tenaga cahaya oleh
satu proses dikenal sebagai pandarfluor. Fenomena ini berlaku pada
lapisan fostor di hujung tiub. (Sinar katod mempunyai tenaga dan
momentum)

Lapisan
Fostor
Tiub Palang Maltese
• Apabila satu kutub magnet kuat dibawa mendekati sisi tiub
Palang Maltese yang mana elektron muncul daripada anod,
dua bayang terbentuk pada skrin
• Bayang yang terbentuk oleh cahaya tidak dipengaruhi oleh
magnet dan kekal pada pusat skrin
• Bayang yang terbentuk oleh sinar katod digerakkan dan
bentuknya berubah
Tiub Palang Maltese

• Apabila satu alur elektron bergerak melalui satu medan


magnet, arah pemesongan alur elektron boleh ditentukan
dengan menggunakan peraturan tangan kiri Fleming
Tiub Palang Maltese

• Apabila satu tiub pemesongan sinar katod disambung


seperti rajah di atas, sinar katod kelihatan terpesong ke
arah plat positif dan menjauhi plat negatif
Tiub Palang Maltese

• Lintasan sinar katod dalam satu medan elektrik berbentuk


satu parabola seperti rajah di atas. Hal ini menunjukkan
bahawa sinar katod adalah bercas negatif
Ciri-Ciri Sinar Katod
Hasil daripada katod (Satu alur zarah-zarah bercas negatif: elektron)

Bergerak dalam satu garisan lurus dan membentuk bayang tajam

Bergerak laju dan mempunyai tenaga kinetik dan momentum

Melakukan kerja dan boleh menghasilkan cahaya apabila menghentam skrin pendarfluor

Boleh dipesongkan oleh medan magnet dan medan elektrik


Soalan 1
Soalan 2
Osiloskop Sinar Katod
• Osiloskop sinar katod (O.S.K.) ialah satu alatan yang boleh
menukarkan isyarat elektrik kepada imej yang dapat
dipamerkan pada skrin
Osiloskop Sinar Katod
• Struktur utama O.S.K. ialah satu tiub sinar katod yang
divakumkan dan memancarkan alur elektron yang dikenal
sebagai alur sinar katod
• Tiub sinar katod terdiri daripda tiga bahagian penting:

Sistem Skrin
Senapang Elektron
Pemesongan Berpendafluor
Struktur Utama O.S.K.
Senapang Elektron
• Digunakan untuk menghasilkan satu alur elektron halus
yang terdiri daripada:
Satu filamen pemanas berada di dalam satu
silinder katod

Satu elektrod berbentuk gelang yang dikenal


sebagai grid kawalan

Dua elektron anod berbentuk silinder yang dikenal


sebagai anod memfokus dan anod memecut
Senapang Elektron
• Filamen pemanas dipanaskan apabila arus mengalir
melaluinya. Filamen itu digunakan untuk memanaskan
katod
Senapang Elektron
• Katod sebuah O.S.K. merupakan satu silinder berdiameter
kecil yang diperbuat daripada nikel
• Hujung tertutup silinder nikel disalut dengan bahan
pemancar elektron
• Jenis katod ini boleh menghasilkan satu alur elektron yang
berketumpatan tinggi
Grid Kawalan (Senapang Elektron)
• Grid kawalan dipasang di antara katod dan anod
• Grid kawalan disambung kepada voltan yang lebih negatif
daripada katod
Grid Kawalan (Senapang Elektron)
• Digunakan untuk mengawal bilangan elektron dalam alur
• Apabila grid kawalan dilaraskan menjadi lebih negatif,
bilangan elektron yang dipancarkan daripada senapang
elektron berkurangan dan tompok pada skrin adalah kurang
cerah
• Voltan negatif pada skrin digunakan sebagai kawalan
kecerahan
• Elektron dipecutkan ke arah anod oleh medan elektrik yang
dihasilkan di antara katod dan anod
Grid Kawalan (Senapang Elektron)
Anod Memfokus dan Memecut
(Senapang Elektron)

Anod Memfokus Anod Memecut


• Menarik elektron daripada • Memecut elektron ke arah
kawasan grid kawalan depan tiub atau skrin
• Memfokus elektron supaya
membentuk satu alur halus
Sistem Pemesongan
• Membenarkan alur elektron dipesongkan dari lintasan garis
lurus apabila alur elektron meninggalkan senapang elektron
Sistem Pemesongan
• Sistem pemesongan O.S.K. terdiri daripada dua
pasang plat yang selari
• Set plat yang tersusun secara mengufuk, di atas dan di
bawah alur elektron dikenal sebagai plat Y
• Set plat yang tersusun secara menegak di kedua-dua
belah alur elektron dikenal sebagai plat X
Sistem Pemesongan

Pandangan
hadapan plat-
plat
pemesongan
Sistem Pemesongan
• Jika tiada beza keupayaan pada input dikenakan di
antara plat-X dan plat-Y, alur elektron tidak mengalami
sebarang daya
• Tiada pemesongan berlaku dan tompok cerah adalah
pada pusat skrin
Sistem Pemesongan
Sistem Pemesongan
• Apabila satu beza keupayaan positif dikenakan kepada
plat-Y, elektron di dalam alur akan mengalami satu
daya yang bertindak ke arah atas menyebabkan alur
elektron terpesong ke atas
• Tompok cerah bergerak ke atas skrin (Next Slide)
Sistem Pemesongan
Sistem Pemesongan
• Apabila satu beza keupayaan negatif dikenakan
kepada plat-Y, elektron di dalam alur akan mengalami
satu daya yang bertindak ke arah bawah
menyebabkan alur elektron terpesong ke bawah
• Tompok cerah bergerak ke atas skrin (Next Slide)
Sistem Pemesongan
Sistem Pemesongan
• Apabila satu beza keupayaan arus ulang alik (a.u.)
dikenakan kepada plat-Y, elektron di dalam alur akan
mengalami satu daya yang bertindak ke arah atas dan
bawah menyebabkan alur elektron terpesong ke atas
dan ke bawah
• Tompok cerah bergerak ke atas skrin (Next Slide)
• Kesimpulan: Fungsi plat-Y menggerakkan alur elektron
ke atas dan ke bawah skrin apabila satu voltan input
dikenakan padanya
Sistem Pemesongan
Sistem Pemesongan
• Fungsi plat-X ialah untuk memesongkan alur elektron
secara mengufuk dari kiri ke kanan melintasi skrin
pada frekuensi tertentu
• Plat-X disambung kepada satu litar tapak-masa yang
menghasilkan satu beza keupayaan yang berubah
dengan masa dengan bentuk mata gergaji
• Dengan mengenakan voltan yang sesuai kepada plat
pemesongan, kedudukan tompok cahaya pada skrin
boleh dikawal
Sistem Pemesongan
Skrin Berpendarfluor
• Skrin berpendarfluor disalut pada permukaan dalam
dengan bahan berpendarfluor seperti fosfor atau
zink sulfida
• Apabila elektron di dalam alur menghentam skrin,
bahan pendarfluor mengeluarkan cahaya
• Fenomena ini membolehkan satu tompok yang cerah
terbentuk pada skrin apabila alur elektron
menghentam skrin
Skrin Berpendarfluor
• Elektron adalah zarah dan mempunyai jisim
• Apabila elektron bergerak dengan halaju tinggi,
elektron mempunyai tenaga kinetik tinggi
• Apabila alur elektron bertenaga tinggi ini
menghentam skrin, alur elektron akan membebaskan
tenaganya kepada skrin berpendarfluor dan
menghasilkan tompok cahaya cerah pada skrin
Prinsip Kerja Osiloskop Sinar Katod
Prinsip Kerja Osiloskop Sinar Katod
Tombol Kawalan Fungsi/Penjelasan
Kecerahan • Mengawal kecerahan atau keamatan tompok cahaya pada skrin
• Disambungkan kepada grid kawalan
• Aras kecerahan harus dilaras seberapa rendah yang boleh untuk
menghasilkan suatu suruhan yang jelas dan tajam
Fokus • Mengawal ketajaman tompok cahaya
• Disambungkan kepada anod fokus
• Ketajaman tompok cahaya juga terjejas oleh kecerahan
Anjakan-X • Melaraskan kedudukan ufukan tompok cahaya atau surih yang
dipamerkan pada skrin
• Disambungkan kepada plat-X
Anjakan-Y • Melaraskan kedudukan tegak tompok cahaya atau surih yang
dipamerkan pada skrin
• Disambungkan kepada plat-Y
Prinsip Kerja Osiloskop Sinar Katod
Tombol Fungsi/Penjelasan
Kawalan
Gandaan-Y • Mengawal magnitud pemesongan tegak tompok cahaya atau surih yang
(Volt/Baha dipamerkan pada skrin dengan melaraskan amplitud
gian) • Disambungkan kepada plat-Y
Prinsip Kerja Osiloskop Sinar Katod

DF DF

DF DF

DF DF

You might also like