You are on page 1of 18

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM SINTOK)

KOD DAN NAMA KURSUS

BPME1013 – ASAS KEUSAHAWANAN

SEMESTER

APRIL 2022/2023

TUGASAN INDIVIDU 1

KEUSAHAWANAN DIGITAL

DISEDIAKAN UNTUK

TS. DR. MATHIVANNAN JAGANATHAN

DISEDIAKAN OLEH

NUR NAJWA NABILAH BINTI OTHMAN (290772)

TARIKH HANTAR

30 JUN 2022
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

ISI KANDUNGAN

I) Sejarah Keusahawanan Digital


II) Landskap Keusahawanan Digital
III) Kepentingan Keusahawanan Digital
IV) Pengaplikasi Keusahawanan Digital
V) Cabaran Dan Halangan Keusahawanan Digital
VI) Faktor – Faktor Pendorong Keusahawanan Digital
VII) Masa Hadapan Keusahawanan Digital
VIII) Usahawan Digital yang berjaya di Malaysia ( Penulisan Biografi Usahawan )
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

PENGENALAN KEUSAHAWANAN

Kemunculan keusahawanan digital adalah hasil daripada perubahan dalam dunia


keusahawanan apabila berlakunya transformasi ke atas perniagaan dan masyarakat melalui
teknologi digital. Transformasi digital yang belaku ini telah menyerlahkan perubahan
terhadap amalan, teori dan pendidikan keushawanan di samping menyemarakkan lagi
penyertaan masyarakat dalam dunia keusahawanan secara global.

APA ITU KEUSAHAWANAN DIGITAL ?

Keusahawanan digital telah meningkatkan pemahaman kita mengenai bidang


keusahawanan moden dari segi teori dan praktikal. Dari segi teori keusahawanan digital
menawarkan beberapa konsep baru mengenai proses keusahawanan secara dalam talian
seperti mengenal pasti idea dan peluang perniagaan baru yang boleh diwujudkan secara
digital, pembangunan idea perniagaan digital, kaedah mengekspoitasi peluang perniagaan,
kaedah memulakan perniagaan digital dan sebagainya. Dari segi praktikal, keusahawanan
digital membuka peluang kepada individu yang berhasrat untuk menjadi usahawan dengan
mempelajari kemahiran asas mengenai keusahawanan digital.

1
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

I) SEJARAH KEUSAHAWANAN DIGITAL

Perkembangan e-dagang bermula sejak kemunculan internet pada tahun 1969 seterusnya
berkembang dan wujudnya E-dagang (E-commerce). Internet lahir pada tahun 1969 di
Amerika iaitu kelompok peneliti berhubungan dengan empat komputer di UCLA, Stanford
Research Institut, Universiti Utah dan Universiti California di Santa Barbara. Mereka telah
mencipta sebuah jaringan untuk berkomunikasi di antara satu sama lain yang di kenali istilah
ARPAnet ( Advanced Research Project Agency ) yang mana merupakan salah satu bahagian
keamanan Negara Amerika Syarikat. Selepas tiga tahun, lebih dari lima puluh universiti telah
terhubung bersama-sama dalam jaringan (network), dan jaringan komputer yang lain mulai
muncul di sekitar negara dan dunia. Seiring dengan perkembangan ARPAnet, yang diikuti
pula dengan kerjasama jaringan antara kaum pendidik, dan eksperimen NASA mengenai
jaringan komputer, jaringan ini mulai terhubung satu dengan yang lain, dan muncullah
istilah internet.

Dalam konteks perniagaan, internet membawa impak transformasi yang menciptakan


paradigma baru dalam dunia perniagaan yang dikenali sebagai “Digital Marketing”. Awal
tahun 1990-an, perniagaan di internet mula berkembang pesat mencapai jutaan pelanggan,
maka muncullah istilah baru “Electronic Commerce” atau lebih dikenali E-commerce.
Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang. E-dagang merupakan sebuah sistem
perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutamanya
telekomunikasi canggih. Internet pula boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama
yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan dalam dua cara iaitu yang
pertama, memasarkan serta menjual barangan dan perkhidmatan dan menerima
pembayaran elektronik.

2
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

Cara yang kedua ialah mewujudkan rangkaian korporat persendirian yang dipanggil Intranet
yang membolehkan pengguna membeli barangan di rumah atau tempat perniagaan. Secara
umumnya e-dagang adalah model perniagaan yang mana segala aktiviti perniagaan
dijalankan sepenuhnya melalui penggunaan internet sebagai mediumnya. Aktiviti e-dagang
merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan
kepada pelanggan, melakukan pemasaran menerima bayaran melalui internet dan
pengurusan khidmat pelangan secara online. terdapat dua jenis perniagaan yang boleh di
jalankan melalui medium internet iaitu yang berasaskan produk fizikal, produk digital dan
produk perkhidmatan.

Banyak lagi inovasi yang akan berlaku dalam tempoh yang singkat membabitkan
penggunaan e-dagang dalam kehidupan kita. Oleh yang demikian. kita melihat kerajaan
sentiasa berusaha meningkatkan minat rakyat untuk mendekati dan mengenali teknologi
maklumat khususnya internet dalam kehidupan seharian. Hal ini adalah kerana, e-dagang
menggunakan teknologi sebagai platform utama perkembangannya. Justeru, pasaran
utamanya adalah mereka yang menggunakan internet. Semenjak tahun 1997, usaha telah
dijalankan untuk meningkatkan penggunaan internet dalam kalangan generasi muda. Kini,
terdapat lebih sejuta rakyat Malaysia berdaftar dengan syarikat yang membekalkan
perkhidmatan internet seperti TMnet, JARING dan sebagainya.

3
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

II) LANDSKAP KEUSAHAWANAN DIGITAL DI DUNIA DAN MALAYSIA

Pembaharuan keseluruhan landskap ekonomi yang merangkumi ekonomi digital adalah


usaha agresif yang perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara di pasca
pandemic COVID19 dengan membantu usahawan mikro dan perniagaan kecil dan
sederhana (PKS) Selain itu, pihak kerajaan juga menyediakan pelbagai kursus dan latihan
bagi memperkasakan usahawan di negara kita dengan pengetahuan serta kemahiran dalam
penggunaan platform perniagaan digital.

Terdapat beberapa langkah kerajaan membantu dan menyokong usahawan digital


contohnya menyediakan banyak platform yang boleh digunakan usahawan yang baru
berjinak untuk memulakan perniagaan secara digital. Pihak kerajaan menyediakan
pusat-pusat internet desa dan komuniti dimana mungkin usahawan diluar sana yang baru
ingin memulakan perniagaan tidak mempunyai computer atau internet mudah alih boleh
menggunakan yang telah disediakan oleh kerajaan seperti diatas. Tambahan pula, usahawan
digital mempunyai berbagai platform untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan
mereka antaranya sepertidi dalam Facebook, Shopee, Lazada dan sebagainya. Kerajaan juga
menyediakan Bantuan Skim Geran SME & Geran Automasi pada tahun 2022.

Landskap yang diusahakan oleh kerajaan secara langsung masalah di negara ini dapat
dipulihkan segera dan ekonomi negara juga akan bergerak dengan pesat dan rangka
memeperkasa pelan pemulihan ekonomi negara. Langkah ini juga membolehkan perniaga
mikro dan PKS mengharungi perubahan landskap keusahawananakan lebih tertumpu
kepada pendigitalan dalam reality yang baharu.

4
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

III) KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN DIGITAL

Pada masa kini perkembangan teknologi telah membawa perubahan model perniagaan
yang sedia ada dari segi ciptaan baharu, pengenalan produk, perkhidmatan baharu dan
peningkatan proses perniagaan yang akhirnya menjadikan perniagaan tersebut lebih
berdaya saing. Selain itu, ekonomi digital juga penting dalam mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi tempatan dengan tenaga penggerak yang kebanyakanya usahawan
serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Untuk merealisasikan tujuan ini kerajaan telah
melancarkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi pembangunan platform
perniagaan digital menerusi pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang berstatus
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan peruntukan tersebut menelan belanjawan
sebanyak RM 700 juta. Tidak ketinggalan juga syarikat pertengahan akan mendapat manfaat
untuk menerapkan penggunaan teknologi digital dalam perdagaan dan teknologi mereka.

Ekonomi digital gelombang baharu mampu mewujudkan pelbagai bidang peluang


perniagaan serta pekerjaan, secara menyeluruh akan meningkatkan pendapatan negara
termasuk di luar Bandar. Golongan muda seperti pelajar lepasan sekolah, university, kolej
boleh berubah menjadi pencipta atau pemberi kerja kepada orang lain kerana tidak perlu
lagi hanya menjadi pencari kerja.

Usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) perlu sedar kepentingan kesediaan digital agar
dapat terus berkembang baik dalam pasaran domestik mahupun antarabangsa. Mereka
tidak lagi boleh melihat kesediaan digital sebagai satu pilihan kerana ia kini merupakan satu
keperluan untuk meneruskan kelangsungan hidup dan perniagaan. Demikian ditegaskan
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku
Jaafar pada majlis pelancaran Indeks Kesediaan Digital (DRI) Maxis yang berlangsung secara
maya hari ini.“Tatkala masyarakat berdepan dengan cabaran pandemik COVID-19, sektor
perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan yang penting dalam
menampung ekonomi negara.

5
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

Oleh itu, kerajaan tetap komited untuk membantu mereka melalui insiatif digitalisasi. Bagi
(PKS) dan para usahawan terus berkembang di pasaran domestic dan antarabangsa,
kesediaan digital amat diperlukan. Jadi mereka perlu sedar kepentingan kesediaan digital
bukannya satu pilihan, tetapi satu keperluan. Kerajaan juga mengalu-alukan inisiatif DRI
yang sejajar dengan visi (MEDAC) dalam memupuk ekosistem keusahawanan yang holistik
dan kondusif di negara ini. Difahamkan, Maxis akan berkongsi kemas kini setiap tahun
mengenai kesediaan digital di negara ini dengan agensi kerajaan untuk membantu mereka
mengukur penggunaan digital di negara ini. Dalam perkembangan lain (MEDAC) dan Maxis
juga akan menjalinkan kolaborasi dalam beberapa inisitif menerusi agensi ( MEDAC) seperti
Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN), TEKUN Nasional dan Institut Koperasi Malaysia
(IKKM). Untuk rekod, DRI merupakan alat penilaian kendiri atas talian dan alat interaktif bagi
membantu syarikat dalam industri untuk menilai tahap kesediaan digital mereka menerusi
tiga tonggak iaitu kepuasan pelanggan, produktiviti pekerja dan kecekapan operasi.

1. Tiada had dan sempadan

Tidak boleh dinafikan perniagaan kini mudah mencapai pasaran antarabangsa hanya dengan
menekan satu butang. Pemasaran secara digital mampu mengakses pembeli berpotensi dari
seluruh dunia walaupun hanya dengan bajet yang kecil berbanding pemasaran tradisional.
Perniagaan, tidak kira saiz juga mampu memasarkan produk atau servis mereka ke serata
dunia melalui internet tanpa had dan sempadan.

2. Kepelbagaian konsumer

Pemasaran digital membolehkan para peniaga mendapatkan data klien dan pembeli melalui
pelbagai cara serta mencapai pelbagai jenis pelanggan yang diinginkan. Pemilik perniagaan
hanya perlu mengenalpasti kategori pengguna yang ingin dicapai dan mengolah komunikasi
mereka dengan sewajarnya. Kelebihan pemasaran digital ini termasuklah keterangkuman
pengguna yang komprehensif kerana walaupun sesuatu produk atau perkhidmatan itu
dipasarkan kepada satu kumpulan sasaran, ia masih sampai kepada orang ramai.

6
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

3. Komunikasi dan pendekatan yang lebih mudah dan cepat

Pemasaran secara digital mampu mewujudkan komunikasi antara peniaga dan pengguna
berpotensi. Anda boleh menggalakkan prospek klien serta pengikut (followers) yang tinggi
untuk melawat produk atau servis yang ditawarkan melalui laman sosial sendiri atau domain
umum dan pengguna berpeluang untuk menilai, membeli dan memberi maklumbalas
produk tersebut secara langsung. Di samping itu, pemasaran secara digital juga memberi
manfaat kepada pelanggan untuk mendapatkan respon segera mengenai sesuatu produk
melalui kaedah AI (artificial intelligence) seperti chatbot dan sebagainya.

4. Penyampaian yang Pantas

Internet adalah sinonim dengan kepantasan, dan dalam konteks ini pemasaran digital dapat
memberikan anda impak yang segera. Samada untuk menyebarkan maklumat tentang
produk, berkongsi maklumat, membeli, membayar atau menyampaikan sesuatu produk
semuanya boleh dilakukan dengan beberapa klik. Anda tidak perlu menanti lama untuk
mengembangkan perniagaan atau membuat keputusan penting berkaitan perniagaan anda.

5. Hasil yang boleh diukur

Bagaimana anda tahu sama ada pemasaran anda berfungsi? Satu-satunya cara adalah
dengan mengukur kejayaan serta pertumbuhan anda dari masa ke masa. Walaupun sukar
untuk mengukur kejayaan untuk kempen pemasaran tradisional seperti iklan radio atau
suratkhabar, setiap taktik pemasaran digital yang anda gunakan dapat diukur. Analisis
pemasaran digital dapat membantu dalam mengkaji sama ada pemasaran anda benar-benar
berfungsi. Dengan mengukur kempen pemasaran digital anda, anda juga dapat melihat
taktik mana yang berfungsi dan mana yang tidak. Kemudian, anda boleh menyesuaikan dan
menentukan kempen untuk kejayaan yang lebih besar. Anda juga dapat mengambil atau
mengguna data pelanggan yang diperlukan untuk meningkatkan hasil kempen perniagaan
anda dari masa ke semasa. Analisis pemasaran digital membolehkan penggunaan sumber
yang lebih berkesan dan memperuntukkan anggaran pemasaran yang wajar. Anda dapat
mengurangkan perbelanjaan yang penting dan hanya menumpukan usaha anda pada
strategi yang efektif untuk meningkatkan pemulangan pelaburan (ROI) yang berkesan.

7
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

IV) PENGAPLIKASIAN KEUSAHAWANAN DIGITAL

Penyertaan digital merupakan akses dan kegunaan internet yang merangkumi pelbagai
aktiviti yang berkaitan terhadap pencapaian masyarakat maklumat yang inklusif. Dengan itu
penyertaan digital boleh dianggap sebagai kunci kepada meningkatkan kesedaran tentang
manfaat dan faedah daripada teknologi digital, antaranya perkhidmatan kerajaan, hiburan,
pekerjaan, perniagaan dan kaedah membeli- belah yang efisyen. Penglibatan masyarakat
dalam bidang keusahawanan telah meningkat dengan ketara seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat dan komunikasi. Sekarang ini ramai usahawan mencipta aplikasi atas
talian seperti Facebook, Instagram dan juga aplikasi e-perniagaan untuk meningkatkan
capaian urusan perniagaan dan juga mempermudahkan urusan jual beli barangan. Mostafa,
Wheeler dan Jones (2006) dalam Faradillah Iqmar Omar dan et.al (2015) mendapati hasil
pengaplikasian yang mempunyai orientasi internet yang tingi dapat menjana peningkatan
dalam memperluaskan hasil perniagaan kepada keusahawanan. Selain itu, banyak aplikasi
bersemuka dalam talian diwujudkan dan boleh dijadikan saluran perniagaan. Ada juga
usahawan membuat video pendek dan dimuat naik ke YouTube untuk menarik tontonan,
sekali gus menjana pendapatan. Secara am, banyak ruang serta peluang dapat diteroka
dalam dunia digital. Kemahiran berniaga ditambah kemahiran digital bakal memberi ruang
untuk usahawan meneroka lebih jauh. Kuasa internet, Facebook live serta viral dalam dunia
digital boleh mencetus fenomena baharu keusahawanan. Justeru perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi dilihat sebagai pemangkin kepada perluasan perniagaan
terutamanya dalam perniagaan atas talian.

8
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

V) CABARAN DAN HALANGAN KEUSAHAWANAN DIGITAL

Kita sedia maklum setiap perniagaan secara talian atau secara fizikal pasti ada cabaran dan
halangan. Usahawan digital juga tidak terlepas dari cabaran dan halangan juga. Sebagai
usahawan kita perlu sedia maklum kekurangan atau cabaran sesuatu perniagaan yang kita
ceburi. Contohnya usahawan digital memerlukan perbiayaan awal markrting online yang
tinggi untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan kerana terdapat juga pelanggan
yang lebih suka kedai bukan dalam talian (offline store). Sesetengah pelanggan lebih suka
untuk melihat produk atau perkhidmatan secara alam nyata sebelum membeli atau
menggunakan perkhidmatan tersebut. Tidak ketinggalan juga ada pelanggan yang tidak
mahir menggunakan internet atau aplikasi yang menggunakkan aplikasi internet. Ramai juga
pelanggan yang masih ragu-ragu atau kurang yakin dengan pembelian secara dalam talian
kerana ada pengalaman tertipu atau tidak pernah langsung menggunakan perkhidmatan
dan produk secara dalam talian. Dari segi teknologi sektor borong dan peruncitan telah
berkembang ke platform maya dengan kewujudan pelbagai e-pasaran. Perubahan aktiviti
perniagaan atas talian telah membuka peluang pasaran yang lebuh meluas kepada
usahawan. Malangnya kegagalan usahawan mengambil peluang ini telah menyebabkan
jurang yang ketara di antara usahawan Malaysia dan usahawan Global. Kegagalan atau
cabaran tersebut boleh kita perhatikan di mana di Malaysia majoriti keperluan pekerja
adalah tenaga separuh mahir kerana penyerapan teknologi yang sederhana.
Kerbergantungan terhadap tenaga buruh dan kelemahan mengadaptasi teknologi
menyebabkan pengkalaan produktiviti terbantut. Melalui keadaan ini dapat menghalang
persaingan usahawan tempatan dalam pasaran Global, sekaligus dapat menghadkan
perniagaan mereka. Sekiranya tren ini berterusan, perancangan memacu negara menjadi
negara keusahawanan berasakan inovasi akan terjejas.

9
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

VI) FAKTOR-FAKTOR PENDORONG KEUSAHAWANAN DIGITAL

Setelah pelaksanaan pemasaran digital yang semakin bekembang dan telah menjadi satu
trend dalam dunia perniagaan masa kini. Bagi perniagaan yang tidak mengaplikasian
perniagaan menggunakan digital keberangkalian untuk bertahan lama seperti perniagaan
yang lain pada abad ini mungkin tidak akan tercapai kerana pengguna atau pelanggan lebih
suka meneliti telebih dahulu sebelum membeli produk melalui atas talian. Ini dapat dilihat
perniagaan secara dalam talian menjadi lebih menarik dan kreatif. Taktik yang digunakan
oleh perniagaan secara dalam talian telah terbukti sebagai kaedah yang paling efektif untuk
menarik perhatian bakal pelanggan di alaf baharu. Jika dilihat, banyak kelebihan dalam
menggunakan kaedah perniagaan digital dimana ramai usahawan sanggup membuat
pelaburan yang tinggi untuk mempromosikan perniagaan mereka di atas talian. Mereka
percaya semakin tinggi kos promosi, semakin banyak pulangan yang bakal diterima. Berikut
tidak mustahil sebab-sebab kenapa perniagaan digital lebih digemari oleh generasi masa
kini.

Perniagaan internet mempunyai kelebihan tersendiri berbanding dengan perniagaan


konvensional yang biasa. Ini menjadikan perniagaan internet sebagai perniagaan yang
unik dan semua orang perlu mengambil peluang ini sebaiknya. Berikut beberapa faktor
yang mendorong kepada penggunaan media sosial khususnya dalam bidang perniagaan :

1. Risiko Yang Rendah

Perniagaan internet meletakkan usahawan berada dalam risiko perniagaan yang rendah.
Jika berlaku sebarang kemungkinan yang tidak diingini seperti kebakaran, malapetaka
seperti banjir besar ataupun gempa bumi , sudah tentu perniagaan akan selamat kerana
laman web tidak akan musnah disebabkan kejadian-kejadian tadi. Jika berlaku kepada
perniagaan konvensional, sudah tentu usahawan berkenaan akan mengalami kerugian
yang besar.

10
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

2. Penjimatan

Perniagaan secara atas talian atau ‘online’ tidak memerlukan seseorang usahawan untuk
menyewa kedai bagi memperakan barang-barang mereka.Pengiklanan dan paparan produk
atau perkhidmatan boleh dipaparkan di blog sahaja.

3. Tidak Memerlukan Pekerja Yang Ramai

Secara umumnya, perniagaan online kurang memerlukan pekerja malah dalam kebanyakkan
keadaan, usahawan yang menceburi perniagaan online menggunakan blog hanya
menguruskan sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga sahaja.

4. Masa Tidak Terhad / 24 jam

Bagi para usahawan yang hanya melibatkan diri di dalam perniagaan secara separuh masa,
mereka masih boleh menguruskan tempahan yang diterima pada bila-bila masa seperti di
luar waktu pejabat. Melalui perniagaan internet juga , tiada had batasan waktu operasi.
Perniagaan beroperasi 24 jam. Pada bila-bila masa 24 jam sehari 365 hari setahun, laman
web usahawan akan dilayari oleh pengguna internet merangkap pelanggan.Tidak seperti
perniagaan konvensional nak terikat dengan waktu operasi.

5. Modal Permulaan Adalah Kecil

Perniagaan internet tidak memerlukan modal permulaan yang besar seperti perniagaan
konvensional. Usahawan boleh menjalankan perniagaan internet bermula dengan modal
serendah RM 100 sehinggan RM 200. Sudah cukup untuk usahawan
menjalankan perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

11
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

6. Pelanggan Yang Besar

Internet adalah dunia yang tidak bersempadan. Begitu juga dengan pelanggan, pelanggan
yang terdiri dari seluruh pelusuk dunia. Apabila in berlaku perniagaan akan menjadi
perniagaan antarabangsa. Jika begitu, seseorang usahawan itu boleh mendapat
pendapatan berlipat kali ganda di dalam perniagaan internet.

7. Tidak Memerlukan Stok dan Kedai

Perniagaan Internet tidamemerlukan para usahawan memiliki kedai yang nyata atau pun
sejumlah stok jika usahawan berkenaan menjalankan perniagaan berasaskan produk
digital ataupun perkhidmatan. Segala-galanya seperti tapak, kedai & stok berada di
hosting. Ini sudah tentu menjimatkan wang usahawan tanpa menyewa dimana-mana
kedai, sepertimana yang diketahui sekarang untuk menyewa sebuah kedai ianya amat
memerlukan modal yang agak besar dan akan membebankan usahawan yang baharu
bermula.

8. Perniagaan yang kukuh

Jika usahawan menjalankan perniagaan offline sudah pasti seseorang usahawan


itu mempunyai pesaing disekeliling. Jika tidak ada sekarang pun, sudah pasti
pesaing akan muncul pada masa yang akan datang. Jadi dengan membina laman web
untuk perniagaan setidak-tidaknya usahawan berkenaan berada lebih jauh dengan
pesaing. Ini bermakna perniagaan akan lebih dikenali daripada pesaing yang ada.

12
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

VII) MASA HADAPAN KEUSAHAWANAN DIGITAL

Bagi menjadi sebuah negara yang diimpikan, Malaysia perlu memanfaatkan peluang dan
kekuatan untuk mengharungi cabaran revolusi digital. Kursus dan Latihan itu adalah
sebahagian daripada usaha kerajaan dalam membantu para usahawan dan pihak kerajaan
juga mengalakkan golongan anak muda yang merupakan generasi baharu yang akan
meneroka ekonomi pasca pandemic akibat kekangan perniagaan secara bersemuka.
Kemampuan golongan muda dalam keusahawanan digital amat perlu bagi membentuk
ekonomi yang kalis krisis kerana ia adalah salah satu agenda yang perlu melibatkan
pandangan dan kerjasama anak muda dan pelbagai pihak. Mereka juga merupkan golongan
pengguna tegar platform digital dalam rangkaian ekosistem perniagaan digital. Justeru itu,
pihak kerajaan perlu merealisasikan dengan sebaiknya dalam menyokong dan
memperkasakan bidang berkenaan yang akan memberi impak yang besar kepada peluang
pekerjaan dan perniagaan didalam atau diluar negara ini pada masa akan datang. Golongan
yang mempunyai bakat digital berkualiti tinggi dan masyarakat digital akan mewujudkan
generasi usahawan digital yang lebih inovatif dan kreatif, tidak mustahil pada masa akan
datang usahawan digital di Malaysia akan mempelopori bidang perniagaan digital ini
seantara dunia.

13
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

Biodata Irfan Khairi Jutawan Internet

Irfan Khairi adalah nama yang sudah tidak asing lagi di negara ini malah beliau cukup
dikenali ramai terutamanya golongan muda. Beliau dikenali sebagai seorang pakar yang
terkenal dalam dunia Internet. Irfan Khairi adalah seorang pakar perniagaan Internet dan
juga jutawan Internet di Malaysia.

Irfan Khairi juga merupakan jururunding yang giat menganjurkan seminar mengenai
perniagaan melalui Internet. Beliau mempunyai peminat yang sangat ramai, terbukti melalui
kehadiran peserta yang begitu ramai dalam setiap kursus yang dianjurkan oleh beliau.

Biodata Irfan Khairi

Nama sebenarnya ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi. Dilahirkan pada 17 Disember 1976.
Berasal dari Perak dan dibesarkan di Selangor. Irfan Khairi mendapat Ijazah Sarjana Muda
Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas menamatkan
pengajian di United Kingdom, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT
terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan
perunding Internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet
untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini,
lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning
Grid tersebut.

Oleh kerana minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan
perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada
tahun 1999. Selepas mendapati perniagaan Internetnya lebih menguntungkan berbanding
pendapatan bekerja 9-5, beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian
kepada perniagaan Internet miliknya selepas setahun beroperasi.

14
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

Semenjak itu, Irfan hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan
laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beliau memperolehi untung bersih sebanyak RM1
juta dengan modal permulaan hanya RM500. Ketika itu, beliau berusia 25 tahun. Sehingga
hari ini, Irfan Khairi masih bekerja sepenuh masa di rumah menggunakan Internet sebagai
sumber pendapatan.

Perniagaan Internet di bawah IdeaBubble, sehingga kini telah berkhidmat untuk lebih dari
3,000 pelanggan dari serata dunia. Kebanyakkannya dari USA, UK, negara-negara Eropah,
hingga ke Timur Tengah, Jepun dan Australia. Antara perniagaan-perniagaan yang berjaya
termasuk merekacipta E-book, merekacipta laman web dan grafik, perkhidmatan SEO
(Search Engine Optimization), menjual peta, penempahan hotel dan juga perunding
Multimedia, E-Niaga dan pembelajaran.

Irfan Khairi juga menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar yang turut
diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris iaitu Secret of Internet Millionaires Revealed untuk
menunjukkan cara dirinya dan jutawan-jutawan Internet yang lain menggunakan Internet
sebagai sumber pendapatan yang lumayan serta siri buku nota jutawan. Atas inspirasi yang
ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada
Oxford Association of Management, United Kingdom. Ianya dianugerahkan atas usaha
beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang
Internet dan Kejayaan.

15
(BPME1013)
ASAS KEUSAHAWANAN

RUJUKAN

1. https://www.uumpress.com.my/asas-keusahawanan-ke-arah-pengukuhan-minda-
dan-kemahiran-keusahawanan
2. https://ejullutfi.com/2019/11/30/4-cabaran-usahawan/
3. https://www.smebank.com.my/en/sukses-4-0-lahirkan-usahawan-pintar-digital-
mendepani-cabaran-norma-baharu
4. https://www.academia.edu/41583811/Aplikasi_Digital
5. https://www.cedar.my/business-tips-for-sme/155-teknologi-digital-dalam-
perniagaan.html
6. https://ms.wikipedia.org/wiki/Irfan_Khairi

16

You might also like