You are on page 1of 20

RISALAH

ISU APRIL 2022 RISALAH MIMA Bil. 20 (2022) | ISSN: 2785-8081

Selamat Datang
EGBERT, FATIN ANIS & ASLAM

Penasihat Datuk Dr. Sabirin Ja'afar


Ketua Unit Penerbitan Mohd Khairulanuar Manshor Institut Maritim Malaysia
Pereka Grafik Kanan Zainol Azman Shamsudin B-06-08, Megan Avenue II, 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
Jurugambar Mohd Hafizul Roslan Tel.: (603) 2161 2960 Faks.: (603) 2161 4035 E-mel: mima@mima.gov.my
EKONOMI

Logistik Halal di
Malaysia Perlukan
Perhatian
Oleh Mazlinawati Abdul Majid
Penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan Industri Maritim (MEI)

S ejak melaksanakan MS1500 sebagai piawaian


kebangsaan pada tahun 2004, Malaysia telah
menjadi pemain penting dalam pasaran halal
mastikan integriti barangan halal pada titik
penggunaan di seluruh rantaian bekalan
(Tieman, 2011).
antarabangsa dan pertikaian piawaian global. Industri halal sebenarnya memacu logistik ha-
MS1500 ialah piawaian kebangsaan untuk lal bagi memastikan integriti halal bermula
makanan halal. Ia merupakan garis panduan daripada sumber sehingga kepada pengguna
umum bagi pengeluaran, penyediaan, pengen- akhir dan pasaran eksport.
dalian, dan penyimpanan produk halal. Kaedah pengangkutan barangan dari satu
Logistik halal merujuk kepada logistik sama lokasi ke lokasi lain hanya boleh diterima
ada melalui lautan, darat, dan juga udara. keutuhan halalnya jika dileraikan sebarang aspek
Namun idea pelabuhan halal di Malaysia haram, gharar (tidak jelas), dan syak (meragukan
bukanlah perkara yang baharu untuk dibin- atau mencurigakan).
cangkan secara panjang lebar. Namun kompleksiti dalam rantaian bekalan
Peranan pelabuhan begitu penting dalam pe- menjadikan isu integriti halal begitu mencabar
nyediaan perkhidmatan barangan import dan untuk ditangani dengan baik (Zakaria, 2008;
eksport. Peranan itu perlu diperluas supaya ia Shafie & Othman, 2004; Talib et al., 2008; Abdul
boleh membantu barangan berstatus halal et al., 2009).
dibawa masuk melalui logistik dan rantaian Walau bagaimanapun, mengekalkan integriti
bekalan dengan betul. halal melalui rantaian bekalan tetap penting
Logistik memainkan peranan penting dalam me- (Tieman,2011; Bahrudin et al. 2011).

2 RISALAH MIMA Bil. 20 Foto latar: Pelabuhan Weifang Sime Darby


Kepentingan Logistik Halal Pelabuhan Halal di Dunia
1. Pengasingan barangan halal dengan Pelabuhan Pulau Pinang merupakan pelabuhan
bukan halal pertama di Malaysia yang mencapai piawaian
Barangan halal dan tidak halal perlu diasingkan MS1900:2005 “Keperluan Sistem Pengurusan
semasa tiba di lokasi seperti pelabuhan. Ia perlu Kualiti dari Perspektif Islam” bagi pengendalian
disusun sisih berpandukan pada label, pem- kontena dan perkhidmatan pergudangan khusus.
bungkusan, logo atau cap, dan juga sijil. Sijil itu mengesahkan bahawa aktiviti pelabuhan
Label bertindak sebagai mekanisme bagi di situ adalah halal dan patuh syariah.
memaklumkan kepada pekerja pelabuhan ber- Northport (Malaysia) Bhd. di Pelabuhan Klang
kenaan ketibaan barangan halal di pelabuhan. pula telah memeterai projek rantaian nilai halal
Ia memudahkan pekerja pelabuhan meletak- antara syarikat Malaysia dengan Jepun, iaitu
kan barangan halal di kedudukan yang betul, antara Sojitz (Malaysia) Sdn. Bhd. dan NL Cold
iaitu di hab atau stor halal berdasarkan label itu. Chain Network (M) Sdn. Bhd.
Pengendalian perlu bermula dengan meng- Pelabuhan Weifang Sime Darby, pelabuhan
asingkan produk halal daripada tidak halal yang berkembang pesat di Wilayah Shandong,
kerana ia memerlukan pengendalian khusus. China dimiliki dan dikendalikan oleh Sime Darby
Status halal daripada produk perlu diiktiraf oleh Bhd. Pelabuhan itu merupakan tumpuan industri
pelabuhan. Pelabuhan juga perlu mengenal pasti halal semasa penghantaran halal pertama
produk status halal tersebut. Malaysia melayari perairan.
Walau bagaimanapun, sehingga kini masih Penjenamaan pelabuhan ini sebagai pang-
tiada kaedah bagi memastikan atau memelihara kalan terminal dan rantaian bekalan halal masa
keutuhan barangan halal dan hasilnya. hadapan antara faktor kepesatan operasinya.
Operasi pelabuhan, komunikasi status halal,
2. Piawaian dan prosedur halal keperluan pemuatan, penyimpanan halal di
Antara cabaran yang dihadapi pihak pelabuhan pelabuhan, pengendalian ternakan, pemeriksaan
dan logistik dalam menguruskan logistik halal kargo, dan kebersihan adalah penting terhadap
adalah berkaitan dengan pengurusan berkenaan industri halal masa hadapan.
pensijilan halal yang tidak konsisten, kos yang Aspek “tiada keraguan tentang integriti ran-
tinggi, dan permintaan rendah untuk proses halal. taian barangan halal” perlu dititikberatkan dalam
Kakitangan syariah yang tidak mencukupi dan rantaian bekalan halal. Perlu ada pengkhususan
kekurangan proses pematuhan halal secara yang jelas terhadap pengendalian antara
universal juga adalah cabaran kepada mereka. barangan halal dengan bukan halal.
Prosedur dan standard halal dinilai secara
berbeza di setiap negara. Perspektif juga sangat
berbeza antara negara.
Contohnya, jika dibandingkan antara umat
Islam di Malaysia dengan umat Islam di Barat,
didapati mereka di Barat lebih terbuka atau
bertolak ansur dari segi keintegritian halal.
Penguatkuasaan, kerjasama, dan penglibatan
langsung daripada pihak Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan/Majlis
Agama Islam Negeri amat diperlukan bagi me-
mastikan isu halal dapat merangsang perkhid-
matan logistik dan rantaian bekalan yang cekap.
Antara penglibatan proaktif yang diperlukan
oleh pihak terbabit termasuklah prosedur pen- Kerjasama pelbagai pihak khususnya JAKIM amat
diperlukan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan
sijilan kontena halal dan proses sertu. logistik halal di pelabuhan.

RISALAH MIMA Bil. 20 3


Potensi Pelabuhan Halal
Malaysia perlu menonjolkan usaha, inisiatif, dan kan konsep itu berkembang positif di pelabuhan
tindakan yang telah dilaksanakan, sedang Malaysia dengan menjalankan, menyusun, dan
dilaksanakan, dan akan dilaksanakan dalam mengasingkan barangan halal daripada yang
rantaian bekalan halal. bukan halal.
Tindakan tersebut perlu dijenamakan secara Pendekatan ideal untuk mengguna pakai sis-
tersusun dan sistematik bagi menunjukkan tem pelabuhan halal adalah bermula dengan satu
kesungguhan Malaysia terhadap industri halal pelabuhan kontena. Pemegang kepentingan
dan perkembangannya. utama dan pemain industri perlu bekerjasama
Ini kerana seawal tahun 2000, Malaysia telah bagi membina sistem pelabuhan halal.
memperkenalkan “hab halal global” bagi Ekosistem halal perlu direka bentuk dengan
menggalakkan pengeluar dan pengilang halal baik bagi menarik pelaburan asing di Malaysia
mengeksport barangan. khususnya penyediaan mapan kemudahan
Inisiatif tersebut memberikan manfaat kepada infrastruktur dan hab halal.
negara dengan memacu pembungkusan semula Dalam masa yang sama, perkembangan logis-
halal dan eksport ke negara lain. Tambahan pula tik halal di Malaysia melalui perantaraan lain
penguatkuasaan rantaian bekalan halal akan seperti udara dan darat turut perlu dipantau dan
membawa nilai tambah kepada pelabuhan sekali dibuat penyelidikan dari semasa ke semasa.
gus kepada ekonomi negara. Hal ini kerana negara-negara jiran Malaysia
Maka pelaksanaan sistem rantaian bekalan sudah menghidu potensi besar industri halal
halal perlu diaktifkan dengan giat bagi memasti- kepada sektor ekonomi.
Sebagai negara Islam yang menerapkan
konsep kesederhanaan dalam segala aspek
kehidupan termasuklah muamalat, peluang dan
ruang menerajui logistik halal di rantau ini perlu
dijuarai Malaysia.
Usaha ini berjaya dilestarikan sekiranya kita
bersama-sama melakukan nilai tambah kepada
perkhidmatan yang sedia ada.

Rencana ini diolah berdasarkan teks yang


tersiar di akhbar BH, 21 April 2022,
halaman 12 berjudul “Ekosistem logistik
halal di pelabuhan bantu tarik pelabur” oleh
penulis sama.

4 RISALAH MIMA Bil. 20


WARGA BAHARU MIMA

BERUSAHA
DEMI MENGGAPAI
KEBAHAGIAAN HIDUP
— Egbert Adolf Naintin
Isteri, Dr. Elena Woo dan anak-
anak (Daniel, Elisha, dan Joelle)
merupakan inspirasi Egbert untuk
terus tekal dalam kehidupan ini.

D ilahirkan di Penampang, Sabah


pada tahun 1979, Egbert
Adolf Naintin telah berhijrah ke Se-
menanjung Malaysia pada tahun
1997 selepas menamatkan pendidi-
kan dalam Sijil Pelajaran Malaysia di
SMK St. Michael Penampang.
Beliau mengambil keputusan
untuk melanjutkan pengajian di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Kuala Lumpur, dalam bidang Diplo-
ma Kejuruteraan Mekanikal (Tekno-
logi Marin).
Dengan berbekalkan duit poket
sebanyak RM1,000.00 sahaja, beliau
memulakan kehidupan sebagai seo-
rang pelajar di Kota Metropolitan.
Berasal dari keluarga yang miskin
memaksanya melaksanakan kerja
sampingan bagi menampung kos
kehidupan. Pada masa yang sama,
beliau perlu memastikan pengajian-
nya tidak terabai sama sekali.
Berkat doa dan pertolongan
saudara-mara, beliau telah ditawar-
kan Biasiswa Yayasan Sabah pada
tahun kedua pengajiannya.
Dengan bantuan kewangan ini,
Egbert berjaya menamatkan penga-
jian dalam tempoh yang ditetapkan

RISALAH MIMA Bil. 20 5


Pemandangan di Southampton, United Kingdom pada tahun 2019.

dengan keputusan yang cemer- Masa hadapannya nampak tusi maritim.


lang pada tahun 2000. mula bersinar lebih cerah sele- Beliau turut pernah terlibat
Menyedari betapa pentingnya pas diterima bertugas sebagai dalam penubuhan pelabuhan,
pendidikan dalam meningkatkan Jurutera Laut Gred A41 di Jaba- penggubalan undang-undang
taraf hidup diri dan keluarga, tan Laut Malaysia (JLM) pada laut, perkapalan antarabangsa,
beliau membuat keputusan untuk Jun 2006. kebajikan pelaut, kawalan aktiviti
melanjutkan pengajian Sarjana Skim perkhidmatan tersebut kapal dalam pelabuhan, pen-
Muda Kejuruteraan Mekanikal ditukar menjadi Pegawai Laut strukturan semula organisasi
(Teknologi Marin) di UTM, A41 pada tahun berikutnya sele- JLM, dan mereka bentuk dalam
Skudai dan berjaya menamatkan pas pelaksanaan pelarasan skim penghasilan kipas kapal.
pengajiannya pada tahun 2004. perkhidmatan pengangkutan. Di JLM, Egbert pernah me-
Egbert kemudiannya mem- Egbert juga pernah berkhid- ngendalikan beberapa projek
peroleh Sarjana Sains Pengajian mat sebagai jurutera reka bentuk pembangunan sistem antaranya
Maritim dari Universiti Malaysia (kipas marin) di syarikat pembua- Sistem Dokumen Pelaut (SDPx),
Terengganu pada tahun 2014 tan kipas kapal di Southampton, Sistem Pendaftaran Shipper
dengan tesis yang berjudul United Kingdom (UK) pada tahun (SRS), dan juga Sistem Janji
“Modelling the Relationship 2017 sehingga tahun 2019. Temu Pelawat (meetmemmd).
Between Maritime Education Beliau kemudiannya kembali Bermula 1 April 2022, Egbert
and Employer Trust”. ke Malaysia pada penghujung berkhidmat di Institut Maritim
Sebelumnya, beliau memula- tahun 2019 bagi meneruskan Malaysia sebagai Penyelidik
kan kerjaya dalam bidang kejuru- tugasan di JLM. Kanan dan pemangku Ketua
teraan dan bertugas sebagai Sepanjang kerjaya, Egbert Pusat Kajian Undang-undang
jurutera muda pengeluaran di berpengalaman melaksanakan Laut dan Dasar Samudera seca-
syarikat pembuatan paip gentian kawalan bendera negara, peme- ra pinjaman selama dua tahun.
kaca di Senai, Johor pada tahun riksaan kapal, kelulusan dan pe- Di sini, Egbert berhasrat untuk
2004, iaitu sejurus tamat penga- ngeluaran perakuan dan pensi- mendalami penyelidikan berke-
jian sarjana muda. jilan pelaut, dan akreditasi insti- naan pengurusan maritim, tekno-

6 RISALAH MIMA Bil. 20


Reka bentuk kipas marin dengan menggunakan perisian terkini.

logi maritim, pembangunan pelabuhan, dan kawalan


aktiviti kapal dalam pelabuhan. Beliau amat berharap
hasil penyelidikan tersebut akan menyumbang kepada
pembangunan maritim kebangsaan.

PENGALAMAN TIDAK DILUPAKAN Reverse Engineering dengan menggunakan Portable 3D


Hand Scanner.
Pengalaman yang paling tidak dapat beliau lupakan
semasa terpaksa mengikat perut dan hanya memakan
nasi dengan kuah selama beberapa hari semasa tahun
pertama pengajian diploma.
Makan sekali sehari, dengan belanja sebanyak
RM0.50 sahaja bagi menjimatkan wang.
Sewaktu kecil sekitar tahun 80-an, Egbert pernah PENGISIAN MASA LAPANG
masuk ke hutan bersama-sama keluarga untuk mencari
Egbert gemar melakukan aktiviti ber-
hasil sebagai bekalan makanan bagi beberapa minggu.
sama-sama isteri, Dr. Elena Woo, Pega-
wai Penyelidik di Agensi Angkasa
NASIHAT KEPADA REMAJA Malaysia (MYSA) dan tiga orang anak;
Hidup ini memang penuh dengan cabaran. Sekiranya Daniel, Elisha, serta Joelle.
kita berputus asa, bermakna kita kalah dalam kehidupan Kini hobinya membuat addictive
kerana kita membiarkan cabaran atau kesusahan manufacturing atau pembuatan tam-
menguasai kita. bahan. Beliau akan membangunkan
Berusahalah dan percaya bahawa semuanya akan model tiga dimensi (3D) dan seterusnya
menjadi indah pada waktunya, dengan berbekalkan mencetak model tersebut dengan
kekuatan diri dan iman kita. menggunakan pencetak khas 3D.
Tiada yang lebih bahagia sekiranya kita memakan Beliau juga merupakan penulis blog di
makanan dan meminum minuman hasil daripada titik http://certificateofcompetencymalaysia.blo
usaha kita sendiri. gspot.com dan YouTuber (Saluran: EAN)
Tanamkan niat dan iltizam dalam diri untuk menggapai serta bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti
pendidikan yang tinggi. Pendidikan merupakan antara anjuran gereja melalui Keuskupan Agung
jalan utama untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Kuala Lumpur.

RISALAH MIMA Bil. 20 7


WARGA BAHARU MIMA

M eneliti inti pati matlamat ke-14 Saya merupakan anak kelahiran

lidikan
dalam Matlamat Pembangu- Melaka, kini menetap di Banda

Penye nan Lestari (SDG) yang menerang-


kan mengenai hidupan di lautan
semasa saya menuntut Universiti
Raya Kuala Lumpur. Saya dilahir-
kan pada 11 November 1993 dan
kini berusia 29 tahun.
Malaya merupakan titik permulaan Saya mendapat pendidikan

Sebahagian saya mempelajari selok-belok


berkenaan hidupan laut.
awal, iaitu sekolah rendah, sekolah
menengah sehingga ke peringkat
Darah Barulah saya dan mengetahui
wujudnya institusi penyelidikan dan
pengajian matrikulasi di Bandar
Raya Melaka Bersejarah.
Daging penyediaan dasar maritim di
Malaysia, iaitu Institut Maritim
Saya merupakan graduan
ijazah sarjana muda daripada
Saya Malaysia (MIMA).
Pada 1 April 2022, saya ber-
Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) dalam jurusan Sains
— Fatin Anis Azzahra Kamarudin bangga dan berasa sangat bertuah Nuklear bermula tahun 2012
menggalas tanggungjawab sebagai hingga 2015.
penyelidik di Pusat Kajian Selat Bidang Sains Nuklear ini lebih
Melaka (SOM), MIMA. Ini merupa- menekankan kepada penggunaan
kan peluang yang besar untuk atau aplikasi teknologi nuklear
saya mempraktikkan segala ilmu dalam pelbagai sektor seperti
yang telah saya pelajari. perubatan dan pertanian.
Selepas tamat pengajian di
UKM, bidang tersebut banyak
mengubah persepsi saya dan
orang di sekeliling saya yang
dahulunya amat memandang
negatif kepada tenaga nuklear.
Sebelumnya, nuklear difahami
hanya digunakan bagi tujuan
peperangan semata-mata.
Sebaliknya, teknologi nuklear
sebenarnya banyak mendatangkan
kebaikan sekiranya kita menge-
tahui had dan cara pengendalian-
nya dengan betul.
Selepas UKM, saya menyam-
bung pendidikan di peringkat
Sarjana di Universiti Malaya dalam
jurusan Sains, Teknologi, dan
Kelestarian pada tahun 2016
hingga 2017.
Saya memulakan kerjaya saya
sebagai pembantu penyelidik di
Institusi Keselamatan dan Kesiha-
tan Pekerjaan (NIOSH) di Bangi
pada tahun 2018.
Kami menjalankan penyelidikan
berkenaan “NIOSH Classification
Semasa memperoleh Ijazah Sarjana Sains, Teknologi, dan Kelestarian di Universiti Malaya
pada tahun 2017. System for Dust Mask in Malaysia”

8 RISALAH MIMA Bil. 20


bagi mengetahui corak pasaran pelitup habuk
muka di Malaysia.
Hasil kajian menunjukkan bahawa orang
awam, khususnya pekerja menggunakan pelitup
habuk muka yang tidak berkualiti yang berisiko
membahayakan kesihatan mereka sendiri.
Selain itu, penyelidikan kami mendapati
bahawa orang awam masih kurang pengetahuan
dan pendedahan berkenaan fungsi dan keadaan
yang sesuai untuk memakai pelitup muka.
Setelah tamat tempoh perkhidmatan di
NIOSH, saya memperoleh peluang pekerjaan di
Akademi Sains Malaysia (ASM).
Di ASM, saya bekerja secara berkumpulan
bagi membangunkan beberapa polisi dan hala
tuju di bawah Kementerian Sains, Teknologi &
Inovasi (MOSTI).
Saya juga banyak mempelajari cara untuk
memperoleh dan menganalisis data bagi
menyokong setiap keterangan yang diberikan. Semasa menjalankan penyelidikan Kualiti Udara Dalaman di NIOSH
pada tahun 2019.
Selain itu, saya juga mempelajari kaedah
mengendalikan sesi libat urus yang melibatkan
beberapa pihak berkepentingan termasuk
kementerian, badan berkanun, institusi, industri,
dan pihak universiti.
Tambahan lagi, saya juga dapat membangun-
kan soft skill dan lebih berkeyakinan apabila
berhadapan dengan orang ramai.

Pengalaman berharga kerana berpeluang mengendalikan sampel di


Makmal NIOSH pada tahun 2019.

Bersama-sama keluarga selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Saya turut terlibat dalam beberapa mesyuarat penting di Kemente-
Malaya pada tahun 2017. rian Sumber Manusia pada tahun 2019.

RISALAH MIMA Bil. 20 9


Semasa majlis perkahwinan saya di Melaka pada tahun 2021. Keluarga menguatkan azam saya untuk terus berjaya dalam
kehidupan ini.

GETIR MENCARI PEKERJAAN


Pengalaman saya mencari pekerjaan dalam tempoh pandemik COVID-19 melanda seluruh
dunia benar-benar mencabar. Sungguhpun ada tawaran, sukar untuk memperoleh peluang
pekerjaan yang berstatuskan tetap.
Namun ia tidak bermakna saya perlu berhenti daripada terus berusaha. Apa yang boleh
saya kongsikan ... usah sesekali kita berputus asa untuk menggapai impian itu.
Saya berdoa semoga MIMA menjadi wadah terbaik untuk saya memperkukuh kerjaya saya
sebagai penyelidik. Saya bertuah dapat bekerja bersama-sama dengan warga kerja MIMA
yang sangat berpengalaman dan berdedikasi dalam institusi penyelidikan dasar ini. Saya
berharap dapat menimba ilmu sebanyak mungkin di MIMA.

10 RISALAH MIMA Bil. 20


WARGA BAHARU MIMA

SAYA MAHU LAKUKAN YANG


TERBAIK DALAM HIDUP INI — Muhammad Aslam Adenan

M emulakan perkhidmatan sebagai Penyelidik


di Pusat Kajian Selat Melaka (SOM), Institut
Maritim Malaysia (MIMA) merupakan pengala-
maritim di Malaysia.
Saya dilahirkan pada 25 Ogos 1995 di Hospital
Mentakab, Pahang dan merupakan anak bongsu
man saya yang baharu untuk maju ke hadapan daripada tiga orang adik-beradik.
dan terus menyumbang khidmat kepada sektor Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kerajaan Malaysia. Kebangsaan Temin di Jerantut, Pahang pada
Ini merupakan peluang terbaik untuk saya tahun 2007.
melibatkan diri dan menyumbang kepakaran Selepas tamat pendidikan menengah tinggi di
secara langsung dalam bidang penyelidikan Sekolah Menengah Agama Al-Ihsan, Kuantan,

RISALAH MIMA Bil. 20 11


saya berpeluang untuk menyambung pendidikan
peringkat prauniversiti dalam Sijil Tinggi Agama
Malaysia di Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan
Abu Bakar, Pekan.
Pada tahun 2014 sehingga 2018, saya dita-
warkan untuk melanjutkan pendidikan tinggi di
Universiti Utara Malaysia (UUM). Saya berjaya
memperoleh kelulusan dalam jurusan Ijazah
Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antara-
bangsa (Diplomasi dan Undang-Undang Antara-
bangsa) dengan Kepujian.
Selain pendidikan, saya juga terlibat secara
aktif dalam bidang sukan dan kokurikulum sejak
zaman persekolahan lagi. Saya menerima pelba- Bersama-sama ibu dan bapa saya semasa Istiadat Konvokesyen UUM pada
tahun 2018.
gai anugerah kepimpinan antaranya menerima
Pingat Perak dan Gangsa bagi program Anuge- Office of Vice President for Industrial Relations
rah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di and Research Development, University College
bawah The Duke of Edinburgh’s Awards, Presi- of Yayasan Pahang.
den Kelab Seni Lukis UUM dan Sekretariat Banyak pendedahan dan pengalaman dalam
kepada Biro Latihan dan Akademik Inapan Siswa bidang pentadbiran sektor akademik dapat saya
(INASIS) MISC UUM. pelajari sepanjang tempoh enam bulan berada di
Saya pernah mewakili sekolah dalam bola institusi tersebut.
sepak dan futsal sehingga di peringkat daerah Selepas menamatkan pendidikan di UUM,
dan negeri. Saya juga pernah mewakili fakulti dan saya mula berkhidmat sebagai Pekerja Sambilan
kolej kediaman di UUM dan berjaya merangkul Harian di Seksyen Ekonomi dan Perkhidmatan,
beberapa pingat emas dalam Kejohanan Piala Jabatan Perangkaan Negeri Pahang.
Bola Sepak Timbalan Naib Canselor UUM dan Saya dilantik sebagai Pembantu Perangkaan
Liga Futsal UUM pada tahun 2015. merangkap Penyelia Projek bagi mengetuai
Bagi melengkapkan pendidikan ijazah sarjana pasukan banci “Wholesales & Retail Census
muda, saya telah menjalani latihan industri di (WRC) 2019”.
Saya ditugaskan untuk
memantau setiap prosedur
dan pergerakan ahli pasukan
dalam menjayakan proses
pengumpulan data bancian.
Pada tahun 2020, impian
saya untuk mengorak lang-
kah ke hadapan semakin
menjadi kenyataan.
Saya terpilih sebagai salah
seorang daripada 82 graduan
dan mahasiswa terbaik untuk
menyertai program Felo
Perdana 2020, iaitu program
kepimpinan berprestij tinggi
yang dianjurkan sejak tahun
2013 oleh Kementerian Belia
dan Sukan.
Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet bersama-sama peserta Felo Perdana 2020. Program ini bertujuan

12 RISALAH MIMA Bil. 20


Saya turut bertanggungjawab memantau
setiap butiran teks dan inti pati perbahasan
berdasarkan Penyata Rasmi (Hansard) setiap
Ahli Parlimen dan Ahli Senator di Dewan Rakyat
serta Dewan Negara ketika Sidang Mesyuarat
Parlimen berlangsung.
Ia bagi mengenal pasti sebarang isu atau
soalan berbangkit yang berkaitan dengan
kementerian, agensi, dan syarikat berkaitan
kerajaan di bawah bidang tugas YB Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Semua pengalaman sebelum ini membuatkan
saya sangat berbesar hati untuk berkhidmat
sebagai penyelidik di MIMA bermula pada 4 April
Saya bersama-sama mentor Felo Perdana 2020, YB Dato' Sri Mustapa 2022. Kerjaya di MIMA merupakan sebahagian
Mohamed.
daripada proses pembelajaran kehidupan buat
untuk memberikan pendedahan kepada golongan
saya terutamanya dalam bidang maritim.
belia berpotensi tinggi untuk menjadi pemimpin
Saya meyakini MIMA mempunyai potensi
negara pada masa hadapan.
besar dalam memajukan dan mengembangkan
Secara amnya, program ini berkonsepkan
sektor maritim secara holistik di Malaysia.
sistem “mentoring” dengan Perdana Menteri dan
Di samping itu, MIMA turut berperanan
menteri-menteri kabinet. Peserta akan memper-
penting dalam melahirkan tenaga penyelidik yang
oleh pengalaman berkenaan proses penggubalan
berkepakaran tinggi dalam bidang maritim.
dasar-dasar awam dan fungsi serta susur galur
Secara tidak langsung ia menyumbang kepa-
struktur pentadbiran eksekutif tertinggi negara.
da penghasilan kertas-kertas penyelidikan yang
Semasa Majlis Penyerahan Felo Perdana
berkualiti sebagai rujukan utama di peringkat
berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, nama
domestik mahupun antarabangsa pada masa
saya diumumkan untuk ditempatkan bersama-
akan datang.
sama seorang lagi peserta di bawah seliaan YB
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) di Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Sepanjang tempoh program itu, saya dide-
dahkan dengan pelbagai perkara dan isu penting
yang melibatkan dasar-dasar kementerian, serta
kepentingan kewujudan sistem politik yang kukuh
bagi menjamin kerajaan yang stabil.
Setelah tamat tempoh enam bulan, saya dita-
warkan untuk terus berkhidmat sebagai Pegawai
Tadbir di situ. Tugasan utama saya sepanjang
perkhidmatan itu adalah berperanan untuk mem-
bantu Pegawai Tugas-tugas Khas (Parlimen).
Antaranya melaksanakan penyelidikan dari
segi penyediaan maklumat, pengumpulan data,
dan penganalisisan isu-isu berkaitan sektor eko-
nomi seperti Unjuran Ekonomi Negara oleh Bank
Dunia, Indikator Statistik Ekonomi oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia, Pakej Stimulus Ekonomi di
bawah Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus
Berpeluang bertugas di Sesi Parlimen 2020 merupakan pengalaman
Ekonomi Antara Agensi Nasional, dan sebagainya. keemasan dalam kehidupan saya.

RISALAH MIMA Bil. 20 13


AKTIVITI

PENGALAMAN PENYERTAAN DALAM SEMINAR “CAJ PELABUHAN


DAN TARIF UNTUK TERMINAL MINYAK DAN GAS”

Penulis (kiri atas)


bersama-sama
peserta lain semasa
berlangsungnya
seminar secara
dalam talian.

Oleh Muhamad Dom bin Din


Pembantu Penyelidik Pusat Kajian Selat Melaka (SOM)*

D alam memacu kelestarian industri pelabuhan


di Malaysia mendepani arus globalisasi dan
persaingan dunia, pelbagai inisiatif telah dilaksa-
Ia bergantung pada jenis operasi terminal dan
kemudahan penyimpanan, struktur dan kompo-
nen kos terminal, persaingan pelabuhan, keanja-
nakan oleh Kerajaan Malaysia yang memfokus- lan permintaan pelabuhan, dan juga perkhidma-
kan kepada perkembangan sektor pelabuhan, tan pelabuhan.
antaranya penetapan harga caj pelabuhan. Semua aspek tersebut menjelaskan kaedah
Caj pelabuhan merupakan yuran yang perlu dan cara penentuan harga caj pelabuhan yang
dibayar oleh operator perkapalan dan pelanggan bersesuaian. Semua ini penting bagi memastikan
kepada pihak berkuasa pelabuhan. Ia bagi meng- harga caj pelabuhan Malaysia berdaya saing
gunakan kemudahan dan perkhidmatan yang seterusnya dapat memastikan pertumbuhan
disediakan di pelabuhan. ekonomi untuk jangka masa panjang.
Yuran yang biasa dikenakan adalah yuran Daya saing perkapalan dipengaruhi peruba-
kapal, yuran barangan, dan yuran penumpang. han caj pelabuhan yang banyak mempengaruhi
Namun ada juga pelabuhan yang mempunyai caj penyediaan kecekapan pelabuhan.
pelabuhan berbeza. Sebagai agensi pemikir atau “think-tank” di
Ada tiga item kos yang perlu diambil kira di bawah Kementerian Pengangkutan, Institut
pelabuhan, iaitu pengendalian kargo, tempoh Maritim Malaysia (MIMA) diundang menyertai
masa di pelabuhan, dan bayaran caj pelabuhan. seminar “Port Pricing and Tariff Charging for
Dari perspektif teori, kaedah penetapan harga Oil & Gas Terminals” yang dikendalikan oleh
nampak mudah. Manakala semua tarif yang dike- PetroEdge pada 24 hingga 27 Januari 2022.
nakan dalam pelabuhan adalah berdasarkan Matlamat kursus atau latihan tersebut bagi
pada kos marginal jangka pendek. berkongsi pengetahuan yang komprehensif
Namun kos yang paling tinggi adalah kos pe- dengan peserta dari seluruh dunia berkenaan
ngendalian barangan. Biasanya bayaran ini lebih kaedah penetapan harga dan aplikasi di terminal
tinggi daripada caj pelabuhan. minyak dan gas.
Penetapan harga pelabuhan dan caj tarif Kursus ini melibatkan penyertaan wakil dari
adalah perkara yang rumit. Beberapa aspek sektor pelabuhan. Antaranya operator minyak
berkaitan permintaan dan pelaburan pelabuhan, dan gas, operator terminal dan tangki, peniaga
perancangan dan kapasiti, persaingan dan dan pelabur, pihak berkuasa pelabuhan dan
strategi, dasar dan peraturan perlu diteliti serta agensi kerajaan, pembekal dan ejen bunker.
diambil kira. Wakil dari syarikat perkapalan dan pengendali
Manakala bagi terminal minyak dan gas, pengangkutan, ejen perkapalan, penghantar
kaedah dan aplikasi penetapan harga pelabuhan barang, logistik, dan pengguna pelabuhan turut
mungkin berlainan. terlibat dalam kursus ini.

14 RISALAH MIMA Bil. 20 * Penulis telah menamatkan perkhidmatan di MIMA pada 1 April 2022.
Penganjur menyediakan aktiviti seperti kajian Secara empirikalnya, pengiraan ini penting
kes bagi membolehkan peserta mempelajari ilmu bagi memastikan harga pelabuhan yang kompe-
penetapan harga pelabuhan dan caj tarif sepan- titif dan menjadi salah satu faktor penarik syarikat
jang empat hari kursus tersebut dijalankan. perkapalan melabuh di pelabuhan negara.
Pada hari pertama, kursus bermula dengan Sebagai penyelidik MIMA, penulis memfokus-
penerangan mengenai pengenalan dan objektif kan kepada ekonomi dan industri maritim. Maklu-
kepada harga pelabuhan. Kemudian perbinca- mat sepanjang kursus ini amat berfaedah dan
ngan dan latihan berkumpulan dijalankan berke- berkait rapat dengan bidang kerjaya penulis.
naan pelbagai kos pelabuhan dan elemen kos. Ia sekali gus membantu penulis dalam penye-
Dalam operasi pelabuhan, terdapat kos lidikan seperti penentuan harga bunker, penen-
langsung dan tidak langsung, kos tetap dan tuan caj pelabuhan dan sebagainya.
berubah, modal berbanding kos operasi, purata Penulis turut memperoleh ilmu pengetahuan
berbanding kos marginal, dan elemen kos. berkenaan faktor dan cara pengiraan caj tarif
Pada hari berikutnya, peserta dikehendaki pelabuhan dikenakan, metodologi, dan aplikasi
membuat perbincangan berkumpulan dalam harga pelabuhan serta tarif yang berbeza di
memahami pelbagai konsep dan aplikasi. kemudahan minyak dan gas.
Antaranya seperti penetapan harga berasas- Penulis juga mengenal pasti dan mengetahui
kan kos, penentuan harga pelabuhan strategik, kaedah yang diperlukan dalam mereka bentuk,
penetapan harga pelabuhan berasaskan pasaran, melaksanakan, mengurus, dan memantau harga
aplikasi jadual harga pelabuhan bersama kontrak, pelabuhan, serta mencipta sistem harga yang
dan juga struktur aturan pengecajan pelabuhan. lebih berkesan dan dinamik.
Di samping itu, peserta kursus juga Ia amat bersesuaian dan responsif terhadap
diterangkan serta diajar cara pengiraan caj tarif keadaan pasaran yang berubah pantas seterus-
dan harga pelabuhan dengan menggunakan nya dapat merangka polisi dan menasihati pihak
formula tertentu. berkepentingan dengan lebih jelas.

RISALAH MIMA Bil. 20 15


AKTIVITI

SESI PENYELIDIK MIMA BERSAMA


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Sesi ini diadakan pada 14 April 2022 di Bilik
Seminar, Institut Maritim Malaysia (MIMA) yang
melibatkan penyertaan semua penyelidik MIMA.
Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia
diwakili Kapten Mohamad Halim Ahmed,
Setiausaha Bahagian Maritim.

Dalam taklimatnya, beliau menekankan betapa


perlunya penyelidik MIMA menjalankan kajian
yang lebih luas dalam bidang maritim. Banyak
subjek yang boleh diterokai demi manfaat
industri maritim negara dan seantero dunia.

16 RISALAH MIMA Bil. 20


AKTIVITI

CADANGAN MIMA KEPADA LEMBAGA


PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA
Oleh Mazlinawati Abdul Majid
Penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan Industri Maritim (MEI)

I Institut Maritim Malaysia (MIMA) telah meng-


adakan pembentangan kertas cadangan kepa-
da Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia
(MTIB) pada 21 April 2022.
MIMA diketuai Datuk Dr. Sabirin Ja’afar
(Ketua Pengarah) bersama-sama Cheryl Rita
Kaur (Felow Pusat Kajian Selat Melaka), Huda
Mahmoud (Ketua Pusat Ekonomi dan Industri
Maritim), dan penulis telah membentangkan
dua kertas cadangan.
Cadangan pertama dibentangkan dan
dijelaskan oleh Huda Mahmoud berkenaan
“Innovation in Transportation and Shipping of
Timber at Malaysian Seaports”.
Manakala Cheryl Rita menyusul dengan
pembentangan cadangan “Establishment of a
Coastal Sustainability Research Chair”.
Cadangan ini antara lain bagi menerokai
peluang kerjasama antara MIMA dan MTIB.
Usaha sama ini masih lagi pada peringkat

Huda Mahmoud (berbaju biru) dan Cheryl Rita semasa sesi pembentangan.

Pembentangan ini turut meraih perhatian positif


oleh Tuan Mahpar Atan (Ketua Pengarah MTIB),
Tuan Haji Kamaruzaman Othman (Timbalan Ketua
Pengarah [Pengurusan dan Operasi] MTIB), Puan
Roslina Idris (Timbalan Ketua Pengarah [Pemba-
ngunan & Komersial] MTIB), dan Timbalan Penga-
rah serta pegawai-pegawai MTIB yang lain.
MTIB dan MIMA dalam rangka kerjasama strategik demi
pembangunan industri perkayuan dan maritim. Pembentangan ini turut disambut baik oleh Datuk
Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi MTIB yang
perbincangan. Ia akan menjadi permulaan sentiasa memberikan sokongan terhadap
kolaborasi penyelidikan baharu antara bidang perkembangan industri perkayuan di Malaysia.
maritim dan perindustrian kayu sekiranya ber- MIMA amat berbesar hati atas jemputan untuk
jaya dimeterai bersama. pembentangan dan perbincangan ini.

RISALAH MIMA Bil. 20 17


AKTIVITI

MAJLIS BERBUKA PUASA MIMA 2022


BERSAMA KSU KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Oleh Nawal Zamrose
Pegawai Kanan Unit Komunikasi Korporat

M ajlis Berbuka Puasa MIMA


diadakan pada 21 April 2022
bersamaan 19 Ramadan 1443H di
Sementara menunggu waktu
berbuka puasa, majlis diisikan
dengan ucapan alu-aluan oleh
yaan MIMA.
Dalam ucapan Datuk Isham
pula, beliau menekankan supaya
Latest Recipe, Le Meridien Kuala Dato’ Mohamed Suffian. MIMA kekal mencipta nama de-
Lumpur diserikan dengan kehadi- Beliau merakamkan penghar- ngan kajian-kajian yang berkualiti.
ran Datuk Isham bin Ishak, Ketua gaan kepada seluruh kakitangan Kajian itu bukan hanya tertumpu
Setiausaha Kementerian Pengang- MIMA yang banyak bekerjasama dalam bidang Maritim, bahkan
kutan Malaysia. menyumbang kepada setiap keja- MIMA perlu meneroka sisi lain
supaya boleh memberikan impak
yang maksimum kepada negara.
Sebelum bersurai, semua yang
hadir pada majlis itu bergambar
kenangan sebagai tanda ingatan.
Semoga majlis seumpama ini
dapat diteruskan pada tahun-tahun
akan datang.

"MAJLIS SEUMPAMA INI


BERUPAYA MEMUPUK
SIFAT SALING
MEMAHAMI DAN AKAN
MEMBERIKAN IMPAK
POSITIF KEPADA
PENGURUSAN
Datuk Isham bin Ishak (duduk tengah), Dato’ Mohamed bin Suffian (duduk kiri), bersama-sama Ahli
Lembaga Pengarah, felow kehormat dan kakitangan MIMA. ORGANISASI YANG
LEBIH MAJU."
Turut hadir Dato’ Mohamed bin
Suffian (Pengerusi MIMA), bebe-
rapa Ahli Lembaga Pengarah
MIMA, dan felow kehormat MIMA.
Kehadiran tetamu-tetamu isti-
mewa ini memberikan makna yang
besar kepada seluruh kakitangan
MIMA yang hadir bersama-sama
keluarga masing-masing pada
majlis itu.
Majlis berbuka puasa ini adalah
acara tahunan yang diadakan pada
setiap kalinya bulan Ramadan.
Objektif utama majlis ini diada-
kan bagi berkongsi rezeki dengan
dengan semua kakitangan MIMA
berserta ahli keluarga di samping
Ucapan oleh Datuk Isham bin Ishak (kiri) dan ucapan alu-aluan oleh Dato’ Mohamed bin Suffian
mengeratkan tali silaturahim. (tengah), sambil disaksikan oleh Datuk Dr. Sabirin Ja'afar (Ketua Pengarah MIMA).

18 RISALAH MIMA Bil. 20


Kakitangan MIMA bersama-sama keluarga sebelum masuknya waktu berbuka puasa.

Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar, Felow


Kehormat MIMA (tengah) turut sama hadir.

Tuan Nazery Khalid, Felow Kehormat MIMA Datuk Dr. Sabirin Ja'afar (kanan) semasa menyambut ketibaan Datuk Isham bin Ishak.
(tengah) bersama-sama kakitangan MIMA.

RISALAH MIMA Bil. 20 19


Bahan Bacaan Baharu
di Pusat Sumber MIMA
Buku

Laporan, Jurnal & Majalah

Risalah MIMA diterbitkan setiap bulan sejak September www.mima.gov.my MIMA TV


20 2020 berkenaan hal ehwal Institut Maritim Malaysia dan
perkara-perkara berkaitan maritim. mima_malaysia Maritime Institute of Malaysia

You might also like