You are on page 1of 10

PROGRAM:

MGHNA1BAA

KOD SUBJEK:
MGHN2624
(ISLAMIC LAND LAW AND FINANCING)

NAMA:
MOHD NOORSYAFIZAL BIN CHE LAN @AHMAD

NO.MATRIK:
MGH141031

TAJUK:
KONSEP HALAL DALAM SISTEM KEWANGAN ISLAM
&
ISU DAN CABARAN KONSEP HALAL DALAM PEMBANGUNAN INDUSTRI
HARTANAH

Konsep Halal dalam Sistem kewangan


Konsep halal amat penting kepada umat Islam kerana ia memberi jaminan
keselamatan dari segi pematuhan Shariah terhadap produk dan servis yang
digunakan.Prinsip asas Islam adalah makanan atau produk digunakan dalam aktiviti
harian mestilah halal (dibenarkan ) dan toyyiban (sihat , selamat , berkhasiat dan
berkualiti ). Konsep halal ini telah disebut di dalam Al Quran dan hadis : Al Jathiyah :
13
Dan Ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu , segala yang ada
di langit dan yang ada di bumi , ( sebagai rahmat pemberian ) daripadaNya ..
Luqman : 20 Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan
untuk kegunaan

kamu apa yang ada

di langit dan yang ada di bumi dan telah

melimpahkan kepada kami nikmat nikmatNya yang zahir dan ang batin ?
Ibn Majah : 3367 Daripada Salman ( ra ) dia berkata : Baginda
Rasulullah s aw pernah ditanya mengenai hukum minyak sapi , keju dan keldai hutan ,
maka Baginda saw menjawabnya : Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah di
dalam kitab Nya dan haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitab
Nya , dan apa - apa perkara yang tidak sebut oleh Nya , maka itu adalah salah satu
daripada apa yang dimaafkan untuk kamu .
Dengan demikian, halal bukan sahaja merangkumi makanan dan minuman tetapi
merangkumi juga aktiviti - aktiviti lain seperti muamalat : membeli, menjual, pemajakan,
memberi hadiah atau hibah, dan aktiviti ekonomi yang lain termasuk perdagangan dan
perniagaan . Quran dan sunah juga telah

menetapkan garis panduan untuk aktiviti

- aktiviti perdagangan dan perniagaan bagi menjaga kemakmuran dalam berjual- beli
Dalam Perbankan Islam konsep halal merangkumi prinsip syariah dan juga
mempunyai tujuan yang sama dengan perbankan konvensional melainkan operasinya
adalah berlandaskan prinsip Syariah, yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat
(peraturan-peraturan Islam di dalam urus niaga). Prinsip dasar perbankan Islam ialah
perkongsian untung dan rugi dan larangan ke atas riba (faedah). Di antara konsepkonsep Islam yang selalu digunapakai di dalam perbankan Islam ialah perkongsian
2

untung (Mudharabah), simpanan (Wadiah), usaha sama (Musyarakah), kos tokok


(Murabahah) dan sewaan (Ijarah).
Konsep-Konsep Syariah di dalam Perbankan Islam
a. Wadiah (Simpanan)
Dalam konsep Wadiah, bank dianggap sebagai penjaga dan pemegang amanah
dana. Seseorang pendeposit akan mendepositkan dana ke dalam bank dan bank
akan menjamin pembayaran balik kesemua amaun deposit berkenaan, atau
sebahagian

daripada

amaun

belum

jelas

apabila

pendeposit

memintanya.

Pendeposit mungkin akan diberikan hibah (hadiah), atas budi bicara bank, sebagai
satu bentuk penghargaan kerana membenarkan penggunaan dana pendeposit oleh
bank.
b. Mudharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah ialah pengaturan atau perjanjian di antara pemberi modal dan
pengusaha projek di mana pengusaha projek boleh menggunakan dana bagi
menjalankan aktiviti perniagaan beliau. Sebarang keuntungan yang diperoleh akan
dibahagi di antara pemberi modal dan pengusaha projek tersebut mengikut nisbah
yang telah dipersetujui sementara kerugian akan ditanggung seluruhnya oleh
pemberi modal.
c. Musyarakah (Usaha Sama)
Konsep ini biasanya diguna pakai bagi perniagaan perkongsian atau perniagaan
usaha sama untuk sesuatu perusahaan perniagaan. Keuntungan yang diperoleh
akan dikongsi bersama berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui manakala
kerugian akan ditanggung berdasarkan nisbah sumbangan modal.

d. Murabahah (Kos Tokok)


Penjualan barangan adalah pada harga yang termasuk margin keuntungan yang
dipersetujui oleh kedua pihak. Harga belian dan jualan, kos-kos lain serta margin
keuntungan

hendaklah

dinyatakan

dengan

jelas

semasa

perjanjian

jualan

dilaksanakan.
e. Bai Bithaman Ajil (Pembayaran Jualan Tertangguh)
Penjualan barangan berasaskan pembayaran tertangguh pada harga tertentu, yang
termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui.
f. Wakalah (Agensi)
Peserta melantik seorang wakil untuk melaksanakan dan menjalankan transaksi bagi
pihak beliau.
g. Qardhul Hassan (Pinjaman Ihsan)
Pinjaman yang diberikan atas semangat ihsan dan peminjam hanya dikehendaki
membayar amaun yang dipinjam sahaja. Walau bagaimanapun, peminjam atas budi
bicaranya boleh membayar balik pinjaman melebihi jumlahnya (tanpa berjanji)
sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.
h. Ijarah Thumma Al Bai (Sewa Beli)
Konsep ini melibatkan dua kontrak yang berasingan. Kontrak pertama ialah kontrak
Ijarah (pemajakan/menyewa) akan ditandatangani terlebih dahulu sebelum kontrak
kedua iaitu kontrak Bai (belian) dimeterai. Sebagai contoh, di bawah kemudahan
pembiayaan kereta, pelanggan akan memasuki kontrak pertama dan memajak
kereta tersebut daripada pemilik (bank) pada kadar sewa yang telah dipersetujui
untuk suatu tempoh tertentu. Pada akhir tempoh pemajakan, kontrak kedua akan
dikuatkuasakan bagi membolehkan pelanggan membeli kenderaan tersebut pada
harga yang telah dipersetujui.
4

i. Bai al-Inah (Perjanjian Jual dan Beli Balik)


Pembiaya menjual aset kepada pelanggan secara bayaran tertangguh dan seterusny
aset berkenaan akan dibeli kembali oleh pembiaya secara tunai pada harga diskaun.
j. Hibah (Hadiah)
Saguhati yang diberi secara sukarela sebagai balasan kepada pinjaman yang diberi
atau manfaat yang diterima.
Konsep Halal dalam Industri hartanah.
Dalam pada masa yang sama pembiayaan yang mengikut prinsip syariah juga
boleh diadapatsikan dalam industri pembanganan hartanah di Malaysia.Salah satu
pendekatan yang berkesan adalah melalui pemerkasaaan aspek wakaf untuk
pembangunan hartanah. Pemerkasaan wakaf dalam urusan pembangunan hartanah
perlu digerakkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di negeri masing
masing.Kerjasama yang rapat dengan syarikat pemaju hartanah juga diperlukan bagi
merealisasikan perkara ini.Pemaju hartanah akan berkerjasama rapat dengan MAIN
dengan cara menggabungkan sumber-sumber mereka untuk membuka nilai tanah
wakaf. Ia menjana pendapatan melalui kerjasama pintar yang akan memantapkan
institusi wakaf untuk membantu memperbaiki tahap sosio-ekonomi umat Islam dan
memastikan amal jariah serta pahala pewakaf berpanjangan hingga ke akhirat.Pihakpihak yang menandatangani perjanjian akan menggunakan konsep Ijarah atau pajakan
dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di tanah wakaf ini dan melalui konsep
Ijarah, tanah untuk dibangunkan kekal menjadi hak milik MAIN dan hanya manfaatnya
dipindahkan.
Langkah untuk membangunkan harta tanah wakaf adalah sangat baik dan
perlulah mengikut keperluan perubahan masa dan keadaan. Jalinan usaha sama
pemaju hartanah dengan MAIN yang bertujuan untuk membangunkan harta tanah
wakaf secara lebih progresif dan komprehensif adalah positif di samping menjadikan
wakaf sebagai suatu instrumen dalam meningkatkan tahap sosio-ekonomi umat Islam
5

malah masayarat umum. Perkongsian sumber dan kerjasama ini juga akan
menyediakan platform untuk MAIN merancakkan pembangunan hartanah wakaf di
Malaysia.
Usaha pengembangan konsep ini dalam pembangunan hartanah bukan sahaja
bergantung kepada MAIN sahaja tetapi ia juga memerlukan kerjasama dan sokongan
Institusi Kewanagan .Institusi perbankan yang menyertai dan menawarkan pembiayaan
kewangan mengikut penstrukturan yang sama akan memudahkan pembangunan tanah
wakaf di negara ini. Dengan lebih banyak penyertaan institusi perbankan yang
berkepentingan dalam pembiayaan kewangan Islam, konsep ijarah atau pajakan dalam
penawaran kediaman tidak akan menjadi perkara asing lagi kepada prospek pemilik
rumah. Sebaran penerangan yang luas dan kebiasaan milikan rumah di atas tanah
wakaf seperti ini akan membantu perkembangan tanah wakaf.Perjanjian usaha sama
pembangunan hartanah wakaf di antara pemaju hartanah dan MAIN dijangka akan
menjadi model yang berkesan dan pemangkin dalam pembangunan hartanah dan
masa depan tanah wakaf di Malaysia meningkatkan ekonomi umat islam serta
membantu pembangunan insan di Negara kita.

Isu Pembangunan Wakaf


Meskipun wakaf mempunyai peranan yang besar dalam sejarah peradaban umat
Islam, fungsi wakaf kemudiannya telah melalui zaman kemerosotan (Ihsan & Ibrahim,
2011:252). Kajian oleh Ali mendapati bahawa terdapat banyak harta wakaf di negara
Islam di seluruh dunia. Sungguhpun begitu, harta tersebut tidak dimajukan dan
digembleng dengan sewajarnya dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan kepada
umat Islam (2002:21-22). Syed Othman al-Habsyi juga pernah menyuarakan
pandangan bahawa institusi wakaf sebagaimana institusi zakat dan baitulmal didapati
tidak berperanan sepenuhnya dalam membawa umat Islam ke arah pembangunan
yang sepatutnya (1986). Masyarakat Islam terdahulu telah memanfaatkan sepenuhnya
harta wakaf sedangkan umat Islam pada hari ini dilihat mengabaikan aspek tersebut
kerana tidak mengekploitasi aset wakaf yang ada bahkan mereka juga tidak begitu
cenderung untuk berwakaf (Syed Othman Al-Habsyi, 1987). Sungguhpun Malaysia
6

merupakan antara negara Islam yang mempunyai persekitaran kewangan Islam yang
dinamik bertaraf antarabangsa (Bank Negara Malaysia, 2010), pembangunan harta
wakaf yang menggunakan instrumen kewangan kontemporari berada pada tahap yang
kurang memberangsangkan. Keadaan ini jelas menggambarkan bahawa pembangunan
wakaf tidak berkembang sepantas pertumbuhan sistem kewangan Islam .
Terdapat beberapa isu dan masalah utama yang telah dikenal pasti sebagai
punca yang membantutkan usaha pembangunan wakaf yang telahdidokumentasikan
oleh ramai pengkaji semenjak awal tahun 1990-an sehingga hari ini. Isu dan masalah
tersebut sebenarnya terus menghantui pentadbiran dan pengurusan institusi wakaf
sehingga ada yang beranggapan bahawa masalah tersebut seolah-oleh telah menjadi
lumrah bagi semua MAIN di seluruh Malaysia. Meskipun pelbagai usaha giat
dilaksanakan bagi memajukan harta wakaf, perkembangan pembangunan wakaf di
Malaysia masih boleh dianggap sebagai kurang memberangsangkan berbanding
dengan negara yang lain, seperti Singapura dan Kuwait.
Antara masalah yang kerapkali diutarakan meliputi ketidakcukupan dana,
kekangan daripada sudut perundangan, ketidakcekapan dan kelemahan pengurusan
serta

pentadbiran,

lokasi

yang

tidak

strategik

dan

saiz

tanah

yang

tidak

ekonomik,kekurangan kepakaran ikhtisas dan profesional dalam aspek perancangan


dan pembangunan wakaf, ketidaktelusan pengurusan wakaf kekurangan kemahuan
dan desakan politik (political will dan masalah pencerobohan harta wakaf. Rata-rata,
masalah kekurangan dana merupakan masalah utama yang dihadapi oleh MAIN dalam
membangunkan harta wakaf

dan perkara ini turut diperakui oleh pihak JAWHAR

(Syarqawi, 2011). Kajian oleh Siti Salwa (2007) terhadap pembangunan harta wakaf di
Terengganu serta kajian oleh Baharuddin et al.bagi beberapa negeri lain di Malaysia
(2006) turut mendapati bahawa terdapat harta wakaf yang disewakan di bawah kadar
yang ekonomik lalu mengakibatkan pulangan yang diperoleh oleh MAIN adalah tidak
berpatutan.
Lantaran itu, harta wakaf di Malaysia tidak dibangunkan melainkan dengan
mengharapkan sumbangan wakaf tunai daripada orang ramai serta suntikan dana
daripada kerajaan bagi tujuan memajukan aset wakaf.Malah, peruntukan yang
disalurkan Kerajaan Pusat sebanyak RM256.4dalam rancangan Malaysia Kesembilan
7

(RMK9) dan RM109.445 juta Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) juta bagi tujuan
merealisasikan 17 projek wakaf(Anan, 2012:5-7) juga didapati tidak mencukupi
memandangkan unjuran sebenar kos pembangunan hartanah wakaf di seluruh negara
yang telah dipohon oleh MAIN adalah melebihi RM1 bilion (Zainal, 2012). Oleh itu,
timbul persoalan sampai bilakah institusi wakaf harus bergantung pada sumbangan
dana daripada pihak Kerajaan Pusat dan Negeri bagi menggerakkan projek
pembangunan

harta

wakaf?

Sedangkan

peruntukan

adalah

begitu

terhad

memandangkan pihak kerajaan juga perlu mengutamakan perbelanjaan pembangunan


dalam aspek yang lain. Jika diteliti, kebanyakan projek wakaf yang dibiayai oleh pihak
kerajaan bukan sahaja bermatlamat untuk membangunkan aset wakaf bagi menjaga
kebajikan benefisiari dan umat Islam, bahkan juga bagi membolehkan aset tersebut
berupaya menjana pendapatan yang berterusan kepada MAIN sebagai pemegang
amanah wakaf (Fauziah, 2011). Selain bantuan dana daripada kerajaan, kaedah
pengumpulan dana bagi tujuan membiayai pembangunan wakaf turut dilaksanakan
berteraskan kaedah dan bentuk kontemporari, seperti wakaf wang tunai dan saham
wakaf.
Pendekatan mewakafkan hasil dividen saham syarikat (Aminah & Sabit, 2011)
menerusi wakaf saham (Siti Mashitoh, 2009; Abd Shakor, 2011) juga telah dilaksanakan
termasuklah aplikasi akad , iaitu build operate and transfer(BOT) (Azman Mohd Noor &
Saidatolakma, 2011). Bagi sesetengah negara seperti Singapura dan Arab Saudi,
pembangunan harta wakaf menggunakan instrumen sukuk (Shamsiah Abdul Karim,
2007) turut diaplikasikan oleh pengurus harta wakaf di negara berkenaan. Walau
bagaimanapun, kajian oleh Aminah dan Sabit (2011: 404) mendapati bahawa beberapa
halangan serta kekurangan daripada sudut mekanisme pembangunan wakaf telah
menyebabkan usaha pembangunan wakaf di Malaysia masih kurang berdaya maju. Di
samping itu, kajian oleh Siti Mashitoh (2006) dan Che Zuina (2012) serta beberapa
kajian lain yang lebih awal (Osman Sabran, 1991; Kamarudin Ngah, 1991) mendapati
bahawa kedudukan harta wakaf di lokasi yang tidak strategik serta saiz yang tidak
ekonomik turut membantutkan usaha pembangunan wakaf negeri di Malaysia. Lebih
memburukkan lagi keadaan apabila data mengenai jumlah dan nilai sebenar harta
tanah wakaf hampir di seluruh negeri di Malaysia masih belum dikemas kini
8

(Baharuddin Sayin et al., 2006), manakala data yang dikeluarkan oleh pihak JAWHAR
sebenarnya anggaran dan bukan menggambarkan jumlah dan nilai aset wakaf yang
sebenar (Syarqawi, 2011).
Tidak dinafikan juga bahawa terdapat banyak instrumen berasaskan konsep
wakaf yang telah dicadangkan dan dilaksanakan di negara ini yang boleh dijadikan
wadah bagi menggalakkan umat Islam berwakaf. Walau bagaimanapun, model yang
mampan dan berdaya maju yang mampu memberikan keyakinan kepada masyarakat
dari sudut keupayaan dalam menjamin pulangan yang kompetitif dan berterusan
kepada benefisiari sukar ditemui.
Konsep Hibah
Selain daripada wakaf konsep hibah juga boleh diperluaskan untuk menjana
pembangunan hartanah mengikut prinsip syarak. Hibah pada istilah syarak ialah suatu
akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap
hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).
Secara lebih khusus lagi, hibah ialah suatu akad pemberian milik ain harta daripada
satu pihak kepada pihak yang lain tanpa balasan (iwad) semasa hidup secara sukarela,
bukan mengharapkan pahala di akhirat dan memuliakan seseorang, dengan
menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya.
Kini setelah muncul pelbagai agensi yang terlibat dalam soal penulisan hibah
maka dengan itu timbul pelbagai cara yang dilakukan oleh agensi-agensi berkenaan
dalam memperkembangkan ruang lingkup hibah seperti trust hibah. Trust hibah ialah
kacukan antara hibah dan amanah. Ia adalah pemberian harta oleh seseorang atas
dasar kasih sayang yang berlaku ijab dan qabul pada masa hayat pemberi hibah. Harta
hibah tersebut akan dipegang oleh pemegang amanah dan diserahmilikkan kepada
penerima selepas kematian pemberi hibah atau menurut persetujuan pihak-pihak
berkenaan. Begitu juga dengan hibah yang dibuat oleh pemberi hibah untuk
memastikan dia masih menguasai hartanya tersebut kerana dia khuatir mungkin
penerima akan mengabaikannya apabila semua harta telah dihibahkan.Maka dalam hal
ini pemberi hibah telah membuat satu perjanjian asing di luar akad yang memberi hak
9

kepada pemberi mengurus dan menggunakan harta tersebut sehinggalah dia


meninggal dunia. Apa yang dinyatakan di atas adalah lebih hampir dengan apa yang
dikatakan hibah umra dan hibah ruqba.
Dalam

mesyuarat

Jawatankuasa

Perundingan

Hukum

Syarak

Wilayah

Persekutuan kali ke-56 pada 5 Oktober 2000 memutuskan bahawa perletakan syarat
adalah dibenarkan di antara pemberi dan penerima hibah setelah berlaku ijab dan
qabul. Begitu juga dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya
Sekuriti dalam mesyuarat ke-44 pada 15 Januari 2003 menerima pakai prinsip hibah
ruqba sebagai asas syariah dalam pelaksanaan borang akuan hibah untuk transaksi
yang melibatkan akaun bersama tabung unit amanah terutamanya akaun yang
dipegang oleh orang Islam.
Dari perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa suatu undang-undang
yang khusus berkaitan dengan pemberian hibah dan pentadbirannya amatlah
diperlukan. Dengan adanya undang-undang yang khusus dapat mengurangkan
kekeliruan dan dapat menegakkan kewibawaan Mahkamah Syariah dan mengukuhkan
kredibilitinya dalam masyarakat apabila memutuskan soal yang berkaitan dengan
hibah.Di samping itu, pada masa yang sama, ia boleh menjadi panduan kepada
masyarakat yang ingin membuat hibah secara peribadi agar hibah yang dibuat itu
menjadi lebih sempurna, atau dengan kata lain, masyarakat dapat menguruskan
hartanya dengan cara yang lebih teratur dan kemas.

10

You might also like