You are on page 1of 3

Prince Court Medical Centre

Hospital Pakar Ampang Puteri


Pusat Perubatan Subang Jaya
Hospital Mata Tun Hussein Onn

Begitulah antara hospital terkemuka yang disenaraikan Kementerian Kesihatan


Malaysia (KKM) untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan
kesihatan. Pelancongan kesihatan kini dilihat sebagai satu daripada lubuk emas
negara dalam sektor pelancongan. Hal ini adalah demikian kerana sektor
pelancongan kesihatan menyumbang kepada pendapatan negara. Menurut Laporan
Ekonomi 2009/2010, ketibaan pelancong kesihatan melonjak hampir 10 kali ganda
daripada 39 114 orang pada 1998 kepada 374 063 orang pada 2008. Jumlah
pendapatan yang dijana daripada peningkatan ini adalah daripada RM 14.1 juta
kepada RM 299.1 juta. Oleh sebab sektor ini memberi banyak manfaat kepada
semua pihak, pelbagai langkah perlu diambil bagi memajukannya.

Antara langkahnya adalah dengan melalui pihak kerajaan. Sudah terang lagikan
bersuluh, pihak kerajaan merupakan pihak yang perlu menyediakan langkah untuk
memajukan pelancongan kesihatan. Hal ini adalah demikian kerana pihak kerajaan
mempunyai banyak kaitan dengan sektor ini terutamanya daripada perspektif
pendapatan negara. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun
Abdul Razak telah mengumumkan lima langkah baru bagi melonjakkan industri
pelancongan kesihatan. Pengumuman ini dibuat semasa beliau merasmikan Majlis
Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) di Kuala Lumpur. Lima langkah tersebut
ialah pengecualian cukai 100 peratus daripada perbelanjaan modal untuk
pembinaan danpengubahsuaian hospital; Pemberian permit kerja secara automatik
kepada isteri atau suami rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan profesional
yang diiktiraf dalam bidang perubatan mengikut Klasifikasi Perjawatan Malaysia
(Masco); Kementerian Kesihatan, Majlis Perubatan Malaysia dan Persatuan Hospital
Swasta perlu menyemak semula garis panduan dan peraturan pengiklanan
kesihatan; Pemberian insentif kepada mana-mana hospital swasta yang
menubuhkan Unit Pesakit Antarabangsa dan; Pemberian potongan cukai berganda
ke atas perbelanjaan yang ditanggung hospital berkenaan bagi mendapatkan
pensijilan akreditasi antarabangsa. Semua langkah di atas diumumkan supaya
industri pelancongan kesihatan negara dapat berkembang dengan lebih baik dan
menjadi peneraju utama bagi industri pelancongan kesihatan di rantau Asia
Tenggara. Secara tidak langsung, industri pelancongan kesihatan menjadi semakin
maju. Selain itu, urusan ketibaan, penginapan dan kepulangan pelancong asing
(kesihatan) hendaklahdipermudah. Hal ini adalah bertujuan untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada pelancong. Setakat ini, beberapa kemudahan
untuk para pelancong kesihatan telah dilaksanakan. Antaranya ialah Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah mengeluarkan permit kepada
kenderaan hospital untuk menjalankan urusan penghantaran pesakit dan pengiring
dari lapangan terbang, pelabuhan dan hotel ke hospital. Pesakit asing yang
memasuki Malaysia bagi mendapatkan rawatan kecemasan menggunakan visa
semasa ketibaan (VOT) pula dibenarkan menukar status VOT kepada lawatan sosial
berdasarkan cadangan pihak hospital. Tambahan pula,kelulusan bagi melanjutkan
tempoh tinggal di Malaysia atas tujuan mendapatkan rawatan juga dipercepat.
Semua kemudahan ini akan membuat para pelancong beranggapan bahawa
perkhidmatan pelancongan kesihatan di Malaysia adalah yang terbaik, sekali gus
menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terbaik. Secara tidak langsung,
industri pelancongan kesihatan menjadi bertambah maju.

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu berusaha
mengubahnya sendiri.” 
(Surah Ar-Raad, ayat 11) 

Ayat al-Quran di atas menerangkan bahawa jika kita hendak melakukan sesuatu,
kita hendaklah melakukannya sendiri sebagaimana peribahasa Melayu : hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih. Sehubungan itu, pihak hospital tidak hanya
mengharapkan bantuan orang lain tetapi hendaklah berusaha sendiri. Pihak hospital
hendaklah berusaha memajukan industri pelancongan kesihatan memandangkan
mereka adalah subjek utama dalam hal ini. Mereka hendaklah berusaha untuk
memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
bagi membolehkan sesebuah hospital dipilih sebagai pelancongan kesihatan.
Kriteria-kriterianya ialahmenjadi ahli Persatuan Hospital Swasta (APHM); Menjadi
ahli Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH); Mengikut ketetapan ISO dan
ketetapan antarabangsa; Menawarkan kepakaran dalam bidang perubatan;
Mempunyai sekurang-kurangnya 50 buah katil untuk para pesakit dan; Mempunyai
laman web sendiri. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihak
Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti 35 buah hospital swasta yang
berpotensi untuk dipromosikan dalam industri pelancongan kesihatan dengan syarat
sesebuah hospital itu memenuhi kriteria di atas. Oleh itu, pihak hospital sama ada
kerajaan ataupun swasta hendaklah berusaha untuk memenuhi kriteria-kriteria
tersebut supaya akhirnya mereka dapat memajukan industri pelancongan kesihatan
negara.

Selain itu, pihak hospital hendaklah berusaha untuk mendapatkan anugerah dan
pengiktirafan terutamanya daripada pihak antarabangsa. Anugerah dan
pengiktirafan sebegini amat penting bagi hospital-hospital di negara ini. Hal ini
adalah demikian kerana pengiktirafan ini dapat menunjukkan kualiti sesebuah
hospital itu.
Antara pengiktirafan yang popular ialah Akreditasi Kesihatan Antarabangsa daripada
Joint Commission International (JCI). JCI ialah sebuah institusi yang bertapak di
Amerika Syarikat dan pengiktirafan JCI sentiasa menjadi penanda aras kepada
tahap kualiti klinikal terhadap pesakit tempatan dan asing. Setakat ini, tiga hospital
swasta dan satu institut kerajaan telah menerima Akreditasi Kesihatan Antarabangsa
daripada JCI iaitu Institut Jantung Negara, Hospital Adventist Pulau Pinang, Pusat
Perubatan Prince Court dan Pusat Perubatan Sime Darby. Pengiktirafan ini sangat
penting kerana pengiktirafan ini menunjukkan bahawa hospital di negara ini
berkualiti dan mempunyai perkhidmatan kelas pertama yang menjadi daya tarikan
terutamanya para pelancong kesihatan. Secara tidak langsung, anugerah dan
pengiktirafan sedemikian memberi sumbangan kepada industri pelancongan
kesihatan negara.

Konklusinya, terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk memajukan


industri pelancongan kesihatan negara. Oleh itu, semua pihak hendaklah
bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi merealisasikan matlamat kita bersama
iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai antara hub pelancongan perubatan bertaraf
dunia. Pihak-pihak seperti Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelancongan
juga hendaklah bekerjasama dengan pihak hospital kerajaan dan swasta bagi
mencapai matlamat ini. Kita perlu sedar bahawa empayar Rom yang megah dahulu
tidak terbina dalam masa satu hari. Namun begitu, kita tidak boleh berputus asa
kerana Maher Zain iaitu seorang artis terkenal ada menyatakan bahawa kita
janganlah berputus asa dalam hidup menerusi lagunya, Insya-Allah versi Bahasa
Melayu:

 “Janganlah berputus asa, 


Kerana Allah bersamamu, 
Insya-Allah,insya-Allah, 
Insya-Allah ada jalannya.”

You might also like