You are on page 1of 2

LATIHAN ULANG KAJI KAJIAN KES

BAB 6 : PENGURUSAN

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.

KPJ Healthcare Berhad

11 KPJ Healthcare Berhad (KPJ) telah mula beroperasi pada 10 Mei 1981. KPJ telah
berkembang maju dan kini mempunyai 36 subsidiari dan syarikat bersekutu yang
membekalkan perkhidmatan perubatan dan prisihatin pakar, menjadikannya salah satu
perusahaan prisihatin terbesar di Malaysia. Portfolio perniagaannya termasuk pengurusan
hospital, perkhidmatan teknikal prisihatin, pembangunan dan pentauliahan hospital,
kejururawatan, sains kesihatan dan pendidikan ikhtisas prisihatin profesional yang
berterusan, perkhidmatan patologi, pembelian pukal dan peruncitan farmasi. KPJ mempunyai
hampir 15 000 pekerja mahir dan profesional di dalam dan luar negara. KPJ memiliki empat
buah hospital di Indonesia, Bangladesh dan Thailand yang mempunyai kos operasi rendah
kerana buruh yang murah serta mempunyai potensi pasaran besar yang belum diterokai
sepenuhnya. KPJ memiliki kumpulan pimpinan pengurusan hospital yang komited dan
berkemahiran tinggi yang mampu membantu pencapaian agenda jangka panjang KPJ.
Sektor Perkhidmatan penjagaan kesihatan mencatat peningkatan ketara di Malaysia. Ini
disebabkan oleh beberapa faktor seperti penuaan penduduk, peningkatan dalam penyakit
tidak berjangkit dan penyakit berjangkit, perubahan gaya hidup yang membawa kepada
pelbagai masalah kesihatan, serta perkembangan dalam teknologi. Jangka hayat rakyat
Malaysia meningkat dan ini meningkatkan keperluan penjagaan kesihatan. Malaysia
dijangka mengalami penuaan penduduk pada tahun 2030 dengan peratusan penduduk
berumur 60 tahun mencatat lebih 15.3 peratus. Penggunaan insurans perubatan yang meluas
serta peningkatan kuas beli dalam kalangan rakyat Malaysia memberi kesempatan kepada
KPJ untuk meningkatkan saiz pasaran dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan. Kejatuhan
nilai ringgit berbanding Dolar Amerika juga menjadikan perkhidmatan penjagaan kesihatan
sebagai pilihan dalam kalangan rakyat negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Pada
tahun 2018, Malaysia telah diiktiraf oleh Jurnal Perubatan Pelancongan Antarabangsa
sebagai destinasi terbaik untuk pelancongan kesihatan buat kali yang ketiga. Pada tahun 2018
juga Malaysia telah menerima hampir 920 000 pelancong untuk tujuan rawatan perubatan di
Malaysia. Pembukaan hospital KPJ terbaharu di Johor Bahru membolehkan lebih ramai
rakyat Indonesia daripada kepulauan Riau untuk mendapatkan rawatan di Johor disebabkan
lokasinya yang dekat.
Kerajaan telah memperuntukkan hampir RM120 juta untuk rawatan perubatan terpilih
seperti mammogram, human papillomavirus (HPV), Pap-smear dan penyakit seperti hepatitis
C. KPJ menggunakan platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter untuk
mempromosikan perkhidmatan dan berjaya mengakses kepada sasaran pasaran yang lebih
besar, penjimatan kos dan mudah dikawal. Penggunaan temu janji atas talian sejak tahun
2016, membolehkan rangkaian hospital KPJ menguruskan pelanggan dengan lebih berkesan.
Bilangan hospital swasta dan pusat perubatan semakin meningkat di Malaysia. Ini
menimbulkan masalah untuk mendapatkan pekerja yang terbaik dan juga mengekalkan
pekerja dalam KPJ. Pertumbuhan ekonomi yang rendah serta peningkatan kadar inflasi di
Malaysia menyebabkan kebanyakan syarikat mengurangkan faedah perubatan kepada
kakitangannya. Terdapat juga migrasi pesakit daripada hospital swasta ke hospital kerajaan
disebabkan kemelesetan ekonomi.
Beberapa hospital milik KPJ mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Gold-Level
Excellence in Person-Centred Care certification yang dianugerahkan oleh Planetree
International, pensijilan ISO 9001 serta, akreditasi MSQH, IMS dan BFHI. KPJ bercadang
untuk melabur hampir RM1 bilion untuk mengembangkan operasi di seluruh negara.
Hospital baharu kebiasaannya mengambil masa tiga hingga lima tahun untuk menjana
keuntungan dan ini mungkin menjejaskan hasil KPJ pada masa akan datang. KPJ mempunyai
nisbah gearing (hutang) yang tinggi iaitu 0.9 kali disebabkan pergantungan kepada pinjaman
untuk mengembangkan operasi pemiagaannya. KPJ juga menyasarkan pembukaan 18
cawangan KPJ Healthshoppe yang menjual ubat-ubatan serta alat kesihatan menjelang 2020
dengan empat cawangan di luar Hospital KPJ, manakala 14 lagi di Hospital KPJ sendiri.

(Dipetik dan disesuaikan daripada https://www.kpjhealth.com.my,


https://www.theedgemarkets.com, http:// kpj. Iistedcompany. com., https://www.
thestar. com. my, https://www. alliancebank. com. my, https://www.
utusanborneo.com.my, kpjannualreport.com dan www.bernama.com, dicapai pada 31
Oktober 2019)

Berdasarkan kajian kes di atas,

aplikasikan analisis Strength, Weaknesses, Opportunities and Threats (SWOT) terhadap


KPJ Healthcare Berhad. (34m)

You might also like