You are on page 1of 2

8.

4 TEKNOLOGI MAKLUMAT
LATIHAN KAJIAN KES

Bahagian B
[50 markah]

Jawab semua soalan.

1 Pada era perkembangan sektor penerbangan di Amerika Syarikat, bilangan penumpang


1 tidak ramai dan segala tempahan tiket pelancongan dibuat melalui telefon atau telex.
Dengan penambahan dalam bilangan penumpang, sistem manual ini tidak lagi efisyen.
Pada tahun 1946, American Airlines merupakan pihak pertama yang memperkenalkan
sistem penempahan tiket automatik. Sistem ini hanya boleh diakses oleh syarikat
penerbangan tersebut sahaja.
Pada tahun 1980-an, Computer Reservation Systems (CRSs) diperkenalkan. CRSs
boleh diakses oleh agen penempahan tiket. Ia juga berupaya menjual tiket penerbangan
bagi beberapa buah syarkat penerbangan. Walau bagaimanapun, pelanggan masih perlu
menempah tiket melalui agen mereka.
Pada tahun 1990-an, Internet Booking Engine (IBEs) diperkenalkan. IBEs
dimuatkan ke dalam laman sesawang (laman web) syarikat penerbangan yang boleh
diakses di seluruh dunia 24/7. IBEs membolehkan pelanggan mengakses sistem dengan
menetapkan jadual perjalanan mereka seperti bandar berlepas, destinasi, tarikh berlepas,
tarikh pulangan dan kelas penerbangan. Proses penempahan tiket termasuk proses
pembanyaran dan pengeluaran E-ticket. Penumpang juga diberi prioriti untuk memilih
tempat duduk di pesawat, menjalankan Web check in dan mencetak boarding pass.
Perkembangan seterusnya, integrasi penempahan tiket penerbangan dengan penempahan
hotel, pakej pelancongan, belian insurans perjalanan, sewaan kereta dan servis lain yang
diperlukan.
Peluang pemasaran berkembang pesat di mana laman sesawang lain telah
berkembang memasarkan tiket penerbangan bagi pelbagai syarikat penerbangan secara
dalam talian (online) dengan harga diskaun seperti kayak.com, priceline.com,
cheapair.comdah cheaptickets.com.
Dari perkembangan awal dalam bidang penerbangan, kini pemasaran dalam talian
telah digunakan oleh hampir semua sektor industri, terutamanya dalam peruncitan,
pemborongan, perkhidmatan dan sebagainya.
Dalam bidang perhotelan, mana-mana hotel boleh memasang Central Reservation
System (CRS) yang menyimpan dan menyebarkan maklumat seperti jenis bilik, harga
bilik, tarikh kekosongan dan lokasi. CRS disalurkan ke dalam Global Distribution
System(GDS) yang dapat diakses secara global dalam talian. Beberapa laman sesawang
telah berkembang untuk memasarkan beribu-ribu hotel seperto goda.com, Booking.com,
wotif.com, expedi.Ccom dan lain-lain.
Melalui pelbagai laman sesawang, pelanggan boleh mendapat maklumat,
membandingkan harga, membuat pilihan dan membeli tanpa perlu meninggalkan rumah
mereka. Tiada sekatan masa dikenakan kerana mereka boleh membeli pada bila-bila masa
sahaja. Segala sekatan geografi juga dimansuhkan kerana pemasar dan pelanggan yang
berjauhan boleh ‘bertemu’ dan melakukan transaksi di laman sesawang. Sebagai contoh
seorang yang tinggal di Iceland boleh mengakses laman sesawang AirAsia untuk
menenmpah tiket penerbangannya dan menempah bilik hotelnya di Langkawi menerusi
Booking.com.
Pemasaran dalam talian memberikan peluang yang sama kepada semua peniaga.
Seorang peniaga kecil yang beroperasi dari bilik tidurnya mempunyai peluang yang sama
dengan seorang pekilang besar untuk mengakses pasaran global. Puak asli di pedalaman
Afrika boleh memasarkan kraf tangan mereka kepada pelanggannya di Eropah tanpa
mendirikan apa-apa kedai. Begitu pesatnya perkembangan pemasaran dalam talian pada
tahun-tahun kebelakangan ini. Pada setengah tahun pertama 2013, pendapatan daripada
pemasaran dalam talian di Amerika Syarikat mencecah USD 20.1 bilion. Pada tahun
2012, penjualan melalui pemasaran dalam talian pertama kalinya mencecah USD 1 trilion
secara global.

(Sumber : Dipetik dan disesuaikan daripada laman sesawang


http://en.wikipedia.org/wiki/Internet_booking_engine dan
http://en.wikipedia.org/wiki/Hotel_reservatio_system )

Berdasarkan kes dia atas,


a) Huraikan bagaimana pemasaran dalam talian dapat menguntungkan kedua-dua pihak
berikut :
i) syarikat penerbangan
ii) pembeli tiket penerbangan [16]
b) “Pemasaran dalam talian memberi peluang yang sama kepada semua peniaga”.
Jelaskan penataan dengan merujuk ke di atas. [14]

You might also like