You are on page 1of 3

Untuk Perlepasan Segera

Mendidik Rakyat Malaysia Mengenai Penjagaan Mata


Jerayawara ‘Jom Jumpa Optometris’ mengenengahkan peranan optometris dalam
membantu memelihara penglihatan kita

Kuala Lumpur, Oktober 22, 2016 – Persatuan Optometris Malaysia (AMO) dan Majlis
Optik Malaysia (MOC) telah berganding bahu menganjurkan jerayawara ‘Jom
Jumpa Optometris’ di Midvalley Megamall hujung minggu lepas. Bertujuan mendidik
masyarakat mengenai kepentingan penjagaan mata, jerayawara selama tiga hari
itu melihatkan beberapa ceramah dan petunjuk diberikan oleh para optometris
mengenai cara menjaga mata dan daya penglihatan dengan betul. Majlis telah
dirasmikan oleh Dr Ahmad Razid bin Salleh, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan
dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

“AMO dan MOC telah bekerjasama untuk menganjurkan beberapa aktiviti selama
sebulan untuk mengenengahkan kepentingan penjagaan mata yang sempurna di
kalangan rakyat Malaysia. Di bawah naungan Kempen Kesedaran Kesihatan Mata
Kebangsaan 2016, kami juga bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai
pentingnya peranan pakar mata, atau optometris, dalam memastikan masyarakat
peka dan faham bahawa penjagaan mata bukan sahaja mengenai penggunaan
kaca mata malah juga melibatkan penjagaan penglihatan jangka panjang,” kata
Murphy Chan, Presiden Persatuan Optometris Malaysia.

Beliau menambah, walaupun penglihatan adalah deria yang ramai paling takut
kehilangan, namun ramai rakyat Malaysia masih segan melawat optometris.
“Optometris adalah penasihat yang utama apabila kita berbincang mengenai
kesihatan mata. Pemeriksaan mata yang mudah boleh membantu menangani
pelbagai masalah mata yang boleh melarat, sambil mampu memberikan petunjuk
kepada pelbagai masalah lain seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi.
Oleh itu tindakan berjumpa dengan optometris patut dijadikan suatu kelaziman dan
sebahagian dari amalan penjagaan kesihatan yang menyeluruh.”

Tinjauan Mata Kebangsaan yang dijalankan pada tahun 2014 mendapati


penyebab utama buta dan kemudaratan penglihatan adalah selaput mata
(katarak) sebanyak 68%; 14% lagi disebabkan kesilapan bias yang tidak dibaiki, 6%
dari kerumitan yang timbul dari kencing manis dan 3% dari glaukoma.
“Sehingga hari ini terdapat lebih 1,711
optometris berdaftar di Malaysia yang
memainkan peranan penting dalam mengesan dan
menghalang penyakit mata dari berleluasa,” kata Puan Nor Azizah Bt. Ismail,
Setiausaha, Majlis Optik Malaysia.

Beliau menambah bahawa “Kementerian membelanjakan berjuta ringgit setiap


tahun bagi merawati, membaiki dan membasmi masalah penglihatan rakyat
Malaysia, jadi bayangkan betapa banyak penjimatan jika rakyat memainkan
peranan dan lebih lazim melawat optometris.”

Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia juga terdedah kepada banyak masalah
mata disebabkan penggunaan lensa mata tiruan. Sehubungan ini, AMO dan MOC
berganding bahu dengan Kementerian Kesihatan untuk mencipta piawaian yang
memandatkan setiap ahli lensa mata bertauliah memberikan taraf perkhidmatan
pemeriksaan mata yang tinggi. Ini bagi memastikan setiap pengguna bukan sahaja
membeli lensa yang tepat tetapi menikmati penggunaan yang terang, sihat dan
selesa.

“Panduan juga sedia ada bagi melindungi pengguna dari lensa bermutu rendah
yang kerap dibekalkan oleh sumber haram. Ramai masih tidak tahu akan
bahayanya menggunakan lensa palsu ini dan usaha mendidik perlu dijalankan bagi
menimbulkan kesedaran mengenai bahaya lensa-lensa ini. Itulah sebabnya
Kementerian bekerja rapat dengan AMO dan MOC, bagi memastikan kesedaran
orang ramai mengenai bahaya ini dipertingkatkan,” kata Dr Ahmad Razid bin
Salleh, Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau juga berkata “Pada peringkat Kementerian, kami sedang bekerjasama


dengan pihak-pihak yang berkenaan bagi memantau dan menangani sebarang
penyelewengan seperti pemalsuan lensa mata, bagi melindungi rakyat dari lebih
banyak kes kerosakan mata.”

Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan selama sebulan ini termasuklah


tinjauan di seluruh negara bagi mengukur pendapat rakyat mengenai penjagaan
mata yang sempurna. Hasil tinjauan ini akan diterbitkan pada bulan November
2016.

Bagi mengambil bahagian dalam tinjauan ini, sila klik disini:


https://www.surveymonkey.com/r/C38HXF5

Bagi maklumat lanjut untuk NEHA 2016, sila layari:


http://www.amoptom.org
Media social
Facebook:

http://www.facebook.com/AssociationofMalaysianOptometrists
Twitter: @Optometry_Msia

###

Majlis Optik Malaysia (MOC)

Majlis Optik Malaysia (MOC)telah ditubuhkan pada 1hb Februari 1992. MOC
bertanggungjawab bagi pendaftaran optometris dan juruoptik di seluruh Malaysia.
MOC juga diberi tanggungjawab memantau kegiatan dan perkhidmatan
optometri di Malaysia, mengikut Akta Optik 1991 dan Peraturan Optik 1994.

Persatuan Optometris Malaysia (AMO)

AMO adalah badan ikhtisas bertauliah yang mewakili ahli bidang Optometri dan
Penjagaan Mata. Ia telah ditubuhkan pada Februari 1984 dengan lebih daripada
450 ahli di serata Malaysia. AMO dirangkumi sekumpulan ahli penjagaan kesihatan
mata yang mampu mengenalpasti sebarang masalah mata dan seterusnya
samada merancangkan rawatan yang diperlukan dengan tepat atau merujukkan
kes tersebut kepada pihak yang berkenaan. Melalui persatuan ini, ahli penjagaan
mata telah bersatu untuk memaju dan menggalakkan penjagaan mata yang
sempurna dan memelihara penglihatan setiap rakyat Malaysia. Semua ahli mestilah
berdaftar dengan Majlis Optik Malaysia mengikut Akta Optik 1991, di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hubungan Media:
Geraldine Wong
Media Mob Malaysia
+6011 1166 5086
geraldine@mediamob.my

You might also like