You are on page 1of 2

Rumusan 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan-kebaikan
makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Sejak turun-temurun, coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis makanan dan
minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan masyarakat di seluruh
dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati coklat. Pada masa itu, coklat
ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan pembesar negara. Kini, coklat yang
dihasilkan daripada buah koko itu dapat dinikmati oleh semua orang. Hal ini menyebabkan industri
berasaskan koko semakin berkembang dan menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.

Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karbohidrat, antioksidan, kalsium, fosfat dan
vitamin A, B, C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat melegakan otot. Namun
demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, keadaan ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman
kepada manusia. Hasil penyelidikan pula mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan
gembira yang amat sangat kepada pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair
di dalam mulut.

Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda
seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks kerana bahan
kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan rangsangan psikologi seolah-olah diri
sentiasa bertenaga. Walaubagaimanapun, bahan kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia
itu boleh menjadi racun kepada banyak haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda. Hal ini
terjadi kerana haiwan peliharaan tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan proses
penguraian terhadap bahan kimia tersebut.

Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya.
Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali sebulan, mereka diramalkan
dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak memakan coklat langsung. Selain itu, coklat
boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana fungsinya yang dapat mencairkan darah dan
mengelakkan darah daripada membeku di dalam jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya
memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia
dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia perlu berhati-
hati kerana pengambilan coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti.

Pemahaman
Jawab soalan yang diberikan.
1. Berikan maksud rangkai kata melanjutkan usia seseorang?
Maksud rangkai kata melanjutkan usia seseorang ialah menambahkan usia individu.
2. Pengarang mengemukakan kesan pengambilan coklat yang berlebihan kepada manusia? Nyatakan dua kesan.
Kesan pengambilan coklat yang berlebihan kepada manusia ialah coklat akan mengakibatkan kecederaan
dalaman kepada manusia. Selain itu, coklat akan mengakibatkan obesiti.
3. Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan obesiti dalam kalangan masyarakat.
Berikan dua cara.
Cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan obesiti dalam kalangan masyarakat ialah masyarakat
hendaklah bersenam pada setiap hari. Selain itu, masyarakat hendaklah mengamalkan pemakanan yang
seimbang dalam kehidupan harian.
Petikan membincangkan faedah-faedah makan coklat kepada masyarakat. (7)

Antara faedahnya ialah coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya.
( 12 ) Selain itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks. ( 9 ) Di samping itu, coklat
mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya. (10)Seterusnya, coklat boleh mengurangkan risiko
serangan strok. ( 7 ) Tambahan lagi, penghidap asma juga digalakkan memakan coklat untuk melegakan saluran
pernafasan di dalam paru-paru. ( 14 ) Akhirnya, kandungan bahan kimia dalam coklat sesuai untuk melegakan
batuk. (10)

Cara-cara memajukan industri coklat ialah pihak kerajaan hendaklah memberi bantuan kewangan kepada
pengusaha industri coklat. (15) Selain itu, pihak kerajaan perlu menjadikan produk coklat hasil eksport negara untuk
meningkatkan ekonomi. (14)

Kesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai promosi agar keistimewaan
coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang. (18)

(116 patah perkataan)

1. pengambilan coklat dapat melegakan otot 5


3. aromanya mampu merehatkan minda seseorang 5

- Pengusaha industri coklat hendaklah mempelbagaikan produk berasaskan coklat 8


- Pengusaha industri coklat hendaklah membuka lebih banyak ladang koko 8

Isi tersurat

- pengambilan coklat dapat melegakan otot


- coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada pemakannya
- Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan minda seseorang
- pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan relaks
- coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu memakannya
- coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok
- Penghidap asma juga digalakkan supaya memakan coklat untuk melegakan saluran pernafasan di
dalam paru-paru.
- Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga sesuai untuk melegakan batuk

Isi Tersirat:
- membuka lebih banyak ladang koko/menggalakkan penanaman koko
- mewujudkan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
- memberi bantuan kewangan kepada pengusaha industri coklat
- mempelbagaikan produk berasaskan coklat
- menjadikan produk coklat hasil eksport negara
- mewujudkan Jabatan/Kementerian khusus
- mempromosikan kempen kebaikan coklat penggunaan teknologi moden dalam industri coklat

Kesimpulannya, pengusaha industri berkaitan coklat perlu mengadakan pelbagai promosi agar
keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang.

You might also like