You are on page 1of 6

Soalan 1: Rumusan

[ 30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang kebaikan makan
coklat dan cara-cara memajukan industri coklat.Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Sejak turun-temurun coklat telah digunakan dalam penyediaan pelbagai jenis


makanan dan minuman yang digemari oleh semua peringkat umur daripada segenap lapisan
masyarakat di seluruh dunia. Pada zaman dahulu hanya orang yang berada dapat menikmati
coklat. Pada masa itu, coklat ialah makanan yang dikhaskan untuk raja-raja, perwira dan
pembesar negara. Kini, coklat yang dihasilkan daripada buah koko itu dapat dinikmati oleh
semua orang. Hal ini menyebabkan industri berasaskan koko semakin berkembang dan
menjadi sumber ekonomi kepada banyak negara.

Coklat mempunyai kandungan serat yang tinggi, karborhidrat, antioksidan, kalsium,


fosfat, dan vitamin A,B,C dan D. Mengikut kajian sains, pengambilan coklat dapat
melegakan otot. Namun demikian, sekiranya diambil secara berlebihan, coklat boleh
menyebabkan otot menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam esofagus,
iaitu bahagian saluran makanan yang terletak di antara tekak dengan perut. Keadaaan ini
boleh mengakibatkan kecederaan dalaman kepada manusia.Hasil penyelidikan pula
mendapati bahawa coklat dapat memberikan perasaan gembira yang amat sangat kepada
pemakannya. Perasaan gembira dapat dirasai ketika coklat mencair di dalam mulut.

Hasil kajian mendapati bahawa ketika makan coklat, aromanya mampu merehatkan
minda seseorang. Di samping itu, pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan
relaks kerana bahan kimia teobromina yang terdapat dalam coklat boleh memberikan
rangsangan psikologi seolah-olah diri sentiasa bertenaga. Walau bagaimananpun, bahan
kimia yang memberikan kesan relaks kepada manusia itu boleh menjadi racun kepada banyak
haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda.Hal ini terjadi kerana haiwan peliharaan
tidak mempunyai sistem penghadaman yang dapat melakukan proses penguraian terhadap
bahan kimia tersebut.

Manfaat lainnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang selalu makan
coklat tersebut. Kajian mendapati bahawa sekiranya manusia mengunyah coklat tiga kali
sebulan, mereka diramalkan dapat hidup setahun lebih lama daripada orang yang tidak makan
coklat langsung. Selain itu,coklat boleh mengurangkan risiko serangan strok kerana
fungsinya yang dapat mencairkan darah dan mengelakkan darah daripada membeku di dalam
jantung. Penghidap asma juga digalakkan supaya makan coklat untuk melegakan saluran
pernafasan di dalam paru-paru. Kandungan bahan kimia dalam coklat yang diambil juga
sesuai untuk melegakan batuk. Namun begitu, manusia perlu berhati-hati kerana pengambilan
coklat yang berlebihan boleh mengakibatkan obesiti.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Sains Di sebalik Coklat,oleh Saharil Hasril Sanin,
Dewan Kosmik , September 2007)

Soalan 2 (a) - Pemahaman Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata sumber ekonomi. [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa keburukan pengambilan coklat.


Nyatakan keburukan-keburukan tersebut.
[3 markah]

(iii) Masih terdapat sebilangan rakyat negara kita yang gemar membeli
coklat import walaupun harganya mahal.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
Berikan tiga sebab.

[4 markah]
Contoh karangan Rumusan Cemerlang:

Petikan membincangkan kemaslahatan makan coklat dalam kalangan masyarakat.

Antara kebaikan makan coklat ialah dapat melegakan otot (ISI 1) serta memberikan
perasaan gembira(ISI 2). Selain itu, ia dapat merehatkan minda seseorang(ISI 3),
menimbulkan perasaan relaks (ISI 4) dan melanjutkan usia seseorang (ISI 5). Coklat juga
dapat mengurangkan risiko serangan strok (ISI 6) serta melegakan saluran pernafasan (ISI 7).

Antara cara-cara memajukan industri coklat ialah mempelbagaikan perisa coklat(ISI


1), menggiatkan promosi jualan (ISI 2) serta pembungkusan yang menarik (ISI 3).

Kesimpulannya, pengusaha industri coklat haruslah mengadakan pelbagai promosi


agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang.
(120 patah perkataan)
Contoh karangan Rumusan Cemerlang:

Petikan membincangkan kemaslahatan makan coklat dalam kalangan masyarakat.

Antara kebaikan makan coklat ialah dapat melegakan otot (ISI 1) serta memberikan
perasaan gembira(ISI 2). Selain itu, ia dapat merehatkan minda seseorang(ISI 3),
menimbulkan perasaan relaks (ISI 4) dan melanjutkan usia seseorang (ISI 5). Coklat juga
dapat mengurangkan risiko serangan strok (ISI 6) serta melegakan saluran pernafasan (ISI 7).

Antara cara-cara memajukan industri coklat ialah mempelbagaikan perisa coklat(ISI


1), menggiatkan promosi jualan (ISI 2) serta pembungkusan yang menarik (ISI 3).

Kesimpulannya, pengusaha industri coklat haruslah mengadakan pelbagai promosi


agar keistimewaan coklat ini dapat dinikmati oleh semua orang.
(120 patah perkataan)

SKEMA JAWAPAN

(i) Berikan maksud rangkai kata sumber ekonomi. [2 markah]

(i) Maksud

- punca pendapatan/asas pendapatan


- punca kewangan
- hasil pendapatan/sumber pendapatan/punca ekonomi
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa keburukan pengambilan
coklat.Nyatakan keburukan-keburukan tersebut.
[3 markah] Keburukan

- mengakibatkan kecederaan dalaman


- racun kepada banyak haiwan peliharaan.
- mengakibatkan obesiti.

(iii) Masih terdapat sebilangan rakyat negara kita yang gemar membeli coklat
import walaupun harganya mahal.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku?
Berikan tiga sebab.

[4 markah]
Tiga sebab :

- Rasanya lebih sedap/ enak/ lazat.


- Melambangkan status.
- Bentuknya lebih menarik
- Terdapat pelbagai pilihan/ pelbagai jenama coklat/ terkenal
- Sesuai dijadikan hadiah/ hantaran kahwin
- Mudah diperolehi/ didapati
- Anggapan bahawa coklat import lebih berkualiti/ berkhasiat
- Pembungkusan yang menarik
- Promosi/ pengiklanan yang berkesan

You might also like