You are on page 1of 10

SMK.

SULTAN YAHYA PETRA 1,


18000 KUALA KRAI, KELANTAN.

KERJA RUMAH
SEWAKTU CUTI COVID-19
18MAC – 31 MAC 2020

BAHASA MELAYU 2
TINGKATAN 5 SAINS DAN 5SV1

JAWAB SEMUA SOALAN

JAWAPAN HENDAKLAH DITULIS ATAS KERTAS KAJANG


ASINGKAN SETIAP SOALAN SUPAYA SENANG UNTUK
DITAMPAL DALAM BUKU LATIHAN.

JAWAPAN PERLU DIHANTAR PADA 01 APRIL 2020

DISEDIAKAN OLEH:
PN.ROHANI BT ABDULLAH
GKSS/2020

Anizul/2020
LATIHAN 1
Latihan Rumusan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menghadapi
tekanan ketika peperiksaan dan peranan ibu bapa untuk mengurangkan tekanan. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Proses penilaian melalui peperiksaan awam yang penting seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara masih
relevan. Melalui penilaian inilah pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan disokong dengan
kecemerlangan dalam bidang koakademik atau kokurikulum mempunyai peluang cerah untuk
melanjutkan pengajian di universiti awam. Namun begitu, isu yang paling menarik untuk diperkatakan
bukanlah tentang puluhan ribu pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di universiti awam tetapi situasi
yang dihadapi oleh pelajar sebelum menjelangnya kedua-dua peperiksaan penting itu.

Pelbagai ragam pelajar sama ada yang positif atau negatif sebelum menjelangnya peperiksaan
awam termasuklah tekanan perasaan atau stres yang rata-ratanya dihadapi oleh pelajar. Tekanan ialah
perkara yang berkaitan dengan ketegangan yang dialami oleh mental atau emosi seseorang disebabkan
oleh pelbagai faktor. Pelajar atau remaja perlu mempunyai kemahiran untuk mengatasi masalah tekanan
perasaan supaya fokus mereka untuk menghadapi peperiksaan tidak terjejas. Pelajar biasanya mendapat
tekanan daripada ibu bapa, guru atau rakan untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Dalam konteks ini, pelajar seharusnya berasa tenang dan sentiasa fokus tentang peperiksaan yang akan
dihadapi. Ketenangan yang diperlukan tidak akan datang dengan tiba-tiba atau secara terpaksa tetapi
akan terzahir apabila pelajar bersedia dengan sebaik-baiknya. Lantaran itu, pelajar perlu melaksanakan
perancangan yang sesuai berdasarkan kemampuan dan komitmen mengikut keupayaan sebagai
persiapan menjelang peperiksaan. Malahan mereka sepatutnya mengadakan jadual pembelajaran yang
sistematik dan boleh diikuti agar tidak menggelabah atau mengalami kerisauan yang kronik sebelum
peperiksaan.

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk
berlaku terutamanya bagi para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu,
mereka seharusnya belajar dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang
secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri
daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-eloknya pelajar harus mempunyai
hala tuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan
kestabilan emosi seperti hubungan peribadi dengan rakan-rakan, masalah keluarga, masalah dengan
guru dan masalah kewangan perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuatiri mampu menjejaskan
tumpuan mereka terhadap peperiksaan.

Sekiranya pelajar menghadapi masalah kritikal yang mampu menjejaskan ketenangan, mereka perlu
segera berjumpa dengan guru yang rapat atau kaunselor di sekolah. Guru atau kaunselor pasti
mempunyai kaedah bagi mengatasi masalah ini. Di samping itu, pelajar perlu menjaga kesihatan diri
kerana tanpa kesihatan yang baik sukar bagi pelajar untuk mengulang kaji pelajaran dan melakukan
latihan intensif dengan baik. Pelajar sepatutnya membanyakkan amalan kerohanian yang dapat
memberikan ketenangan kepada jiwa sebagai persiapan penting untuk menghadapi peperiksaan.
Kesimpulannya, tugasan atau bebanan yang keterlaluan kepada pelajar semata-mata mahu menjadikan
mereka cemerlang dalam bidang akademik perlu dielakkan demi melahirkan insan yang cemerlang dari
segi ilmu dan akhlaknya.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Tekanan


Perasaan Menggugat Peperiksaan” oleh Nizar Parman
Dewan Siswa, September, 2015)

Anizul/2020
Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kerisauan yang kronik.


[2 markah]

(ii) Dalam petikan terdapat beberapa perkara sampingan yang mampu menjejaskan kestabilan emosi
pelajar.

Apakah perkara-perkara sampingan tersebut?

[3 markah]

(iii) Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan pelajar mengalami tekanan
yang kronik.

Huraikan pendapat anda tentang tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membendung
masalah ini. [4 markah]

Anizul/2020
LATIHAN 2

Latihan Rumusan 2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menyebabkan makanan kesihatan tambahan dikatakan berbahaya dan peranan persatuan pengguna
dalam menangani isu tersebut. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada hari ini, kebanyakan pengguna disogokkan dengan pelbagai promosi makanan kesihatan yang
dimomokkan dengan kebolehan luar biasa untuk tujuan merawat pelbagai penyakit, mengurangkan berat
badan dan 1001 khasiat yang menakjubkan. Lambakan makanan kesihatan tambahan di Malaysia ibarat
cendawan tumbuh selepas hujan.

Terdapat pelbagai isu yang membimbangkan pengguna berhubung dengan makanan kesihatan
tambahan apabila label tidak mempunyai arahan penggunaan yang lengkap dan didapati mengandungi
bahan yang belum dinilai atau diuji bagi menyediakan jaminan yang munasabah. Fenomena ini lazim
berlaku di seluruh dunia, tetapi lebih kerap berlaku di negara Asia, terutamanya di India dan di China
yang merupakan pengeluar dan pengguna herba terbesar. Pencemaran bahan logam berat seperti
pestisid, mikroorganisma dan mikotoksin banyak didapati dalam herba.

Seterusnya, pencemaran berlaku secara tidak sengaja melalui proses pembuatan yang
menggunakan mesin logam yang tidak berkualiti, dan penambahan secara sengaja seperti merkuri
sulfida, arsenik sulfida dan arsenik trioksida yang diamalkan dalam perubatan ayurveda dan perubatan
dari China. Namun begitu, isu ini tidak akan berlaku sekiranya pihak pengeluar menggunakan mesin
logam yang disahkan selamat dan mereka tidak menambah bahan-bahan kimia tertentu dalam produk
perubatan yang dihasilkan.

Walau bagaimanapun, terdapat bukti saintifik yang mengaitkan penggunaan arsenik sulfida berkesan
untuk merawat penyakit leukemia. Hal ini bermakna sesetengah bahan yang digunakan dalam makanan
kesihatan tambahan berkesan untuk merawat penyakit tertentu namun ada pengguna yang
mengambilnya tanpa mendapatkan khidmat nasihat dan pengawasan daripada doktor yang bertauliah.
Pencemaran daripada mikroorganisma dapat berlaku pada peringkat penghasilan dan pemasaran.
Keadaan pemprosesan dan penyimpanan yang sesuai bagi bahan mentah dan produk siap sangat
penting untuk menentukan kualiti produk yang bebas daripada mikroorganisma.

Suhu dan kelembapan yang tinggi di kawasan tropika dan subtropika menyumbang kepada
pertumbuhan kulat dan penghasilan mikotoksin kepada produk herba. Selain itu, pemalsuan produk
makanan bagi tujuan meraih keuntungan juga sengaja dilakukan oleh pengusaha. Terdapat juga kes
melibatkan produk langsing yang dikesan mempunyai komponen kimia yang tidak dilabel, iaitu
sibutramine dan sildenafil. Sibutramine diharamkan penggunaannya di Kanada kerana sering dikaitkan
dengan strok dan serangan jantung.

Jelaslah di sini bahawa setiap produk dalam pasaran menjanjikan kehebatan yang tersendiri. Oleh
itu, pengguna harus berfikir dan membuat keputusan secara bijak terhadap sebarang produk yang
digunakan.

(Dipetik dan diubahsuaikan


daripada “Makanan Kesihatan
Tambahan, Madu atau Racun” Oleh
Radhiah Shukri Dewan Masyarakat,
Disember, 2015)

Anizul/2020
Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(I) Berikan maksud rangkai kata khasiat yang menakjubkan.


[2 markah]

(ii) Dalam petikan terdapat beberapa tindakan untuk memastikan produk makanan tambahan
dihasilkan dalam keadaan selamat.

Apakah tindakan-tindakan tersebut?

[3 markah]

(iii) Masyarakat kita mudah percaya akan keberkesanan promosi makanan tambahan.

Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?

[4 markah]

Anizul/2020
LATIHAN 3

Latihan Tatabahasa 1

(a) Tuliss atu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) pulang
(ii) pulangan
(iii) memulangkan
(iv) mansuh
(v) pemansuhan
(vi) memansuhkan
[6 markah]

(b) Tulis semula perbualan di bawah dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap
pindah.

Kumar: Daniel,kau nak ke mana?


Daniel : Tak ke mana-mana. Aku nak ambil angin sekejap
Kumar: Wah, Daniel hebat kau sekarang! Semua soalan fizik tadi kau boleh jawab.
Daniel: Mana ada? Biasa aje.
Kumar: Apa rahsia kau semakin bijak ni? Kongsilah dengan aku.
Daniel : Tak adalah. Aku Cuma buat ulangkaji dan belajar dengan abang aku aje.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pasar raya besar itu meletak papan tanda khas bagi memudahkan pelangan mereka
membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
(ii) Pengalaman luas dalam bidang akaun menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut
untuk menerajui syarikat konglomerat yang tersuhur itu.
(iii) Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan
kemahiran menggunakan jentera berteknoloji tinggi dalam industri cari gali minyak.

[6 markah]
(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kegiatan luar anak-anak perlulah ibu bapa awasi secara meluas agar mereka tidak
terpengaruh dalam masalah sosial.

(ii) Ilmu tentang kehidupan merupakan pengalaman yang berguna kepada para remaja
untuk merempuh kehidupan di masa akan datang.

Anizul/2020
(iii) Pihak Kementerian Kesihatan sentiasa mengalu-alukan pemberian darah daripada orang
ramai supaya membantu menyelamatkan nyawa pesakit.
[
6 markah]

(e) Isi tempat kosong di bawah dengan menggunakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.

Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan
negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan
murid-murid di samping bekerjasama bagai …………….(i)……………… Selain itu, mereka
perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana …………..(ii)
…………………. Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah
permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk
meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan
mudah diperoleh kerana …………….(iii)……………….
[
6 markah]

LATIHAN 4

Latihan Tatabahasa 2 (Johor – Set 2)

(a) Tuliss atu ayat bagi setiap perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham
akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) faham
(ii) memahami
(iii) pemahaman
(iv) keras
(v) pengeras
(vi) mengeraskan
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah

(i) “Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah
kepada rakannya.
(ii) “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta. Anak saya masih kecil dan tidak
tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah.
(iii) “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang
buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung.

[6 markah]

Anizul/2020
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang
sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.
(ii) Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja
yang terbabit dalam aktiviti tersebut.
(iii) Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebar lebuhraya di Johor kepada tiga lorong untuk
mengurangkan kesesakan lalulintas

[6 markah]

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk
berkongsi maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian.

(ii) Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi
asing dari China dan India semasa zaman pemerintahan British.

(iii) Seni khat merupakan satu dari cabang kareografi yang berasaskan pertukangan dan
semakin mendapat tempat dalam industri kraf tangan.
[
6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti. Kemudian lengkapkan ayat-ayat itu dengan peribahasa yang
sesuai.

(i) Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal itu berasa amat bersyukur
dan berterima kasih kepada pihak kerajaan yang mengumumkan pembinaan rumah
baharu untuk mereka. Mereka sangat berbesar hati dengan pengumuman tersebut
bersesuaian dengan peribahasa ___________________.

(ii) Ketua kampung sering menasihati penduduk kampung supaya tidak mementingkan diri
sendiri dalam kehidupan bermasyarakat di kampung itu. Mereka janganlah menjadi
seperti __________________________.

(iii) Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering kali
berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus
asa kerana ____________________________ .
[
6 markah]

Anizul/2020
LATIHAN 5

Latihan Tatabahasa

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud
dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau
menggunakan perkataanitu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) tunjuk - telunjuk

(ii) guruh - gemuruh

(iii) sabut - serabut

[6
markah]

(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan,
ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.

(i) Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan bilik ini.


(ii) Jangan minum air yang terdedah itu.
(iii) Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap ke pejabat.
(iv) Fikirkanlah sebelum kamu bertindak.
(v) Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini.
(vi) Hantarlah buku itu sebelum pulang.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Doktor Azira teringatkan pesakitnya supaya menghabiskan antiboitik itu dalam masa
seminggu.
(ii) Kami akan pembantu nenek menyiapkan tempahan tempeyek terutamanya pada musim-
musim perayaan secara sukarela.
(iii) Encik Azman meminta pekerjanya memfotostet perjanjian jual beli itu sebanyak lima
persalinan untuk diberikan kepada pelanggannya.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda

Anizul/2020
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong kita menghilangkan wang demi untuk
membeli barang yang tidak mustahak.

(ii) Semua murid-murid tidak sabar untuk menyaksikan tayangan teater muzikal yang akan
diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.

(iii) Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati bila beg tangannya dirampas oleh dua orang
lelaki bermotosikal.

[6 markah]

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.

(i) Sepanjang lima tahun beliau menguruskan syarikat itu, pelbagai rintangan telah berjaya
dihadapi bersama-sama dengan kakitangannya.

(ii) Kita hendaklah berasa insaf dan berusaha untuk membetulkan sesuatu kesalahan
apabila kita menyedari kesalahan yang telah dilakukan.

(iii) Majlis sambutan rumah terbuka itu telah selesai, namun masih kedengaran rungutan
daripada sesetengah pihak kerana atur caranya tidak lancar.

[6 markah]

Anizul/2020

You might also like