You are on page 1of 5

Bersama Cikgu Mawarnie

Apa itu Ringkasan?


Ringkasan bermaksud meringkaskan petikan berdasarkan kehendak
soalan supaya menjadi satu perenggan yang mengandungi tidak
melebihi 100 patah perkataan atau antara 80 hingga 100 patah
perkataan.
Ringkasan ditulis dalam satu perenggan.
Gunakan penanda wacana.
Elakkan menulis contoh atau huraian sebagai isi.
1 isi = 2 markah.
5 markah untuk bahasa.
Markah penuh Ringkasan = 15 markah
Ringkasan dibuat dengan mengenal pasti isi tersurat di dalam petikan.
Isi tersurat yang digunakan sekurang-kurangnya 5 isi.

Sila lihat contoh ringkasan di bawah.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis


satu ringkasan tentang manfaat makan coklat. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud petikan asal.

Coklat bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak tetapi juga orang


dewasa. Suatu ketika dahulu coklat hanya boleh dinikmati oleh golongan
kaya-raya. Namun, kini coklat boleh dinikmati oleh semua lapisan
masyarakat.
Menurut kajian sains, pengambilan coklat mampu melegakan otot.
Namun jika dimakan secara berlebihan, coklat boleh menyebabkan otot
menjadi terlalu rehat sehingga asid perut mudah masuk ke dalam bahagian
saluran makanan. Hal ini boleh mengakibatkan kecederaan dalaman
terhadap manusia. Pengambilan coklat juga dapat menimbulkan perasaan
relaks. Hal ini dikatakan demikian kerana bahan kimia yang terkandung
dalam coklat mampu memberikan rangsangan psikologi yang membuatkan
diri seolah-olah sentiasa bertenaga. Namun begitu, bahan kimia yang
terkandung dalam coklat boleh menjadi racun kepada haiwan peliharaan
seperti kucing, kuda dan anjing.
Kebaikan makan coklat yang seterusnya ialah, coklat dapat
menggembirakan perasaan pemakannya. Aroma coklat dikatakan mampu
merehatkan minda si pemakan coklat tersebut. Kebaikan coklat yang
seterusnya ialah coklat mampu melanjutkan usia seseorang yang
mengambilnya. Hasil penyelidikan mendapati bahawa sekiranya seseorang
mengunyah coklat sebanyak tiga kali sebulan, mereka dikatakan dapat
hidup setahun lebih lama daripada mereka yang tidak makan coklat
langsung.
Coklat juga turut dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan
strok. Selain itu, penghidap asma digalakkan agar makan coklat untuk
melegakan saluran pernafasan dalam paru-paru. Di samping itu, bahan
kimia dalam coklat juga sesuai untuk melegakan batuk. Walau
bagaimanapun, kita mestilah berwaspada kerana pengambilan coklat yang
berlebihan boleh menyebabkan obesiti.

[** Ayat bertanda dan berwarna kuning merupakan Isi tersurat ]


Contoh ringkasan yang telah dilengkapkan berdasarkan petikan di atas.

Antara manfaat makan coklat ialah makanan ini mampu untuk


melegakan otot. Selain itu, coklat berupaya untuk menimbulkan perasaan
relaks. Seterusnya, coklat mampu menggembirakan perasaan orang yang
memakannya. Tambahan lagi, coklat mampu melanjutkan usia seseorang
yang mengambilnya. Makanan ini juga dipercayai dapat mengurangkan
risiko serangan strok. Akhir sekali, penghidap asma amat digalakkan untuk
makan coklat kerana coklat dapat melegakan saluran pernafasan dalam
paru-paru.
(**Penanda wacana)
https://www.youtube.com/watch?v=k8aja8FPFRY

You might also like