You are on page 1of 12

***FORMAT BAHARU PT3 2019***

MODUL KARANGAN
RESPONS TERHAD ( 3 )
( KARANGAN PENDEK )

KERTAS 2 PT3 ( BAHAGIAN A )

 NOTA LENGKAP BESERTA CONTOH


( CARA MENJAWAB SOALAN KARANGAN
RESPON TERHAD DALAM PT3 )
 LATIHAN DENGAN SKEMA PEMARKAHAN
LENGKAP
TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD ( KARANGAN PENDEK )
YANG CEMERLANG
1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu
PT3 .

2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek ) ?


Bermaksud anda perlu merangka sebuah karangan yang
pendek dan ringkas berdasarkan soalan.

3. 10 markah diperuntukkan untuk karangan pendek.

4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 15 minit.

5. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak
menyusahkan pemeriksa kertas.

6. Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang .

7. Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup ( yang pendek ) untuk soalan
bahagian ini.

8. Gunakan semua isi yang diberikan.

9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek.

10 . Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan


sahaja, bermakna anda tidak boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.

11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti Sekolah
Rendah Abdul Hamid tidak dikira sebagai 4 perkataan malah dikira sebagai 1
perkataan sahaja.
CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD DAN CARA MENJAWAB YANG LENGKAP
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Menabung-amalan mulia-digunakan semasa kecemasan-membayar kos


perubatan-berjimat-cermat- tidak boros berbelanja- kurangkan beban ibu
bapa- bayar yuran- perlu praktikkan

RANGKA KARANGAN :
PENDAHULUAN
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk diamalkan.

ISI-ISI PENTING

1. Dapat digunakan semasa kecemasan.


- Dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.

2. Berjimat-cermat.
- tidak boros berbelanja
- membeli barangan keperluan sahaja.

3. Mengurangkan beban ibu bapa


- Bayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.

PENUTUP
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.
KARANGAN PENUH :
Menabung merupakan salah satu amalan yang baik dan mulia untuk
diamalkan.
Antara kebaikan menabung ialah dapat digunakan semasa kecemasan.
Contohnya , wang tabungan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan.
Selain itu, amalan menabung mengajar kita untuk berjimat-cermat. Kita
seharusnya tidak boros berbelanja dan membeli barangan keperluan sahaja.
Amalan menabung membantu kita mengurangkan beban ibu bapa. Kita boleh
membayar yuran sekolah mahupun tuisyen dengan wang tabungan.
Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan oleh semua orang
terutamanya generasi muda.
( 76 pp )

LATIHAN UJI DIRI

LATIHAN 1
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Ciri-ciri pelajar cemerlang


Setiap pelajar-keinginan-cemerlang- bidang akademik-mendapat keputusan baik
- mengutamakan disiplin diri-mematuhi peraturan-cergas-aktiviti kokurikulum-
menyihatkan tubuh badan- berusaha – dalam kehidupan
LATIHAN 2
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

PUNCA-PUNCA PENDERAAN KANAK-KANAK

- Tekanan kerja
- Masalah kewangan
- Kurang didikan agama

LATIHAN 3
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Purata- kes kemalangan jalan raya- peningkatan-memastikan kenderaan – baik-


membuat servis berkala-mematuhi undang-undang-had laju-pihak Jabatan
Kerja Raya –baiki jalan-pelbagai langkah-mengurangkan kemalangan jalan raya
LATIHAN 4
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

KEBAIKAN TELEFON BIMBIT

Alat perhubungan

Mendapat informasi terkini

Alat hiburan

LATIHAN 5
Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang
panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan .

Tabiat merokok-dijauhi-bahaya-mengakibatkan penyakit-bahan kimia-kanser


paru-paru- menyebabkan ketagihan-murung dan letih-pembaziran-
menghabiskan wang belanja- tabiat buruk-dihapuskan
SKEMA PEMARKAHAN
LATIHAN 1

RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN
Setiap pelajar semestinya mempunyai keinginan untuk menjadi pelajar
cemerlang.

ISI-ISI PENTING
1. Cemerlang dalam bidang akademik
- berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar
- mendapat keputusan yang baik.
2.Mengutamakan disiplin diri
- Pelajar yang mematuhi peraturan di sekolah merupakan pelajar yang
cemerlang.
3. Cergas dalam aktiviti kokorikulam.
- Menyihatkan dan mencergaskan badan pelajar.

PENUTUP
Tuntasnya, semua pelajar perlu berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang agar
berjaya dalam kehidupan.

KARANGAN PENUH
Setiap pelajar semestinya mempunyai keinginan untuk menjadi pelajar
cemerlang.
Antara ciri pelajar cemerlang ialah cemerlang dalam bidang akademik. Seorang
pelajar yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar pasti akan mendapat
keputusan yang baik.
Seterusnya, mengutamakan disiplin diri. Pelajar yang mematuhi peraturan di
sekolah merupakan pelajar yang cemerlang.
Selain itu, cergas dalam aktiviti kokorikulam. Ini membantu menyihatkan dan
mencergaskan badan pelajar.
Tuntasnya, semua pelajar perlu berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang
agar berjaya dalam kehidupan.

LATIHAN 2
RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN
Kes penderaan kanak-kanak tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara kita.

ISI-ISI PENTING
1. Tekanan kerja
- Ibu bapa melepaskan tekanan di tempat kerja kepada anak- anak yang tidak
berdosa.
2. Masalah kewangan.
- Menyebabkan ibu bapa bertindak ganas terhadap anak-anak.

3. Kurang didikan agama.


- Ilmu agama amat penting sebagai panduan dalam menguruskan keluarga.

PENUTUP
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang
dilarang keras dan wajib dielakkan.

KARANGAN PENUH
Kes penderaan kanak-kanak tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara kita.
Antara punca berlakunya penderaan kanak-kanak ialah tekanan kerja . Ibu
bapa melepaskan tekanan di tempat kerja kepada anak- anak yang tidak
berdosa.
Seterusnya, masalah kewangan. Masalah kewangan yang melanda keluarga
menyebabkan ibu bapa bertindak ganas terhadap anak-anak.
Selain itu, kurang didikan agama. Ilmu agama amat penting sebagai panduan
dalam menguruskan keluarga.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang
dilarang keras dan wajib dielakkan. ( 74 patah perkataan )

LATIHAN 3
RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN
Purata kes kemalangan jalan raya di negara menunjukkan peningkatan sejak
kebelakangan ini.

ISI-ISI PENTING
1. Memastikan kenderaan dalam keadaan baik.
- Membuat servis berkala
2. Mematuhi undang-undang.
- memandu dalam had laju yang ditetapkan.
3. Pihak Jabatan Kerja Raya pula perlu membaiki jalan-jalan yang berlubang-
lubang
- jalan yang tidak rata pasti mengundang bahaya kepada pemandu.

PENUTUP
Tuntasnya, pelbagai langkah seyogianya diambil bagi mengurangkan
kemalangan jalan raya. ( 78 patah perkataan )
KARANGAN PENUH
Purata kes kemalangan jalan raya di negara menunjukkan peningkatan sejak
kebelakangan ini.
Antara langkah mengelakkan kemalangan jalan raya ialah memastikan
kenderaan dalam keadaan baik. Pemandu perlu membuat servis berkala untuk
memastikan kenderaan selamat dipandu.
Seterusnya, pemandu perlu mematuhi undang-undang. Contohnya, pemandu
harus memandu dalam had laju yang ditetapkan.
Pihak Jabatan Kerja Raya pula perlu membaiki jalan-jalan yang berlubang-
lubang kerana jalan yang tidak rata pasti mengundang bahaya kepada pemandu.
Tuntasnya, pelbagai langkah seyogianya diambil bagi mengurangkan
kemalangan jalan raya. ( 78 patah perkataan )

LATIHAN 4
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Penggunaan telefon bimbit telah pun menjadi trend pada masa kini
terutamanya dalam kalangan remaja.

ISI-ISI PENTING
1. Alat perhubungan .
- Membolehkan pesanan disampaikan dengan mudah dan cepat.
2. Mendapat informasi terkini .
- Dapat mengakses laman sesawang untuk mendapatkan maklumat.
3. Alat hiburan.
- Dapat mendengar lagu dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa.

PENUTUP
Kesimpulannya, telefon bimbit banyak kebaikannya jika digunakan dengan bijak.
KARANGAN PENUH
Penggunaan telefon bimbit telah pun menjadi trend pada masa kini
terutamanya dalam kalangan remaja.
Telefon bimbit digunakan sebagai alat perhubungan . Ini membolehkan
pesanan disampaikan dengan mudah dan cepat.
Seterusnya, kita boleh mendapat informasi terkini . Melalui telefon bimbit,
kita dapat mengakses laman sesawang untuk mendapatkan maklumat.
Telefon bimbit juga digunakan sebagai alat hiburan. Kita dapat mendengar lagu
dan menonton video kegemaran pada bila-bila masa.
Kesimpulannya, telefon bimbit banyak kebaikannya jika digunakan dengan
bijak. ( 74 patah perkataan )

LATIHAN 5
RANGKA KARANGAN
PENDAHULUAN
Tabiat merokok perlulah dijauhi kerana amat berbahaya kepada diri.

ISI-ISI PENTING
1. Mengakibatkan penyakit.
- Bahan kimia yang terkandung dalam rokok amat berbahaya
- boleh menyebabkan kanser paru-paru.
2. Mengakibakan ketagihan.
- Nikotin dalam rokok boleh menyebabkan ketagihan
- menjadikan perokok murung dan letih.
3. Pembaziran wang
- Perokok mungkin menghabiskan wang belanjanya hanya untuk membeli
rokok.

PENUTUP
Tuntasnya, tabiat merokok yang begitu buruk ini harus dihapuskan bersama.
KARANGAN PENUH
Tabiat merokok perlulah dijauhi kerana amat berbahaya kepada diri.
Antara implikasinya ialah mengakibatkan penyakit. Bahan kimia yang
terkandung dalam rokok amat berbahaya sehingga boleh menyebabkan kanser
paru-paru.
Seterusnya, merokok boleh mengakibakan ketagihan. Nikotin dalam rokok
boleh menyebabkan ketagihan dan menjadikan perokok murung dan letih.
Selain itu, pembaziran wang akan berlaku. Perokok mungkin menghabiskan
wang belanjanya hanya untuk membeli rokok.
Tuntasnya, tabiat merokok yang begitu buruk ini harus dihapuskan bersama.
( 68 patah perkataan )

You might also like