You are on page 1of 1

TIP-TIP MENGHASILKAN KARANGAN RESPON TERHAD (KARANGAN PENDEK )

YANG CEMERLANG

1. Karangan respon terhad disoal dalam bahagian A Kertas 2 Bahasa MelayuPT3.


2. Apa itu karangan respon terhad ( karangan pendek )? Bermaksud anda perlu merangka sebuah
karangan yang pendek dan ringkas berdasarkan soalan.
3. 10 markah di peruntukkan untuk karangan pendek.
4. Masa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah15 minit.
5. Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak menyusahkan pemeriksa
kertas.
6. Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
7. Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup (yang pendek) untuk soalan bahagian ini.
8. Gunakan semua isi yang diberikan.
9. Pastikan karangan yang anda tulis untuk bahagian ini ringkas dan pendek.
10. Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan sahaja, bermakna anda
tidak boleh menulis melebihi 80 patah perkataan.
11. Kira jumlah perkataan dengan betul kerana perkataan seperti Sekolah Rendah Abdul Hamid tidak
dikira sebagai empat perkataan malah dikira sebagai satu perkataan sahaja.

CONTOH KARANGAN RESPON TERHAD DAN CARA MENJAWAB YANG LENGKAP

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yangpanjangnya antara 50
hingga 80 patah perkataan.

Menabung:
- digunakan semasa kecemasan -membayar kos perubatan
- berjimat-cermat - tidak boros berbelanja
- kurangkan beban keluarga - bayar yuran

Menabung merupakan amalan yang mulia. Banyak faedah yang diperoleh daripada menabung.
Antara manfaatnya ialah duit hasil tabungan boleh digunakan semasa kecemasan . Duit tabungan boleh
digunakan untuk membayar kos perubatan apabila sakit. Selain itu, amalan ini melatih seseorang
berjimat-cermat dan tidak boros berbelanja. Setiap individu berbelanja untuk barang keperluan sahaja.
Seterusnya, amalan ini boleh mengurangkan beban keluarga. Wang tabungan digunakan untuk membayar
yuran sekolah mahupun tuisyen. Kesimpulannya, amalan menabung wajar dipraktikkan terutamanya
generasi muda agar bijak mengurus kewangan.
(77 patah perkataan)

You might also like