You are on page 1of 58

MODUL PDPR BAHASA MELAYU

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUHARA


TAWAU, SABAH

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3

Disediakan oleh,

Zainab Jumaen
Afsiah Abdul Rachman
Nurizah Biran
Supainih Rasmin
2020
MODUL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI RUMAH
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3

DISEDIAKAN OLEH :
GURU-GURU BAHASA MELAYU
TINGKATAN 3 SMK KUHARA TAWAU

DISEMAK OLEH :
PUAN MUSNIA BINTI ABDULLAH
PEGAWAI SISC+ BAHASA PPD TAWAU
FORMAT INSTRUMEN PT3 MULAI TAHUN 2019
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (02/03)

NOTA : MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH TINGKATAN


3 INI, SEDAYA UPAYA DISEDIAKAN MENGIKUT FORMAT PT3 MULAI
TAHUN 2019.
KANDUNGAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
DI RUMAH TINGKATAN 3

1. BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2) - BAHAGIAN A : KARANGAN


RESPON TERHAD (KARANGAN PENDEK)
• BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 4 LATIHAN
2. BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/2) - BAHAGIAN B : KARANGAN
RESPON TERBUKA
• BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 3 LATIHAN
3. BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/1) - BAHAGIAN B SOALAN 3 :
NOVEL
• BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 5 LATIHAN
4. BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/1) - BAHAGIAN C : ULASAN
• BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 4 LATIHAN
5. BAHASA MELAYU KERTAS 2 (02/1) - BAHAGIAN C : ULASAN
• BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 7 LATIHAN
6. LATIHAN PEMAHAMAN PROSA TRADISIONAL – BAHAGIA
SESUDAH DERITA
• BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 3 LATIHAN
7.

NOTA :
• MURID DIMINTA MENJAWAB HANYA 1 LATIHAN DALAM MODUL INI,
SETIAP DI RUMAH. – GURU AKAN MEMBERI ARAHAN KEPADA
MURID TENTANG LATIHAN YANG PERLU DIJAWAB MENGIKUT
JADUAL/TARIKH YANG TELAH DITENTUKAN OLEH GURU.
• PASTIKAN MURID MERUJUK NOTA PEGANGAN SEBAGI PANDUAN
UNTUK MENYIAPKAN LATIHAN. – JIKA MURID MENGHADAPI
MASALAH, SILA HUBUNGI GURU UNTUK MENDAPATKAN
BIMBINGAN.
• LATIHAN YANG TELAH DISIAPKAN PERLU DIHANTAR KEPADA GURU
UNTUK DISEMAK
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU (02/2) : BAHAGIAN A

KARANGAN RESPON TERHAD (KARANGAN PENDEK)

Tajuk KARANGAN RESPON TERHAD (KARANGAN PENDEK)


Sasaran Semua Murid Tingkatan 3
Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara
terancang.
Standard 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap
Pembelajaran serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
• Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap
serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
Tempoh Pelaksanaan 1 hari 1 latihan
Aktiviti Latihan Bertulis
Panduan menjawab 1. Murid dikehendaki membaca NOTA PEGANGAN MURID
latihan yang diberi
2. Murid menjawab 1 latihan setiap hari mengikut jadual yang
diberi
3. Hasil jawapan murid perlu dihantar kepada guru untuk disemak
NOTA PEGANGAN MURID
KARANGAN RESPON TERHAD
• Bermaksud anda perlu merangka sebuah karangan yang pendek dan ringkas berdasarkan
soalan.
• 10 markah untuk karangan pendek
• 15 minit masa yang dicadangkan
• Ikut urutan isi seperti yang disenaraikan dalam kertas soalan supaya tidak menyusahkan
pemeriksa kertas.
• Tidak perlu memasukkan keterangan yang diulang.
• Anda boleh menulis pendahuluan dan penutup (yang pendek)
• Gunakan semua isi yang diberikan
• Pastikan arangan yang ada sediakan ringkas dan pendek
• Panjang karangan hendaklah antara 50 hingga 80 perkataan sahaja.
BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 4 LATIHAN

LATIHAN 1
KARANGAN RESPON TERHAD
10 markah
Masa yang dicadangkan : 15 minit
BAHAGIAN A

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 perkataan.

Peserta berkumpul – Taklimat – bentuk kumpulan – dirikan khemah –


aktiviti memasak =-mencungkil bakat – pengurusan diri – berdikari –
meningkat disiplin – Latihan Dalam Kumpulan (LDK) – bekerjasama -
bersurai
LATIHAN 2
KARANGAN RESPON TERHAD
10 markah
Masa yang dicadangkan : 15 minit
BAHAGIAN A

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 perkataan.

Menabung – amalan mulia – digunakan semasa kecemasan – membayar kos


perubatan - berjimat-cermat- tidak boros berbelanja- kurangkan beban ibu
bapa- bayar yuran- perlu praktikkan
LATIHAN 3
KARANGAN RESPON TERHAD
10 markah
Masa yang dicadangkan : 15 minit
BAHAGIAN A

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 perkataan.

Dihasilkan di Badan warna


sebuah kilang hitam

Dihantar ke Aku Sebuah Dijaga dengan


kedai telefon Telefon Bimbit baik

Dibeli oleh Dipamerkan


seorang dalam almari
pemuda kaca
LATIHAN 4
KARANGAN RESPON TERHAD
10 markah
Masa yang dicadangkan : 15 minit
BAHAGIAN A

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50
hingga 80 perkataan.

PELAJAR CEMERLANG

Untuk digelar - pelajar cemerlang- ciri positif - mempunyai sahsiah dan


peribadi yang unggul - menghormati dan menyayangi ibu bapa serta guru-
guru – sentiasa mengikut ajaran agama - panduan dalam kehidupan -
mempunyai wawasan hidup - dapat mencapai cita-cita mereka kelak -
diterapkan dalam diri setiap pelajar - pelajar yang cemerlang.
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU (02/2) : BAHAGIAN B

KARANGAN RESPON TERBUKA

Tajuk KARANGAN RESPON TERBUKA


Sasaran Semua Murid Tingkatan 3
Standard Kandungan 3.4 Menulis untuk menghasilkan sesuatu penulisan secara
terancang.
Standard 3.4.5 Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap
Pembelajaran serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
• Menulis sesuatu penulisan dengan wacana yang lengkap
serta menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif.
Tempoh Pelaksanaan 1 hari 1 latihan
Aktiviti Latihan Bertulis
Panduan menjawab 1. Murid dikehendaki membaca NOTA PEGANGAN MURID
latihan yang diberi
2. Murid menjawab 1 latihan setiap hari mengikut jadual yang
diberi
3. Hasil jawapan murid perlu dihantar kepada guru untuk disemak
NOTA PEGANGAN MURID
KARANGAN RESPON TERBUKA

Teknik Mengarang - Karangan PT3


ASPEK-ASPEK PENTING TENTANG KARANGAN:
1. RANGKA KARANGAN:

PENDAHULUAN : 1 Perenggan : 30 Perkataan


ISI : 4 Isi : 4 Perenggan : 4X30 : 120 Perkataan
PENUTUP : 1 Perenggan : 30 Perkataan

2. BENTUK PERENGGAN:
JENIS PENDAHULUAN ISI PENUTUP
AYAT
Ayat Topik Tema Kehendak Soalan Merumus
1 / 2/ 3 / 4 Kehendak
Soalan
Ayat Huraian Tema Huraian Ulasan Tema
Huraian Kehendak Soalan
Ayat Contoh Bukti Huraian Bukti Cadangan
Tema Kehendak Soalan
Ayat Rumus Kehendak Soalan Menegaskan Kehendak Harapan
Soalan

3. ASPEK SOALAN:
a. Punca: Faktor / Sebab / Apa / Mengapa
b. Kesan: Impak / implikasi / Kebaikan / Kepentingan / Kelebihan /Keburukan
Langkah Mengatasi: Cara / Strategi / Teknik / Bagaimana / Usaha
c.
TEKNIK MENGARANG KARANGAN PT3
1. TEKNIK MENGANALISIS SOALAN KARANGAN:
• Baca ketiga-tiga soalan dengan teliti, kemudian pilih satu soalan.
• Baca soalan yang dipilih dengan teliti. Kemudian gariskan kata-kata kunci:
• Tema (T) / Kehendak Soalan (KS) / Format Karangan (F) /Kepanjangan Karangan
(P)
Contoh:
Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat semakin meluas.
Huraikan kebaikan-kebaikan penggunaan telefon bimbit.
Tema : PenggunaanTelefon Bimbit
Kehendak soalan : Kebaikan Penggunaan
Format Karangan : Karangan Fakta
2. TEKNIK MENULIS RANGKA KARANGAN
2.1 Teknik Menulis Perenggan Pendahuluan.
Ayat Topik Penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara
global
Ayat Huraian Fungsinya semakin hari semakin canggih
Ayat Contoh melayari internet, mendengar muzik,kamera
Ayat Rumus Banyak membawa kebaikan

Pada zaman digital ini, penggunaan telefon bimbit sangat meluas secara
global bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Telefon bimbit bukan lagi sebagai alat
perhubungan malah mempunyai pelbagai fungsi yang semakin hari semakin
canggih. Antaranya, kita boleh melayari internet, mendengar muzik,kamera dan sebagainya.
Hal ini banyak membawa kebaikan kepada masyarakat zaman sekarang.

2.2 Teknik Menulis Perenggan Isi.


a. Senaraikan isi-isi yang berkaitan dengan kehendak soalan.
1. memudahkan komunikasi antara manusia
2. mengurangkan membeli peralatan kamera
3. meluaskan pengetahuan –internet
4. menghiburkan hati

b. Kembangkan setiap isi yang telah anda senaraikan dan pastikan huraian isi tidak bercampur
aduk. Tulis 1 isi dalam 1 perenggan.

c. Rangka Perenggan Isi (1):


Ayat Topik Memudahkan komunikasi antara manusia
Ayat Huraian Boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masapun dan di
mana-manapun kita berada.
Ayat Contoh Boleh menggunakan kemudahan ‘sms’, watsapp, telegram, viber
kosnya kurang daripada telefon biasa
Ayat Rumus Sistem komunikasi manusia mudah dan berkesan

Antara kebaikannya, penggunaan telefon bimbit memudahkan komunikasi antara


manusia. Kita boleh menghubungi seseorang pada bila-bila masa dan di mana-manapun kita
berada. Hal ini demikian kerana telefon bimbit mempunyai kemudahan seperti ‘sms’,
’mms’, ‘watsapp’, telegram,viber dan sebagainya. Tambahan pula kos penggunaannya juga
kurang berbanding dengan telefon biasa. Natijahnya, sistem komunikasi manusia sangat
mudah dan berkesan.
2.3 Teknik Menulis Perenggan Penutup
Ayat Topik Berfaedah kepada sesiapa sahaja
Ayat Huraian Telefon bimbit dianggap sebagai keperluan berisiko
Ayat Contoh Satu keperluan yang tidak boleh diabaikan
Ayat Rumus Bijak menggunakannya - agar tidak membawa kemudaratan

Izharnya, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan masyarakat sangat berfaedah


kepada sesiapa sahaja. Namun begitu, semakin tinggi teknologi maklumat berkembang,
semakin berisiko nyawa manusia di ambang kemajuan era globalisasi. Telefon bimbit
sudah dianggap sebagai barangan yang dikategorikan sebagai keperluan yang berisiko.
Walau bagaimanapun, telefon bimbit dianggap satu keperluan yang tidak boleh diabaikan.
Oleh itu, kita perlu bijak menggunakan telefon bimbit agar tidak membawa kemudaratan.
BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 3 LATIHAN

LATIHAN 1
KARANGAN RESPON TERBUKA
30 markah
Masa dicadangkan : 45 minit
BAHAGIAN B

Berdasarkan gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudia pilih satu daripada tiga soalan
yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.
i. Anda telah menyertai Sambutan Hari Sukan Negara.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai program tersebut.

ii. Bersukan dapat memberikan banyak faedah kepada kita.


Huraikan pendapat anda tentang faedah bersukan.

iii. Anda akan mewakili sekolah dalam pertandingan syarahan. Tajuk syarahan anda ialah ‘Usaha
Memupuk Minat Bersukan dalam Kalangan Rakyat Malaysia’.
Tulis syarahan anda selengkapnya.
LATIHAN 2
KARANGAN RESPON TERBUKA
30 markah
Masa dicadangkan : 45 minit
BAHAGIAN B

Berdasarkan gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudian pilih satu daripada tiga soalan
yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.
SUKAN

TAKLIMAT DARIPADA GURU MEMUPUK GAYA HIDUP SIHAT

PERPADUAN KAUM MEMBERI GALAKAN DAN DORONGAN

AKTIVITI MEMANASKAN BADAN MEMBELIKAN PERALATAN SUKAN


i. Setiap tahun sekolah anda melaksanakan Kejohanan Merentas Desa.
Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai acara tersebut.

ii. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam usaha menggalakkan anak-anak menyertai
aktiviti sukan.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha menggalakkan
anak-anak menyertai aktiviti sukan.

iii. Anda telah mewakili sekolah dalam satu pertandingan syarahan yang bertajuk ‘Faedah
Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan di sekolah’.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
LATIHAN 3
KARANGAN RESPON TERBUKA
30 markah
Masa dicadangkan : 45 minit
BAHAGIAN B

Berdasarkan gambar dan maklumat di bawah dengan teliti. Kemudia pilih satu daripada tiga soalan
yang dikemukakan dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 180 patah
perkataan.
i. Keluarga anda kerap membawa anda melancong bagi melawat tempat menarik di dalam
negara semasa cuti persekolahan hujung tahun.
Ceritakan pengalaman anda semasa bercuti di dalam negara.

ii. Pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha menggalakkan pelancongan di
negara ini.
Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha
menggalakkan rakyat melancong ke negara ini.

iii. Anda merupakan Pengerusi Kelab Pencinta Alam di sekolah anda. Anda diminta memberi
ucapan yang bertajuk ‘Kelebihan melancong di dalam negara berbanding di luar negara.’.
Sediakan teks ucapan anda selengkapnya.
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU (02/1) : BAHAGIAN B - NOVEL

LATIHAN NOVEL (HEMPASAN OMBAK)

Tajuk NOVEL (HEMPASAN OMBAK)


Sasaran Semua Murid Tingkatan 3
Standard Kandungan 4.1 Memahami dan mengapresiasi karya sastera.
Standard 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan
Pembelajaran menyatakan respons peribadi terhadap kekuatan dan kelemahan
sesuatu karya.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
• Memahami dan mengapresiasi karya prosa dengan
menyatakan respons peribadi terhadap kekuatan dan
kelemahan sesuatu karya
Tempoh Pelaksanaan 1 latihan setiap hari
Aktiviti Latihan Bertulis
Panduan menjawab 1. Murid dikehendaki membaca NOTA PEGANGAN MURID
latihan yang diberi
2. Murid menjawab 1 latihan setiap hari mengikut jadual yang
diberi
3. Hasil jawapan murid perlu dihantar kepada guru untuk
disemak

PENTAKSIRAN : GURU MENGAJAR ASPEK SENI BAHASA TETAPI DALAM AKTIVITI


P&P BOLEH MENGGUNAKAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SUPAYA
MURID DAPAT DITAKSIR
NOTA PEGANGAN MURID
NOVEL HEMPASAN OMBAK TINGKATAN 3 KARYA ZAILIANI TASLIM
A SINOPSIS UMUM
Novel ini mengisahkan seorang anak yang bernama Farid meneruskan warisan Syarikat
Perniagaan Batik Nusantara selepas ayahnya Haji Badrul meninggal dunia. Farid terpaksa
mengambil alih syarikat tersebut walaupun baru berumur 19 tahun. Haji Badrul mempunyai isteri
yang bernama Hajah Zaoyah. Latifah sebagai anak sulung dan mempunyai anak 5 tidak pernah
dididik dalam bidang perniagaan. Lotfi pula lumpuh kerana terlibat dalam kemalangan dan berpaut
pada kerusi roda untuk bergerak. Farhan menjadi harapan dan pewaris legasi syarikat ayahnya tetapi
telah meninggal dunia sewaktu belajar di UKM manakala Hanisyah dan Hisham adik Farid baru
berusia 15 tahun dan 12 tahun.
Farid menghadapi kesukaran memulakan perniagaan kerana dia masih mentah dalam bidang
perniagaan. Syarikat peninggalan batik arwah ayahnya juga menghadapi masalah kewangan. Ramai
agen tidak membayar hutang. Selain itu, permintaan batik keluaran Syarikat Nusantara di pasaran
juga tidak memberangsangkan. Syarikat tersebut dibantu oleh Tomsiah yang dipanggil Kak Tom.
Beliau telah berkhidmat sejak syarikat itu ditadbir oleh ayahnya. Kak Tom menguruskan tugas
pentadbiran dan kewangan.
Selepas makan malam, Farid bermusyawarah bersama Lotfi dan ibunya Hajah Zaoyah
tentang masalah syarikat. Lotfi dan Hajah Zaoyah tidak mahu syarikat itu dijual atau ditutup. Hajah
Zaoyah mahu warisan yang ditinggalkan terus bertahan dan berkembang dalam pasaran batik. Tiba-
tiba fikiran Farid terlintas untuk menjual sebahagian aset syarikatnya bagi dijadikan modal dan
membayar hutang. Tambahan pula, Hajah Zaoyah juga sanggup menggadaikan barang kemas dan
tanah demi menyelamatkan syarikat itu. Farid mempertimbangkan cadangan ibunya dan cuba
mencari jalan lain. Farid juga memerlukan orang yang arif kerana setiap pelaburan melibatkan risiko.
Farid telah mengadakan mesyuarat dan merupakan mesyuarat pertama sejak dia mengambil
alih syarikat itu. Dia telah menyatakan hasrat mengembangkan perniagaan dengan memperbesar
bengkel batik dan meningkatkan pengeluaran. Modal akan diperoleh daripada hasil jualan sebahagian
aset syarikat dan hasil gadaian barang ibunya. Idea Farid disambut baik oleh semua ahli yang hadir
dalam mesyuarat itu.
Sebelum projek tersebut dilakasanakan, Farid telah bertemu Encik Mokhsien yang
merupakan bekas pekerja ayahnya dan pengarah urusan pemborong binaan Nadi Zaman. Encik
Mokhsein banyak memberi tunjuk ajar dan memotivasikan kepada Farid agar menjadi usahawan
bumiputera yang berjaya. Farid menjadi lebih bersemangat. Kemudian, dia juga bertemu Zuraidah
atau Eda rakan sekelas sekolah yang membuka kedai di bandar Terengganu. Zuraidah seorang yang
pandai melayan pelanggan. Dia sudah terlibat dalam bidang perniagaan sejak di bangku sekolah.
Cara layanan dan cita rasa pelanggan terhadap batik dalam genggaman Zuraidah. Hubungan Farid
dan Zuraidah kian erat. Farid menceritakan segala masalah yang berlaku kepada Zuraidah. Zuraidah
memberi idea supaya Farid mengubah corak batik tradisional ke kontemporari. Hal yang demikian
kerana cita rasa pelanggan sering berubah-ubah mengikut peredaran masa. Cadangan Zuraidah
disetujui Farid demi membangunkan semula Syarikat Batik Nusantara.
Farid sekali lagi datang ke pejabat Encik Mokhsein. Encik Mokhsein menyemak rancangan
perniagaan dan berjanji membantu Farid. Pada masa yang sama, Encik Mokhsein menasihatkan Farid
supaya mengikuti kursus pengurusan perniagaan dan mendapatkan khidmat nasihat dari MIDA dan
MARA. Ilmu dapat membantu seseorang bersaing dalam dunia perniagaan yang sangat kompetitif.
Modal sebanyak 75 ribu ringgit telah dilaburkan untuk membina bangsal tambahan,
peralatan dan bahan batik moden. Pembatik-pembatik modennya itu akan diberi latihan jangka
pendek oleh MARA dan MIDA. Setelah bangsal batik siap dibina, Farid telah mengadakan majlis
perasmian dan mengundang Encik Mokhsein sebagai perasmi majlis. Majlis ini turut dihadiri Hartini
Noor yang merupakan graduan seni reka fabrik UiTM dan dia telah dilantik oleh Encik Mokhsein
sebagai pengajar corak batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Hartini banyak menyumbangkan
idea dan melatih pekerja Farid dalam mereka corak seni moden. Kehadiran Hartini menyebabkan
Zuraida berasa cemburu dan dia mempunyai perasaan salah sangka terhadap Farid. Farid sedar akan
tindakan Zuraidah dan dia menjelaskan bahawa Hartini sudah bertunang. Perasaan cemburu Zuraidah
pudar dan hubungan mereka lebih akrab.
Syarikat Farid semakin berkembang. Farid turut turun padang berjumpa agen baharu.
Pengalaman mengajar Farid supaya mencari agen yang jujur dan melunaskan hutang dengan cepat.
Di sebalik kemajuan perniagaan Farid, ada pesaing yang marah dan tidak berpuas hati. Jualan batik
Syarikat Rajawali kepunyaan Mukhtar bapa saudara Zuraida merosot. Mukhtar menyedari bahawa
hasil batik syarikat Farid boleh menyebabkan perniagaannya gulung tikar. Mukhtar bertambah marah
apabila anak buahnya membantu menjual batik moden Farid. Mukhtar mengugut untuk membakar
kedai Zuraidah sekiranya dia tidak mahu memulangkan batik tersebut kepada Farid. Zuraidah akur
dengan permintaan bapa saudaranya. Zuraidah terpaksa kerana Mukhtar banyak memberi bantuan
setelah ayahnya meninggalkan ibunya. Mukhtar juga mengugut Farid supaya menghentikan operasi
batik modennya menggunakan surat layang. Farid menceritakan kejadian itu kepada Kak Tom dan
keluarganya. Hajah Zaoyah menyarankan agar Farid melaporkan kepada pihak polis. Farid berdegil
dan mahu menyelesaikan sendiri.
Di samping itu, Mukhtar mengupah ketua samseng yang bernama Mahmood untuk membuat
kacau di bangsal moden syarikat Farid. Apabila Mahmood tiba di bangsal moden itu, dia terlihat
Masri dan Azmi sedang bekerja. Mahmood bertambah marah dan menyangka syarikat Farid mencuri
bekas pekerja majikannya. Hartini yang baru pulang cuba meredakan suasana dengan melayan
Mahmood dengan baik tetapi gagal. Kemudian Hartini menghalau Mahmood. Mahmood masih
berdiri dan tidak mahu pulang. Hartini berlari dan meminta pertolongan daripada Pak Nik. Tindakan
Mahmood semakin agresif apabila Pak Nik dan dia bertikam lidah. Mahmood mencekik leher Azmi
dan ingin mecelup muka Azmi pada kawah lilin cair. Tangan Masri yang memegang canting lilin
panas, dia nekad mencurah lilin tersebut pada muka Mahmood supaya Azmi dilepaskan. Muka
Mahmood melecur dan dia lari lintang pukang. Pekerja Farid tidak berjaya memberkas Mahmood.
Walaupun cubaan pertama dan kedua tidak berjaya mensabotaj perniagaan Farid
tetapi Mukhtar tidak pernah patah semangat untuk membalas dendam. Mukhtar telah mengupah
beberapa pemuda untuk membakar bangsal moden syarikat Farid. Pada waktu malam, Farid
sekeluarga menyedari cahaya api dan bunyi letupan dari bangsal batik miliknya. Dalam beberapa
minit, api marak dengan cepat dan menjilat bangsal itu hingga rentung. Farid berpura-pura tenang
apabila berhadapan dengan Hartini dan pekerjanya walaupun perasaan sedih dipendamkan dalam
hati. Siasatan pihak bomba mendapati bangsal tersebut disabotaj dan dibakar secara sengaja. Pihak
polis juga telah memanggil Farid untuk diambil keterangan. Polis telah menangkap Mukhtar setelah
siasatan selesai dan bukti mencukupi. Mukhtar telah didakwa dan dihukum penjara selama 3 tahun.
Selepas 3 hari kejadian itu, Encik Mokhsein ke pejabat Farid. Beliau memberitahu Farid
bahawa beliau berjaya membantu Syarikat Nusantara mendapatkan pelanggan dari Singapura dan
Kuala Lumpur. Zuraidah meminta maaf atas tindakan pakciknya itu dan dia menyatakan bahawa
akan sambung belajar. Semasa perjalanan menghadiri perkahwinan Hartini, Encik Mohsein
mengusik Farid dan Zuraida. Encik Mokhsein menyatakan bahawa mereka pasangan yang sesuai
untuk memajukan Syarikat Batik Nusantara. Farid hanya tersenyum manakala Zuraidah
mukanya merah padam menikmati pemandangan di luar kereta.

B. TEMA
Kegigihan seorang anak dalam memajukan perniagaan warisan keluarga.

C. PERSOALAN:
1) Persoalan tentang cabaran dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid menghadapi pelbagai cabaran dalam menguruskan perniagaan batik milik
keluarganya.
2) Persoalan tentang ketabahan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Farid tabah menempuh pelbagai cabaran demi mengembangkan Syarikat Batik
Nusantara.
3) Persoalan tentang kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya: Hajah Zaoyah sangat menyayangi anak-anaknya dan dia sanggup menggadai tanah dan
barang kemas demi membantu Farid memajukan perusahaan warisan arwah suaminya. Farid juga
sanggup menggalas tanggungjawab mengambil alih syarikat arwah ayahnya kerana adik-
beradiknya yang lain tidak mempunyai keupayaan dalam menguruskan syarikat tersebut.
4) Persoalan tentang sikap manusia yang sanggup menolong orang lain.
Contohnya: Mokhsein menjadi mentor kepada Farid dalam usaha membangunkan semula Syarikat
Batik Nusantara. Mokhsein sering memberi motivasi kepada Farid. Beliau juga membantu Farid
mendapatkan pengedar dari Singapura dan Kuala Lumpur bagi memasarkan batik milik keluarga
Farid.
5) Persoalan tentang kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Contohnya: Zuraida menyambung pelajarannya pada hujung minggu manakala Farid menghadiri
pelbagai kursus yang dianjurkan oleh MIDA, MARA bagi meningkatkan kemahiran pengurusan
dan pentadbiran syarikat.
6) Persoalan tentang Sikap suka memandang rendah terhadap orang lain.
Contohnya: Mukhtar memandang rendah terhadap kemampuan Farid menguruskan syarikat
batiknya.
7) Persoalan tentang persaingan dalam dunia perniagaan.
Contohnya: Mukhtar telah mensabotaj Syarikat Batik Nusantara dengan pelbagai cara untuk
memastikan Syarikat Batik Rajawali bertahan dalam industri batik.

D. WATAK DAN PERWATAKAN


Farid (Watak Utama) Mokhsein Hajah Zaoyah Zuraida
• Berusia 19 tahun dan • Bertubuh • Hajah Zaoyah • Zuraida berusia
bertubuh sederhana. gelap, berusia 56 tahun dan 19 tahun dan
• Bertanggungjawab berwajah balu kepada merupakan rakan
menerajui Syarikat bulat dan Allahyarham Haji sekelas Farid
Batik Nusantara. tampan. Badrul, pemilik dari tingkatan
• Bersikap sederhana. • Pemilik Syarikat Batik satu hingga
• Penyayang terhadap Syarikat Nusantara. tingkatan lima di
ahli keluarga dan Nadi • Dia mempunyai Sekolah
rakan baik. Zaman. enam orang anak. Menengah Seri
• Bersikap rasional • Mengenang • Seorang ibu yang Budiman.
dalam mengambil budi. penyayang. • Dia berniaga
tindakan. • Baik hati • Seorang yang gigih pakaian di bazar
• Mengamalkan dan dalam mengharungi MARA di Jalan
semangat berhemah cabaran dan masalah Banggol sejak t
bermasyarakat. tinggi. dalam perniagaan. • ujuh tahun lalu
• Rajin berusaha untuk • Bijak • Seorang yang berani dengan dibantu
memajukan syarikat. dalam menanggung risiko oleh adik-
• Taat pada ajaran menyusun dalam menguruskan adiknya.
agama. strategi perniagaan. • Seorang yang
• Berani dalam pemasaran • Seorang ibu yang gigih dalam
membuat tindakan. perniagaan. sanggup berkorban perniagaan.
• Bersifat tabah dan untuk memajukan • Seorang yang
penyabar. perniagaan. mudah cemburu.
• Seorang yang bijak Seorang yang
dan rasional dalam berpandangan
membuat tindakan. jauh dalam
mencorak masa
depan.
E. LATAR
LATAR TEMPAT, LATAR MASA, LATAR MASYARAKAT
LATAR TEMPAT CONTOH
1. Rumah Farid Tempat Farid makan malam bersama keluarganya.
Tempat Farid dan pekerjanya mengadakan mesyuarat pertama.
2. Pejabat Farid
Tempat Farid bekerja sebagai pengurus di syarikat milik keluarganya
Tempat Farid bertemu Mokhsein bagi meminta nasihat dan tunjuk ajar
3. Firma Nadi Zaman
dalam dunia perniagaan.
4. Bazaar Mara Jalan Tempat Zuraida berniaga pakaian.
Bonggol
5. Kampung Tanjung Rumah Zuraida
6. Balai Polis Daerah Tempat Farid memberi kenyataan tentang peristiwa kebakaran bangsal
Kuala Terengganu moden milik syarikatnya.
7. Mahkamah Rendah Tempat Mukhtar dibicarakan dan dijatuhkan hukuman terhadap kes
Kuala Terengganu kesalahan membakar bangsal moden Farid.
8. UITM ( Universiti Tempat Zuraida menyambung pelajaran dalam bidang Pentadbiran
Teknologi Mara) Perniagaan

LATAR MASA CONTOH


1. Pagi Sabtu Farid berkunjung ke kedai Zuraida
2. 2.00 pagi Bangsal moden Syarikat Batik Nusantara terbakar
Bunyi letupan kedengaran dan orang kampung tersedar akan kebakaran
3. 15 minit
bangsal tersebut.
Selepas tiga hari berlakunya peristiwa kebakaran itu, Mokhsein
4. Tiga hari
mengunjungi Farid di pejabatnya.
5. 9.00 pagi Mesyuarat kali pertama diadakan oleh Farid dan pekerjanya.
6. Sebulan Hartini menjadi tenaga pengajar batik moden kepada pekerja Farid.
7. Akhir tahun 60-an Syarikat Batik Nusantara ditubuhkan
8. Waktu Malam Pada waktu malam, Farid dan keluarganya makan malam bersama.

LATAR CONTOH
MASYARAKAT
Farid, Zuraida, Mokhsein dan Mukhtar seorang yang terlibat dalam
1. Masyarakat peniaga
perniagaan batik.
2. Masyarakat yang gigih Farid berusaha dengan gigih untuk mebangunkan syrikat batik warisan
berusaha milik keluarganya.
3. Masyarakat yang Moksein menyarankan agar Farid mengikuti kursus – kursus dalam
mementingkan ilmu. perniagaan supaya dapat meningkatkan pengetahuan dalam
pengurusan syarikat.
Zuraidah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pentadbiran Perniagaan
di UiTM Dungun walaupun dia sudah memiliki kedai.
4. Masyarakat hidup saling Mokhsein dan Zuraida sering membantu Farid dalam urusan
membantu perniagaan seperti memberikan cadangan yang membina.
Hajah Zaoyah sanggup menggadaikan barang-barang kemas miliknya
5. Masyarakat yang
untuk dijadikan modal dalam membangunkan perusahaan batik yang
sanggup berkorban
diwarisi anaknya.
Mukhtar yang dengki kepada Farid sanggup sabotaj perusahaan Farid
6. Masyarakat yang dengki
agar dapat menyingkirkan pesaingnya di dalam pasaran batik.
Hartini menggunakan daya kreativitinya untuk menghasilkan corak
7. Masyarakat yang kreatif
batik dan mempelbagaikan kegunaan batik sebagai pakaian, perabot
dan inovatif
dan penghias dinding.
F. BINAAN PLOT

Permulaan
Farid duduk di dalam bilik dan dia berasa seperti tidak percaya dalam usia 19 tahun terpaksa
mengambil alih Syarikat Batik Nusantara setelah ayahnya meninggal dunia tiga bulan yang lalu.
Farid berasa resah dan kurang yakin kerana tiada pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan
perniagaan tersebut. Farid bertuah kerana Tomsiah atau Kak Tom, kerani syarikat banyak membantu
dan memberi tunjuk ajar tentang pengurusan syarikat keluarga Farid. Farid sangat mengagumi Kak
Tom kerana kemahiran dan pengetahuannya dalam menguruskan syarikat milik arwah ayah Farid.

Perkembangan
Farid mendengar pelbagai cerita tentang punca kematian ayahnya. Ada yang mengatakan bahawa
ayahnya meninggal dunia akibat terkena santau, tuju dan sebagainya. Namun, Farid berpendapat
bahawa kematian ayahnya merupakan takdir yang telah ditetapkan Tuhan. Farid sendiri tahu bahawa
ayahnya menghidap penyakit barah di dalam perut. Pemergian ayahnya seperti memberi amanah
kepada Farid untuk menguruskan perniagaan keluarganya itu, lebih-lebih lagi abangnya, Lotfi
lumpuh. Farid berhadapan tugas penting untuk memulihkan perniagaan keluarganya. Farid sering
merujuk kepada Kak Tom dalam menguruskan perniagaan batik keluarganya. Sebagai pengurus
baharu, Farid bertanggungjawab meninjau bangsal para pekerjanya mencanting batik. Farid berasa
risau apabila Nik memberitahu bahawa stok untuk menghasilkan batik semakin berkurangan.
Menurut Nik lagi, kain batik mereka tidak laku dan melambak di pasaran. Tomsiah pula telah
menyerahkan fail hutang syarikat itu kepada Farid. Farid mula memikirkan strategi untuk mengatasi
masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikatnya. Farid bermesyuarat dengan pekerjanya dan
keputusan telah diambil untuk melakukan pelbagai pelan untuk memajukan syarikat batik itu seperti
memperbesar bangsal dan menghasilkan batik moden. Mokhsein dan Hartini memainkan peranan
yang penting dalam penghasilan batik moden di Syarikat Batik Nusantara. Dengan kreativiti Hartini,
batik bercorak moden berjaya dihasilkan dan kegunaan batik juga telah dipelbagaikan.

Perumitan
Kemunculan batik bercorak baharu keluaran syarikat Farid menyebabkan batik keluaran Syarikat
Batik Rajawali tidak lagi mendapat sambutan. Pemiliknya, Mukhtar sangat berdendam terhadap
Farid dan dia juga telah mendesak Zuraida, anak saudaranya agar tidak menjual batik keluaran
syarikat Farid di gerainya. Selain itu, Mukhtar telah mengirimkan surat layang berbaur ugutan kepada
Farid. Seterusnya samseng upahan Mukhtar, iaitu Mahmood telah datang ke bangsal batik Farid dan
dia cuba memfitnah dan memukul Masri. Tindakan itu berjaya dihalang oleh Azmi. Azmi telah
mencurah lilin panas pada muka Mahmood.

Puncak
Bangsal batik moden milik Farid telah dibakar oleh orang upahan Mukhtar pada waktu malam. Farid
berusaha memadamkan api tetapi usahanya gagal. Kejadian itu memusnahkan bangsal batik moden.
Selepas siasatan dijalankan, pihak bomba mendapati bahawa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian
itu.

Peleraian
Mukhtar bin Yusof, pemilik Syarikat Batik Rajawali ditangkap polis atas tuduhan mengupah tiga
orang samseng membakar bangunan bengkel milik Farid. Zuraida memohon maaf kepada Farid atas
perbuatan pakciknya itu. Mukhtar dijatuhkan hukuman oleh mahkamah penjara tiga tahun.

G. TEKNIK PLOT

Teknik Dialog
Contohnya, perbualan antara Farid dengan Tomsiah mengenai kedudukan kewangan Syarikat Batik
Nusantara yang bergerak perlahan dan kurang memberangsangkan.
Teknik Monolog
Contohnya, Farid bermonolog sendirian apabila memikirkan tanggungjawab besar yang perlu
dilaksanakan setelah dia dilantik untuk menerajui Syarikat Batik Nusantara yang sedang berhadapan
dengan masalah kewangan.
Teknik Imbas kembali
Contohnya, Farid teringat kembali akan kata-kata bapanya bahawa dunia perniagaan tidak ubah
seperti gelanggang persilatan yang dipenuhi dengan sepak terajang dan dipenuhi faktor politik dalam
mengaut laba.
Teknik Imbas Muka
Contohnya, Mukhtar membayangkan wajah Farid yang hanya menangis ketika berdepan dengan
masalah kurangnya pengalaman dan ilmu pengurusan perniagaan dalam menguruskan perniagaan
batik milik keluarganya itu.
Teknik Suspen
Contohnya, pembaca tertanya-tanya dan ingin mengetahui pemilik nombor telefon yang diberikan
oleh Tomsiah kepada Farid. Pembaca juga tertanya-tanya sebab Tomsiah memberikan nombor
telefon itu kepada Farid.
Teknik Pemerian
Contohnya, pengarang menggambarkan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga Hajah Zaoyah pada
waktu malam.
Teknik Kejutan
Contohnya, pembaca terkejut dan tidak menyangka Masri akan bertindak menerpa ke arah Mahmood
dan mencurahkan lilin panas dari canting batik ke muka Mahmood yang sedang mencekik leher baju
Azmi untuk membenamkan kepalanya ke dalam kawah lilin yang panas itu.

H. GAYA BAHASA
• Bahasa Arab. Contohnya, Assalamualaikum; Astaghfirullah.
• Bahasa Inggeris. Contohnya, window shopping; classmate.
• Hiperbola. Contohnya, Lidah api menjilat ganas apa-apa sahaja yang tercapai.
• Personifikasi. Contohnya, Rasa serba salah mula mencekik dirinya.
• Repetisi. Contohnya, “Kerja, kerja. Makan, makan,” ujar Hajah Zaoyah tegas.
• Simile. Contohnya, Syarikat yang ditubuhkan sejak hujung 60-an itu bagai pelita yang
meliuk-liuk apinya.
• Sinkope. Contohnya, “Tak kisahlah tu,” tangkis Farid, tersenyum.
• Peribahasa. Contohnya, putih mata; gulung tikar; genggam bara api biar sampai jadi
arang; diluah mati emak, ditelan mati bapa; kalau tidak dipecahkan ruyung manakan
dapat sagunya.

I. NILAI DAN PENGAJARAN


NILAI PENGAJARAN CONTOH
Kita hendaklah tabah Farid tabah menghadapi pelbagai
menghadapi pelbagai cabaran demi memajukan Perusahaan
1. Ketabahan
rintangan dan dugaan hidup Batik Nusantara

Kita hendaklah Masri bertanggungjawab


bertanggungjawab menyelamatkan Azmi daripada serangan
2. Bertanggungjawab
melaksanakan amanah yang Mahmood.
diberi.
Kita mestilah menyanyangi Hajah Zaoyah sangat sayang akan
3. Kasih sayang setiap anggota ahli keluarga keluarga dan warisan perniagaan milik
kita perniaagaan suaminya.
Kita hendaklah mengamalkan Mokhsein membantu Farid mencari ajen
4. Tolong - menolong sikap tolong-menolong demi di Singapura dan Kuala Lumpur.
kebaikan semua pihak.
Kita hendaklah bekerjasama Keluarga Farid dan pekerjanya
dalam melaksanakan tugas bekerjasama menyumbangkan idea bagi
5. Bekerjasama
bagi membangunkan sesebuah memajukan perniagaan batik tersebut.
syarikat.
Zuraidah memberitahu Farid bahawa dia
Kita hendaklah jujur dalam
6. Kejujuran terpaksa berhenti menjual batik syarikat
persahabatan
Farid kerana bimbang ugutan pak ciknya
Farid rajin mengunjungi bengkel untuk
Kita hendaklah bersikap rajin
7. Kerajinan memantau para pekerjanya dan melihat
dalam melaksanakan tugasan
proses penghasilan batik
BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 5 LATIHAN

LATIHAN 1

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
3.
(i) Chot karya Azizi haji Abdullah
(ii) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
(iii) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar
(iv) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Latar masyarakat merupakan kumpulan masyarakat yang terdapat dalam sesebuah karya
sastera. Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan
mengemukakan satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap latar masyarakat yang telah
ditetapkan.

NOVEL LATAR MASYARAKAT

* Masyarakat yang hidup dalam kemiskinan


* Masyarakat yang prihatin
Chot
* Masyarakat yang suka bersikap buruk
sangka

* Masyarakat peniaga
Hempasan Ombak * Masyarakat yang gigih berusaha
* Masyarakat yang kreatif dan inovatif

* Masyarakat yang tabah menghadapi


dugaan
Justeru Impian di Jaring
* Masyarakat yang gigih berusaha
* Masyarakat yang sanggup berkorban

* Masyarakat remaja yang bersekolah


* Masyarakat guru yang bertanggungjawab
Tawanan Komander Caucasus
* Masyarakat kumbang yang bijak berkata-
kata
LATIHAN 2

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
3.

(i) Chot karya Azizi haji Abdullah


(ii) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
(iii) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar
(iv) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Watak dan perwatakan manusia atau apa-apa makhluk pun yang diwujudkan bukan sahaja
berfungsi untuk mengembangkan tema dan persoalan, tetapi juga untuk mengubah persekitaran
atau suasana latar tempat watak itu berada.

Berdasarkan sebuah novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan satu
contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap perwatakan yang telah ditetapkan.

NOVEL WATAK PERWATAKAN

Seorang yang menghormati


Justeru Impian di Jaring Syahir
jurulatihnya

Seorang yang
Hempasan Ombak Farid
bertanggungjawab

Tawanan Komander
Farhani Seorang yang berani
Caucasus

Seorang yang menyayangi


Chot Alias
haiwan peliharaannya
LATIHAN 3
LATIHAN 4

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
3.
(i) Chot karya Azizi haji Abdullah
(ii) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
(iii) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar
(iv) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan dua contoh peristiwa yang
terdapat dalam plot klimaks novel ini. Contoh-contoh ini perlu dikaitkan dengan setiap watak
utama novel yang anda kaji.

PLOT KLIMAKS

NOVEL WATAK UTAMA


i. Justeru Impian di Jaring, karya Zaid Akhtar Syahir

ii. Tawanan Komander Caucasus, karya Ruzaini Yahya Farhani

iii. Chot, karya Azizi Haji Abdullah Alias

iv. Hempasan Ombak, karya Zailiani Taslim Farid

[10 markah]
LATIHAN 5

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan
3.
(i) Chot karya Azizi haji Abdullah
(ii) Hempasan Ombak karya Zailiani Taslim
(iii) Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar
(iv) Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya

Latar masyarakat ialah gambaran tentang kehidupan atau budaya hidup masyarakat dalam
sesuatu cerita seperti pekerjaan, agama, amalan, sikap dan sebagainya.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, buktikan pernyataan tersebut dengan
mengemukakan satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap latar masyarakat yang telah
ditetapkan.

NOVEL LATAR MASYARAKAT

Hempasan Ombak
• Masyarakat yang bertanggungjawab
Karya Zailiani Taslim • Masyarakat yang terbelenggu dengan masalah hutang
• Masyarakat yang saling membantu antara satu sama lain
[10 markah]
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU (02/1) : BAHAGIAN C - ULASAN

Tajuk ULASAN
Sasaran Semua Murid Tingkatan 3
Standard Kandungan 3.3 Menulis untuk melengkapkan maklumat dan menjawab soalan
dalam pelbagai bahan.
Standard 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan
Pembelajaran dengan betul dan tepat.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
• Menulis menulis dan melengkapkan maklumat daripada
pelbagai bahan dengan betul dan tepat
Tempoh Pelaksanaan 1 hari 1 latihan
Aktiviti Latihan Bertulis
• Murid meyenaraikan isi tersurat dan tersirat
• Murid menulis ulasan dengan menggunakan isi tersurat dan
tersirat yang diperoleh.
Panduan menjawab 1. Murid dikehendaki membaca NOTA PEGANGAN MURID
latihan yang diberi
2. Murid menjawab 1 latihan setiap hari mengikut jadual yang
diberi
3. Hasil jawapan murid perlu dihantar kepada guru untuk
disemak
NOTA PEGANGAN MURID
Contoh Soalan :

LANGKAH 1:
Baca arahan dengan teliti dan mengambil berat akan perkara-perkara berikut:
i. Pelajar perlulah mematuhi jumlah patah perkataan iaitu antara 80 hingga 100 patah perkataan.
TIDAK BOLEH KURANG 80 DAN TIDAK BOLEH LEBIH 100.
ii. Gariskan perkataan gambar yang terdapat pada ARAHAN. Contoh;
“Lihat gambar sebab-sebab larangan penggunaan telefon bimbit....”
iii. Lihat gambar atau sebagainya dengan teliti. GARISKAN ATAU BULATKAN TAJUK YANG
TERDAPAT DALAM GAMBAR DAN PILIH TIGA (3) ISI TERSURAT SAHAJA. Ingatkan
pelajar yang mereka boleh mendapatkan isi tersurat terus dari gambar.
iv. Bersedia untuk menjawab.

LANGKAH 2:
Catat penanda wacana berikut dalam buku latihan dan cuba untuk mengingati semua perkara tersebut.
Contoh;
LANGKAH 3:
Ikuti nombor dan simbol yang maksudnya seperti penerangan di bawah :
• 8 ayat menjelaskan bahawa kebiasaannya murid menulis perkataan dalam sebuah ayat ialah antara
10 hingga 12 perkataan sahaja.
• Kawal patah perkataan melalui formula;
= 8 ayat sahaja=1 ayat antara 10 hingga 12 patah perkataan sahaja.
= 12 x 8 = 96 patah perkataan.

i. Ayat pertama. Tulis perkataan yang pelajar garis pada arahan.


Contohnya : Gambar Perkataan menunjukkan…
sambung dengan tajuk yang terdapat dalam gambar tersebut yang telah digariskan atau
dibulatkan oleh pelajar tadi.
1- A – Gambar menunjukkan sebab-sebab larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah. – 9
PERKATAAN
ii. Ayat kedua adalah ISI TERSURAT PERTAMA. Ambil perkataan nombor 2
2- SU- Antara sebab larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah, pelajar akan lalai dalam
pelajaran.- 13 PERKATAAN.
iii. Ayat ketiga adalah ISI TERSIRAT PERTAMA. “Tanya Kenapa atau Mengapa?” kepada ISI
TERSURAT untuk mendapatkan ISI TERSIRAT.
3- SI – Hal ini demikian kerana, pelajar sibuk bermain dengan telefon bimbit dan hilang fokus.-13
PERKATAAN.
iv. Ayat keempat adalah ISI TERSURAT kedua. Pelajar memilih isi tersurat kedua daripada gambar.
4- SU- Selain itu adalah akan berlakunya pembaziran wang. – 7 PERKATAAN.
v. Ayat kelima adalah ISI TERSIRAT kedua. Murid mesti bertanya mengapa atau kenapa kepada ISI
TERSURAT.
5- SI – Hal ini disebabkan oleh, pelajar akan menggunakan duit belanja sekolah untuk membeli kad
prabayar. -14 PERKATAAN.
vi. Ayat keenam adalah ISI TERSURAT ketiga dan terakhir.
6- SU – Seterusnya, sebab larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah pelajar akan
bangga diri.- 12 PERKATAAN
vii. Ayat ketujuh adalah ISI TERSIRAT terakhir. Murid perlu bertanya mengapa pelajar akan bangga
diri?
7- SI – Hal ini demikian kerana, pelajar akan membanding-bandingkan telefon bimbit siapa yang
paling mahal dan canggih. – 14 PERKATAAN.
viii. Ayat kelapan merupakan ayat terakhir dalam jawapan Ulasan pelajar. Murid membina ayat penegas
untuk membuat kesimpulan atau penutup kepada ulasan mereka.
8- P – Oleh sebab itu, pelajar dilarang untuk membawa dan menggunakan telefon bimbit di
sekolah.- 13 PERKATAAN.
LANGKAH 5:
Gabungkan kesemua lapan ayat tersebut menjadi satu perenggan dan membuat pengiraan jumlah patah
perkataan. Contoh;
Gambar menunjukkan sebab-sebab larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah. Antara sebab larangan
penggunaan telefon bimbit di sekolah, pelajar akan lalai dalam pelajaran. Hal ini demikian kerana, pelajar sibuk
bermain dengan telefon bimbit dan hilang fokus. Selain itu adalah akan berlakunya pembaziran wang. Hal ini
disebabkan oleh, pelajar akan menggunakan duit belanja sekolah untuk membeli kad prabayar. Seterusnya,
sebab larangan penggunaan telefon bimbit di sekolah adalah pelajar akan bangga diri. Hal ini demikian kerana,
pelajar akan membanding-bandingkan telefon bimbit siapa yang paling mahal dan canggih. Oleh sebab itu,
pelajar dilarang untuk membawa dan menggunakan telefon bimbit di sekolah.
(95 patah perkataan)
BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 7 LATIHAN

LATIHAN 1
ULASAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

Menziarahi Bertegur
jiran sapa
tetangga dengan
jiran

Menolong
Melawat
jiran yang
jiran yang
ingin
sakit
berpindah
LATIHAN 2
BAHAGIAN C : ULASAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

SEMANGAT KEJIRANAN

PROGRAM BERGOTONG-ROYONG MAJLIS RUMAH TERBUKA

PROGRAM HARI KELUARGA


LATIHAN 3
BAHAGIAN C : ULASAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.
LATIHAN 4
BAHAGIAN C : ULASAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.
LATIHAN 5
BAHAGIAN C : ULASAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.
LATIHAN 6
BAHAGIAN C : ULASAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.
LATIHAN 7
BAHAGIAN C : ULASAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU (02/1) : BAHAGIAN C - RUMUSAN

Tajuk RUMUSAN
Sasaran Semua Murid Tingkatan 3
Standard Kandungan 3.3 Menulis untuk melengkapkan maklumat dan menjawab soalan
dalam pelbagai bahan.
Standard 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan
Pembelajaran dengan betul dan tepat.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
• Menulis menulis dan melengkapkan maklumat daripada
pelbagai bahan dengan betul dan tepat
Tempoh Pelaksanaan 1 hari 1 latihan
Aktiviti Latihan Bertulis
Panduan menjawab 1. Murid dikehendaki membaca NOTA PEGANGAN MURID
latihan yang diberi
2. Murid menjawab 1 latihan setiap hari mengikut jadual yang
diberi
3. Hasil jawapan murid perlu dihantar kepada guru untuk disemak
NOTA PEGANGAN MURID
Panjang ringkasan tidak melebihi 100
Digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Ambil isi daripada petikan sahaja
Jangan salin bulat-bulat daripada petikan.
Buangkan huraian, contoh, peribahasa d.l.l untuk menjadikan jawapan lebih pendek.
Mesti ditulis dalam perenggan

Markah
ISI BILANGAN ISI MARKAH
Idea utama 1 2 ( isi x 2 markah)
Idea sokongan 6 6 (6 isi x 1 markah)
kesimpulan 1 2 (1 isi x 2 markah)

Perbezaan Antara Ringkasan dan Rumusan


Rumusan Ringkasan
Cari sendiri berdasarkan petikan Idea Utama Terdapat dalam soalan
Diperlukan Kesimpulan Tidak diperlukan

Persamaan Antara Ringkasan dan Rumusan


1. Tidak boleh melebihi 100 patah perkataan. 100
2. Menggunakan ayat sendiri. Dilarang salin terus daripada petikan.,
3. Ditulis dalam bentuk perenggan

Format
Petikan membincangkan (idea utama). Antaranya ialah / adalah (idea sokongan 1). Selain
itu, (idea sokongan 2). Seterusnya, (idea sokongan 3). Tambahan pula, (idea sokongan 4).
Selanjutnya, (idea sokongan 5). Akhir sekali, (idea sokongan 6).
Kesimpulannya, (kesimpulan) supaya / agar / untuk (penjelasan).
BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 5 LATIHAN

LATIHAN 1
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kemalangan jalan raya kerap berlaku di negara kita. Kadar kemalangan meningkat setiap kali musim
perayaan walaupun pelbagai kempen dan tindakan dijalankan oleh pihak berkuasa. Peningkatan jumlah
kematian merupakan suatu kerugian yang melibatkan nyawa, harta benda, wang, tenaga manusia, dan
masa. Memandangkan bilangan kematian terus meningkat, maka pelbagai usaha perlu diambil untuk
mengatasi kemalangan jalan raya. Antara usahanya ialah pengeluaran lesen memandu diperketat demi
membendung kejadian yang menyayat hati terutamanya pada musim perayaan.

Para pemandu perlu menjalani ujian kecekapan atau latihan memandu yang teliti sebelum diberi
lesen bagi memastikan mereka mengamalkan gaya pemanduan yang positif. Antara penyebab
peningkatan kadar kemalangan jalan raya termasuklah sikap pengguna yang cuai. Hal ini dibuktikan
melalui kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menunjukkan bahawa 90
peratus daripada kes kemalangan jalan raya berlaku kerana kecuaian pemandu. Dalam memastikan
kemalangan sifar dicapai, hukuman yang lebih tegas sebagai pengajaran terhadap pemandu perlu
dikenakan. Pemandu-pemandu baru yang melakukan kesalahan dalam tempoh dua tahun pertama perlu
dikenakan tindakan perlanjutan tempoh percubaan sebelum mendapat lesen sepenuhnya.

Orang ramai masih belum belajar daripada kesilapan-kesilapan masa lalu, malah pengalaman
pihak lain juga dipandang rendah. Sejajar dengan itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa mengkaji
secara mendalam aspek-aspek yang sesuai dalam sistem pembelajaran dan pendidikan pemanduan di
negara kita. Sistem pemanduan yang dikendalikan oleh pihak JPJ umpama sistem peperiksaan
akademik yang diduduki oleh para pelajar. Sewajarnya, elemen sivik dipupuk pada jiwa seseorang
pelajar sehingga amalan tersebut tersemai dengan mendalam dan menjadi amalan apabila dewasa nanti.

Di samping itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa, sekolah, dan masyarakat menyemai nilai-nilai
murni dalam usaha melahirkan generasi pemandu yang berhemah. Penguatkuasaan undang-undang dan
denda yang dikenakan perlu diketatkan supaya mereka yang bersalah dihukum sewajarnya. Selain
itu, penetapan had laju di lebuh raya dan di jalan-jalan biasa perlu dikekalkan kerana banyak
kemalangan yang berlaku berpunca daripada kenderaan yang tidak dapat dikawal sebagai akibat
dipandu terlalu laju. Para pengguna perlu disedarkan bahawa jalan raya bukanlah tempat untuk
berlumba dan mereka perlulah memandu secara berhemah supaya tidak mengakibatkan nahas yang
membabitkan orang lain.

Jelaslah bahawa banyak langkah yang boleh diambil oleh individu, masyarakat mahupun negara
pelbagai pihak dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Semua pihak perlu
menggemblengkan tenaga secara lebih efektif untuk mengatasi kemelut ini, janganlah sudah terhantuk
baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi,
kerana nasi sudah menjadi bubur. Tragedi kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-
bila masa kerana malang tidak berbau.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada “Budayakan Hargai Nyawa” oleh
G. Manimaran, Utusan Malaysia, Disember 2003)
LATIHAN 2
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sungai merupakan kurniaan Tuhan yang amat bernilai dan perlu dipelihara.
Namun begitu, sejak akhir-akhir ini sungai-sungai di negara kita dikatakan semakin tercemar.
Sudah tentu banyak perkara yang mengakibatkan kejadian ini berlaku.

Kesedaran rakyat yang cetek tentang kepentingan kebersihan sungai telah


menyebabkan masalah ini terjadi. Mereka tidak menyedari bahawa sungai merupakan sumber
air terpenting dalam kehidupan. Sikap sesetengah penduduk menjadikan sungai sebagai
tempat pembuangan sisa domestik, contohnya pembuangan lebihan makanan, sampah sarap
dan air kumbahan turut mencemarkan sungai.

Selain itu, kekurangan pegawai penguat kuasa untuk memantau tindakan manusia ini
juga menjadi penghalang kepada usaha-usaha membendung masalah pencemaran sungai.
Walaupun telah ada tindakan yang dikenakan terhadap pihak yang mencemarkan sungai,
namun mereka tidak mengendahkannya terutama dalam kalangan pengusaha kilang. Hal ini
kerana denda yang dikenakan dianggap ringan dan masih mampu dibayar oleh mereka.

Meskipun pelbagai kempen telah diuar-uarkan melalui media massa seperti


‘Kempen Cintailah Sungai Kita’, tetapi pelaksanaannya masih dianggap tidak berkesan kerana
kurang memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk memastikan sungai terus terpelihara.
Lebih mengecewakan lagi, ada segelintir masyarakat tidak menyedari kewujudan kempen
tersebut.

Sesungguhnya, masalah pencemaran sungai seolah-olah tiada penghujungnya.


Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, pasti merugikan generasi yang akan datang. Hal ini
kerana mereka bukan sahaja tidak dapat menikmati keindahan sungai malah mereka juga tidak
dapat mengenali hidupan akuatik yang akan pupus akibat pencemaran sungai.
LATIHAN 3
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
LATIHAN 4
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. .

“ Bahasa Jiwa Bangsa”, itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan kaitan
sesuatu bahasa kepada kaum-kaum di Malaysia. Pelbagai langkah telah diambil dalam usaha
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi melahirkan sebuah rumpun
bernama Malaysia. Hal ini dianggap penting kerana negara kita mempunyai masyarakat
majmuk. Bahasa merupakan antara penanda jati diri penting bagi sesuatu bangsa dan negara.
Jati diri bahasa dari sudut nasional dapat diwujudkan dan dipemerkan melalui pelbagai cara.
Satu daripadanya adalah dengan menjadikan sesuatu bahasa sebagai lambang dan simbol
negara. Hal ini dapat dilakukan dengan menjadikan bahasa berkenaan sama ada sebagai bahasa
kebangsaan atau bahasa rasmi.
Bahasa Melayu merupakan bahasa utama bagi negara Malaysia. Bahasa Melayu
merupakan simbol perpaduan dan penyatuan dalam kalangan rakyat negara ini yang berasal
daripada pelbagai bangsa. Bahasa Melayu juga berfungsi sebagai wahana iaitu bahasa milik
bersama yang digunakan untuk tujuan komunikasi dalam kalangan rakyat negara ini. Selain
itu, bahasa Melayu merupakan satu-satunya bahasa yang dapat memberikan citra kepada
Malaysia sebagai satu unit atau entiti politik dan budaya Melayu.
Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan
Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
dalam sistem pendidikan pula termaktub dalam beberapa akta pelajaran, antaranya Akta
Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1995. Walaupun bahasa Melayu menduduki hierarki
tertinggi bahasa di Malaysia, namun bahasa-bahasa lain masih diberikan tempat. Bahasa
Mandarin dan bahasa Tamil dibenarkan untuk digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah pada peringkat pendidikan rendah manakala bahasa Inggeris merupakan subjek
penting dan wajib pada semua peringkat pendidikan. Kini bahasa Melayu berfungsi sebagai
bahasa ilmu setara dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama di institusi
pengajian tinggi awam atau swasta di negara Malaysia.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana dalam Pelita Bahasa, Februari 2015 )
LATIHAN 4
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. .

Slogan “Belilah Barangan Buatan Malaysia” merupakan slogan yang sering kita dengar sama
ada di televisyen atau di radio. Barangan buatan Malaysia ialah barang yang dihasilkan di
dalam negara. Kini, sudah tiba masanya masyarakat mengubah sikap dengan menerima dan
menghargai barangan buatan tempatan. Masyarakat perlu menjadi pengguna yang bijak.
Kita dapat menjimatkan perbelanjaan jika membeli barangan buatan tempatan. Harga
barangan buatan tempatan lebih murah berbanding dengan harga barangan buatan import.
Sebagai contoh buatan tempatan jenama Modenas lebih murah berbanding dengan motosikal
buatan import jenama Honda atau Yamaha. Oleh itu, dengan membeli barangan buatan
tempatan, kita dapat menjimatkan perbelanjaan untuk membeli barangan lain. Dalam hal ini,
kita dapat menabung wang, untuk masa depan, bak kata peribahasa “sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit”.
Selain itu, dengan membeli barangan buatan tempatan, kita dapat menggalakkan
pembangunan yang berkaitan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan berdaya
saing. Melaluinya,banyak industri desa muncul seperti industri batik, kraf tangan,songket
dan tembikar.Perkembangan industri desa turut menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk tempatan.Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup sesebuah
keluarga.Peningkatan dalam pembelian barangan buatan tempatan dapat membantu
merancakkan industri tempatan secara tidak langsung.
Di samping itu,imej negara dapat ditingkatkan.Negara dapat mengeluarkan barangan
yang bermutu.Mutu barangan buatan tempatan sama dengan mutu barangan import.Sebagai
contoh,barangan daripada kulit seperti kasut, beg dan dompet menjadi buah tangan
pelancong yang datang ke negara kita untuk dibawa pulang ke negara mereka.Malaysia
dikenali dalam kalangan pelancong asing kerana menghasilkan pelbagai barangan yang
berkualiti.
Kesimpulannya,industri barangan buatan tempatan memberikan banyak kebaikan
kepada pelbagai pihak.Kita perlu bekerjasama untuk memajukan industri barangan
tempatan.Kita bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia “duduk sama rendah,berdiri
sama tinggi”dengan negara-negara maju. Belilah barangan buatan Malaysia kerana barangan
buatan Malaysia menjadi kebanggaan kita semua.
(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada
www.coursehero.com)
LATIHAN 5
BAHAGIAN C : RUMUSAN
(15 markah)
Masa Dicadangkan : 15 Minit

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. .
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

LATIHAN PROSA TRADISIONAL – BAHAGIA SESUDAH


DERITA

Tajuk PROSA TRADISIONAL- BAHAGIA SESUDAH DERITA


Sasaran Semua Murid Tingkatan 3
Standard Kandungan 2.4 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan untuk mengukuhkan
penguasaan bahasa dan meluaskan pengetahuan bagi
pembangunan diri.
Standard 2.4.1 Membaca dan memahami serta mengemukakan pendapat
Pembelajaran yang rasional tentang pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
• Membaca dan mengemukakan pendapat yang rasional
tentang petikan teks Prosa Tradisonal bertajuk Bahagia
Sesudah Derita.
Tempoh Pelaksanaan 1 hari 1 latihan – TERDAPAT 3 LATIHAN
Aktiviti Latihan Berfokus : Menjawab soalan pemahaman berdasarkan
petikan.
Panduan menjawab 1. Murid dikehendaki membaca NOTA PEGANGAN MURID
latihan yang diberi
2. Murid menjawab 1 latihan setiap hari mengikut jadual yang
diberi
3. Hasil jawapan murid perlu dihantar kepada guru untuk
disemak
NOTA PEGANGAN MURID
PROSA TRADISIONAL BAHAGIA SESUDAH DERITA

TEMA
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan
kehidupan.

PERSOALAN, LATAR MASYARAKAT, NILAI PENGAJARAN


PERSOALAN LATAR NILAI PENGAJARAN CONTOH
MASYARAKAT PENGAJARAN
Ketabahan dalam Masyarakat yang Ketabahan Kita hendaklah Si Miskin dan isterinya sabar
menempuhi dugaan tabah dalam tabah dalam apabila mereka dihina,
hidup menempuhi dugaan menempuhi diusir, diketawakan, dan
hidup dugaan hidup dilemparkan dengan batu
serta kayu oleh pembesar
istana serta penduduk
kampung semasa mereka
hendak meminta makanan
Kasih sayang Masyarakat yang Kasih sayang Setiap ahli Si Miskin amat sayang akan
seorang suami penyayang keluarga mestilah isterinya dan sanggup
terhadap isterinya memupuk amalan memenuhi segala permintaan
kasih sayang isterinya.
Kemuliaan hati Masyarakat istana Baik hati Kita hendaklah Maharaja InderaDewa sangat
seorang raja membantu orang baik hati dan telah
yang dalam memperkenankan
keadaan susah permintaan Si Miskin yang
inginkan mempelam dan
nangka.
Sikap tidak Masyarakat yang Prihatin Kita hendaklah Orang di pasar telah
berperikemanusiaan tidak prihatin dan membaling dan memukul Si
berperikemanusiaan membantu Miskin dengan kayu kerana
golongan yang dia berpakaian compang-
susah camping.

GAYA BAHASA
1. Diksi

· Bahasa Istana · Baginda,titah,patik


· Bahasa klasik · Hatta
· Bahasa Arab · Allah subhanahu taala
2. Sinkope · Kehendakmu?
· Jangan anakku bercerai
3. Kata ganda · Berdarah-darah dan bengkak-bengkak
4. Simile · Laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
· Suaminya melihatkan laku bininyaseperti orang hendak mati rupanya.
5. Repetisi · “ Jikalau ada belas kasihan tuanhamba akan orang daif lagi miskin telah
terbuang itu, hamba hendak akan buah yang seburuk-buruknya….
6. Anafora Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
7. Responsi Ada yang memberi juadah
Ada yang memberi nasi
Ada yang memberi buah-buahan
8. Hiperbola Hancurlah segala anggotaku
BAHAGIAN INI MENGANDUNGI 4 LATIHAN

LATIHAN 1

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah maka ia pun kembalilah ke tempatnya. Setelah sampai kepada tempatnya itu maka ia
pun mandi berlimau. Setelah sudah maka diambilnya anaknya seraya dipangkunya, demikian
katanya “Jikalau sungguh engkau anak dewa turun hendak menerangkan muka ayahanda kepada
segala alam ini, jadilah negeri di dalam hutan rimba ini lengkap dengan kota paritnya dan istananya
serta dengan segala menteri, hulubalang, rakyat, segala raja-raja yang di bawah aku betapa adat
segala raja-raja yang besar-besar.”
Maka dengan takdir Allah Taala menunjukkan kekayaan dan lagi kelakuan kudrat-Nya, maka
dengan takdir Allah jadilah sebuah negeri dengan selengkapnya takhta kerajaan. Maka ia pun
duduklah di atas takhta kerajaan bernama Maharaja Indera Angkasa di negeri Pura bernama Puspa
Sari dan isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.
Hatta beberapa antaranya Maharaja Indera angkasa duduk di atas takhta kerajaan dengan adil
murahnya serta dengan tegur sapanya segala menteri hulubalang rakyat sekaliannya itu betapa adat
sekali ia menjadi raja di keinderaan demikian diperbuatnya. Maka masyhurlah wartanya kepada
segala negeri mengatakan hal si Miskin itu menjadi raja besar di negeri Puspa Sari lagi sangat
saktinya dapat ia menjadikan negeri dengan selengkapnya.
Beberapa lamanya baginda duduk di atas takhta kerajaan maka anakanda Maharaja Marakarma
pun besarlah. Maka terlalu baik parasnya serta dengan budi pekertinya terlalu baik. Kepada segala
inang pengasuhnya pun terlalu amat kasihnya kepada Maharaja Marakarma itu.
(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”, Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia)

1. Berdasarkan petikan di atas nyatakan maksud rangkai kata seraya dipangkunya. (3 markah)
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

2. Nyatakan kelengkapan negeri yang diminta oleh si miskin? (3 markah)


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________

3. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh seorang pemimpin dalam
mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara. (4 markah)
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________.
LATIHAN 2

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah didengar oleh isterinya kata ssuaminya itu demikian, maka ia pun menangis.
Maka kata suaminya, “Diamlah tuan dahulu, jangan menangis, biarlah kakanda pergi
mencari akan tuan buah mempelam itu. Jikalau dapat oleh kakanda akan buah mempelam
itu akan kakanda berikan kepada tuan,”

Maka baharulah ia diam. Maka suaminya pun pergilah berjalan. Setelah ia bertemu
dengan kedai orang berjual buah itu< maka Miskin itu pun berhentilah di situ. Hendak pun
dipintanya takut ia akan orang. Maka katanya orang berkedai, “Apa kehendakmu, Miskin?”

Maka sahut Miskin, “Jikalau ada belas kasihan tuan hamba akan orang daif lagi
miskin telah terbuang itu, hamba hendak akan buah yang buruk-buruknya itu barang
sebuah sahaja,”

Maka terlalulah belas kasihan rasanya hati segala yang mendengar kata Si Miskin itu
seperti akan hancur rasanya.

Maka ada yang memberi buah,


ada yang memberi juadah,
ada yang memberi nasi,
ada yang memberi kain,
ada yang memberi buah-buahan
akan anak yang diidamkan oleh isterinya.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”, Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia)

1. Apakah yang diterima oleh Si Miskin setelah mereka mendengar keluhannya dengan
orang berkedai?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Berikan dua nilai kemanusiaan yang terlibat dalam petikan prosa tersebut.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Golongan miskin patut dibantu agar nasib mereka terbela.


Pada pendapat anda, apakah cara yang dapat dilakukan untuk membantu golongan
miskin untuk meningkatkan taraf hidup mereka?
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
LATIHAN 3
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka apabila sampailah dekat kepada kampong orang, apabila orang yang empunya
kampong itu melihat akan dia maka diusirnyalah dengan kayu. Si miskin itu pun larilah ke
pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si Miskin itu dating, maka masing-masing
melempari dengan batu, dan kayu dibuatnya pelontar. Maka ia pun larilah dan tubuhnya
pun habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. Ia pun menangis berseru-seru sepanjang
jalan dengan sangat laparnya dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
Maka ia pun bertemu dengan tempat orang membuang sampah di tengah jalan raya
itu. Maka ia pun berhentilah di situ. Maka di carinyalah dalam sampah yang bertimbun-
timbun itu barang yang dapat dimakan. Maka dengan takdir Allah Taala maka bertemulah
ketupat sebiji basi dengan buku tebu. Maka dimakannyalah ketupat itu laki bini. Setelah
sudah dimakannya ketupat itu maka barulah dimakannya tebu itu. Maka adalah segar
sedikit rasa tubuhnya kerana beberapa hari lamanya tiada merasai nasi. Hendak meminta
ke rumah orang tidak berani. Usahkan diberi orang hamper pun tiada yang boleh.
Demikian halnya si miskin itu.
Maka hari pun petanglah. Maka si Miskin itu tiada undur dari situ lagi. Di sanalah ia
tidur. Maka hari pun sianglah. Maka pagi-pagi hari maka si Miskin itu pun pergi berjalan
dua laki isteri maka bertemulah dengan orang. Maka dilihtanya si Miskin itu dengan segera
mereka mengambil kayu. Maka dilontarnya dan dipalunya si miskin dua laki isteri itu.
Maka ia pun larilah dengan membawa dirinya dengan berlumuran darah. Maka kata
isterinya “Wahai kakanda sangatlah rasa tubuhku tiadalah berdaya lagi, hancurlah segala
anggotaku”
Maka terlalu belas rasanya hati suaminya melihat laku isterinya maka ia pun turut
menangis seraya mengambil daun kayu, dimandikannya maka disapunya seluruh tubuh
isterinya sambil berkata “Diamlah tuan jangan menangis. Sudahlah untung kita ini
rupanya” maka isterinya pun diamlah.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Bahagia Sesudah Derita”, Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia)

1. Berdasarkan petikan di atas, apakah yang berlaku kepada Si Miskin apabila dia dilempari
batu dan kayu oleh orang-orang di pasar?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2. Nyatakan dua perwatakan Si Miskin yang terdapat dalam prosa tersebut.


________________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Nilai kasih sayang amat penting dalam kehidupan manusia.


Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan berlaku sekiranya nilai kasih sayang tidak
wujud dalam kalangan masyarakat di negara kita?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
SEKIAN
TERIMA KASIH.

SEMOGA SEMUA ANAK DIDIK SMK KUHARA AKAN TERUS


BERUSAHA GIGIH UNTUK MENGGAPAI KEJAYAAN

You might also like