You are on page 1of 5

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

MPU3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


TRIMESTER OCTOBER 2019
PANDUAN TUGASAN BERTULIS & PEMBENTANGAN VIDEO

FORMAT DAN PANDUAN TUGASAN BERTULIS

1. Tugasan berbentuk penulisan esei berdasarkan tajuk tugasan yang diberikan dan dibuat secara
berkumpulan.
2. Bilangan ahli seramai 8 – 10 orang.
3. Tugasan harus ditaip dengan menggunakan format berikut:
 Tulisan Times New Roman
 Tulisan bersaiz 12
 Langkau dua barisan (double spacing)
 Muka surat diseragamkan di bahagian kiri dan kanan (justify)
 Tugasan perlu PRINT dalam bentuk (hardcopy) dan black tape/ binding.
4. Sila ikut format yang ditetapkan di dalam Kriteria Penilaian dan Rubrik tugasan yang diberikan.
5. Senarai isi kandungan perlu dicatatkan bersama nombor muka surat pada helaian pertama.
6. Jumlah keseluruhan muka surat tugasan adalah tidak terhad. Terpulang kepada kebijaksanaan pelajar.
(Cadangan 20-30 muka surat).
7. Semua rujukan dan nota kaki mestilah berasaskan format American Psychology Association Semua
rujukan mestilah ditaip berasaskan format American Psychology Association (APA). Sila rujuk
http://www.citationmachine.net atau http://www.citethisforme.com.
8. Plagiarisme tidak dibenarkan, dianggap sebagai tidak sah dan tidak akan diberikan sebarang markah.
Petikan kata-kata, pandangan ataupun tulisan orang lain perlu diberi pengiktirafan rujukan (citation)
kepada penulis atau sumber yang dirujuk.
9. Rujukan yang baik adalah dari buku, jurnal, surat khabar dan laman rasmi. Rujukan dari laman web
Wikipedia dan blog persendirian adalah tidak dibenarkan.
10. Tarikh serahan tugasan pada 12/11/2019 (Selasa) sebelum pukul 6 petang di bilik A231.
Kriteria Penilaian Tugasan Bertulis

Skop Tugasan Markah

Pendahuluan 4m
 Pernyataan masalah - Perlu nyatakan sekurang-kurangnya dua permasalahan kajian.
 Objektif penulisan - Perlu ada sekurang-kurangya dua objektif kajian.

Pengenalan 8m
 Pendefinisian - Takrif/definisi berkaitan dengan apa-apa istilah atau perkataan berkaitan
tajuk/topik tugasan yang dikaji.
 Perbincangan Umum – Menambahkan apa-apa maklumat yang sesuai dan dirasakan
perlu oleh pelajar bagi menjelaskan dan melengkapkan lagi penulisan pelajar berkaitan
tajuk/topik tugasan.
 Contoh Isu – Masukkan 3 contoh/isu sebenar yang benar-benar berlaku yang berkaitan
dengan tajuk/topik tugasan pelajar. Contoh boleh diambil daripada laporan-laporan
akhbar atau majalah cuma pelajar perlu nyatakan sumber rujukan dalam perolehan data
dan maklumat berkaitan.

Dapatan Kajian 12 m
 Menyediakan satu set soalselidik yang mengandungi 10 soalan berkaitan dengan
tajuk/topik perbincangan pelajar. Sila pastikan soalan yang dibuat benar-benar menepati
tahap kualiti yang ditetapkan.
 Bilangan responden kajian ialah seramai 100 orang.
 Kaedah survey menggunakan google form.
 Melaporkan keputusan analisis survey yang telah dibuat melalui jadual, graf atau carta
serta huraian terperinci. Terpulang kepada kreativiti pelajar bagaimana untuk melaporkan
dapatan kajian masing-masing.
 Membuat satu kesimpulan berkaitan survey yang dibuat.

Refleksi 3m
Membuat satu refleksi melalui hasil perbincangan bersama kumpulan masing-masing.
Refleksi menggambarkan pemahaman dan pengajaran yang diterima pelajar berdasarkan
pembacaan, kajian, analisa, penulisan dan pembentangan yang dibuat pelajar selama
tempoh melengkapkan topik/tajuk tugasan yang diberikan

Format dan Mutu Kerja 3m


Pelajar-pelajar perlu mengikut semua format (jenis APA) dan panduan yang diberikan oleh
pensyarah yang meliputi kesempurnaan tugasan dari segi format, susun atur, penaipan,
penggunaan istilah yang tepat dan kualiti kerja yang dihasilkan.

JUMLAH 30 m
FORMAT DAN PANDUAN VIDEO

1. Melalui ahli kumpulan yang sama, pelajar dikehendaki membuat satu video laporan mengenai hasil
dapatan kajian pelajar sepertimana di dalam tugasan bertulis.
2. Video yang dibuat haruslah mengandungi segala maklumat yang tepat berserta maklumat-maklumat
lain yang berkaitan sepertimana yang dikehendaki.
3. Penghasilan video pelajar adalah mengikut kreativiti masing-masing.
4. Format atau kaedah lakonan pelajar adalah tidak dibenarkan.
5. Dibenarkan mengambil maklumat-maklumat tambahan yang terdapat di dalam youtube bagi
melengkapkan tugasan.
6. Durasi keseluruhan video adalah antara 10 - 15 minit.
7. Sila rujuk rubrik tugasan bagi mengetahui keperluan dalam menyediakan video tugasan.

FORMAT PEMBENTANGAN

1. Wakil kumpulan akan ditugaskan untuk membentangkan laporan video yang telah siap.
2. Sebelum tayangan video – wakil kumpulan akan memulakan pembentangan dengan pengenalan
ringkas berkenaan topik/tajuk perbincangan
3. Selepas tayangan video – wakil kumpulan akan mengakhiri pembentangan dengan membuat
kesimpulan berkenaan topik/tajuk perbincangan
4. Borang Penilaian perlu diisi, dicetak dan serahkan kepada pensyarah pada tarikh pembentangan.
5. Tarikh pembentangan akan ditetapkan oleh pensyarah melalui undian.
6. Durasi keseluruhan persembahan adalah antara 15 hingga 20 minit.
Kriteria Penilaian Pembentangan Video

Skop Tugasan Markah

Pengenalan 3m
 Wakil pelajar perlu memulakan pembentangan dengan pengenalan tentang tajuk/topik
perbincangan kumpulan.

Kualiti Video 5m
 Video yang dihasilkan harus tulen hasil kerja pelajar bukannya plagiat.
 Mempunyai latar belakang bunyi yang sesuai dan mengandungi suara yang jelas didengari
serta penataan cahaya yang terang bagi memudahkan tontonan audien.

Kandungan Video 5m
 Video yang dihasilkan mengandungi maklumat yang tepat dan berkaitan dengan
tajuk/topik perbincangan khususnya hasil dapatan kajian pelajar.
 Mesej yang cuba disampaikan jelas dan difahami serta yang penting sampai kepada
penonton.

Huraian & Maklumat Tambahan 5m


 Video yang dihasilkan perlu dimasukkan maklumat-maklumat tambahan bagi menyokong
atau memantapkan lagi hasil dapatan kajian yang dilakukan pelajar.
 Sumber maklumat tambahan boleh diambil daripada mana-mana sumber yang tepat,
benar dan dipercayai kesahihannya.

Kreativiti Video 5m
 Video yang dihasilkan perlu mempunyai nilai kreativiti yang tinggi.
 Perbincangan kumpulan diperlukan bagi mencari idea untuk menghasilkan video yang
kreatif.
 Kreativiti dalam penghasilan video dilihat daripada sudut bagaimana pelajar
menggabungkan elemen kualiti, kandungan dan huraian video sehingga mampu
menyampaikan mesej kepada audien.

Menarik perhatian 5m
 Video yang dihasilkan perlu jelas dan difahami serta kreatif untuk menarik perhatian
penonton.
 Sesebuah video yang berjaya menarik perhatian penonton membuktikan ianya adalah
sebuah video yang berkualiti.

Kesimpulan 2m
 Wakil pelajar perlu mengakhiri pembentangan dengan kesimpulan tentang tajuk/topik
yang dibincangkan.

JUMLAH 30 m

You might also like