You are on page 1of 9

MODUL BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling

sesuai. 1 Menara Kembar Petronas terdiri _________________ dua buah bangunan yang sama bentuknya. A dari B kepada C daripada D dengan Ibu menghantar _________________ melalui e-mel kepada abang yang sedang menuntut di Australia. A bungkusan B hadiah C wang D surat Semenjak syarikat itu __________________ oleh Encik Ahmad Yahya daripada pengurus terdahulu, prestasi syarikat itu semakin baik. A direka bentuk B diurus niaga C diambil alih D diubah suai Mereka berasa __________________ akan perlakuan pendatang asing itu yang meninjau - ninjau rumah mereka pada setiap petang. A cuai B cuak C culas D celaru Semasa perkhemahan, ahli-ahli pengakap itu diajar menghidupkan api tanpa perlu _________________ batang mancis. A menggores B menggaris C mencalit D mencorek Setelah berjalan pulang dari pasar, Mak Siti duduk berehat sambil _______________ selendangnya kerana kepanasan. A mengebas-ngebaskan B mengibar-ngibarkan C mengibas-ngibaskan D menggerak-gerakkan

Sebelum membuat sebarang keputusan, kita perlulah ________________ dengan teliti supaya tiada masalah yang akan timbul berikutan daripadanya. A berfikir B berusaha C berikhtiar D berpendapat

Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8 Sambutan orang ramai terhadap kempen itu sungguh sepi disebabkan kurangnya A B promosi yang sepatutnya dilaksanakan oleh pihak penganjur. Tiada kesalahan. C D Kecelakaan jalan raya sering berlaku akibat kegagalan pemandu mengawal kenderaan A B kerana keseronokan berbual-bual menggunakan telefon bimbit. Tiada kesalahan. C D Dia menjelaskan tentang peristiwa yang berlaku pada petang itu kepada pihak polis. A B C Tiada kesalahan. D Walaupun dia telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bahkan hasil yang A B diperolehnya tidak mencukupi kerana dia masih mentah dalam bidang perniagaan. C Tiada kesalahan. D Sederetan kedai papan yang terbakar di pinggir bandar itu menyebabkan sepasukan A B C peniaga mengalami kerugian besar. Tiada kesalahan. D Kegagalan projek itu adalah disebabkan tiada kerjasama antara penduduk kampung A B dengan pihak kerajaan. Tiada kesalahan. C D Penduduk kampung itu menyedari yang nasib mereka akan terancam jika mereka tidak A B berpindah dari kawasan bahaya itu. Tiada kesalahan. C D

10

11

12

13

14

Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 15 I II III IV A B C D 16 I II III IV A B C D 17 I II III IV A B C D Penyanyi itu menyanyi sambil memetik biola sehingga para pendengar terpesona dengan persembahannya Pada setiap pagi pekerja di kebun bunga itu akan memetik bunga-bunga anggerik dengan berhati-hati. Kita perlu memetik kata-kata hikmat untuk menjadikan karangan itu lebih menarik. Pak Salleh bersiul sambil memetik jari ketika berkomunikasi dengan burung tekukur kesayangannya. I, II, dan III sahaja I, II dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja I, III, dan IV sahaja Ibu bapa mesti mengawasi pergerakan anak-anak mereka pada setiap masa. Pergerakan membasmi dadah dijalankan oleh pihak kerajaan secara besar-besaran. Pergerakan untuk sampai ke kawasan yang ditimpa bencana itu mengambil masa yang lama. Mereka menyertai pergerakan yang dianjurkan oleh pihak swasta bagi menjalankan kerja-kerja sukarela. I dan II sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I dan IV sahaja Dato Arman diberi kehormatan menjadi ketua kontinjen pasukan olahraga negara ke sukan bertaraf dunia di Seoul, Korea. Tentera yang gugur di medan perjuangan itu dikebumikan dengan penuh kehormatan. Ibu bapa atlet itu berasa amat bangga apabila anak mereka dianugerahi bintang kehormatan pada malam itu. Para petani diberi kehormatan memasarkan hasil tanaman mereka di mana-mana pasar malam yang berdekatan. I, dan II sahaja III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja II, III, dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21 Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D. 18 Pelancong itu bertanyakan saya tentang jalan ke Muzium Perlis. A bertanya saya tentang jalan B menanyakan saya jalan C menanyai saya jalan D bertanyakan saya tentang jalan Kadir menduakan harta hasil tinggalan ayahnya mengikut surat wasiat yang diserahkan oleh peguam. A menduai harta hasil tinggalan B memperduakan harta hasil peninggalan C memperdua harta hasil peninggalan D menduakan harta hasil tinggalan Pen yang mahal itu telah ayah hadiahkan kepada Asyraf kerana berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan. A dihadiahkan ayah B dihadiahi ayah C ayah hadiahi D ayah hadiahkan Senarai nama para peserta yang akan menjalani latihan itu ada pada Cikgu Ibrahim. A Senarai nama peserta yang akan menjalani B Nama-nama peserta yang akan menjalankan C Senarai nama peserta yang akan menjalankan D Senarai nama para peserta yang akan menjalani

19

20

21

Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22 Saya berharap agar semua ahli persatuan memberikan kerjasama kepada pengerusi yang telah dilantik dalam mesyuarat kali ini, kata Encik Najib. A B C D Encik Najib menyeru semua ahli memberikan kerjasama yang padu kepada pengerusi mesyuarat itu yang telah dilantik. Dalam mesyuarat itu, semua ahli persatuan diminta memberikan kerjasama kepada pengerusi persatuan itu oleh Encik Najib. Encik Najib menyatakan harapannya agar semua ahli memberikan kerjasama kepada pengerusi. Semua ahli telah diharapkan oleh Encik Najib agar memberikan kerjasama kepada pengerusi yang telah dilantik dalam mesyuarat itu.

23

Program ceramah dan bengkel teknik menjawab itu banyak membimbing pelajar sebagai usaha meningkatkan pencapaian mereka dalam peperiksaan PMR pada tahun ini. A B C D Meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR ditentukan oleh projek ceramah dan bengkel teknik menjawabnya. Antara usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan PMR pada tahun ini ialah mereka diberi tunjuk ajar melalui program ceramah dan bengkel teknik menjawab. Peperiksaan PMR pada tahun ini dijangka meningkat keputusannya kerana adanya usaha dan bimbingan daripada program ceramah dan bengkel teknik menjawab.. Peperiksaan PMR pada tahun ini akan dapat ditingkatkan kerana program ceramah dan bengkel teknik menjawab banyak memberikan tunjuk ajar kepada pelajar.

24

Di samping merancakkan pertumbuhan ekonomi, kebanjiran pendatang asing ke negara kita telah mencetuskan pelbagai masalah sosial. A B C D Masalah sosial yang ditimbulkan oleh pendatang asing yang datang beramairamai turut membantu meningkatkan perkembangan ekonomi negara. Selain meningkatkan masalah sosial, kemasukan pendatang asing turut merancakkan perkembangan ekonomi negara. Kemasukan pendatang asing bukan sahaja berjaya menggiatkan perkembangan ekonomi negara kita tetapi turut banyak menimbulkan masalah sosial. Perkembangan ekonomi negara kita turut dibantu oleh pendatang-pendatang asing walaupun mereka dikenal pasti sebagai punca segala masalah sosial.

Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan cadangan yang paling sesuai. 25 I II III IV A B C D 26 Pokok bunga kertas yang ditanam berhampiran rumahnya telah berbunga. Mukhsin terpesona oleh kecantikan gadis yang bertudung kuning itu. Air sungai dijangka meningkat kepada paras bahaya akibat hujan lebat yang turun selama beberapa hari. Tikar mengkuang itu digulung oleh nenek lalu disandarkan di sudut dinding. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II, dan IV sahaja II, III, dan IV sahaja

I Para pelajar tingkatan 3 Al-Razi harus sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan. II Bekerja ibu bapa dengan tekun setiap hari bagi menyara anak-anak. III Pasangan itu belum mempunyai anak kerana sudah berkahwin selama sepuluh tahun. IV Novel Panas Salju telah dibaca oleh Fahmi berulang-ulang kali agar mudah memahaminya.

A B C D 27 I II III IV A B C D

I dan II sahaja I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja Baju yang baharu dibelinya itu berguna bukan saja pada musim panas tetapi juga musim sejuk. Dia mendekati kami untuk memberitahukan sesuatu yang dianggapnya penting. Yang berdiri di sebelah kiri Izzat itu ialah abang sulungnya. Dia tidak sahaja disukai kawan-kawannya tetapi juga disayangi guru- gurunya. II dan III sahaja III dan IV sahaja I, II, dan III sahaja II, III, dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi penyataan-penyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28 Antara yang berikut, peribahasa yang berkaitan dengan betapa perlunya kita tidak menyebarkan keaiban keluarga kepada orang lain kerana mungkin itu juga akan memalukan diri kita sendiri ialah A sebusuk-busuk daging dikincah dimakan juga B menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri C cubit paha kanan, paha kiri terasa juga D air di cincang tidak akan putus Kesabaran dan ketekunan mengerjakan sesuatu akhirnya akan membuahkan kejayaan 29 Peribahasa yang sesuai dengan maksud di atas ialah A alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan B di mana ada kemahuan di situ ada jalan C sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit D alang-alang berdakwat biar hitam Kamu patut bekerja di sesuatu tempat itu dengan penuh dedikasi dan jangan selalu bertukar-tukar kerja kerana tidak mendatangkan manfaat, nasihat Pak Hamid kepada anaknya. Peribahasa yang bersesuaian dengan nasihat di atas ialah A ikut hati mati, ikut rasa binasa B hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih C untung sabut timbul, untung batu tenggelam D batu yang selalu bergolek dalam sungai tiada dihinggapi lumut

30

Soalan 31 hingga soalan 35 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Kalakian, mak tinggallah kedua binatang itu dengan berteguh-teguhan setia; seorang membahagikan rezekinya kepada seorang dengan berkasih-kasihan beberapa lamanya. Sebermula, maka adalah isteri buaya itu tinggal di kuala sungai itu. Maka beberapa lamanya dinantikannya suaminya itu, tiada juga pulang; lalu disuruhnyalah seekor buaya pergi memanggil suaminya itu, katanya, Engkau katakan kepada suamiku bahawa aku terlalu sakit payah, hendak bertemu dengan dia. Maka buaya yang disuruh itu pun datanglah bertemu dengan suaminya itu. Maka katanya, Adapun isteri tuan hamba itu terlalu sakit payah; hasratnya hendak bertemu dengan tuan hamba. Maka sebab itulah ia menyuruhkan hamba datang memanggil tuan hamba ini. Maka sekarang pun hendaklah segera tuan hamba datang bersama-sama dengan hamba ini. Maka sahut buaya itu,Adapun aku ini adalah bersahabat dengan seekor kera, serta sudahlah aku berteguh-teguhan janji; maka sekarang pun jikalau ia memberi izin kepada hamba, bolehlah hamba pergi. Maka jawab buaya itu, Mengapakah tuan hamba berkata demikian itu? Maka kata buaya, Adapun yang menghidupkan aku dan yang memeliharakan aku, adalah kerana aku sudah menjadi sahabat. Maka sekarang sebab isteriku itu aku lepaskan dia, tiadalah patut. Maka apabila didengar oleh buaya itu akan perkataan itu, maka berfikirlah ia, Apakah periku hendak membawa ia ini kembali? Maka berkatalah ia, Adapun isteri tuan hamba itu terlalulah sakit payah; maka beberapa orang sudah mengubati dia, tiada juga sembuh; kemudian datang seorang tabib, katanya, Jikalau boleh dapat hati kera, nescaya sembuhlah penyakitnya itu. Maka kata buaya itu, Hai taulanku, apa periku hendak membunuh kera itu, kerana terlalu besar kebaikannya kepadaku. Tiadalah sampai hatiku hendak membunuh akan dia; lagipun pekerjaan demikian itu bukankah dosa besar adanya. Maka kemudian berfikir pula ia, Jikalau aku takutkan dosa itu, nescaya hilanglah isteriku dan binasalah segala isi rumahku, dan sunyilah negeriku. (Dipetik daripada prosa tradisional Cerita Kera dengan Buaya, Antologi Sehijau Warna Daun, Tingkatan 2, DBP)

31. Mengapakah buaya sudah lama tidak pulang menemui isterinya? A. Sudah bertemu kekasih baru B. Tidak menyayangi isterinya lagi C. Menjalinkan persahabatan dengan kera D. Mencari makanan untuk isteri dan anaknya 32. Apakah konflik yang dihadapi oleh buaya? A. Membunuh sahabat baiknya B. Mempercayai kata-kata tabib C. Memikirkan kesihatan isterinya D. Memutuskan persahabatan dengan kera

33. Antara yang berikut, manakah yang bukan menggambarkan perwatakan kera? A. Bijaksana B. Bersikap tegas C. Bertimbang rasa D. Mementingkan diri sendiri 34. Latar masyarakat yang digambarkan dalam petikan tersebut ialah A. masyarakat yang rajin berusaha B. masyarakat yang tidak mengenang budi C. masyarakat yang mencari rezeki di sungai D. masyarakat yang menggunakan tipu muslihat 35. Apakah kesudahan Cerita Kera dengan Buaya? A. Buaya meminta maaf daripada kera kerana kesilapan yang dilakukannya. B. Kera memutuskan persahabatannya dengan buaya yang menyebabkan buaya menyesal lalu mati. C. Kera memarahi buaya yang cuba memperdayakannya walaupun kera sudah banyak berjasa kepadanya. D. Buaya terpaksa menangkap dan membunuh kera kerana memerlukan hatinya untuk mengubati penyakit isterinya. Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Dengarlah anak ibu berpesan, Lengkapkan diri dengan pelajaran Hanyalah itu jadi bekalan Untuk hidup di masa hadapan Ilmu itu pelindung diri Seperti kebun berpagar berduri Seperti sinar intan baiduri Itulah tanda orang jauhari Hidupmu kini di masa remaja Bagaikan permata amat berharga Jangan jatuh ke lembah hina Nanti menyesal tidak berguna Kalau hidup terasa susah Sering berhadapan dengan masalah Hadapi dengan hati tabah Jangan cepat rasa gelisah Syaitan menggoda bertambah gundah Jangan mengambil jalan yang mudah Jangan sekali mencuba dadah Kalau terjerat sesal tak sudah Syair Pesanan Ibu Jika masa sudah terbuang Perginya tidak akan berulang Di hari tua sesal mendatang Mengingatkan waktu yang telah hilang Dunia bagai lautan dalam Gelombang besar karangnya tajam Di situ banyak kapal tenggelam Ramai insan yang telah karam Ingatlah wahai anakku sayang Tanah indah pusaka moyang Jangan terlepas ke tangan orang Sedangkan kita miskin terbuang Zurinah Hassan (Dipetik daripada antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa, Tingkatan 2,DBP)

36.

Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penyair dalam rangkap terakhir syair di atas? A. Orang tua yang rasa menyesal B. Teringat sewaktu masih muda C. Jangan mensia-siakan waktu D. Masa akan meninggalkan kita

37. Apakah tema syair ini? A. Kepentingan harta pusaka dalam kehidupan B. Perkara-perkara yang perlu dijauhi oleh anak-anak C. Nasihat seorang ibu kepada anak untuk dijadikan pedoman D. Kepentingan ilmu dalam kehidupan 38. Frasa dunia bagai lautan dalam yang terdapat dalam pertama rangkap ketujuh puisi ini ialah gaya A. Metafora B. Simile C. Personafikasi D. Inversi 39. A. B. C. D. Rima akhir dalam setiap rangkap Syair Pesanan Ibu ialah aaaa abab abba abcd

40. Yang berikut merupakan antara pengajaran syair di atas kecuali A. kita mestilah menghargai masa B. jauhilah perkara yang membinasakan hidup kita C. patuhilah nasihat ibu demi kebaikan D. apabila dalam kesusahan serahkan harta kepada orang

You might also like