You are on page 1of 2

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselamatan sebelum memasuki bilik server
utama yang terletak di Pusat Infomasi Teknologi Maklumat Markas Bantuan yang
menyalurkan dan menghubungkan semua rangkaian internet kepada seluruh unit yang
berada di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak. Selain daripada itu, kajian ini turut
bertujuan mengenal pasti masalah-masalah dan faktor-faktor kelemahan sistem
keselamatan yang menggunakan sistem penulisan pada “buku log” dan penambahbaikan
kepada sistem pengimbas kad. Seramai 22 orang responden yang terdiri daripada
anggota yang berkhidmat di Markas Bantuan telah terlibat dalam kajian kes ini. Satu set
soal selidik telah disediakan bagi mendapatkan maklumat mengenai ciri-ciri
keselamatan semasa memasuki bilik server, keberkesanan sistem pengimbas kad
daripada sistem penulisan pada “buku log’ dan keberkesanan tahap keselamatan di bilik
server melalui penggunaan sistem pengimbas kad. Maklumat yang telah diperolehi telah
dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Bagi soalan pemahaman dan
persepsi responden tentang keselamatan di bilik server, telah diberikan markah
mengikut skala yang telah ditentukan. Hasil kajian ditunjukkan dalam bentuk peratus.
Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan responden…………………………...Secara
keseluruhannya, ciri-ciri keselamatan semasa memasuki bilik server melalui penulisan
pada buku log berada pada tahap………Meskipun demikian, didapati sistem pengimbas
kad juga masih mempunyai kelemahan dari segi keselamatannya melalui penggunaan
kad pengimbas. Akhirnya, kajian ini memberikan beberapa cadangan untuk
meningkatkan tahap keselamatan sebelum memasuki bilik server supaya tahap
keselamatannya benar-benar terjamin selamat iaitu penambahbaikan dengan
menggunakan sistem pengimbas jari dan mengadakan bengkel/kursus berkenaan dengan
sistem keselamatan di bilik server kepada setiap anggota yang berkenaan.

You might also like