You are on page 1of 20

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)

TEKNOLOGI SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA


NAMA PROGRAM
DAN APLIKASI WEB

SEMESTER SEMESTER 2

KOD DAN TAJUK


DKA2043 SOFTWARE ENGINEERING
KURSUS
K1 Introduction to Software Engineering
NO.DAN TAJUK K2 System Modelling and Design
KOMPETENSI
K3 Software Testing and Evaluation
Muka Surat : 1 Drp : 20
NO. KOD KURSUS DKA2043 / KP(1/3)

TAJUK/TITLE :
Data Structures and Algorithm

TUJUAN/PURPOSE :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan menerangkan mengenai :
1.0 Introduction to Software Engineering
1.1 Overview
1.1.1 Professional Software Development
1.1.2 Software engineering ethics

1.2 Software processes


1.2.1 Software process models
1.2.2 Process activities
1.2.3 Process improvement

1.3 Agile software development


1.3.1 Agile methods
1.3.2 Agile development techniques
1.3.3 Agile project management
1.3.4 Scaling agile methods
1.4 Requirement Engineering
1.4.1 Functional and non-functional requirement
1.4.2 Requirement engineering process
1.4.3 Requirement elicitation
1.4.4 Requirement Specification
1.4.5 Requirement validation
1.4.6 Requirement change
NO. KOD DKA2043 Muka : 3 drp : 20

PENERANGAN:

1.0 Pengenalan kepada Kejuruteraan Perisian

1.1 Definisi Kejuruteraan Perisian (Software engineering)


1. Kejuruteraan Perisian ditakrifkan sebagai aplikasi sains dan matematik terhadap
keupayaan peralatan komputer yang dicipta berguna kepada manusia melalui
program komputer, prosedur, dan yang berkaitan dokumentasi.
2. Kejuruteraan merujuk sebagai mengunakan pendekatan sistematik, berdisiplin
dan boleh di ukur.
3. Kejuruteraan melibatkan mesin (alatan), hasilan (produk), proses (prosedur)
dan sistem (bidang masalah).
4. Perisian secara umum ditakrifkan sebagai kod sumber aturcara yang juga
dikenali sebagai sistem perisian.
5. Kod sumber merupakan aturcara yang ditulis di dalam komputer dan sesuatu
yang boleh dilihat dan dianalisis.
6. Terdapat beberapa takrifan tentang Kejuruteraan perisian iaitu:
7. Prof. F. Bauer : Kejuruteraan Perisian ialah penetapan dan penggunaan prinsip-
prinsip kejuruteraan yang baik untuk memperolehi perisian berhemat yang boleh
diharap dan boleh beroperasi dengan cekap pada mesin-mesin nyata.
a. Androile dan Freeman: Kejuruteraan Perisian ialah penggunaan kaedah,
alatan dan pengetahuan yang sistematik untuk mencapai objektif teknikal,
ekonomi dan manusia bagi sistem berintetensifkan perisian.
b. Piawaian Institut Jurutera Elektrik & Elektronik : Kejuruteraan Perisian
terdiri daripada dua elemen penting iaitu, Aplikasi pendekatan yang
sistematik , berdisiplin dan boleh diukur terhadap pembangunan, operasi
dan penyelenggaraan perisian iaitu aplikasi kejuruteraan kepada perisian
dan Kajian mengenai pendekatan kejuruteraan dalam pembangunan
perisian.
8. Aktiviti kejuruteraan perisian merangkumi keseluruhan tempoh hayat sesuatu
perisian yang meliputi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan.
NO. KOD DKA2043 Muka : 4 drp : 20

9. Elemen utama kejuruteraan Perisian seperti berikut:

Alatan

Kaedah

Proses

Kualiti

Rajah 1 : Elemen utama kejuruteraan perisian

ELEMEN PENERANGAN
Kualiti memupuk budaya peningkatan terbaik dalam proses yang
berterusan
Proses Pemegang/rantaian bagi lapisan penghasilan teknologi
Kaedah menyediakan secara teknikal tentang ‘apakah/bagaimanakah
cara’
Alatan sokongan terhadap perlaksanaan proses dan kaedah

1.2 Proses Perisian (Software Process)


1. Proses adalah kumpulan aktiviti-aktiviti , tindakan dan arahan yang dilaksanakan
bila satu produk hendak dihasilkan.
2. Proses Perisian adalah rangka kerja untuk aktiviti-aktiviti, dan tindakan yang
diperlukan untuk membina perisian yang berkualiti.
3. Proses perisian (software process) adalah sebahagian dari kerja pembangunan
perisian ke dalam fasa yang mengandungi aktiviti perancangan dan pengurusan
yang lebih baik. Ia sering dianggap sebagai subset kepada kitar hayat
pembangunan sistem.
4. Rangka kerja proses generik untuk kejuruteraan perisian merangkumi lima
aktiviti iaitu:
a. Komunikasi (Comunication)
b. Perancangan (Planning)
c. Rekabentuk Model (Modelling)
d. Pembinaan perisian (Construction)
e. Pengujian & operasi (Deployment).
NO. KOD DKA2043 Muka : 5 drp : 20

a. Komunikasi
1. Sebelum apa-apa kerja teknikal boleh memulakan, amat penting untuk
berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelanggan. Tujuannya adalah untuk
memahami objektif pihak berkepentingan terhadap projek dan untuk mengumpul
keperluan dan menentukan ciri-ciri dan fungsi perisian tersebut.
2. Semua keperluan perisian perlu dikenalpasti dengan terperinci dan secara
intensif. Objektif fasa ini untuk mengenalpasti keperluan pengguna daripada
elemen-elemen perisian.
3. Keperluan pengguna digunakan untuk membina pengujian penerimaan
pengguna (user acceptance test).

b. Perancangan
1. Mentakrifkan kerja-kerja kejuruteraan perisian dengan menerangkan tugas
teknikal yang akan dijalankan (pasukan pembangun), risiko yang berkemungkinan
berlaku, sumber-sumber yang diperlukan, produk kerja yang perlu dihasilkan, dan
jadual kerja (carta Gantt).

c. Rekabentuk Model
1. Membuat lakaran penyelesaian secara terperinci bagi memahami masalah secara
keseluruhan.
2. Apabila semua keperluan telah dikenalpasti, fasa rekabentuk menentukan
keperluan yang terbaik untuk membangunkan sistem berdasarkan keperluan yang
dikumpul.

d. Pembinaan Perisian
1. Aktiviti yang menggabungkan penjanaan kod sumber dan ujian diperlukan untuk
mendedahkan kesilapan dalam kod (code debug).
2. Rekabentuk perisian yang telah lengkap akan diterjemahkan ke dalam bentuk kod
program.
3. Implementasi dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan (penetapan pada
perancangan) mengikut keperluan dan kesesuaian perisian yang dibangunkan.
NO. KOD DKA2043 Muka : 6 drp : 20

e. Pengujian & Operasi


1. Perisian diuji lari (run test) untuk memastikan semua keperluan pelanggan
dipenuhi, lengkap dan tepat.
2. Pelanggan akan menilai perisian tersebut dan membuat penilaian.
Pengubahsuaian perlu dilakukan berdasarkan dari permintaan pelanggan.
3. Terdapat pelbagai jenis pengujian yang dijalankan, setiap komponen akan diuji
secara unit, kemudian diuji sebagai sub-sistem dan sub-sub sistem akan diuji
sebagai satu sistem (integrasi).

1.1.3 Agile Software Development


1. Methodologi Perisian ialah cara atau kaedah yang lebih spesifik dalam
melaksanakan aktiviti yang perlu dilakukan dalam Proses Perisian.
2. Metodologi Perisian melibatkan fasa-fasa yang terdapat pada Kitar Hayat
Pembangunan Perisian/Sistem (Software/System Development Life
Cycle(SDLC)). Setiap fasa merupakan gabungan set aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan sepanjang pembangunan perisian/sistem.

3. SDLC mempunyai LIMA (5) fasa bersama aktiviti yang terlibat iaitu:-
i. Perancangan (Planning)
o menyemak permintaan projek
o mengutamakan permintaan projek
o memperuntukkan sumber
o membentuk pasukan pembangunan projek
ii. Analisis (Analysis)
o menjalankan siasatan awal
o melaksanakan analisis terperinci seperti kajian sistem semasa,
menentukan keperluan pengguna, mengesyorkan penyelesaian
iii. Rekabentuk (Design)
o memerlukan perkakasan dan perisian (jika perlu)
o membangunkan perincian sistem
iv. Implimentasi (Implimentation)
o membangunkan program (jika perlu)
o memasang dan menguji sistem baru
o melatih pengguna
o menukar kepada sistem baru
NO. KOD DKA2043 Muka : 7 drp : 20

v. Operasi, sokongan dan Keselamatan (Operation, Support and Security)


o melaksanakan aktiviti penyelenggaraan
o memantau prestasi sistem
o menilai keselamatan sistem

4. Fasa yang terdapat pada SDLC menjadi asas penghasilan model-model Metodologi
Perisian. Berikut merupakan sebahagian contoh senarai jenis model metodologi:
a. Model Air-Terjun,
b. Model Prototaip,
c. Model Interasi (Iterative)
d. Model Peningkatan (Incremental),
e. Model Spiral,
f. Model Methodologi Agile.
g. Model Pembangunan Aplikasi Pantas (Rapid Application Development),

Methodologi Agile (Agile Methodologies)


1. Methodologi Agile mempunyai ciri-ciri keboleh-suaian process untuk memenuhi
keperluan projek yang berubah dan situasi teknikal, iaitu ia boleh digunakan untuk
menguruskan keadaan yang tidak boleh dijangka.
2. Untuk memastikan berlaku progress dalam aktiviti projek, methodolgi Agile juga
perlu penyesuaian dalam bentuk peningkatan.
3. Untuk itu pasukan Agile memerlukan maklumbalas daripada pelanggan, supaya
penyesuaian yang tepat dapat dilakukan.
4. Maklumbalas daripada pelanggan boleh diperolehi dengan lebih efektif melalui
penyediaan prototaip and sebahagian dari sistem yang sudah berfungsi.
5. Peningkatan Perisian perlu diserahkan dalam jangkamasa yang pendek supaya
penyesuaian tidak ketinggalan dengan perubahan iaitu yang tidak dijangkakan.
6. Pendekatan interasi membolehkan pelanggan menilai peningkatan perisian
dengan lebih kerap dan seterusnya memberi maklumbalas yang perlu kepada
pasukan perisian yang akan membuat penyesuaian terhadap process
berdasarkan maklumbalas tersebut.
7. Antara model dalam Methodologi Agile ialah Rapid Prototyping, Extreme
Programming dan Evolutionary Development.
8. Matlamat Pembangunan Perisian Agile:
a. - Individual dan interaksi terhadap proses dan alat(Tools)
b. - Perisian kerja lebih komprehensif(Lengkap)
NO. KOD DKA2043 Muka : 8 drp : 20

c. - Kerjasama pelanggan ke atas rundingan kontrak.


d. - Respon untuk berubah mengikut perancangan.

Rajah 5 : Model Agile

1.4 Kejuruteraan Keperluan (Requirement Engineering)


1. Kejuruteraan Keperluan ialah proses mengenal pasti perkhidmatan/servis dan
kekangan sistem yang hendak dibangunkan.
2. Kejuruteraan keperluan boleh ditakrifkan sebagai proses mengenal pasti,
menganalisis dan memodelkan keperluan perisian.
3. Keperluan perisian perlu mengenal pasti fungsi-fungsi yang perlu pada sistem
tanpa mengambil kira bagaimana ia akan dilaksanakan.
4. Empat aktiviti utama dalam kejuruteraan keperluan iaitu:
i. Mengenal pasti keperluan/elisit (elicitation)
Mendapatkan maklumat keperluan sistem dan memahami kehendak
pengguna terhadap sistem yang hendak dibangunkan.
ii. Analisis Keperluan
Menganalisis setiap keperluan yang telah dikumpulkan. Hasil analisis akan
diterjemahkan dalam bentuk model.
iii. Takrifan dan spesifikasi keperluan
Merekodkan keperluan sistem dengan jelas dan terperinci dalam bentuk
dokumen
iv. Penentusahan keperluan
Memastikan spesifikasi keperluan adalah sama dengan keperluan sistem
yang sebenar, memenuhi piawaian dan boleh digunakan sebagai asas bagi
reka bentuk peringkat awal.
NO. KOD DKA2043 Muka : 9 drp : 20

5. Dalam konteks pembangunan perisian, kejuruteraan keperluan adalah proses


yang pertama sekali dilaksanakan. Rajah di bawah menunjukkan proses
kejuruteraan keperluan.

Mengenal Pasti Keperluan / Elicit ( Requirement Elicitation)


1. Mengenal pasti keperluan merupakan langkah pertama dalam kejuruteraan
keperluan.
2. Ia meliputi aktiviti mendapatkan keperluan daripada pengguna ataupun diperolehi
daripada keperluan sistem. Rajah di bawah menunjukkan gambaran mengenai
proses Mengenal Pasti Keperluan.

3. Keperluan yang dikenalpasti boleh dibahagikan kepada dua kategori,


i. Keperluan Fungsi
ii. Keperluan bukan Fungsi.
4. Keperluan Fungsi ialah huraian mengenai fungsi atau perkhidmatan/servis sistem.
a. Contoh keperluan fungsi bagi Sistem Pendaftaran Pelajaran Melalui
Internet ialah:
 Antara muka pengguna yang digunakan ialah Windows 10 atau yang
serasi dengannya.
 Pengguna boleh menambah dan memadam data/maklumat secara atas
talian.
 Jika bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba, dokumen yang belum
disimpan boleh dicapai semula.
5. Keperluan bukan Fungsi ialah huraian mengenai kekangan yang ada pada sistem.
NO. KOD DKA2043 Muka : 10 drp : 20

i. Contoh keperlua bukan Fungsi bagi Sistem Pendaftaran Pelajaran Melalui


Internet ialah:
 Masa penghantaran data sekurang-kurangnya 1Mb sesaat.
 Masa tindak balas bagi pendaftaran mata pelajaran ialah 3 saat
 Reka bentuk sistem hendaklah berasaskan kaedah UML.

6. Keperluan bukan Fungsi boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu:


i. Keperluan Produk
Keperluan yang menentukan keadaan tertentu tingkah laku seperti masa
pelaksanaan, kebolehpercayaan dan sebagainya.
ii. Keperluan Organisasi
Keperluan yang merupakan rentetan daripada dasar dan prosedur
organisasi seperti proses piawai(standard), keperluan pelaksanaan dan
sebagainya.
iii. Keperluan Luaran
Keperluan yang terbit daripada faktor luaran sistem dan proses
pembangunan seperti keperluan untuk membolehkannya berinteraksi
dengan sistem luaran, keperluan undang-undang dan sebagainya.

7. Keperluan Perisian
i. Analisis hubungan yang merupakan input untuk menyediakan takrifan
keperluan
ii. Pada peringkat ini, pembangun perlu memahami persekitaran bagi sistem
perisian yang akan dibangunkan
iii. Bagaimana sistem akan berinteraksi dengan persekitarannya.
iv. Keperluan Perisian merupakan Keperluan bukan Formal dan mempunyai
maklumat yang terlalu terperinci.
v. Keperluan perisian perlu mengandungi ciri-ciri penting yang perlu ada pada
sesuatu produk perisian, keputusan dari analisis pasaran dan sebagainya.

8. Keperluan Pengguna
i. Merupakan satu proses analisis hasil daripada kehendak persekitaran dan
maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pengguna, pakar bidang dan
pelanggan.
NO. KOD DKA2043 Muka : 11 drp : 20

ii. Mekanisme yang digunakan seperti temu ramah, borang soal selidik dan
pemerhatian ke atas persekitaran pengoperasian.
iii. Bagi mengesahkan ketepatan hasil analisis, pembangun menyampaikan
dalam bentuk yang mudah difahami oleh pemberi maklumat.
iv. Penyampaian dalam bentuk dokumen ringkas, senario, prototaip atau
model.

9. Keperluan dari Sistem Lain


i. Pembangun perlu mendapatkan keperluan sistem dengan menemu ramah
pengguna sistem yang berinteraksi dengan sistem yang akan dibangunkan.

10. Keperluan Antara Muka


i. Pembangun perlu mendapatkan keperluan bagi membangunkan antara
muka pengguna.
ii. Keperluan interaksi di antara manusia dengan sistem amat penting.
iii. Analisis tugas perlu dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan secara
terperinci mengenai bagaimana pengguna akan berinteraksi dengan sistem
yang akan dibangunkan.

11. Kekangan Sistem


i. Kekangan proses membangunkan perisian perlu dikenal pasti.
ii. Kekangan yang biasa dihadapi ialah kos, ciri-ciri perkakasan yang akan
berantara muka dengan sistem, sistem sedia ada yang akan berinteraksi
dengan sistem yang akan dibangunkan dan keperluan mudah alih yang lain.

Analisis Keperluan (Requirement Analysis)


1. Analisis Keperluan diperolehi hasil daripada analisis dari pelbagai sumber.
2. Analisis ini diperlukan demi untuk mendapatkan takrifan keperluan yang tepat.
3. Analisis yang dilaksanakan mestilah mencukupi dari segi tahap yang boleh
diterima bagi risiko yang berkaitan dengan teknikal dan kos, kesempurnaan,
ketepatan dan kurang kesamaran dalam hasil.
4. Pelbagai kaedah analisis yang boleh digunakan dalam membantu proses
menganalisis keperluan.
5. Rajah di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti utama dalam Analisis Keperluan
NO. KOD DKA2043 Muka : 12 drp : 20

Analisis
Keperluan
Mengenal Pasti
Keperluan

Takrifan & spesifikasi


Keperluan

6. Aktiviti-aktiviti utama dalam Analisis Keperluan ialah:


a. Penilaian ke atas Masalah
i. Dilaksanakan untuk menilai kemungkinan dan masalah-masalah
seperti kesamaran, tidak lengkap dan tidak tekal.
ii. Keperluan perisian bagi
iii. sistem yang akan berinteraksi dengannya.
b. Klasifikasi Keperluan
i. Keperluan perlu dikelaskan mengikut kategori keutamaan seperti
“mandatori”, “tidak perlu” atau “penting”.
ii. “mandatori” bermakna sistem yang dibangunkan tidak akan diterima
oleh pelanggan jika ia tidak memenuhi keperluan tersebut. Ini
merupakan keperluan yang wajib ada pada sistem.
iii. Keperluan juga dinilai berdasarkan kestabilannya. Pembangun perlu
mengelaskan keperluan yang mudah berubah (bergantung kepada
perubahan ke atas persekitaran) dan keperluan yang tetap dalam
kelas yang berbeza.
iv. Keperluan tetap ialah keperluan yang stabil manakala keperluan
tidak tetap ialah keperluan yang mungkin berubah semasa sistem
dibangunkan atau setelah sistem dibangunkan atau setelah sistem
dilaksanakan.
v. Keperluan yang tidak tetap boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu:
 Keperluan berubah-ubah
NO. KOD DKA2043 Muka : 13 drp : 20

 Keperluan yang mudah berubah disebabkan perubahan yang


berlaku ke atas persekitaran yang mengubah operasi
organisasi.
 Contohnya: Sistem rawatan hospital, kaedah rawatan yang
digunakan mudah berubah, bergantung kepada jenis penyakit,
maklumat rawatan yang berbeza perlu dikumpulkan semula
apabila timbulnya kes penyakit yang baru.
 Keperluan baru muncul
 Keperluan yang baru muncul, ekoran daripada kefahaman
pelanggan terhadap sistem semasa sistem sedang
dibangunkan.
 Contohnya: sistem penyimpanan maklumat pesakit, pada
asalnya pelanggan (pihak hospital) mungkin hanya
menyimpan biodata pesakit dalam bentuk teks sahaja, setelah
memahami tentang kemudahan capaian imej dalam
pangkalan data, pelanggan mungkin meminta supaya
pembangun menyediakan kemudahan penyimpanan imej
filem sinar-X dalam bentuk digital.
 Keperluan Penting
 Keperluan penting yang wujud ekoran daripada
perkembangan teknologi maklumat.
 Perubahan ini perlu diambil kira kerana akan merubah proses
organisasi atau menimbulkan satu cara kerja yang baru.
 Contohnya: Sistem penyimpanan imej filem sinar-X pesakit,
biasanya filem sinar-X akan dihasilkan bagi setiap pesakit
yang menjalani pemeriksaan sinar-X. Filem tersebut
kemudiannya diimbas untuk membolehkan imejnya disimpan
dalam bentuk digital. Ekoran bentuk digital dapat dihasilkan
terus tanpa perlu diimbas dari filemnya. Dengan itu, aktiviti
pemeriksaan sinar-X akan berubah.
 Keperluan Keserasian
 Keperluan Keserasian yang bergantung kepada sistem atau
proses dalam organisasi.
 Jika sistem atau proses berubah, keperluan yang serasi
dengannya juga perlu diubah.
NO. KOD DKA2043 Muka : 14 drp : 20

 Contohnya: sistem perisian yang digunakan oleh sesebuah


organisasi mestilah serasi dengan sistem pengoperasian
yang dipilih.
 Jika pihak organisasi bercadang untuk menukar sistem
pengoperasiannya, misalnya daripada DOS (Disk Operating
Systems) kepada Windows 10, besar kemungkinan sistem
perisian yang sedang dibangunkan tidak boleh beroperasi
sepenuhnya dengan sistem pengoperasian yang baru.
c. Penilaian ke atas Kemungkinan dan Risiko
i. Penilaian meliputi kemungkinan teknologi (contohnya, bagaimana
keperluan tersebut boleh dipenuhi dengan teknologi terkini?),
kemungkinan pengoperasian (contohnya, adakah perisian yang
dibangunkan boleh digunakan oleh kakitangan yang sedia ada
dalam persekitaran yang dirancangkan?) dan kemungkinan ekonomi
(seperti adakah kos untuk melaksanakan sistem yang akan
dibangunkan boleh di terima oleh pengguna?)
d. Pengesahan Keperluan
i. Semua keperluan yang telah dikumpulkan mestilah disemak supaya
ia lengkap, tekal dan bertepatan dengan kehendak pengguna.
ii. Keperluan-keperluan yang telah dikenal pasti mestilah dilaporkan
dalam bentuk yang mudah difahami.
iii. Terdapat dua alternatif digunakan untuk melaporkan keperluan
sistem iaitu:
 Model Analisis
 Model-model dibina setelah keperluan dianalisis bagi
mentakrifkan ciri-ciri khusus perlu ada pada fungsi sistem
yang hendak dibangunkan.
 Ia meliputi antara muka di antara setiap fungsi dan antara
muka dengan persekitaran.
 Dipersembahkan dalam bentuk yang lebih mudah difahami
dibandingkan dengan huraian dalam bentuk teks.
 Ciri-ciri model yang baik ialah
 Mudah difahami dan tidak kompleks
 Murah untuk dibina dan diubah suai jika dibandingkan
dengan kos untuk membangunkan sistem sebenar.
NO. KOD DKA2043 Muka : 15 drp : 20

 Memudahkan huraian yang kompleks daripada keadaan


sebenar.
 Pelbagai jenis model analisis yang boleh digunakan,
antaranya ialah:
 Model Aliran Data
 Model gabungan
 Model objek
 Model tindak balas stimulus
 Model Aliran Data
 Model Aliran Data digunakan untuk menunjukkan
bagaimana data diproses pada setiap peringkat.
 Teknik yang menggunakan model aliran data ialah DFD
(Data Flow Diagram) atau Gambar rajah Aliran Data.
 DFD juga dikenali sebagai “carta buih”, satu teknik
bergrafik yang menggambarkan aliran maklumat dan juga
perubahan bentuk data yang digunakan sebagai
pergerakan data daripada input kepada output.
 Prototaip
 Dibina untuk mendapatkan pandangan daripada pelanggan
dan pengguna.
 Tujuan pembinaannya adalah untuk mendapatkan pandangan
lebih jelas tentang keperluan sistem.
 Prototaip dibangunkan jika pengguna sukar menggambarkan
secara visual bagaimana perisian beroperasi.
 Mekanisme paling efektif untuk menggambarkan keadaan
bagaimana sistem seharunya beroperasi.
 Prototaip yang dibangunkan akan diserahkan untuk kegunaan
pengguna jika perisian melibatkan pelbagai jenis dan kategori
pengguna
 Prototaip digunakan untuk meminimumkan risiko
pembangunan perisian dengan keperluannya yang tidak
mencukupi.
NO. KOD DKA2043 Muka : 16 drp : 20

Takrifan dan Spesifikasi Keperluan (Requirement Specification)


1. Takrifan Keperluan adalah keterangan berorientasikan pelanggan mengenai
fungsi sistem dan desakan terhadap operasi sistem.
2. Spesifikasi Keperluan adalah keterangan yang tepat dan terperinci mengenai
fungsi dan desakan sistem.
3. Ia bertujuan sebagai alat komunikasi dan dasar kontrak di antara pembangun
sistem dan pelanggan.
4. Spesifikasi Keperluan diwakilkan oleh Model Sistem yang dibina dalam proses
Analisis Keperluan.
5. Spesifikasi ini jika ditulis dalam bahasa biasa akan menimbulkan beberapa
masalah iaitu:
a. Kefahaman penulis dan pembaca
b. Pelbagai maksud untuk berbagai-bagai perkataan
c. Struktur bahasa
6. Alternatif lain penulisan Spesifikasi yang boleh digunakan antaranya ialah:
a. Bahasa biasa berstruktur
a. Bahasa berperihalan reka bentuk
b. Bahasa spesifikasi keperluan
c. Notasi grafik
d. Spesifikasi matematik
7. Borang yang menyokong bahasa biasa berstruktur mempunyai spesifikasi
tersendiri. Antara ciri spesifikasi ini ialah:
a. Takrifan fungsi atau entiti
b. Keterangan mengenai input dan dari mana ia datang
c. Keterangan mengenai output dan ke mana ia pergi (cth : Use Case)
d. Petunjuk kepada entiti-entiti lain yang diperlukan
e. Prasyarat dan pascasyarat
f. Kesan sampingan
NO. KOD DKA2043 Muka : 17 drp : 20

8. Contoh Spesifikasi Keperluan berdasarkan borang

9. Spesifikasi Antara Muka


a. Hampir semua sistem beroperasi dalam persekitaran yang memerlukan
antara muka dengan sistem-sistem lain.
b. Tiga jenis antara muka yang perlu ditakrifkan di dalam spesifikasi keperluan
ialah:
i. Antara muka Prosedur – beberapa servis diperlukan dari sub-sistem
ii. Antara muka Data – Aliran data antara sub-sistem
iii. Antara muka Perwakilan – Perwakilan data yang khusus mungkin perlu
digunakan.
10. Pengesanan Keperluan
a. Pengesanan keperluan adalah suatu ciri spesifikasi keperluan yang
menunjukkan keupayaan untuk mengesan keperluan-keperluan yang saling
berhubung kait.
b. Alatan CASE menyediakan kemudahan ini dan teknik pengesanan yang
biasa digunakan ialah:
i. Memberi nombor yang unik untuk setiap keperluan
ii. Membina rujuk-silang pada setiap keperluan menggunakan nombor
unik
iii. Membina matriks rujuk-silang untuk keseluruhan dokumen keperluan.
NO. KOD DKA2043 Muka : 18 drp : 20

Pengurusan Keperluan (Requirement Management)


1. Pengurusan keperluan adalah proses mengenal pasti dan kemudian memantau
keperluan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam sesuatu projek, dan
memastikan bahawa keperluan ini dipenuhi.
2. Ia bertujuan untuk mendapatkan, menyimpan, menyebarkan, dan mengurus
maklumat berkaitan dengan keperluan, termasuklah perubahan dan kawalan versi
(change and version control), mengesan keperluan (requirement tracing) dan
pemantauan status keperluan (requirement status tracking).
3. Salah satu cabaran utama, seorang pengurus projek dalam Pengurusan
Keperluan adalah keperluan untuk membuat pelarasan proses-proses apabila
berlaku perubahan keperluan.
4. Aspek asas dalam Pengurusan Keperluan adalah keperluan untuk berkomunikasi
dengan berkesan. Jika salah satu pihak berkepentingan mengubah sesuatu
keperluan, pengurus projek perlu mengenal pasti bagaimana perubahan tersebut
memberi kesan kepada keperluan orang lain yang terlibat dalam projek ini dan
berbincang tentang perubahan tersebut dengan mereka untuk mendapatkan
persetujuan.
5. Pengurus projek mesti mempunyai satu proses untuk mengemaskini keperluan,
sama ada dengan mencatat dalam log atau dokumentasi lain atau dengan
memasukkan maklumat ke dalam perisian pengurusan projek syarikat atau
perisian berasaskan web. Terdapat juga program-program perisian dan aplikasi
berasaskan web yang direka khusus untuk pengurusan keperluan
Link bagi contoh aplikasi Pengurusan Keperluan ialah:
http://rmblog.accompa.com/2012/05/requirements-management-tools/
6. Lima Peringkat Pengurusan Keperluan, pengurus projek dan pihak
berkepentingan utama akan menilai keperluan pada setiap langkah proses.
Langkah-langkah ini adalah seperti berikut
i. Kenalpasti / Siasatan
Biasanya, langkah pertama ialah pencarian fakta atau penyiasatan.
Matlamat sebenar (goals) perlu dikenalpasti, dan keperluan-keperluan
(requirements) yang memenuhi matlamat tersebut dapat ditentukan. Apa-
apa halangan atau kekangan yang mungkin wujud perlu dikenalpasti dan
cadangkan penyelesaian disediakan.
ii. Kemungkinan (Feasibility)
NO. KOD DKA2043 Muka : 19 drp : 20

Ia melibatkan aktiviti untuk menentukan projek ini boleh dilaksanakan


berdasarkan kekangan yang ada seperti kos, sumber manusia, perkakasan
dan perisian, keupayaan organisasi dan kepakaran teknologi.
iii. Rekabentuk
Pada fasa rekabentuk, biasanya akan ada perubahan kepada keperluan
yang perlu disampaikan, dipersetujui oleh pihak berkepentingan dan
seterusnya ditangani oleh mereka yang bertanggungjawab. Satu lagi
bahagian penting dalam pengurusan keperluan adalah menentukan jika
perubahan ini akan memberi kesan kepada kos atau skop projek.
iv. Pembinaan dan Pengujian
Keperluan projek mungkin perlu sedikit perubahan dan penyelarasan
semasa peringkat ujian kepada pengurusan keperluan dan perubahan ini
hendaklah didokumenkan dengan sewajarnya.
v. Penyerahan (Release)
Setelah produk itu akhirnya diluluskan, ia dikeluarkan untuk penggunaan.
Pada fasa ini, pengurusan keperluan masih berterusan, iaitu untuk naik
taraf aplikasi, add-ons, penambahbaikan, dan memenuhi kehendak
pemasaran dan jualan. Ini akan didokumenkan dan ditangani semasa fasa
pembangunan untuk versi yang seterusnya.

Kejuruteraan Keperluan Agile (Agile Requirement Engineering)


1. Dalam Method Pembangunan Agile, ia memberi tumpuan kepada kod aturcara
iaitu kurang tertumpu kepada dokumentasi
a. Ia lebih kepada penyesuaian kepada keadaan berbanding dengan
mengikut jangkaan.
b. Tumpuan kepada pasukan dan bukanya tumpuan kepada proses. Iaitu ia
bergantung kepada kepakaran, kompetensi dan kerjasama terus.
2. Dari segi Kejuruteraan Keperluan, dalam Scrum, senarai tunggakan produk
(product backlog) memainkan peranan yang penting.
3. Semua keperluan yang dianggap perlu atau berguna untuk produk disenaraikan
dalam tunggakan produk. Ia mengandungi senarai keutamaan untuk ciri-ciri,
fungsi, penambahbaikan dan pembetulan ralat (bugs).
4. Tunggakan produk ini boleh dibandingkan dengan document keperluan yang tidak
lengkap dan sentiasa bertukar yang mengandungi maklumat yang diperlukan
untuk pembangunan sistem.
NO. KOD DKA2043 Muka : 20 drp : 20

5. Untuk setiap sprint (iaitu lebih kurang 30 hari pusingan pembangunan), arahan
yang mempunyai keutamaan yang paling tinggi akan dipindahkan ke tunggakan
sprint (sprint backlog).
6. Tiada perubahan dibenarkan pada tunggakan sprint pada waktu sprint
berlangsung, iaitu tidak ada fleksibel pada keperluan untuk dipenuhi pada waktu
sprint, tetapi ia sangat fleksibel untuk pengguna mengubah keutamaan keperluan
untuk sprint yang seterusnya.
7. Pada penghujung sprint, mesyuarat semakan diadakan yang mana fungsi-fungsi
baru ditunjukkan kepada pengguna untuk mendapat maklumbalas dari pengguna.
8. Pengetahuan yang didapati dari mesyuarat semakan sprint dan tunggakan produk
sekarang digunakan untuk mesyuarat perancangan sprint yang seterusnya.
9. Mesyuarat semakaan sprint boleh dibandingkan dengan penialain keperluan dan
pembentangan prototaip kepada pengguna.

You might also like