You are on page 1of 52

1.

7 PEMBANGUNAN
APLIKASI
Sains Komputer Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
PEMBANGUNAN APLIKASI
• Kitaran Hayat Pembangunan Sistem (Software
development Life Cycle -SDLC) juga dikenali
sebagai kitaran hayat pembangunan aplikasi.
• Kitaran hayat pembangunan aplikasi ialah
istilah yang digunakan dalam kejuruteraan
sistem dan perisian, sistem maklumat, dan
pembangunan aplikasi yang menjelaskan
proses merancang, mereka bentuk, menguji
dan mengimplementasi sesuatu aplikasi atau
perisian.
• SDLC terdiri daripada satu kitaran fasa yang
berjujukan dan menjadikannya sebagai pelan
tindakan yang berkesan kepada pasukan
projek.
• Selain itu, SDLC bantu mengesan status bagi
penyempurnaan projek tersebut.
PEMBANGUNAN APLIKASI
• Metodologi umum yang terdapat bagi SDLC
ialah model air terjun (Waterfall model ), model
RAD (Rapid Application Development model ),
model lelaran (Iterative model ), model
lingkaran (Spiral model ) dan model tangkas
(Agile model ).
• Model hibrid pula ialah kombinasi yang terdiri
daripada beberapa model.
• Dokumentasi adalah penting tanpa mengira
model yang digunakan dan selalunya seiring
dengan proses pembangunan.
• Misalnya, ada kaedah yang sesuai dengan
jenis projek yang spesifik tetapi dalam
analisis terakhir, faktor terpenting ialah
kejayaan projek yang dibangunkan.
PEMBANGUNAN APLIKASI
• Model air terjun digunakan sebagai model
pembangunan aplikasi memandangkan
model ini mirip kepada proses-proses dalam
SDLC.
• Model ini merupakan model terawal,
mudah difahami dan mudah diuruskan.
• Model air terjun mengandungi lima fasa
secara umumnya, di mana setiap fasa
dalam model air terjun distrukturkan iaitu satu
fasa perlu diselesaikan sebelum ke fasa
berikutnya.
• Maklumat bagi setiap fasa diperlukan
untuk fasa yang berikutnya dan tidak boleh
berpatah balik.
KITARAN HAYAT
PEMBANGUNAN SISTEM
FASA ANALISIS MASALAH
• Fasa analisis masalah ialah proses
mengenal pasti keperluan program
dan mencari sebab sesuatu program
dibina.
• Langkah-langkah sistematik harus
dipatuhi untuk menyelesaikan masalah
dan penting untuk kita memahami
penyataan masalah dengan jelas.
• Permulaannya, analisis masalah yang
dihadapi dengan menggunakan
analisis IPO iaitu analisis input, proses
dan output.
ANALISIS IPO BAGI MASALAH DI ATAS ADALAH SEPERTI YANG BERIKUT
FASA REKA BENTUK
PENYELESAIAN
• Fasa reka bentuk penyelesaian
masalah dibuat setelah analisis IPO
yang merupakan set keperluan untuk
memulakan fasa mereka bentuk
dilakukan.
• Walaupun projek yang kecil dan
keperluan yang mudah, satu reka
bentuk mental untuk pemahaman
keperluan dengan penyelesaian perlu
wujud.
• Fasa ini melihat kepada potensi
penyelesaian yang wujud dan
menentukan penyelesaian yang
efektif dan efisien.
• Hal ini menjawab “bagaimana”
membina penyelesaian terbaik.
FASA REKA BENTUK PENYELESAIAN
• Penggunaan algoritma ialah langkah
awal bagi penyelesaian masalah
dalam fasa reka bentuk penyelesaian.
• Pseudokod ialah aturan langkah yang
ditulis dalam bahasa pertuturan
manakala carta alir adalah satu
perwakilan grafik yang menunjukkan
langkah penyelesaian sesuatu masalah
dan mempunyai hubung kait antara
satu sama lain
REKA
BENTUK
DARI ASPEK
LOGIKAL
DAN FIZIKAL
PSEUDOKOD
DAN CARTA
ALIR
FASA PELAKSANAAN
PENYELESAIAN
• Tujuan utama fasa
perlaksanaan penyelesaian
adalah untuk mengubah reka
bentuk kepada program yang
akan dipasang pada
perkakasan dan bersedia untuk
melaksanakan penyelesaian.
• Selain itu, fasa ini bertujuan
untuk membina dan
menghasilkan sistem yang
dapat menyelesaikan masalah
yang dihadapi.
FASA PELAKSANAAN
PENYELESAIAN
• Aktiviti pembangunan aplikasi
melibatkan pengekodan.
• Pengekodan memerlukan bahasa
pengaturcaraan seperti Java,
Javascript dan sebagainya.
• Pengekodan juga mengubah
spesifikasi program kepada kod
sumber.
• Pengkompilan ialah proses menukar
kod pengaturcaraan kepada kod
boleh laksana (executable).
CONTOH KOD ATUR CARA
FASA • Setelah menyediakan pseudokod dan carta alir,
kita boleh ke langkah seterusnya iaitu
pelaksanaan penyelesaian untuk mencari gaji staf
PELAKSANAAN dengan menulis kod atur cara.
PENYELESAIAN • Jenis data yang digunakan ialah integer untuk
pemboleh ubah bilangan jam bekerja iaitu
‘bilJam’, manakala double digunakan untuk
pemboleh ubah kadar sejam seseorang itu bekerja
dan gaji staf.
• Nama pemboleh ubah yang digunakan ialah
‘gajistaf’ dan ‘kadarsj’.
• Penyelesaian aritmetik yang dilakukan ialah
mendarab kadar sejam bekerja dengan bilangan
jam bekerja.
• Hasil daripada aplikasi ini akan memaparkan gaji
staf.
FASA
PELAKSANAAN
PENYELESAIAN
FASA UJI DAN
NYAH RALAT
• Dalam fasa ini,
kod atur cara yang
siap dibina akan
diuji.
• Fasa pengujian
memainkan
peranan penting
dalam SDLC
TUJUAN FASA UJI
DAN NYAH RALAT
• Memastikan semua
keperluan dipenuhi.
• Memastikan semua
pengekodan berfungsi
seperti yang dikehendaki.
• Memastikan semua modul
boleh berfungsi bila
digabungkan.
• Mendapatkan maklum
balas daripada pengguna
sistem untuk tujuan
pembetulan dan
penambahbaikan.
TUJUAN FASA UJI
DAN NYAH RALAT
• Melibatkan pengguna
sepenuhnya di peringkat
pembangunan.
• Mengesan ralat yang tercicir.
• Membantu pasukan projek
membuat dokumentasi dengan
mengesan kesilapan oleh
pengguna.
• Menyimpan keputusan ujian
sebagai bukti penyempurnaan
pembangunan sistem.
JENIS-JENIS SEMAKAN
JENIS PENGUJIAN DAN PERINCIAN
SENARAI SEMAK PENGIRAAN GAJI STAF
DOKUMENTASI
• Dalam pembangunan aplikasi,
dokumentasi ialah ekosistem isi
kandungan dengan tujuan mengajar
pengguna berinteraksi dengan
Application Programming Interface
(API).
• API ialah satu set rutin, protokol dan
alat untuk membina aplikasi.
• Sesuatu API menentukan bagaimana
komponen aplikasi harus berinteraksi.
• API yang baik memudahkan
pembangunan aplikasi dengan
menyediakan blok pembangunan,
di mana pengatur cara komputer
akan mencantumkan blok-blok
tersebut.
FASA
DOKUMENTASI
• Dokumentasi merupakan suatu proses
mengutip dan mengumpulkan data,
mengumpulkan maklumat dan
ringkasan seperti laporan pengujian
yang dijalankan, carta alir, kod atur
cara dan juga carta IPO.
• Dokumen-dokumen ini adalah
sangat penting untuk rujukan
pengguna sistem, pegawai IT dan
juga kakitangan baharu di setiap
fasa.
• Sebagai contoh, carta Gantt ialah
dokumen penting kerana carta
Gantt menetapkan tarikh akhir untuk
setiap peringkat pembangunan.
FASA
DOKUMENTASI
• Setiap fasa perlu disiapkan
sebelum ke fasa seterusnya.
• Hasil bagi satu-satu fasa
berfungsi sebagai input untuk
urutan fasa yang seterusnya.
• Oleh itu, dokumentasi yang
sepenuhnya bagi fasa
projek dari awal pada setiap
fasa akan dijadikan sebagai
rujukan untuk fasa seterusnya.
KOMEN UNTUK KOD ATUR CARA MENGIRA GAJI STAF
CARTA GANTT UNTUK PEMBANGUNAN APLIKASI BAGI
MENGIRA GAJI STAF
PENGUJIAN DAN NYAH RALAT
API
PENCIPTAAN
APLIKASI ATAU
APLET
• Dengan merujuk fasa-
fasa dalam Model Air
Terjun, kita dapat
membina dan
menghasilkan aplikasi
penyelesaian masalah
yang mengandungi
subatur cara atau
tatasusunan dengan
menggunakan
penyataan umpukan dan
struktur kawalan dalam
menghasilkan output
berdasarkan input yang
diberikan seperti dalam
rajah yang ditunjukkan di
bawah.
LANGKAH-
LANGKAH
MENCIPTA
SEBUAH
APLIKASI
ATAU APLET
CONTOH PAPARAN ANTARA MUKA BERGRAFIK
PENCIPTAAN
APLIKASI ATAU
APLET
• Dalam kehidupan seharian, kita
sering menghadapi situasi yang
memerlukan penyelesaian.
• Namun begitu, banyak
masalah dapat diselesaikan
dengan pembangunan aplikasi
yang mudah.
• Mari kita lihat masalah mencari
luas objek yang selalunya
diselesaikan dalam mata
pelajaran Matematik.
• Kaedah alternatif penyelesaian
boleh dibuat dengan membina
aplikasi yang mudah.
LANGKAH 1: FASA ANALISIS
MASALAH
• Masalah yang dikenal pasti
merupakan satu atur cara untuk
mencari luas objek iaitu sama ada
bulatan, segi tiga atau segi empat.
• Atur cara ini perlu menyelesaikan
masalah tersebut dengan murid
memilih jenis objek, memasukkan
input dan output akan dihasilkan
berdasarkan objek dan input yang
dimasukkan.
LANGKAH 1: FASA
ANALISIS MASALAH
• Data yang perlu diketahui
oleh murid ialah bentuk
objek dan juga formula
untuk mencari luas objek
tersebut.
• Maklumat lain yang perlu
diketahui ialah maksud
istilah seperti jejari, tinggi,
tapak dan lebar.
ANALISIS IPO
LANGKAH 2: MEREKA
BENTUK PENYELESAIAN
• Fasa ini boleh dimulakan dengan
menulis pseudokod, diikuti
dengan melakar carta alir untuk
mereka bentuk penyelesaian
untuk aplikasi mencari luas objek.
• Menulis pseudokod untuk aplikasi
mencari luas objek
• Membina antara muka bergrafik
untuk membuat pilihan untuk
mencari luas objek, selepas itu
taipkan kod atur cara untuk setiap
pilihan
LANGKAH 2: MEREKA BENTUK PENYELESAIAN
LANGKAH 2:
MEREKA
BENTUK
PENYELESAIAN
SEDIAKAN ANTARA MUKA
BERGRAFIK UNTUK
APLIKASI.
• Dengan menggunakan tools dari
Swing Controls yang disediakan,
bina antara muka untuk paparan
mengira luas objek.
• Tools yang anda perlu gunakan
ialah Label, Button dan TextField.
• Fungsi jButton adalah untuk
menyediakan tiga pilihan iaitu
“Kira’, “Reset” dan “Keluar”.
• Jlabel digunakan untuk melabel
dan memaparkan output dan
jTextField untuk menginput data.
• Setelah mengetahui cara
melakar carta alir untuk PENCIPTAAN
mereka bentuk
penyelesaian yang APLIKASI ATAU
diperlukan bagi aplikasi APLET
menghitung luas objek,
maka antara muka
bergrafik bolehlah
disediakan untuk
aplikasi tersebut.
• Contoh yang ditunjukkan
dalam Rajah 1.75(a)
merupakan cadangan
antara muka bergrafik
bagi menghitung luas
bulatan.
SWING CONTROLS YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA
ANTARA MUKA BERGRAFIK
CARA MENUKAR ‘BORDER’
LANGKAH 3:
PELAKSANAAN
PENYELESAIAN
• Setelah membina
reka bentuk yang
dikehendaki, proses
seterusnya ialah
melaksanakan
penyelesaian.
• Murid boleh
membina ‘jframe’ di
perisian Java
Netbeans dan
menulis kod atur
cara yang betul.
BINA “ANTARA MUKA BERGRAFIK” UNTUK MEMBUAT PILIHAN UNTUK MENCARI LUAS
OBJEK, SELEPAS ITU TAIPKAN KOD ATUR CARA UNTUK SETIAP PILIHAN.
ANTARA MUKA
MENGIRA
LUAS BULATAN
DAN KOD
ATUR CARA
LUAS BULATAN
LANGKAH 4: MENGUJI DAN
MENYAH RALAT
• Masukkan input yang diperlukan,
kemudian semak output yang dihasilkan.
• Jika wujud ralat, kita perlu
menghapus/menyah ralat dan
membaikinya.
• Seterusnya, sistem perlu diuji semula untuk
memastikan atur cara adalah bebas ralat.
• Uji kesemua unit yang telah dibina,
paparkan output aplikasi yang telah
dibina.
PAPARAN MENGUJI PROGRAM DAN OUTPUT PENGUJIAN
YANG DIJALANKAN
LANGKAH 5:
DOKUMENTASI
• Dokumentasikan
setiap fasa proses
mencipta aplikasi
mencari luas objek
yang dipilih.
• Pamerkan hasil
kerja anda dalam
bentuk
persembahan dan
bincang secara
berkumpulan.
TAMAT..

You might also like