You are on page 1of 73

1.

2 ALGORITMA (Bhgn 1)
Sains Komputer Tingkatan 4 KSSM
Oleh Cikgu Norazila Binti Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
Algoritma

• Algoritma ialah satu set arahan


untuk menyelesaikan masalah.
• Arahan-arahan terperinci yang
dapat diikuti oleh pembaca
sehingga tugasan terlaksana
dengan jayanya ialah suatu bentuk
algoritma dalam kehidupan harian.
• Dalam kehidupan harian, terdapat
banyak contoh yang boleh
dikaitkan dengan algoritma.
• Contohnya, seorang ibu boleh
merujuk arahan-arahan untuk
persediaan memasak dalam buku
resepi.
Contoh -contoh algoritma yang
lain dalam kehidupan harian

• Menjerang air
• Menaiki lif
• Membeli air minuman
tin daripada mesin layan
diri
Menjerang air
Menaiki lif
Membeli air minuman tin daripada mesin
layan diri
Arahan-arahan untuk menghasilkan algoritma

• Analisis masalah yang perlu diselesaikan.


• Kenal pasti input, matlamat proses dan output.
• Tulis arahan-arahan umum untuk memproses input kepada output.
• Analisis setiap arahan umum untuk menilai kejelasan arahan itu
sehingga boleh dilaksanakan.
• Jika kurang jelas, halusi arahan umum dengan menulis arahan-
arahan yang terperinci.
• Untuk setiap arahan terperinci, buat penilaian sama ada arahan
terperinci masih perlu dihalusi atau tidak.
Arahan-arahan untuk
menghasilkan algoritma

• Buat penghalusan
bagi setiap arahan
umum yang masih
kurang jelas.
• Arahan terakhir
mestilah
menghasilkan output
yang dikehendaki
oleh proses dan
perkara ini ialah
batasan algoritma
yang direka cipta.
Penggunaan Algoritma untuk
Menyelesaikan Masalah
Penggunaan Algoritma untuk
Menyelesaikan Masalah

• Komputer ialah alat elektronik yang


berupaya menerima dan memproses data
input untuk menghasilkan maklumat
sebagai output serta menyimpan kedua-
dua data dan maklumat.
• Salah satu ciri komputer ialah kebolehan
menyimpan dan menggunakan pelbagai
atur cara untuk melaksanakan proses
komputer.
• Semua atur cara komputer ialah perisian
yang “menghidupkan” perkakasan
komputer dengan memproses semua
input kepada output.
Konsep Input–Proses–Output (IPO) untuk
perisian komputer
Analisis IPO

• Sebelum menulis algoritma


untuk suatu masalah,
analisa IPO perlu dibuat.
• Analisis IPO adalah untuk
mengenal pasti data input,
proses untuk mengubah
nilai data kepada maklumat
dan paparan output
maklumat setelah proses.
Carta IPO
Langkah-langkah
membuat analisis IPO

• Input: Harus mengenal pasti


data yang perlu dibaca daripada
pengguna atau persekitaran.
• Proses: Langkah-langkah
ataupun rumusan untuk
memproses data input kepada
output.
• Output: Harus mengenal pasti
output yang dikehendaki, yakni
apa yang perlu dipaparkan pada
skrin di akhir atur cara.
Analisis IPO

• Langkah-langkah terperinci dalam proses


komputer diberikan oleh algoritma.
• Algoritma ialah idea atau cara
penyelesaian masalah dalam bentuk
abstrak berasaskan arahan-arahan asas.
• Arahan-arahan asas ini merujuk ciri-ciri
dan struktur kawalan yang sedia ada
dalam bahasa pengaturcaraan.
• Jika suatu proses itu tidak dapat
dihuraikan dengan arahan-arahan asas
komputer, proses tersebut
berkemungkinan tidak sesuai untuk
dilaksanakan oleh komputer
Perwakilan Algoritma

• Pseudokod ialah senarai


struktur kawalan komputer
yang ditulis dalam bahasa
pertuturan manusia dan
mempunyai nombor turutan.
• Carta alir adalah alternatif
kepada pseudokod
menggunakan simbol grafik
untuk mewakili arahanarahan
penyelesaian.
Pseudokod

• Pseudokod bukanlah bahasa pengaturcaraan komputer.


• Arahan ditulis dalam bahasa pertuturan harian.
• Setiap arahan ialah ungkapan matematik, ungkapan
logik, penggunaan struktur kawalan ataupun
penggunaan fungsi komputer (contohnya membaca
input).
• Setiap arahan diletakkan dalam baris baharu yang
diberikan nombor siri.
Langkah-langkah
menulis pseudokod:

• 1 Tulis kenyataan
MULA.
• 2 Baca INPUT.
• 3 Proses data
menggunakan
ungkapan logik atau
matematik.
• 4 Papar OUTPUT.
• 5 Tulis kenyataan
TAMAT.
Carta Alir

• Carta alir terdiri daripada


nod dan garis
penghubung.
• Simbol piawai mewakili
setiap nod, lihat Jadual
1.1.
• Setiap nod dihubungkan
oleh garis penghubung
beranak panah. Anak
panah menunjukkan
aliran aktiviti.
Simbol-
simbol
piawai carta
alir
Langkah-langkah membina carta alir.

• Lukis nod terminal Mula.


• Lukis garis penghubung.
• Lukis nod input.
• Masukkan butiran seperti umpukan data.
• Lukis garis penghubung
• Lukis nod proses.
• Masukkan butiran seperti ungkapan matematik.
• Lukis garis penghubung.
• Sekiranya perlu, lukis nod proses atau nod input lain-lain yang diperlukan.
• Sekiranya tiada, lukis nod terminal Tamat.
Struktur Kawalan dalam
Pengaturcaraan
Tiga struktur
kawalan komputer

• Struktur kawalan
urutan
• Struktur kawalan
pilihan
• Struktur kawalan
pengulangan
Struktur Kawalan
Urutan

• Struktur kawalan urutan


melaksanakan
arahanarahan komputer
satu per satu.
• Urutan arahan yang betul
adalah penting kerana
urutan yang berlainan
boleh memberikan output
yang berlainan.
Setiap arahan adalah satu
penyataan algoritma

• INPUT data.
• Memproses data.
• OUTPUT hasil.
Contoh urutan
linear algoritma
dalam pseudokod
dan carta alir
Urutan linear
algoritma dalam
pseudokod dan
carta alir untuk
"Hello" dan nama
Pseudokod dan carta alir untuk umur
Input Interaktif

• Perhatikan penyataan-
penyataan INPUT adalah untuk
menerima data daripada
pengguna.
• Pengguna memasukkan data
melalui papan kekunci dan akan
disimpan dalam pemboleh ubah.
• Algoritma sedemikian dikatakan
interaktif kerana melibatkan
input pengguna.
Input Interaktif

• Pemboleh ubah ialah ruang


memori yang dikhususkan
untuk menerima dan
menyimpan data.
• Dalam subjek Matematik
terutamanya dalam bab
Algebra, pemboleh ubah
biasanya diberikan nama
abjad seperti x ataupun y.
Umpukan

• Selain input interaktif daripada


pengguna, kaedah umpukan
boleh digunakan untuk
memasukkan data ke dalam
pemboleh ubah.
• Akan tetapi, nilai pemboleh
ubah yang diumpuk adalah sama
setiap kali atur cara daripada
algoritma sedemikian
dijalankan.
Umpukan

• Umpukan menggunakan
simbol matematik, iaitu (=).
• Merujuk Contoh 1, di
sebelah kiri operator ialah
pemboleh ubah seperti
tahun_lahir.
• Di sebelah kanan operator
ialah nilai. Umpukan
bermakna nilai di sebelah
kanan disimpan di dalam
pemboleh ubah di sebelah
kiri simbol umpukan (=).
Contoh 1:
tahun_lahir = 1963 (Umpukan nilai 1963 kepada pemboleh ubah tarikh_lahir)
Contoh 2:

• Umur = 21 (Umpukan nilai 21 kepada pemboleh ubah umur) Di


samping itu, operator-operator aritmetik juga digunakan dalam
ungkapan yang melibatkan pengiraan nombor.
• Kebanyakan operator ini sama dengan operator matematik (lihat
Jadual 1.2).
• Pengecualian ialah penggunaan simbol asterik (*) untuk
pendaraban dan simbol garis sendeng untuk pembahagian
nombor.
• Hal ini demikian kerana, tiada simbol darab dan pembahagian
untuk papan kunci piawai.
Operator-
operator
aritmetik
Umpukan

• Dalam nod input, perkataan-perkataan yang biasa digunakan


ialah baca, input atau dapatkan.
• Dalam nod output pula, perkataan-perkataan yang biasa
digunakan ialah papar, cetak, tulis, output atau laporkan.
• Perhatikan dalam nod proses, operasi aritmetik seperti
tambah, tolak, darab dan bahagi digunakan dalam ungkapan.
• Hasil aritmetik diumpukkan kepada pemboleh ubah melalui
simbol ‘=’.
• Analisa penggunaan perkataan-perkataan untuk nod input,
output dan proses di atas ditunjukkan dalam contoh yang
berikut.
Struktur Kawalan
Pilihan

• Sesetengah masalah
memerlukan keputusan.
• Keputusan perlu dibuat setelah
menilai syarat.
• Keputusan yang berbeza
memerlukan tindakan susulan
yang berbeza.
• Sebagai contoh, jika hari sudah
gelap, ambil baju dari ampaian.
• Jika hari masih cerah, sidai
baju di ampaian.
Struktur Kawalan Pilihan
• Struktur kawalan pilihan memberikan
perisian komputer keupayaan untuk
membuat keputusan berasaskan syarat yang
telah ditentukan pengatur cara.
• Struktur ini membolehkan arahan-arahan lain
komputer dilaksanakan dalam situasi
masalah yang berbeza.
• Ciri umum adalah satu syarat yang
menentukan satu daripada dua cabang
dipilih.
• Setiap cabang mengandungi urutan arahan
komputer yang berbeza.
• Sekiranya satu urutan sudah terpilih, urutan
satu lagi akan diabaikan
Contoh pseudokod dan carta alir untuk
struktur kawalan pilihan
Menghasilkan syarat

• Syarat yang digunakan


dalam struktur
kawalan pilihan ialah
ungkapan logik.
• Ungkapan logik akan
menilai data untuk
menghasilkan
keputusan "Benar"
(True) atau "Palsu"
(False).
Menghasilkan syarat

• Untuk menghasilkan ungkapan logik,


operator hubungan boleh digunakan.
Dalam contoh sebelumnya, operator
‘>’ digunakan untuk menguji jika
nilai dalam pemboleh ubah harga
lebih tinggi daripada nilai yang diuji,
iaitu 100.
• Operator hubungan membandingkan
nilai dalam pemboleh ubah dengan
nilai diuji.
• Hasil ujian ialah nilai "Benar" atau
"Palsu".
Operator-
operator
aritmetik
Pseudokod untuk Struktur
Kawalan Pilihan
• Perhatikan bahawa terdapat dua
blok dalam pseudokod struktur
kawalan pilihan.
• Blok pertama mengandungi blok
penyataan yang akan dilaksanakan
sekiranya syarat memberikan nilai
"Benar".
• Perkataan JIKA diikuti oleh syarat
diuji.
• Blok penyataan mesti berada di
antara MULA_ JIKA dan
TAMAT_JIKA.
Pseudokod untuk Struktur
Kawalan Pilihan

• Blok selainnya mengandungi


blok penyataan yang akan
dilaksanakan sekiranya syarat
dari blok pertama gagal
memberikan nilai "Benar",
yakni "Palsu".
• Blok penyataan "Palsu" mesti
berada di antara MULA_JIKA_
TIDAK dan TAMAT_JIKA_TIDAK.
Carta alir untuk Struktur
Kawalan Pilihan

• Dalam carta alir, nod syarat,


diwakili oleh bentuk geometri
rombus.
• Terdapat satu anak panah
masuk dan dua anak panah
keluar.
• Anak panah masuk membawa
data untuk dinilai oleh syarat
dalam nod syarat.
• Hasil penilaian adalah sama
ada "Benar" (True) atau
"Palsu" (False).
Carta alir untuk Struktur
Kawalan Pilihan

• Dua anak panah keluar ialah


keputusan untuk "Benar" dan
"Palsu".
• Anak panah “Benar” dipilih
apabila syarat dalam nod
menghasilkan keputusan
“Benar” dan “Palsu”.
• Setiap anak panah menuju
kepada blok penyataan-
penyataan yang berbeza.
• Hal ini bererti tindakan susulan
adalah berbeza dan
bergantung kepada hasil ujian
syarat.
Struktur Kawalan
Pengulangan

• Struktur kawalan pengulangan


mengulang arahanarahan
komputer dalam blok.
• Ulangan boleh berlangsung
sehingga menerima syarat
berhenti ataupun mencapai
bilangan yang sudah ditetapkan.
• Cuba bayangkan seorang
murid berlari mengelilingi
bulatan dan terus
Sintaks struktur kawalan ulangan
Sintaks struktur
kawalan ulangan
• Dalam pseudokod, perhatikan bahawa syarat
juga digunakan seperti dalam kawalan pilihan
untuk menentukan tindakan seterusnya.
• Syarat diletakkan selepas kata kunci SELAGI.
• Tidak seperti kawalan pilihan, kawalan
pengulangan menggunakan keputusan syarat
“Benar” untuk mengulang arahan-arahan
dalam blok penyataan.
• Jika keputusan syarat adalah “Palsu”, maka
blok penyataan tidak akan diendahkan.
• Blok penyataan ialah penyataan-penyataan di
antara kata kunci MULA_ SELAGI dan
TAMAT_SELAGI.
Sintaks struktur kawalan
ulangan

• Nod syarat dalam struktur kawalan


pengulangan menentukan sama ada blok
penyataan perlu diulang.
• Jika keputusan adalah "Benar", anak
panah menuju kepada blok penyataan
dan seterusnya balik kepada nod syarat
untuk diuji sekali lagi.
• Sekiranya keputusan adalah "Palsu", anak
panah keluar akan meninggalkan kesemua
blok penyataan dan nod syarat.
Sintaks struktur kawalan
ulangan

• Dalam rajah, perhatikan


perbezaan reka bentuk carta
alir di antara struktur kawalan
ulangan dengan struktur
kawalan pilihan.
• Perbezaan ketara adalah hala
tuju anak panah bagi
keputusan “Benar” yang
berpatah balik supaya
pengulangan boleh
dilaksanakan jika perlu.
• Oleh sebab itulah struktur ini
disebut sebagai struktur
kawalan ulangan.
Bersambung…

You might also like