You are on page 1of 53

BAB 1 PENGATURCARAAN Sains Komputer Tingkatan 4 KSSM

1.1 STRATEGI Oleh Cikgu Norazila Khalid


Smk Ulu Tiram

PENYELESAIAN MASALAH
oMasalah ialah keraguan, situasi
yang tidak diingini, cabaran dan
peluang yang dihadapi dalam
kehidupan seseorang.
oKemahiran membuat keputusan
amat diperlukan untuk melahirkan
generasi yang berkebolehan
merancang strategi penyelesaian
masalah.
o Contohnya, kita perlu membuat
keputusan tentang jenis makanan
STRATEGI PENYELESAIAN yang hendak dibeli di kantin
dengan jumlah wang yang ada.
MASALAH
oPenyelesaian masalah ialah tunjang
utama dalam sains komputer. Pengatur
cara perlu memahami cara penyelesaian
sesuatu masalah dan menterjemahkan
cara tersebut kepada algoritma yang
dapat difahami oleh komputer.
oKomponen yang bertanggungjawab
untuk melaksanakan arahan ialah unit
pemprosesan utama (central processing
unit, CPU)
o CPU akan melaksanakan arahan yang
diterima dan bermulanya proses
penyelesaian masalah.

STRATEGI PENYELESAIAN oOleh itu, pengatur cara perlu menulis


‘sintaks’ yang spesifik, iaitu peraturan
MASALAH yang diperlukan oleh komputer untuk
melaksanakan arahan dengan tepat.
KEPERLUAN
PENYELESAIAN MASALAH
BERSTRATEGI
oPelbagai masalah dalam
kehidupan harian merupakan
cabaran yang perlu diatasi.
oMasalah menghalang kita
daripada mencapai apa yang
diingini, di samping mengganggu
kelancaran dan keselesaan hidup.
oSesuatu masalah yang rumit
memerlukan strategi penyelesaian
masalah yang berkesan.
KEPERLUAN PENYELESAIAN
MASALAH BERSTRATEGI
oPembangunan aplikasi
komputer berkait rapat
dengan strategi
penyelesaian masalah
dalam pengaturcaraan
komputer.
oSeseorang perlu
menguasai strategi
penyelesaian masalah
supaya dapat
memahami masalah
dengan mudah bagi
mendapatkan strategi
KEPERLUAN PENYELESAIAN penyelesaian yang
MASALAH BERSTRATEGI terbaik.
KEPERLUAN PENYELESAIAN
MASALAH BERSTRATEGI
oPenyelesaian masalah sebagai
proses mengkaji butiran sesuatu
masalah untuk mendapatkan satu
penyelesaian
(Businessdictionary.com)
oKomputer boleh digunakan
untuk menyelesaikan masalah.
oWalau bagaimanapun, cara
penyelesaian terhadap masalah
yang dihadapi haruslah jelas
sebelum mengatasinya.
oPemikiran komputasional
(computational ) membolehkan
kita memahami masalah yang
dihadapi dan membangunkan
penyelesaian yang munasabah
KEPERLUAN PENYELESAIAN apabila kita menghadapi masalah
yang kompleks.
MASALAH BERSTRATEGI
oTeknik Leraian
oPengecaman corak
oPeniskalaan
oAlgoritma

EMPAT TEKNIK PEMIKIRAN


KOMPUTASIONAL
oTeknik Leraian (Decomposition)
– Memecahkan masalah kepada
bahagian yang lebih kecil dan
terkawal.
oSebelum komputer menyelesaikan
masalah, masalah dan cara untuk
menyelesaikannya mestilah
difahami.
oPenguraian masalah membantu
memecahkan masalah kompleks
kepada bahagian yang mudah
diuruskan.
oBegitu juga, kita cuba memahami
TEKNIK LERAIAN bagaimana sistem yang kompleks
berfungsi menggunakan teknik
leraian.
Contoh: Memahami cara
sebuah basikal berfungsi
akan jadi lebih mudah jika
seluruh basikal itu dipecahkan
kepada bahagian yang kecil.

TEKNIK LERAIAN
TEKNIK LERAIAN
MEMECAHKAN
BASIKAL KEPADA
BAHAGIAN-BAHAGIAN
BASIKAL
TEKNIK LERAIAN
Leraikan masalah
dalam aktiviti
menggosok gigi. Isikan
dengan rajah yang
sesuai seperti contoh di
atas.
oPengecaman corak (Pattern
recognition) – Mencari persamaan
(similarities) antara masalah dan
dalam masalah.
oApabila kita telah meleraikan
masalah yang kompleks kepada
bahagian yang mudah urus
dengan teknik leraian, ini
membantu dalam mengenal pasti
persamaan atau corak yang ada
pada setiap bahagian masalah
yang kecil.
oCorak-corak ini dapat membantu
PENGECAMAN CORAK menyelesaikan masalah kompleks
dengan lebih efisien.
oBayangkan kita hendak mengetahui
cara sesebuah basikal berfungsi.
o Ciri-ciri basikal ialah mempunyai
dua buah roda yang berputar, hendal
untuk menguasai hala tuju, pedal
untuk menggerakkan basikal dan
rantai yang menjadi penyambung
supaya basikal dapat berfungsi.
oJadi, kita boleh melukis gambar
basikal berdasarkan ciri-ciri di atas.
oDalam pemikiran komputasional, ciri-
ciri ini dikenal sebagai corak.

PENGECAMAN CORAK oCuma yang berbeza secara spesifik


ialah warna basikal, bunyi loceng
atau saiz roda.
Ada basikal
mempunyai dua roda
kecil, hendal berbakul,
pedal dan rangka
berwarna merah jambu.
Ada pula yang
mempunyai roda
yang besar, hendal
bercermin, pedal dan
rangka berwarna
merah.
Basikal juga boleh
mempunyai roda yang
berlainan saiz, hendal
melengkung, pedal dan
rangka berwarna hijau.
PENGECAMAN CORAK

Nyatakan dua ciri yang


akan menjadi corak dan
dua ciri spesifik yang
terdapat dalam aktiviti
menggosok gigi.
oDalam pemikiran
komputasional, setelah
mengetahui ciri-ciri
umum untuk masalah
menggosok gigi, satu
corak telah terbentuk.
oApabila kita dapat
mengetahui cara
menggosok gigi,
individu yang lain juga
dapat berbuat demikian
dengan mengikuti corak-
PENGECAMAN CORAK corak tersebut.
PENISKALAAN
Peniskalaan (Abstraction) – Peniskalaan
adalah penting supaya dapat menjana
penyelesaian yang tepat kepada masalah yang
dihadapi.
Contohnya, untuk menghasilkan sebuah
basikal, jika tidak meniskalakan ciri-ciri umum
dan spesifik, kita berkemungkinan akan
menghasilkan basikal yang beroda kecil dan
berbakul di hendalnya, iaitu merupakan satu
penyelesaian yang tidak tepat.
Satu model basikal ialah basikal yang
mempunyai dua roda, hendal dan pedal.
Ciri spesifik seperti saiz roda, berbakul atau
berloceng dan warna rangka hendaklah
diabaikan.
PENISKALAAN oModel ialah
perwakilan masalah
atau idea umum
masalah yang hendak
diselesaikan.
oSebagai contoh,
model basikal dan
fungsi yang terbentuk
selepas proses
peniskalaan.
PENISKALAAN
Setelah meniskalakan
corak umum dan
spesifik, lukis model
penyelesaian masalah
untuk aktiviti
menggosok gigi.
oAlgoritma (Algorithms) –
Membangunkan penyelesaian
langkah demi langkah terhadap
masalah yang dihadapi atau
mematuhi peraturan untuk
menyelesaikan masalah.
oAlgoritma merupakan suatu pelan,
iaitu satu set langkah arahan untuk
menyelesaikan masalah. Jika anda
boleh mengikat tali kasut,
membuat secawan kopi, atau
menyediakan makanan, anda
telah tahu mengikut sesuatu
ALGORITMA algoritma.
oDalam algoritma,
setiap arahan dikenal
pasti dan susunan
pelaksanaannya
dijalankan seperti
yang dirancang.
oAlgoritma juga
digunakan sebagai
titik mula untuk
rekaan program
komputer dalam
bentuk carta alir dan
ALGORITMA pseudokod.
RAJAH 1.5 CONTOH PSEUDOKOD BAGI
MASALAH FUNGSI SEBUAH BASIKAL
ALGORITMA
Tuliskan pseudokod
untuk membina model
penyelesaian aktiviti
menggosok gigi.
CIRI-CIRI PENYELESAIAN
MASALAH BERKESAN
CIRI-CIRI Kos
PENYELESAIAN Masa
MASALAH Sumber
BERKESAN
oKos ditakrifkan
sebagai harga yang
perlu dibayar untuk
memperoleh,
mengeluarkan dan
menyenggara,
biasanya berupa
wang, masa,
tenaga, dan
perbelanjaan.
o(Kamus Online
KOS Dewan Bahasa)
oProjek yang dilaksanakan
mengikut tempoh yang normal
ialah projek yang dilaksanakan
mengikut masa dan kos yang
diperuntukkan.
oManakala kos siap masa tercepat
(crashing cost ), ialah usaha yang
maksimum untuk menyelesaikan
projek dalam masa terpendek.
oKos siap masa tercepat (crashing
cost ) meningkat apabila tempoh
KOS masa projek menurun.
oSelain itu,
penyelesaian masalah
yang memerlukan masa
tersingkat seperti
keperluan menyiapkan
projek dalam jangka
masa terhad, juga akan
melibatkan peningkatan
kos.
oContoh, penambahan
bilangan pekerja supaya
sesuatu projek dapat
disiapkan dalam masa
MASA yang dikehendaki.
Carta Gantt merupakan jadual
perancangan yang dapat melihat
perkembangan semua aktiviti
projek yang dipaparkan
mengikut tempoh masa.
Sebelah kiri carta ialah senarai
aktiviti manakala bahagian atas
ialah tempoh masa.
Setiap aktiviti diwakili oleh satu
bar, panjang bar mewakili tarikh
mula dan tarikh akhir aktiviti
MASA tersebut.
(a) senarai aktiviti
projek
(b) bila setiap
aktiviti bermula dan
berakhir
(c) tempoh masa
setiap aktiviti
(d) aktiviti-aktiviti
yang bertindih
(e) tarikh mula dan
PENGGUNAAN CARTA GANTT tarikh projek
dijangka tamat
CONTOH CARTA GANTT YANG MUDAH
oSumber didefinisikan sebagai stok atau wang, bahan-bahan
mentah, staf dan aset lain yang boleh digunakan dalam
organisasi supaya dapat berfungsi dengan efektif (Kamus
Online Dewan Bahasa).
oDalam perancangan penyelesaian masalah, semua
penyelesaian memerlukan sumber.
oSumber diperlukan untuk menjana hasil atau perkhidmatan.
oContoh sumber adalah seperti sumber kewangan, sumber
manusia dan sumber teknologi.

SUMBER
oPerancangan sumber adalah
tanggungjawab pihak pengurusan
dan perancangan sumber yang
baik adalah untuk mendapatkan
keputusan yang optimum.
oPembaziran sumber dapat
dielakkan dengan perancangan
yang rapi.
oMasalah yang dihadapi apabila
kekurangan sumber ialah akan
melambatkan masa untuk
menyiapkan projek, seterusnya
SUMBER mengakibatkan peningkatan kos
projek.
LANGKAH-LANGKAH YANG BERIKUT PERLU
DIBERIKAN PERHATIAN UNTUK TUJUAN
INI.
oMemastikan ada pegawai atau unit yang
memantau penjadualan sumber.
oMenggunakan sistem baris gilir mengikut
keutamaan projek (first come first served ).
oMemastikan keperluan projek diuruskan
dengan teliti dengan mengambil kira sumber
sedia ada dan sumber kewangan yang
diperuntukkan.
oMengadakan proses penjadualan aktiviti
supaya seimbang dan boleh dilaksanakan
sepanjang projek dijalankan.
PROSES PENYELESAIAN
MASALAH
PROSES PENYELESAIAN
MASALAH
oProses penyelesaian masalah melibatkan
langkah-langkah yang sesuai dan bergantung
kepada jenis masalah yang ingin diselesaikan.
oSetiap masalah yang ingin diselesaikan perlu
melalui beberapa proses, iaitu mengikut struktur
model generik sebagai panduan.
oPengaturcaraan dapat membantu murid berfikir
secara kreatif dan inovatif serta membantu
mereka untuk menyelesaikan masalah dan
melaksanakan semua proses dengan betul.
PROSES PENYELESAIAN MASALAH
oMurid perlu mengumpul
data tentang punca dan
skop masalah serta
mengenal pasti hal yang
berikut dalam sesuatu
situasi.
oSejauh manakah
masalah tersebut
memberikan kesan?
oBilakah masalah itu
MENGUMPULKAN DAN perlu diselesaikan?

MENGANALISIS DATA
MENENTUKAN MASALAH
oMurid perlu mengenal pasti masalah yang
paling utama yang perlu diselesaikan.
oKemudian, masalah yang kedua juga perlu
dikenal pasti sebelum mengenal pasti tahap
pemahaman sedia ada murid.
oAdakah masalah ini merupakan masalah
yang utama?
oApakah masalah lain yang dapat dikesan?
oMurid perlu
menyenaraikan
beberapa idea yang
dapat digunakan untuk
menyelesaikan setiap
masalah yang telah
dikenal pasti.
oSejauh manakah idea
yang disenaraikan dapat
menyelesaikan masalah
MENJANA IDEA – yang dihadapi?

MENGHAPUSKAN HALANGAN
oMurid hendaklah
menyenaraikan idea atau
langkah semasa merancang
penyelesaian.
oGuru perlu mengenal pasti
murid telah menjana suatu
rancangan penyelesaian yang
sesuai.
oAdakah idea penyelesaian
ini telah dibincangkan dengan
MENJANA PENYELESAIAN jelas?
Murid hendaklah membuat
pilihan yang terbaik daripada
senarai idea yang telah
dibuat.
Adakah pilihan yang lain
harus diberikan perhatian?
Dapatkah idea ini
menyelesaikan masalah yang
dihadapi?
MENENTUKAN TINDAKAN
oMurid perlu menggunakan
pelbagai alat dan teknik yang
telah dipilih untuk
melaksanakan penyelesaian.
oFokus hendaklah ditumpukan
kepada tindakan yang boleh
menyumbang kepada
penyelesaian masalah.
oBolehkah tindakan ini
MELAKSANAKAN berjaya dilaksanakan?
PENYELESAIAN
oPenilaian akan dilaksanakan
terhadap langkah-langkah
penyelesaian.
oJika tidak menepati tahap
yang memuaskan atau tidak
menyelesaikan masalah,
murid perlu mencari tindakan
yang lain.
o Adakah hasil yang hendak
dicapai memuaskan?
MEMBUAT PENILAIAN
MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN oSetiap penyelesaian
yang telah
dilaksanakan perlu
ditambah baik jika
masih terdapat
kekurangan dan
mengikut keperluan.
oApakah
penambahbaikan
yang boleh anda
cadangkan?
CONTOH
Baca surat di bawah dengan teliti.
Anda sebagai pegawai di Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) telah
ditugaskan menyelesaikan isu tersebut.
Berdasarkan langkah-langkah
penyelesaian masalah langkah 1-8,
selesaikan masalah yang dihadapi oleh
mereka.
Jelaskan setiap langkah dan sediakan
contoh yang sesuai, cari langkah
penyelesaian dan sediakan jawapan
anda dalam bentuk surat kepada Encik
Ahmad dan rakanrakannya.
PENYELESAIAN
Sains Komputer Tingkatan 4 KSSM
TAMAT Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram

You might also like