You are on page 1of 2

Topik 6

Aktiviti 1 : Langkah-langkah Pembinaan Media Video dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Langkah 1 : Fasa Analisis

Fasa analisis adalah tahap utama pembinaan media video. Pembina perlu
mengenalpasti judul projek, masalah, tujuan, kemungkinan penyelesaian dan sasaran
pengguna. Pembina perlu menganalisis penemuan dan mengenalpasti masalah.
Seterusnya, menulis sebuah proposal projek pembinaan media video.
Langkah 2 : Fasa Reka Bentuk

Fasa rekabentuk merujuk kepada perancangan rekabentuk pembinaan media video


yang akan dikembangkan. Dua pendekatan yang biasa digunakan iaitu Carta Alir (Flow
Chart) dan Papan Cerita (Storyboard).

Langkah 3 : Fasa Pelaksanaan

Pada fasa ini, semua elemen video yang berkaitan seperti teks, grafik, audio dan
animasi akan dimasukkan untuk menghasilkan sebuah persembahan video yang lebih
menarik berdasarkan papan cerita yang telah disediakan pada fasa sebelum ini.

Langkah 4 : Fasa Pengujian

Selepas membangunkan sesuatu video, hasil tersebut perlu menjalani Fasa Pengujian.
Tujuan pengujian adalah untuk memastikan program berjalan dengan betul tanpa
kesilapan dan ketidakbolehfungsian sesuatu elemen.

Pembina boleh menggunakan senarai semak untuk melaksanakan fasa ini dengan
lancar. Senarai semak ini fokus kepada aspek kandungan, antara muka dan pautan
navigasi yang biasanya dilakukan oleh pembina video. Kandungan merujuk kepada
tujuan program, teks, grafik, audio, animasi, bahasa yang digunakan dan bagaimana
program ini bermaklumat.

Untuk antara muka pengguna, prinsip-prinsip CASPER digunakan untuk item dalam
video. Penting untuk menguji rekabentuk dan fungsi video daripada program yang
dibangunkan. Setelah menjalani fasa pengujian, kesilapan yang dikenalpasti perlu
dibaiki dan ditambahbaik.

Langkah 5 : Fasa Penilaian

Fasa Penilaian bermula selepas Fasa Pengujian. Pengguna sebenar dipilih untk terlibat
dalam penilaian penggunaan video. Fasa penilaian memfokuskan keseluruhan
persembahan dan keberkesanan video.

Langkah 6 : Fasa Penerbitan

Setelah melalui fasa pengujian dan penilaian yang telah memastikan video bebas
daripada kesalahan, kemudian fasa terakhir ialah Fasa Penerbitan.

Semasa berlaku di fasa ini, tidak aka nada lagi pengubahsuaian dan perubahan.

You might also like