You are on page 1of 21

TOPIC 4 - DCB30112

4.0 PERANCANGAN DAN PENJADUALAN

4.1 KAEDAH PERANCANGAN DAN PENJADUALAN KERJA

Teknik perancangan adalah bertujuan untuk menyusun semua aktiviti bagi dilaksanakan
mengikut urutan samada sebelum yang lain, selepas yang lain atau pada masa yang lain.
Beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menjayakan sesuatu teknik
perancangan adalah seperti berikut :

i. Penglibatan kakitangan
Kakitangan tapak seperti pengurus atau jurutera tapak, kepala kontraktor kecil
domestik dan lain-lain hendaklah mengambil bahagian dalam proses
perancangan daripada peringkat permulaan lagi

ii. Pengetahuan Tentang Teknik


Kakitangan yang ditugaskan untuk merancang dan melaksanakan aturcara
hendaklah mempunyai pengetahuan yang cukup tentang teknik yang hendak
digunakan. Aturcara yang lengkap dan tepat tidaklah memberi erti yang
sebenarnya jikalau kakitangan yang hendak melaksanakan aturcara tersebut
tidak dapat memahaminya.

iii. Kesesuaian teknik


Teknik perancangan yang dipilih hendaklah bersesuaian dengan jenis projek.
Carta Bar sesuai untuk projek yang kecil dan sederhana saiznya. Analisis
Rangkaian Kritikal – Critical Part Methode (CPM) pula sesuai untuk projek yang
besar dan kompleks. Manakala Garisan Seimbang (Line of Balance) sesuai
untuk kerja binaan yang berulang seperti tingkat-tingkat lantai dalam bangunan
tinggi atau unit rumah dalam projek perumahan

iv. Pengawasan
Kemajuan sebenar hendaklah diawasi dan dilaporkan dengan berterusan
secara mingguan atau jangka masa tertentu. Tindakan perlu diambil untuk
menyelaraskan kembali sebarang kelewatan yang berlaku disebabkan oleh
masalah yang tidak dapat dielakkan. Jikalau perkara ini tidak dilaksanakan,
perancangan yang disediakan sebenarnya tidak berfungsi dan tidak menepati
tujuan sebenarnya.

4.1.1 CARTA BAR/ GANTT CHAT

Teknik yang paling biasa digunakan dalam perancangan projek binaan


Dikenali sebagai Carta Gant (diperkenalkan oleh Henry Gant)
Mudah disediakan dan mudah difahami oleh orang yang membacanya

Carta bar tipikal terdiri daripada:


 Senarai aktiviti disebelah kiri
 Jangka masa pembinaan di sebelah bawah (dikira dari kiri ke kanan)
 Jangka masa pembinaan setiap aktiviti dalam bentuk bar
Garisan bar menunjukkan tempoh yang diperuntukkan bagi setiap operasi dan
perhubungan di antara permulaan dan penyiapan bagi setiap operasi boleh dilihat dengan
mudah. Simbol utama boleh digunakan dalam carta bar bagi membantu pengawalan bahan
dan bagi menunjukkan tarikh penting berhubung dengan subkontraktor yang terlibat.
Keperluan buruh dan loji boleh juga ditunjukkan dalam program bagi membantu pelarasan
sumber.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN CARTA BAR

 Menyediakan satu senarai aktiviti projek.


 Menganggarkan masa dan sumber yang diperlukan untuk setiap aktiviti.
 Setiap aktiviti dilambangkan melalui bar mendatar dilukis menurut skala masa.
 Aktiviti-aktiviti diplotkan pada carta dengan skala masa mendatar dengan itu dapat
dilihat bila aktiviti-aktiviti itu dirancangkan untuk bermula dan berakhir.

Kebaikan carta bar

1. Bentuk yang mudah untuk menyediakannya, mudah difahami di semua peringkat


pengurusan.
2. Mudah untuk dikemaskinikan
3. Dapat menunjukkan perhubungan di antara perancangan dengan prestasi sebenar
dengan menandakan semasa kerja dilaksanakan. Oleh itu pengawasan boleh
dilakukan dan difahami dengan berkesan
4. Carta boleh digunakan untuk menunjukkan permintaan terhadap sumber bagi setiap
minggu atau bulan, dengan memasukkan nilai dan menjumlahkannya di bawah tarikh
tertentu.
5. Simbol keperluan dan tarikh yang penting boleh digunakan bagi membantu
pengawalan bahan.
6. Formatnya membolehkan sebarang kelewatan ditunjuk semasa kerja dilaksanakan.
7. Teknik ini boleh dijadikan asas dalam mengira nilai kerja terhadap masa dan
seterusnya digunakan dalam penyediaan unjuran aliran tunai

Keburukan carta bar

1. Operasi yang kompleks dan saling berkaitan antara aktiviti binaan tidak boleh
dikenalpasti. (Tidak dapat menunjukkan urutan antara aktiviti atau mana yang terlebih
dahulu, mana yang boleh dilakukan serentak dan mana yang kemudian)
2. Kesan kelewatan sesuatu aktiviti terhadap keseluruhan projek tidak dapat ditunjukkan
dengan nyata. (Tiada satu rangkaian yang dapat menghubungkan semua aktiviti)
3. Hubungkait dan pergantungan antara aktiviti-aktiviti binaan tidak dapat ditunjukkan.
4. Tidak terdapat penekanan khusus terhadap kegiatan yang kritikal semasa menyediakan
carta.
5. Setelah semakan dibuat, perubahan yang dimasukkan dalam carta bar tidak dapat
dilihat kesannya terhadap keseluruhan projek seperti kelewatan di atas.
Penggunaan carta bar

Oleh kerana mudah difahami carta bar boleh digunakan dalam perancangan jangka
pendek.
Ia boleh memberikan keterangan sebenar kemajuan kontrak kepada semua peringkat
pengurusan.
Carta bar membolehkan program jangka pendek disediakan dengan merujuk kepada carta
induk, hal ini agak sukar dicapai sekiranya menggunakan teknik yang lain.

4.1.2 GARISAN IMBANGAN (LINE OF BALANCE)

Garisan imbangan ialah satu teknik perancangan yang sesuai bagi pembinaan yang
berulang-ulang sama ada menegak atau mengufuk. Contohnya ialah projek binaan
bangunan tinggi dengan proses yang sama berlaku pada setiap peringkat tingkat. Satu
contoh lagi ialah projek perumahan dengan aktiviti sama berulangan bagi setiap unit rumah.

Teknik garisan imbangan juga dapat menunjukkan urutan dan pergantungan antara aktiviti
dengan jelas. Oleh yang demikian, teknik ini sangat berguna bagi mengawasi kemajuan
kerja. Sebarang kelewatan dapat dikesan dan tindakan selanjutnya dapat diambil dengan
segera.

Jadual garisan seimbang merupakan satu siri garisan bar condong, satu garisan untuk
setiap pertukangan atau operasi. Perbezaan di antara jadual garisan seimbang dan carta
bar biasa ialah garisan seimbang adalah condong pada kecerunan yang berlainan bagi
menunjukkan kadar kerja pelbagai pertukangan atau operasi.

KEBAIKAN TEKNIK GARISAN SEIMBANG

1. Menunjukkan dengan jelas kadar pekerjaan bagi satu pertukangan berbanding


dengan yang lain.
2. Menghubungkan keperluan sumber tertentu bagi mencapai tarikh siap yang telah
dirancangkan.
3. Merangkumi pengaturan sumber yang optimum apabila kesemuanya didapati dalam
tugas yang berlainan di dalam tugas berulang dan berlainan, tetapi kesemuanya
menyumbangkan kepada satu pengeluaran.
4. Penyimpanan turutan kerja di antara pertukangan yang berkaitan dan tenaga kerja
yang tidak seimbang diatasi dengan mengamalkan teknik ini bagi memastikan sasaran
pengeluaran.
5. Jadual boleh disediakan daripada carta bagi membantu kemajuan penghantaran
bahan.
6. Jadual dengan jelas menunjukkan bilangan unit yang perlu disiapkan pada tarikh yang
telah ditentukan.
7. Prinsip sistem perancangan mudah difahami di peringkat pengurusan tapak. Jadual
tersebut mudah dikemaskini. Prestasi sebenar boleh dibandingkan dengan keperluan
yang dirancangkan pada mana-mana tarikh.
8. Rekod kemajuan yang dicatat secara berterusan akan menunjukkan keperluan untuk
menambahkan pekerja supaya masa yang terbuang dapat diimbangi.
KEBURUKAN TEKNIK GARISAN SEIMBANG

1. Hanya sesuai untuk bentuk pembinaan yang berulang contohnya rumah dan flat.
2. Meringkaskan banyak pertimbangkan, maka akan menyebabkan ketinggalan butiran
dan seterusnya penerangan.

PENGGUNAAN GARISAN SEIMBANG

Pada asalnya teknik ini telah dimajukan oleh Agensi Bangunan Kebangsaan untuk
merancang dan mengawal proses pengeluaran secara besar-besaran di kilang dengan
menentukan sumber dan kecepatan setiap peringkat pembuatan supaya satu kadar
pengeluaran yang diperlukan dapat diperolehi. Barangkali pembinaan yang berulang
seperti membina beberapa rumah serupa yang mempunyai persamaan dengan
pengeluaran kilang.

Sistem perancangan ini sesuai untuk kontrak perumahan dan pembinaan bangunan
pasangsiap. Sistem ini juga boleh digunakan pada sebarang turutan yang melibatkan
penyelarasan beberapa operasi pertukangan yang berulang.

4.1.3 KAEDAH LALUAN KRITIKAL (CRITICAL PART METHODE – CPM)

 Satu teknik bagi membolehkan sesuatu projek dirancang dan dikawal melalui
kefahaman yang baik terhadap keseluruhan projek.
 Ia berdasarkan satu rangkaian logik yang dilukis dengan menggunakan simbol
tertentu.
 Rangkaian logik ialah rangkaian aktiviti-aktiviti bagi perlaksanaan projek yang
disusun mengikut urutan yang logik.
 Kaedah ini lebih rumit dari carta bar dan memerlukan kefahaman tentang projek
tersebut, tetapi tetap diperlukan terutama bagi projek yang besar dan kompleks.
 Kakitangan pengurusan tapak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan
tatacara perancangan kontrak hendaklah mempunyai pengetahuan berkenaan
prinsip perancangan rangkaian serta memahami istilah asas yang digunakan.

Biasa digunakan sebagai aturcara induk bagi mengawal keseluruhan projek. Keseluruhan
rangkaian boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian kerja untuk memudahkan
kakitangan tapak.
Digunakan bagi projek pembinaan yang besar dan kompleks.
Keistimewaannya ia dapat menunjukkan keseluruhan aktiviti dalam satu rangkaian sahaja.
Ia juga menunjukkan hubungkait antara semua aktiviti

KEBAIKAN KAEDAH LALUAN KRITIKAL

Hubungkait antara semua aktiviti dapat dilihat dengan jelas.


Aktiviti yang penting atau kritikal ditunjukkan dalam laluan genting.
Aktiviti yang bukan kritikal juga boleh dikenalpasti dan memudahkan proses
pelarasan sumber dijalankan.
Sekiranya berlaku kelewatan yang tidak dapat dielakkan, rangkaian yang terlibat
dapat disemak dan diubahsuai dengan mudah.
Kemajuan projek secara keseluruhan dapat diketahui dan diawasi dengan lebih
mudah
KEBURUKAN

Teknik rangkaian agak sukar untuk memahaminya. Latihan tertentu diperlukan dan
ini tidak dapat diberikan dalam firma kontraktor yang kecil dan sederhana.
Ramai kakitangan tidak dapat tahu menggunakan kaedah ini.
Untuk kemaskini ia perlu didraf semula dari tarikh yang berkenaan.
Teknik ini hanya sesuai untuk projek-projek yang besar dan kompleks. Projek kecil
carta bar lebih sesuai

4.2 PENGGUNAAN RANGKAIAN KAEDAH LALUAN KRITIKAL (CPM)

Kajian yang dibuat oleh Oxley dan Thompson berkenaan penggunaan rangkaian di industri,
didapati bahawa analisis laluan kritikal paling banyak digunakan apabila saiz dan kerumitan
projek tersebut menyebabkan carta bar tidak sesuai digunakan.

Simbol yang digunakan dalam Kaedah Laluan Kritikal (CPM)

i. Anak panah
Simbol ini menunjukkan aktiviti yang memerlukan masa dan sumber-sumber
lain. Anak panah dilukis tidak mengikut skala. Kepala anak panah
menunjukkan akhir sesuatu aktiviti manakala nama aktiviti diletakkan di atas
anak panah tersebut.

ii. Bulatan kecil


Simbol bulatan kecil menunjukkan peristiwa iaitu titik masa atau persilangan
sesuatu aktiviti itu bermula dan berakhir. Peristiwa di kepala anak panah mesti
lebih besar daripada nombor peristiwa iaitu masa terawal dan masa terlewat.

iii. Anak panah putus-putus (Dummy)


Simbol ini menunjukkan aktiviti semu. Aktiviti semu digunakan hanya untuk
menjelaskan perhubungan yang logik antara satu aktiviti dengan aktiviti yang
lain. Simbol ini juga digunakan untuk memastikan supaya tidak ada dua
alternatif yang mempunyai nombor peristiwa yang sama di kedua-dua kepala
dan ekor. Jadi aktiviti semu tidak memerlukan masa dan sumber kerana ia
hanya sebagai simbol perhubungan semata-mata.

4.2.1 KAEDAH LALUAN KRITIKAL DALAM TUJUAN KAWALAN MASA

a) Aktiviti
- Perancangan aktiviti projek harus meliputi perkara yang berikut :
 Masa
 Kemampuan taklimat dan rekabentuk
 Kemampuan pembinaan dan penugasan
 Bekalan kelengkapan dan bahan
 Peruntukan dana dan menganggarkan kos
 Pengurusan kakitangan
b) Anak Panah
- Simbol ini menunjukkan aktiviti yang memelukan masa dan sumber-sumber lain

c) Dummy (Aktiviti semu)


- Aktiviti semu digunakan hanya untuk menjelaskan perhubungan yang logik
antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain
- Oleh itu aktiviti ini tidak memerlukan masa dan sumber kerana ia hanya sebagai
simbol perhubungan semata-mata

d) Tempoh
- Masa yang diperuntukkan bagi menjalankan sesuatu aktiviti

e) Masa Peristiwa Awal


- Masa peristiwa terawal bagi setiap aktiviti ialah masa terawal apabila semua
aktiviti yang mendahuluinya disiapkan
- Masa peristiwa terawal dikira dari kiri ke kanan dan direkodkan di bawah setiap
peristiwa iaitu masa mula terawal dan masa tamat terawal

f) Masa Peristiwa Terlewat


- Masa paling lewat yang dibolehkan bagi sesuatu aktiviti tetapi semua aktiviti
selepasnya masih boleh disiapkan dalam jangka masa penyiapan projek
- Masa peristiwa terlewat dikira dari kanan ke kiri, ianya menentukan masa paling
lewat sesuatu aktiviti boleh mula dan siap tanpa melambatkan penyiapan projek.

g) Apungan
-Terdapat tiga jenis apungan iaitu :
i. Apungan keseluruhan (TF)
- masa sesuatu aktiviti boleh dipanjangkan tanpa mengesani laluan
genting
- TF = LF – ES – D
ii. Apungan bebas (FF)
- masa sesuatu aktiviti boleh dipanjangkan tanpa memberi kesan
terhadap aktiviti-aktiviti selepasnya
- FF = EF – ES - D
iii. Apungan tak Bersandar (IF)
- masa sesuatu aktiviti boleh dipanjangkan tanpa dipanjangkan tanpa
memberi kesan mana-mana aktiviti sama ada sebelum atau
selepasnya
- IF = ES – LS – D

4.2.2 SYARAT-SYARAT LALUAN KRITIKAL

- Ia merupakan rangkaian aktiviti yang mesti dimulakan sebaik sahaja aktiviti


sebelumnya siap
- Semua aktiviti di atas laluan genting menggunakan sepenuhnya masa yang
diperuntukkan
- Laluan tersebut merupakan laluan yang paling panjang yang melalui masa-masa
terawal
- Sekurang-kurangnya satu laluan genting terdapat dalam satu projek binaan
- Semua aktiviti yang melalui laluan genting tidak mempunyai lebihan masa atau
apungan
- Sekiranya berlaku sebarang perubahan pada laluan genting, keseluruhan
rangkaian perlu diubahsuai semula.
Contoh 1:

Berdasarkan data dalam jadual di bawah:

i) Lukiskan gambarajah rangkaian untuk keseluruhan projek dengan menggunakan


Kaedah Anak Panah.

ii) Tentukan laluan kritikal untuk rangkaian tersebut.

iii) Lengkapkan jadual bagi Masa Mula Awal (ES), Masa Mula Akhir (LS), Masa Siap Awal
(EF), Masa Siap Akhir (LF), Apongan Keseluruhan (TF), Apongan Bebas (FF)

Aktiviti Activity Duration(w) ES LS EF LF TF FF


Code
1-2 A 2
1-3 B 3
1-5 C 1
2-4 D 4
3-4 E 4
4-6 F 2
5-6 G 0
6-7 H 2

Step 1 : Lukis Gambarajah Rangkaian bersama Aktiviti, Kod Aktiviti dan Tempoh:

A 4 D
2

1 B 3 E 4 F 6 H 7

3 4 2 2

C 5 G

1 0
Step 2: Isikan ES (Early Start / Masa Mula Awal)

2
A 4 D
2 (6, 7) (9, 1)

1 B 3 E 4 F 6 H 7

0 3 3 4 7 2 9 2 11

C 5 G

1 1 0

Kiri ke kanan (tambah) : ambil yang maksimum.

Step 3: Isikan LS (Late Start / Masa Mula Akhir)

2 3
A 4 D
2 (6, 7) (9, 1)

1 B 3 E 4 F 6 H 7

0 0 3 3 3 4 7 7 2 9 9 2 11 11

(1, 0, 8)
C 5 G

1 1 9 0

Kanan ke kiri (tolak) : ambil yang minimum


Step 4: Dapatkan Laluan Kritikal

2 3
A 4 D
2 (6, 7) (9, 1)

1 B 3 E 4 F 6 H 7

0 0 3 3 3 4 7 7 2 9 9 2 11 11

(1, 0, 8)
C 5 G

1 1 9 0

Laluan Kritikal : 1-3, 3-4, 4-6, 6-7 (Aktiviti kritikal berlaku bila ES & LS sama @ Total
float adalah kosong)

Masa Projek Minimum : 11 Minggu (Tempoh masa : Masa keseluruhan untuk menyiapkan
sesuatu projek)

Step 5: Analisa CPM


Event A Activity Event B

1 9 Duration 9 9
ES LS 0 EF LF

ES : Early Start
LS : Late Start FF : Free float = EF – ES - Duration
EF : Early Finish TF : Total Float = LF – ES - Duration
LF : Late Finish

Aktiviti Duration ES LS EF LF TF FF
(w)
1-2 2 0 0 2 3 3-0-2 = 1 2-0-2 = 0
1-3 3 0 0 3 3 3-0-3 = 0 3-0-3 = 0
1-5 1 0 0 1 9 9-0-1 = 8 1-0-1 = 0
2-4 4 2 3 7 7 7-2-4 = 1 7-2-4 = 1
3-4 4 3 3 7 7 7-3-4 = 0 7-3-4 = 0
4-6 2 7 7 9 9 0-7-2 = 0 9-7-2 = 0
5-6 0 1 9 9 9 9-1-0 = 8 9-1-0 = 8
6-7 2 9 9 11 11 11-9-2 = 0 11-9-2 = 0

Tamat …
Contoh 2:

Berdasarkan data dalam jadual di bawah:

i) Lukiskan gambarajah rangkaian untuk keseluruhan projek dengan menggunakan Kaedah Anak
Panah.

ii) Tentukan laluan kritikal untuk rangkaian tersebut.

iii) Lengkapkan jadual bagi Masa Mula Awal (ES), Masa Mula Akhir (LS), Masa Siap Awal (EF),
Masa Siap Akhir (LF), Apongan Keseluruhan (TF), Apongan Bebas (FF)

Aktiviti Activity Duration ES LS EF LF TF FF


Code (w)
1-2 A 12
1-3 B 18
2-4 C 4
2-6 D 4
3-5 E 12
4-5 F 18
4-6 G 5
5-7 H 4
6-7 I 9
7-8 J 6

Step 1 : Lukis Gambarajah Rangkaian bersama Aktiviti, Kod Aktiviti dan Tempoh:

2 D 6
4

A 12 4 C G I
5 9

1 4 7 J 8

18 B 18 F H 4

3 E 5
12
Step 2: Isikan ES (Early Start / Masa Mula Awal)

2 D 6 (16, 21)
12 4 21

A 12 4 C G I
5 9 (30, 38)

1 4 7 J 8

0 16 38 6 44

18 B 18 F H 4

3 E 5
18 12 34 (34, 30)

Kiri ke kanan (tambah) : ambil yang maksimum.

Step 3: Isikan LS (Late Start / Masa Mula Akhir)

2 D 6 (16, 21)
(25, 12) 12 12 4 21 29

A 12 4 C G I
5 9 (30, 38)

1 4 7 J 8
(0, 4)
0 0 16 16 (16, 24) 38 38 6 44 44

18 B 18 F H 4

3 E 5
18 22 12 34 34 (34, 30)

Kanan ke kiri (tolak) : ambil yang minimum


Step 4: Dapatkan Laluan Kritikal

2 D 6 (16, 21)
(25, 12) 12 12 4 21 29

A 12 4 C G I
5 9 (30, 38)

1 4 7 J 8
(0, 4)
0 0 16 16 (16, 24) 38 38 6 44 44

18 B 18 F H 4

3 E 5
18 22 12 34 34 (34, 30)

Laluan Kritikal : 1-2, 2-4, 4-5, 5-7, 7-8 (Aktiviti kritikal berlaku bila ES & LS sama @
Total float adalah kosong)

Masa Projek Minimum : 44 Minggu (Tempoh masa : Masa keseluruhan untuk menyiapkan
sesuatu projek)
Step 5: Analisa CPM

Event A Activity Event B

21 29 Duration 38 38
ES LS 9 EF LF

ES : Early Start
LS : Late Start FF : Free float = EF – ES - Duration
EF : Early Finish TF : Total Float = LF – ES - Duration
LF : Late Finish

Aktiviti Activity Duration ES LS EF LF TF FF


Code (w)
1-2 A 12 0 0 12 12 12-0-12 = 0 12-0-12 = 0
1-3 B 18 0 0 18 22 22-0-18= 4 18-0-18 = 0
2-4 C 4 12 12 16 16 16-12-4 = 0 16-12-4 = 0
2-6 D 4 12 12 21 29 29-12-4 = 13 21-12-4 = 5
3-5 E 12 18 22 34 34 34-18-12 = 4 34-18-12 = 4
4-5 F 18 16 16 34 34 34-16-18 = 0 34-16-18 = 0
4-6 G 5 16 16 21 29 29-16-5 = 8 21-16-5 = 0
5-7 H 4 34 34 38 38 38-34-4 = 0 38-34-4 = 0
6-7 I 9 21 29 38 38 38-21-9 = 8 38-21-9 = 0
7-8 J 6 38 38 44 44 44-38-6 = 0 44-38-6 = 0

Tamat …
Contoh 3:

Berdasarkan data dalam jadual di bawah:

i) Lukiskan gambarajah rangkaian untuk keseluruhan projek dengan menggunakan Kaedah Anak
Panah.

ii) Tentukan laluan kritikal untuk rangkaian tersebut.

iii) Lengkapkan jadual bagi Masa Mula Awal (ES), Masa Mula Akhir (LS), Masa Siap Awal (EF),
Masa Siap Akhir (LF), Apongan Keseluruhan (TF), Apongan Bebas (FF)

Aktiviti Activity Duration ES LS EF LF TF FF


Code (w)
1-2 A 3
1-3 B 4
2-4 C 7
2-5 D 3
3-4 E 2
3-6 F 5
4-6 G 0
4-7 H 1
5-7 I 5
6-7 J 3

Step 1 : Lukis Gambarajah Rangkaian bersama Aktiviti, Kod Aktiviti dan Tempoh:

2 D 5
3

A 3 7 C I
5

1 4 H 7

4 B 2 E G 0 J 3

3 F 6

5
Step 2: Isikan ES (Early Start / Masa Mula Awal)

2 D 5
3 3 6

A 3 7 C I
5

1 4 (10, 6) H 7

0 10 1 13

(11, 11, 13)


4 B 2 E G 0 J 3

3 F 6
(9, 10)
4 5 10

Kiri ke kanan (tambah) : ambil yang maksimum.

Step 3: Isikan LS (Late Start / Masa Mula Akhir)

(5, 3)
2 D 5
3 3 3 6 8

A 3 7 C I
5

1 4 (10, 6) H 7
(0, 1)
0 0 10 10 (12, 10) 1 13 13

(11, 11, 13)


4 B 2 E G 0 J 3

3 F 6
(8, 5) (9, 10)
4 5 5 10 10

Kanan ke kiri (tolak) : ambil yang minimum


Step 4: Dapatkan Laluan Kritikal

(5, 3)
2 D 5
3 3 3 6 8

A 3 7 C I
5

1 4 (10, 6) H 7
(0, 1)
0 0 10 10 (12, 10) 1 13 13

(11, 11, 13)


4 B 2 E G 0 J 3

3 F 6
(8, 5) (9, 10)
4 5 5 10 10

Laluan Kritikal : 1-2, 2-4, 4-7 (Aktiviti kritikal berlaku bila ES & LS sama @
Total float adalah kosong)

Masa Projek Minimum : 13 Minggu (Tempoh masa : Masa keseluruhan untuk menyiapkan
sesuatu projek)
Step 5: Analisa CPM

Event A Activity Event B

Duration
ES LS EF LF

ES : Early Start
LS : Late Start FF : Free float = EF – ES - Duration
EF : Early Finish TF : Total Float = LF – ES - Duration
LF : Late Finish

Aktiviti Activity Duration ES LS EF LF TF FF


Code (w)
1-2 A 3 0 0 3 3 0 0
1-3 B 4 0 0 4 5 1 0
2-4 C 7 3 3 10 10 0 0
2-5 D 3 3 3 6 8 2 0
3-4 E 2 4 5 10 10 4 4
3-6 F 5 4 5 10 10 1 1
4-6 G 0 10 10 10 10 0 0
4-7 H 1 10 10 13 13 2 2
5-7 I 5 6 8 13 13 2 2
6-7 J 3 10 10 13 13 0 0

Tamat …
4.5 PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGURUSAN PROJEK :

Kelebihan perancangan dan penjadualan projek menggunakan perisian komputer

a) Dapat meningkatkan daya keupayaan kerja dan produktiviti


b) Lebih cekap, efektif dan pantas
c) Kecepatan dan ketepatan proses yang tinggi
d) Mampu menyimpan dan mengolah data dengan jumlah kapasiti yang besar

Kelemahan perancangan dan penjadualan projek menggunakan perisian computer

a) Harga sesuatu program agak mahal


b) Memerlukan kepakaran dalam mengendalikannya
c) Risiko kepada kehilangan data sekiraya tiada simpanan dibuat
d) Kebarangkalian virus yang boleh menyebabkan kehilangan data

4.5.1 MICROSOFT PROJEK DALAM PENGURUSAN PROJEK

Sejarah Microsoft Projek

Versi pertama Microsoft Project dkeluarkan untuk DOS pada tahun 1984 oleh sebuah
syarikat yang bekerja untuk Microsoft. Versi 4 untuk DOS adalah versi terkini, yang
dikeluarkan pada tahun 1986. Program ini memperkenalkan konsep link baris (baris
pergantungan) antara tugas-tugas dalam carta Gantt.

Program Macintosh iaitu versi ini dikeluarkan pada tahun 1991 dan meneruskan
pembangunan melalui Project 4.0. Versi-versi selanjutnya dikeluarkan pada tahun 1992
(v3), 1993 (v4), 1995, 1998, 2000, 2002, 2003 dan 2007

4.5.2 APAKAH MICROSOFT PROJEK

Adalah satu set alat untuk bantuan dan pengurusan projek yang kompeten dan teratur. Alat
perisian ini boleh digunakan untuk membantu setiap jenis projek dari pelbagai bidang kerja
seperti pembinaan, perkilangan, kewangan dan lain-lain lagi.

Pengurusan projek sama ada berskala kecil, sederhana atau besar di sesebuah
organisasi memerlukan penelitian dan pemantauan dari segi kos yang terhad, sumber
yang ada dan masa yang ditetapkan. Bagi memudahkan para pengurus projek menyusun
atur dan melihat secara keseluruhan projek tersebut maka sebuah perisian / perkakasan
yang efisien dan efektif diperlukan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Oleh itu, Microsoft Office Project 2007 merupakan perisian yang pengurusan projek
paling terkini dan paling ramai digunakan di seantero dunia.
4.5.3 Kelebihan Microsoft project

Berikut ini beberapa kelebihan yang boleh diperolehi dengan menggunakan Microsoft
Project:

a) Boleh melakukan penjadualan pengeluaran secara berkesan dan cekap, kerana


disokong dengan maklumat peruntukan masa yang diperlukan untuk setiap proses,
serta keperluan sumber untuk setiap proses sepanjang masa.
b) Boleh diperolehi secara langsung dari maklumat aliran bayaran tunai selama tempoh
yang ditetapkan.
c) Data-data dalam projek boleh ditukarkan ke bentuk carta Gantt atau bentuk-bentuk
carta lain sama ada dari Microsoft Office Excel atau Microsoft Office Visio
d) Projek jadual boleh diterjemahkan dalam bentuk carta Gantt berdimensi 3D
e) Mudah dilakukan pengubahsuaian, jika ingin dilakukan rescheduling.
f) Penyusunan jadual pengeluaran yang tepat akan lebih mudah dihasilkan dalam
masa yang cepat.
g) Perubahan akan di ‘high-light‘kan bagi mengenalpasti sebarang pertukaran atau
pengeditan
h) Analisis (masa, kos dan sumber) dilakukan secara automatik atau manual boleh
disetkan

You might also like