You are on page 1of 7

Terdapat dua jenis pendekatan pengaturcaraan yang boleh diguna pakai iaitu:

Pendekatan berstruktur bermaksud sesebuah program perlu direka dari atas ke bawah seperti satu siri hierarki yang bermodul.

Juga dikenali sebagai pengaturcara bermodul iaitu satu cara logik membahagibahagikan program.

Setiap modul melaksanakan satu atau sebilangan kecil tugas yang berkaitan sahaja. Terdapat satu modul utama di antara modul-modul di dalam sesebuah program.

Setiap modul terdiri daripada set arahan yang lengkap dan bebas. Modul juga dirujuk sebagai rutin, subrutin atau subprograms atau prosedur.

Kelebihan
Pengaturcara boleh menulis dan menguji setiap modul secara bebas dan pada masa yang sama boleh mengguna dan menguji modul yang sama di dalam program yang lain.
Memudahkan sesebuah program itu senang dibaca, difahami, dan membuat ujilari oleh pengaturcara. Mengurangkan bilangan baris aturcara dan boleh mengelakkan daripada pengulangan arahan di dalam baris aturcara.

Contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan pendekatan ini adalah seperti Ada, Fortran, dan Pascal.

Merujuk kepada pendekatan pengaturcaraan menggunakan objek.

Objek dibentuk dari datadata dan operasi-operasioperasi yang memanipulasi data-data tersebut.

Semua objek mempunyai struktur yang sama didalam kelasnya tetapi boleh ditugaskan mengikut ciri-ciri tertentu.

Pendekatan pengaturcaraan ini sesuai digunakan untuk membangunkan aturcara yang bersaiz besar.

Kelebihan
Pengaturcara boleh menjadi senang untuk menstruktur dan mengorganisasikan program. Ini kerana setiap objek boleh diubahsuai tanpa memberi kesan kepada yang lain di dalam program. Proses kemaskini dan pengubahsuaian program juga mudah dilaksanakan.

Contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan pendekatan ini adalah seperti C++, Java, Visual basic dan C#

Pendekatan Berstruktur

Perbezaan

Pendekatan Berorientasikan Objek

Gunakan model atas ke bawah


Pengaturcara pecahkan permasalahan aturcara kepada bahagianbahagian yang kecil

Penggunaan

Gunakan data dan operasi untuk bentuk objek


Pengaturcara mengabungkan data dan operasi ke dalam satu unit sebagai objek Projek pengaturcaraan yang berskala besar

Kaedah

Projek pengaturcaraan yang berskala sederhana

Kesesuaian

You might also like