You are on page 1of 1

Pemprosesan perkataan merupakan perisian komputer yang digunakan untuk mengarang,

meformat, menyunting, dan mencetak dokumen. Pemprosesan perkataan merupakan perisian


penggunaan terawal yang digunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti pejabat dan komputer peribadi.

Hamparan elektronik adalah perisian untuk membuat analisis, perhitungan, perancangan dan
permodelan matematik dalam komputer. Ia boleh digunakan untuk mencipta model berasaskan
matematik dan lain-lain aktiviti perniagaan. Perisian ini dapat menggantikan kerja hamparan kerja,
kalkulator dan pensil.

Persembahan elektronik merupakan perisian komputer yang digunakan untuk membina dan
membuat elektronik persembahan dengan cara mengabungkan unsur animasi, grafik, audio, video dan
teks.

Dari segi persembahan, pemprosesan perkataan dapat mempersembah teks, grafik dan gambar
manakala persembahan elektronik boleh memasukan teks, grafik, animasi, video dan audio. Hamparan
elektronik dapat mempersembahkan data dan maklumat yang dianalisis dalam bentuk graf dan carta.

Dari segi kegunaan, pemprosesan perkataan sesuai untuk mengahasilan pelbagai jenis dokumen
seperti nota edaran, surat, jadual, laporan dan sebagainya. Persembahan elektronik sesuai untuk PdP
dengan menggunakan tayangan slaid. Hamparan elektonik boleh digunakan untuk membuat ringkasan
data dan melaksanakan analisis dalam bentuk tabular (baris dan lajur).

Persamaan antara pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan persembahan elektronik


ialah bahan boleh digunakan secara berulang kali, boleh disimpan, serta boleh berkongsi dengan orang
yang lain. Bahan boleh diubahsuai dari semasa ke semasa.

You might also like