You are on page 1of 3

TUGASAN 3 : ULASAN KRITIS

Menulis satu ulasan kritis terhadap persembahan kibod dan nyanyian seorang rakan anda.

Kibod merupakan sejenis alat muzik iringan berpic yang menggunakan kuasa elektrik
untuk memainkannya. Keyboard atau kibod dicipta dan diubahsuai semula dengan
menggunakan perkakasan elektronik. Terdapat banyak jenis kibod iaitu kibod elektronik, piano
digital, synthesizer dan sequencer. Kibod-kibod tersebut mempunyai fungsi yang sama seperti
mempunyai pelbagai koleksi bunyi dalam satu alat.

Seterusnya, mempunyai kualiti ton yang lebih kurang sama dengan organ atau piano.
Kibod juga digunakan untuk membuat persembahan langsung “live performance” kerana
saiznya yang kecil senang untuk dibawa ke mana-mana. Dalam satu kibod, kita dapat
mengubahsuai suara atau bunyi yang pelbagai. Sebagai contoh, kita ingin menukarkan bunyi
piano pada kibod kepada bunyi gitar elektrik.

Berdasarkan rakaman video permainan kibod yang dimainkan oleh rakan saya iaitu
Terrence alliun, beliau telah bermain lagu “Kasih Ibu” dalam nada D minor yang mempunyai 32
bar. Beliau telah menyimpan 2 jenis ton dan 1 jenis rentak. Dalam set pertama beliau
menggunakan “Sweet Flute” bagi ton dan “Swing Waltz” bagi rentak manakala set kedua pula
beliau menggunakan ton “Strings” dan rentak “Swing Waltz”. Tempo yang digunakan semasa
persembahan pula ialah 115.

Pada pandangan saya, kelemahan yang ada pada rakaman adalah, intro. Pemain telah
memainkan intro ciptaannya sendiri, namun, pemain masih tidak dapat menentukan tempo
yang betul semasa intro dimainkan. Seterusnya, Pemain dilihat telah mengambil masa yang
agak lama sebelum masuk ke bahagian lagu. Hal ini menyebabkan, bunyi yang dihasilkan
kosong atau tidak penuh. Bagi pendengar, mereka inginkan sesuatu yang padat dan tiada
ruang-ruang kosong yang begitu banyak dalam permainan lagu. Oleh itu, pemain haruslah
cepat dan lebih bersedia untuk masuk ke bahagian lagu, malah, beliau juga perlu memainkan
chord agar perjalanan lagu tersebut tidak terganggu.

Selain itu, cara permainan chord yang tidak serius menyebabkan permainan lagu
tersebut menjadi lancar. Antara contoh, pada akhir-akhir permainan lagu tersebut, pemain
seolah-olah lupa dalam peralihan chord yang menyebabkan bunyi yang dihasilkan tidak sedap.
Oleh itu, ketika kita ingin mempersembahkan sesuatu persembahan muzik, kita mestilah serius
dan fokus, dalam kata erti lain disini adalah tidak begitu berasa senang dengan persembahan
kita kerana fokus amat penting ketika melakukan persembahan bagi mengurangkan jumlah
kesilapan ketika persembahan.

Bagi nyanyian pula, pemain menyanyi dengan baik namun ada beberapa bahagian yang
main pic yang dinyanyikan tidak tepat. Contohnya pada minit ke 0.48. Untuk memperbaikinya,
pemain dapat berlatih lagi agar picnya itu kukuh dan tidak lari ketika menyanyi sambil bermain
kibod. Sesungguhnya, bukan mudah untuk menyanyi sambil bermain alat muzik, kecekapan
ingin amat memerlukan latihan yang cukup agar kita terbiasa dengannya. Selain daripada pic,
sebutan liriknya juga agak tidak jelas dan mesej di dalam lagu tersebut tidak dapat disampaikan
dengan sempurna. Hal ini kerana, apabila kita membawa atau mempersembahkan sesuatu
lagu, sebutan adalah menjadi satu perkara kerana sebutan yang betul akan membantu penulis
lagu dapat menyampaikan mesej yang ada dalam lagu tersebut. Aktiviti yang boleh dilakukan
untuk mencantikkan sebutan ketika menyanyi adalah dengan solfage, memanaskan suara dan
selalu berlatih menyebut perkataan yang susah.

Seterusnya, penggunaan ton yang kedua banyak memain peranan kerana bunyi yang
agak sedih dan sesuai dengan suara dan cara nyanyian pemain. Namun pemain perlu
menyanyi dengan lebih lembut, dan kuat serta tempo yang lebih perlahan kerana rentak yang
digunakan itu agak sedih. Ekspresi muka juga amat penting ketika melakukan persembahan.
Oleh itu, jika kita memainkan lagu dalam nada minor, kita hendaklah menunjukkan ekspresi
yang sedih dan bukannya gembira bagi mempengaruhi perasaan pendengar.
Walaubagaimanapun, pemain ini tidak menunjukkan perasaan dan riak wajah yang sedih dalam
penyampaian lagu walaupun lagu yang dimainkan adalah dalam nada minor. Disebabkan itu,
pemain itu terlebih dahulu perlu memahami dan menjiwai seni kata lagu tersebut jika ingin
pendengar menjiwai apa yang ingin disampaikan atau dipersembahkan.

Dari aspek tempo pula, pemain bermain dengan tempo yang baik, namun, masih boleh
diperbaiki agar not yang dimainkan atau dinyanyikan itu tepat pada masanya. Penjarian pemain
adalah betul dan agak baik, namun, dapat dilihat jari-jari pemain agak keras dan susah untuk
menekan not ke 7 dalam chord A7. Hal ini boleh diperbaiki dengan latihan permainan yang
banyak agar pemain biasa dengan not-not di aras kibod dan jari-jari akan menjadi lembut jika
sudah terbiasa atau selalu bermain kibod. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Dari segi keseimbangan bunyi, ton dan rentak dapat didengari dengan seimbang dan
bagus kerana tidak menjadikan suara pemain menjadi tenggelam. Namun,masih terdapat satu
kesalahan yang dibuat oleh pemain iaitu pada minit ke 1.21. Untuk penambahbaikkan pemain
boleh mengurangkan volume pada kibod supaya bunyi lebih stabil dan seimbang.

Kreativiti yang ada pada pemain adalah pemain memainkan melodi tambahan sendiri
ketika permainan lagu namun not yang ditekan itu tidak menenggelami rentak yang sedia ada.
Seterusnya, pemain menggunakan rentak yang berbeza dalam satu masa, ini menunjukkan
kecekapan pemain dalam permainan kibod. Selain itu, pemain juga memasukkan “ending” yang
akan menjadikan lagu tersebut lebih sempurna.

Daripada pengalaman saya menjalankan tugasan ini, saya telah dapat tingkatkan
kefahaman saya tentang persembahan kibod dan etika persembahan. Ketika persembahan,
kita perlulah memakai pakaian yang bergaya dan kemas iaitu selalunya pakain yang
mempunyai warna yang cerah untuk menarik perhatian penonton atau juri dan akan kelihatan
seperti seorang professional. Kita juga perlu mengikuti postur yang betul ketika bermain kibod
iaitu kita perlu duduk tegak dalam keadaan yang selesa agar tidak mengganggu kita semasa
membuat persembahan. Kaki mestilah berada di bawah kibod dan tapak kaki rata di lantai,
untuk kaki kanan akan ke hadapan sedikit. Kedudukan siku adalah lebih tinggi dari kunci kibod.
Melalui rakaman video, Pemain dilihat telah menguasai etika dan cara persembahan dengan
baik.

Kesimpulannya, untuk memainkan kibod ini tidak susah jika kita berusaha berlatih untuk
memainkannya dan akan susah jika kita malas untuk berlatih memainkannya. Untuk
permulaannya, kita perlu berlatih dengan menggunakan tempo yang perlahan agar kita terbiasa
dengan not-not di atas kibod tersebut. Seterusnya, kita perlu berlatih pada setiap hari untuk
melenturkan jari atau biasa dengan kibod.

Kita perlu berlatih kibod setiap hari walaupun sekejap lebih kurang dalam sejam sehari
untuk membiasakan jari kita bermain kibod berbanding dengan berlatih berjam-jam tapi sekali
seminggu, kita tidak akan dapat meningkatkan kemahiran bermain kibod jika begitu. Menurut
Shinichi Suzuki, keupayaan muzik bukan bakat yang lahir dalam diri seseorang, tetapi
kemampuan yang dapat dikembangkan. Mana-mana kanak-kanak yang dilatih dengan betul
boleh membangunkan kemampuan muzik, sama seperti mereka membangunkan keupayaan
untuk bercakap bahasa ibundanya. Potensi setiap kanak-kanak tidak terhad.

You might also like