You are on page 1of 4

Teks Ucapan untuk En.

Abu Bakar bin Alim

Pegawai Pelajaran Daerah Jasin

Terima Kasih Saudara/i Pengerusi Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha, Pn. Hjh. Masnah binti Md Nor, Pengetua SMK


Dang Anum;

Yang Berusaha Pn. Hjh. Katijah binti Ibrahim, Guru Besar SK


Merlimau;

Yang Berusaha Pn.Hjh. Norlailah binti Maeraj, Guru Besar SK


Merlimau 1

Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata


Pelajaran, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, tuan-tuan, puan-
puan dan seterusnya semua pelajar yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan


kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya,
kita dapat berkumpul di Stadium Mini Kampus IPG Perempuan
Melayu bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup
Kejohanan Balapan dan Padang MSS Kawasan Merlimau Kali ke-39
bagi tahun 2013.
Saya bagi pihak PPD mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua Jawatankuasa Kerja Kejohanan ini kerana sepanjang 3 hari
anda semua telah bertungkus-lumus, mengerah tenaga yang ada
dan bersatu padu dalam menjayakan kejohanan ini. Walaupun
kejohanan ini berlangsung pada hari persekolahan, namun
komitmen yang ditunjukkan oleh para pegawai dan guru-guru
amat luar biasa. Sesungguhnya, saya percaya, kejohanan ini telah
memberi peluang terbaik kepada semua peserta, guru-guru dan
pihak pengurusan untuk mempamerkan keupayaan dan
kemampuan sebenar dalam usaha meraih gelaran di peringkat
negeri dan seterusnya di peringkat kebangsaan nanti.

Hadirin yang dihormati,

Kemenangan memanglah penting dalam setiap pertandingan,


namun kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan
pemenang bagi sesuatu acara, tetapi perkara yang lebih penting
ialah kejohanan ini memberikan peluang kepada pelajar untuk
mengambil bahagian, mengutamakan semangat kesukanan dan
matlamat sukan itu sendiri adalah untuk dapat melahirkan insan
yang mempunyai tubuh badan yang sihat serta minda yang cerdas,
malah akan menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan pendidikan
Negara. Oleh itu, saya amat berharap agar kita semua dapat
menemui, merasai dan mengecapi matlamat yang diharapkan
melalui kejohanan ini.

Selain itu, tidak dapat dinafikan bahawa kejohanan ini merupakan


landasan ke arah perpaduan antara kaum dalam masyarakat
majmuk di Negara kita. Perpaduan merupakan kunci kejayaan
Malaysia dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus
alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah
Negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Semangat kerjasama
dan toleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti
sukan. Semua atlet mestilah bersatu padu untuk menjadi juara
tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Para hadirin sekalian,

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah


sekali lagi kepada semua jawatankuasa kerja dan pihak-pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah dapat
melaksanakan Kejohanan Balapan ini dengan jayanya. Kepada
para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan,
juga saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya
janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun
menunjukkan bahawa anda telah mencipta suatu kejayaan.

DENGAN LAFAZ BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

SAYA DENGAN INI MERASMIKAN PENUTUP KEJOHANAN


BALAPAN DAN PADANG MSS KAWASAN MERLIMAU KALI KE 39
TAHUN 2013.

Saya sudahi dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh

You might also like