You are on page 1of 3

MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD

TAJUK :PROSA KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

a.Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

1 Bahasa Melayu Klasik ialah bahasa yang digunakan oleh masyarakat pada
zaman dahulu selepas kedatangan agama Islam ke Nusantara.

2 Ayat Bahasa Melayu Klasik panjang-panjang,berulang-ulang dan berbelit-belit.

3 Bahasa Melayu Klasik menggunakan banyak ayat pasif.

4 Bahasa Melayu Klasik menggunakan banyak ayat songsang.

5 Bahasa Melayu Klasik menggunakan banyak kosa kata klasik.


Contohnya,
ratna mutu manikam: berhiaskan dengan permata
masyghul:sedih
Sahaya: saya/orang bawan

6. Bahasa Melayu Klasik menggunakan banyak kata pangkal ayat seperti :


Alkisah:Begini ceritanya
Kendatipun: Walaupun
Arakian: Selepas itu,
Hatta: lalu/maka

7. Bahasa Melayu Klasik menggunakan banyak partikel pun dan lah.

A. CARA MENUKARKAN BAHASA MELAYU KLASIK KEPADA BAHASA MELAYU STANDARD.

i. Baca dan fahami maksud keseluruhan petikan


ii. Kenal pasti watak dan peranan (seperti watak Laksamana dan Kertala Sari dalam prosa
Kepimpinan Melalui Teladan)
iii. Istilah sebermula,hatta,arakian,syahadan,kalakian digugurkan kerana tidak
digunakan dalam Bahasa Melayu Standard.
iv. Kosa kata bahasa istana seperti mencemar duli,gering,mangkat,santap,bersiram dan
sebagainya hendaklah dikekalkan.
v. Kata ganti nama diri baginda,bonda,anakanda,permaisuri,kakanda dan sebagainya
hendaklah dikekalkan.
vi. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat.
vii. Semua dialog hendaklah ditukarkan kepada teks bahasa standard.
viii. Keseluruhan teks hendaklah ditukarkan kepada Bahasa Melayu Standard.
ix. Anda boleh mengubah sesetengah perkataan dalam teks,asalkan tidak mengubah
maksud asal petikan tersebut.
x. Jangan mentafsir, jangan membuat ulasan dan jangan menokok tambah.
Contoh latihan:
Latihan:
Baca petikan Bahasa Melayu klasik di bawahdengan teliti kemudian,tulis semula
petikan tersebut dalam Bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.

Sebermula maka Kertala sari pun masuk ke


dalam.Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang
berkawal terlalu banyak dengan alat
senjatanya.Maka Kertala Sari pun membaca
pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak
itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya.
( 8 markah)
( Prosa Kepimpinan Melalui Teladan muka surat 28,perenggan
2)

You might also like