You are on page 1of 8

BAHASA MELAYU

Menulis ulasan
pt3
CIKGU DK
MARILAH KITA
TENGOK SATU
CONTOH SOALAN
ulasan CIKGU DK
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah
perkataan

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

CIKGU DK
Seneraikan isi-isi (isi tersurat) yang terdapat dalam
soalan yang diberikan:

1)Pemakanan seimbang mengikut piramid makanan


2)Melakukan aktiviti senaman
3)Penjagaan kebersihan
4)Membuang tabiat buruk

CIKGU DK
Gunakan Teknik MBK untuk mencari isi tersirat (isi yang tiada dalam soalan)

TEKNIK MBK
(I) M-Mengapa
(II) B-Bagaimana
(III) K-Kesan

Contoh:
Isi Tersurat: Membuang sampah ke tong sampah.
Isi Tersirat: (i)Mengurangkan pembiakan nyamuk, lalat dan tikus.(Mengapa)
(ii)Mengelakkan penyakit berbahaya seperti demam denggi dan keracunan makanan.
(Kesan)

CIKGU DK
Selepas memperoleh isi tersurat cari isi tersurat dengan menggunakan teknik MBK
TEKNIK MBK
(I)M-Mengapa
(II)B-Bagaimana
(III)K-Kesan

1)Pemakanan seimbang mengikut piramid makanan- mengelakkan


diri daripada penyakit kronik
2)Melakukan aktiviti senaman- membolehkan darah mengalir ke
jantung dengan lancar
3)Penjagaan kebersihan- menghidarkan diri daripada penyakit
yang berbahaya
4)Membuang tabiat buruk- merosakkan diri sendiri
CIKGU DK
ULASAN LENGKAP

Gambar menunjukkan amalan gaya hidup sihat. Antara amalan gaya hidup sihat
ialah mengamalkan pemakanan seimbang mengikut piramid makanan untuk
mengelakkan diri daripada penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing
manis. Selain itu, kita perlu melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangya tiga kali
seminggu. Hal ini demikian kerana senaman membolehkan darah mengalir ke jantung
dengan lancar dan juga membuang sisa toksik. Di samping itu, kita juga mesti
mengamalkan penjagaan kebersihan diri agar dapat menghindarkan diri kita daripada
penyakit seperti demam denggi. Seterusnya, kita haruslah membuang tabiat merokok
dan penyalahgunaan dadah kerana boleh merosakkan diri sendiri. Konklusinya,
kesemua amalan gaya hidup sihat ini mendatangkan banyak manfaat kepada kehidupan
kita.
(105 patah perkataan)

CIKGU DK
THANK YOU!!!

CIKGU DK

You might also like