You are on page 1of 13

International Journal of Education and Pedagogy

eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020


http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

International Journal of Education and Pedagogy (IJEAP)


eISSN: 2682-8464
Journal website: http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

KEPIMPINAN DEMOKRATIK PENGETUA DAN INTEGRITI


GURU DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ZON
SEMENYIH

Nur Fazlin Fadzil1* dan Jamalul Lail Abdul Wahab2


12
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, MALAYSIA

*Pengarang penghubung: nurfazlinfadzil@gmail.com

Article Information: Abstrak: Gaya kepimpinan pengetua memberi impak kepada


kejayaan sesebuah sekolah. Pengetua yang berjaya mempengaruhi
Article history: guru akan dapat menghasilkan guru-guru yang berintegriti. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji kepimpinan demokratik yang diamalkan
Received date : 20 August 2020 oleh pengetua serta faktor yang mempengaruhi integriti guru. Dua
Revised date : 12 September 2020 buah sekolah menengah di bawah Zon Semenyih telah dipilih sebagai
Accepted date : 15 September 2020 lokasi kajian dan melibatkan 51 orang guru sebagai responden.
Published date : 27 September 2020 Responden dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak
mudah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal
To cite this document: selidik secara atas talian. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif.
Cronbach alpha digunakan bagi tujuan melihat kebolehpercayaan
Fadzil, N., & Abdul Wahab, J. (2020). soal selidik dan nilainya adalah 0.954. Data diproses menggunakan
KEPIMPINAN DEMOKRATIK analisis statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min,
PENGETUA DAN INTEGRITI GURU sisihan piawai dan peratusan. Data turut diproses menggunakan
DI SEKOLAH-SEKOLAH analisis statistik inferensi iaitu pekali Korelasi Pearson untuk melihat
MENENGAH ZON SEMENYIH. hubungan antara tahap kepimpinan demokratik pengetua dan integriti
International Journal Of Education And guru. Data yang diperolehi seterusnya dianalisis menggunakan
Pedagogy, 2(3), 89-101. perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 23.0.
Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan
antara kepimpinan demokratik pengetua dan integriti guru. Nilai
korelasi tahap kepimpinan demokratik pengetua dan tahap integriti
guru adalah pada r=0.711 dan berada pada aras signifikan p=0.00.
Analisa menunjukkan terdapat hubungan korelasi yang kuat antara
tahap kepimpinan demokratik pengetua dengan integriti guru.
Implikasi kajian adalah kekangan masa yang diperuntukkan kepada
guru-guru. Beberapa cadangan penambahbaikkan telah dikemukakan
untuk kajian lanjutan.

Kata kunci: Kepimpinan demokratik, pengaruh guru besar, integriti


guru

Abstract: Principal’s leadership style impacts the success of a school.


Principals who successfully influence teachers will be able to produce
teachers who are integrated. This study aims to examine the

89
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

democratic leadership practiced by principals as well as factors


affecting teacher’s integrity. Two secondary schools under the
Semenyih Zone were selected as the study sites and involved 51
teachers as respondents. Respondents were selected using a simple
random sampling method. The instruments used in this study were
online questionnaires. This study uses quantitative methods. Cronbach
alpha was used for the reliability of the questionnaire and its value
was 0.954. Data were processed using descriptive statistics analysis
namely frequency measurement, mean score, standard deviation and
percentage. The data were also processed using statistical inference
analysis, Pearson Correlation coefficient to see the relationship
between the principal's democratic leadership level and teacher’s
integrity. The data were subsequently analyzed using Statistical
Package For Social Science (SPSS) version 23.0 software. The
findings show that there is a significant relationship between the
principal's democratic leadership and teacher integrity. Correlation
values of principal democratic leadership level and teacher integrity
level were at r = 0.711 and were significant at p = 0.00. The analysis
shows that there is a strong correlation between the level of
democratic leadership of principal and teachers’ integrity. The
implications of this study are the time constraints allocated to
teachers. Several suggestions for improvement have been submitted
for further study.

Keywords: Democratic leadership, headmaster influence, teacher


integrity

1. Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan tiga objektif Pelan Pembangunan Pendidikan ini untuk
menjadikan pendidikan di Malaysia setaraf dengan sistem pendidikan terbaik di negara maju. Hal ini seiring dengan
Falsafah Pendidikan Negara iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara (“Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” 2017).

Melalui PPPM ini juga, kerajaan telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan dalam menyempurnakan hasrat
rakyat Malaysia dalam pendidikan. Setiap anjakan yang dilakukan mesti memberi impak kepada keberhasilan sistem
sekurang-kurangnya satu daripada lima, antaranya ialah kualiti. Kualiti menjadi fokus utama kerana kualiti yang baik
akan membawa kepada suatu perubahan baru yang lebih baik. Hal ini sangat perlu diberikan perhatian segera.
Berdasarkan (“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025),” 2019), anjakan ke-4 ialah “Transformasi
Keguruan sebagai Profesion Pilihan” menunjukkan bahawa kualiti seseorang guru itu merupakan faktor terpenting
dalam keberhasilan murid. Cabaran para guru dalam melaksana dan menjayakan dasar PPPM semakin bertambah
lebih-lebih lagi kini sudah memasuki gelombang ke-2 iaitu gelombang 2016-2020. Namun, dalam merealisasikan
dasar pendidikan ini, adakah kebajikan guru terus dijaga dan dipertimbangkan? Di sinilah kepimpinan pengetua
memainkan peranannya.

Guru besar yang prihatin akan mempersiapkan guru terlebih dahulu sebelum melangkah ke sesi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. (Onen, 2012) turut menyatakan bahawa profession pengajaran dan kecekapan guru telah
menjadi tumpuan utama. Menurut (“Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” 2017) dasar dan matlamat pendidikan telah

90
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

ditetapkan untuk diamalkan dalam setiap sistem pendidikan di Malaysia. Dasar dan matlamat yang telah ditetapkan
perlu dilaksanakan oleh semua peringkat dan jenis sekolah di negara ini. Di sekolah, guru besar adalah individu yang
menggalas tanggungjawab dalam melaksana dan memastikan kejayaan sesebuah sekolah dengan berlandaskan dasar
dan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sehubungan dengan itu, gaya kepimpinan pengetua adalah sangat berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah.
Kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada ketua yang menguruskan iaitu pengetua dan gaya
kepimpinan yang diamalkan. Bukan itu sahaja, komitmen daripada subordinat juga akan memberi kesan yang tinggi
dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Pengetua bertanggungjawab mempengaruhi subordinat dan meyakinkan
mereka untuk gerak kerja mencapai kejayaan yang cemerlang. Menurut (Hushin & Hussin, 2018) jatuh bangun dan
maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh kepada komitmen dan kesungguhan guru besar dan guru-guru
dalam menjalankan tugas mereka di sekolah.

2. Latar Belakang Kajian


Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh ketua paling atas dan
jika di sekolah, organisasi tertinggi dikenali sebagai pengetua. Pengetua memainkan peranan penting dalam mengurus
dan mentadbir perjalanan sesebuah sekolah sehingga mencapai matlamat yang hendak dituju. Menurut (Raziah
Mansor & Esa, 2009) peranan pengetua sebagai pemimpin di sekolah memerlukan kepada komitmen yang tinggi
kerana fungsi sekolah pada hari ini adalah amat besar dan mencabar. Di sekolah, masalah yang sering dihadapi oleh
pengetua adalah memberi kepuasan dalam pelbagai hal kepada subordinat (Raziah Mansor & Esa, 2009). (Bardford,
1981) pula menyatakan bahawa pemimpin yang kurang berkebolehan dalam memimpin boleh membawa kepada
ketidakpuasan kerja di kalangan guru. Pengaruh yang ada pada pemimpin dapat menentukan tahap keberkesanan
rancangan, keputusan dan tindakan strategi.

Tugas guru di sekolah adalah sangat penting untuk kejayaan murid di sekolah dan perkara ini bersangkut paut dengan
integriti yang ada pada guru. Guru yang berintegriti mempunyai hubungan yang rapat dengan cara kepimpinan
pengetua. Integriti diklasifikasikan sebagai komitmen terhadap nilai-nilai murni (“Stanford Encyclopedia Of
Philosophy,” 2013). Pemimpin atau pengetua sesebuah sekolah yang berwibawa memerlukan para guru yang
berintegriti agar dapat mencapai ke arah sekolah yang lebih cemerlang.

3. Tinjauan Literatur
Kajian-kajian lepas banyak yang menunjukkan signifikannya kejayaan sesebuah sekolah dengan pengetua yang
memimpin. (Baldoni, 2012) mendefinisikan kepimpinan sebagai suatu perlakuan mempengaruhi subordinat dalam
usaha mencapai matlamat dan kejayaan organisasi. (Bush & Middlewood, 2005) dalam kajiannya menggariskan tiga
dimensi kepimpinan iaitu proses mempengaruhi seseorang, mengatur aktiviti serta peranan subordinat dalam
organisasi, membangun visi organisasi. (Abu Hassan, 2014) turut mengatakan bahawa pengetua perlu mempunyai
ciri-ciri khas dalam diri supaya kecemerlangan sekolah dapat dicapai dengan jayanya.

Menurut (Tamam et al., 2005) integriti boleh diklasifikasikan kepada beberapa nilai. Nilai-nilai yang perlu ada dalam
integriti seseorang adalah kesucian hati, amanah dalam tindakan dan kebijaksanaan dalam berfikir. Komponen yang
terkandung di dalam kesucian hati merangkumi tingkah laku yang sopan dan baik hati (Jasmi & Tamuri, 2007). Begitu
juga dengan ketahanan diri daripada menyalahgunakan kuasa (Mohamad Al-Bakri, 2009). Amanah pula merangkumi
aspek sifat terpuji seperti berdisiplin menjalankan tugas, tekun dan bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja
(Halimatus & Zainudin, 2017). Nilai integriti yang perlu ada pada guru seterusnya adalah bijaksana. Kehadiran ilmu
adalah merupakan teras kepada integriti. Sabar, berkepimpinan, kreatif dan inovatif adalah merupakan rangkuman
dalam nilai bijaksana (Tamam et al., 2005).

Menurut (Roselena Mansor & Mohd Hamzah, 2015) hanya pemimpin yang berdaya saing sahaja berupaya untuk
mengurus dan membawa organisasinya mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Kajian-kajian lepas telah
membuktikan bahawa kepimpinan adalah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi.
Dalam kajian (Effendi, 2005) mengatakan bahawa orang yang berada di bawah kepimpinan demokratik akan
melakukan kerja dengan penuh ghairah dan akan melaksanakannya dengan cukup baik walaupun tanpa pengawasan.

91
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Merujuk kepada kajian (Tumbol et al., 2014) telah mendapati bahawa secara pastinya gaya kepimpinan demokratik
mempunyai pengaruh yang besar terhadap prestasi kerja karyawan. Nilai koefisien regresi gaya kepemimpinan
demokratik mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap prestasi kerja karyawan. Hal ini menunjukkan
bahawa semakin baik kepimpinan demokratik yang dibawa, maka prestasi kerja turut meningkat.

Dalam kajian (Baharin et al., 2016) menyarankan agar guru besar perlu lebih mengamalkan gaya kepimpinan
instruksional, transformasional dan gaya kepimpinan demokratik di sekolah masing-masing manakala guru-guru turut
perlu pertingkatkan tahap efikasi kerja masing-masing ke tahap yang lebih baik dan lebih tinggi lagi. Kepimpinan
yang bersesuaian dengan persekitaran mampu mewujudkan keadaan yang kondusif untuk pembelajaran dan mampu
mengikut keperluan pelajar.

Berdasarkan kajian (Umam, Hakam, & Susilo, 2015) yang melibatkan 53 orang karyawan menunjukkan bahawa
pembolehubah gaya kepimpinan demokratik mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembolehubah motivasi
kerja. Aras signifikan antara dua pembolehubah adalah tinggi dan kuat, menunjukkan pembolehubah-pemboleh ubah
adalah saling berpengaruh.

4. Penyataan Masalah
(Yusri & Amin, n.d.) mengatakan bahawa peranan pengetua menjadi semakin penting dalam usaha mencapai
kecemerlangan sekolah dan pengetua harus bijak dan berupaya menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut
situasi sekolah sekiranya ingin membawa sekolah di bawah pentadbirannya ke arah kecemerlangan. Walaupun sekolah
dalam persekitaran yang mencabar dan banyak masalah yang timbul, tetap wujud sekolah yang berprestasi tinggi dan
telah dibuktikan (Baharuddin & Lope Pihie, 2014). Kajian yang telah dilaksanakan oleh (Yahaya, Maalip, Yahaya, &
Theng, 2011) mendapati bahawa pengetua haruslah cekap dalam amalan kepimpinan yang diamalkannya mengikut
kepada keperluan situasi. Begitu juga dengan (Tumbol, Tewal, & Sepang, 2014) menyatakan bahawa kepimpinan
dalam organisasi memegang peranan yang sangat penting dalam pencapaian matlamat organisasi.

Menurut (Jewell & Siegall, 2010), kepimpinan demokratik turut menurunkan tugas secara meluas kepada subordinat.
Keputusan terhasil daripada rundingan dengan orang bawahan, hal ini bertujuan menampakkan bahawa pemimpin
berada sama di dalam kumpulan subordinat. Kepimpinan demokratik merupakan kepimpinan dua hala iaitu
melibatkan pemimpin dan subordinat. Perkhidmatan yang telus, profesional dan berintegriti merupakan antara kriteria
utama sokongan ibu bapa dan guru kepada sekolah. Setiap usaha penambahbaikkan sistem perkhidmatan mestilah
diiringi dengan pemantapan integriti dalam diri iaitu ‘Delivery with Integrity’ (“Pelan Integriti MAMPU 2013-2025,”
2013). Menurut (“Definisi Integriti,” 2005), integriti didefinisikan sebagai kejujuran, ketulusan dan mempertahankan
nama baik daripada sebarang bentuk penyelewengan. Integriti penting dalam usaha membantu ke arah peribadi yang
mulia. Integriti guru terletak pada kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua. Kepimpinan demokratik yang
diamalkan pengetua lebih mendekatkan pengetua dengan subordinat berbanding dengan kepimpinan autokratik dan
kepimpinan laizzes-faire. Kementerian Pelajaran Malaysia turut berpendapat bahawa kecemerlangan sekolah terletak
kepada impak yang diberikan oleh pengetua.

Pemimpin demokratik akan sentiasa dihormati dan dihargai tanpa mengira waktu dan situasi (Baharin, Adnan, Mohd
Zin, Kamaludin, & Mansor, 2016). Kajian yang telah dilaksanakan oleh (Darwati & Budianto, 2013) mendapati
semakin tinggi persepsi terhadap gaya kepimpinan demokratik pemimpin, semakin tinggi disiplin kerja, dan begitu
juga sebaliknya semakin rendah persepsi gaya kepimpinan demokratik, semakin rendah disiplin kerja. Persoalannya,
adakah hubungan di antara kepimpinan demokratik pengetua memberi kesan terhadap integriti guru-guru sekolah
menengah di Zon Semenyih? Sejauhmanakah kebenarannya? Berdasarkan latar belakang kajian, telah wujudnya
beberapa masalah yang berkaitan dengan kepimpinan demokratik pengetua dan hubungannya dengan integriti guru.
Dalam kajian ini, perkara utama yang hendak dilihat oleh pengkaji adalah integriti guru-guru di Zon Semenyih yang
berhubung kait dengan kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua.

92
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

5. Objektif Kajian
Penyelidik telah mengenalpasti beberapa objektif kajian yang ingin dicapai kepada persoalan kajian. Di antaranya
ialah:

1. Mengenalpasti tahap kepimpinan demokratik pengetua di sekolah-sekolah menengah Zon Semenyih.


2. Mengenalpasti tahap integriti guru sekolah-sekolah menengah di Zon Semenyih.
3. Mengenalpasti hubungan kepimpinan demokratik pengetua terhadap integriti guru di sekolah-sekolah menengah
Zon Semenyih.

6. Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan soal selidik yang diubah dengan menggunakan instrumen
utama iaitu instrumen gaya kepimpinan demokratik yang dibina oleh (Avolio & Bass, 2002) serta (Halpin, 1957) dan
instrumen amalan integriti (Hamdani, 2014). Kajian ini berbentuk kuantitatif deskriptif. Kaedah soal selidik telah
dibina pula dalam bentuk elektronik atau secara dalam talian. Google form telah dipilih untuk mengumpul data
daripada responden. Pemilihan responden adalah secara rawak mudah supaya setiap guru berpeluang untuk terlibat
sama dalam kajian ini. Kajian dijalankan di dua buah sekolah menengah di Zon Semenyih, Selangor yang melibatkan
populasi guru. Maklum balas yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) secara deskriptif dan inferensi. Borang soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian
iaitu bahagian A, B dan C. Bahagian A bertujuan untuk mendapatkan maklumat demografi responden seperti jantina,
umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar dan tempoh berkhidmat di bawah pengetua. Bahagian B terdiri
daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan kepimpinan demokratik yang diamalkan oleh pengetua sekolah yang
berlandaskan kepada tujuh elemen kepimpinan demokratik iaitu keadilan, perkongsian kuasa, integriti, penjelasan
peranan, bimbingan beretika, keprihatinan terhadap kemampanan dan berorientasikan manusia. Bahagian C pula
bertujuan melihat integriti guru yang terdiri daripada dua dimensi iaitu kualiti peribadi dan kualiti kredibiliti. Jadual
1 menunjukkan taburan interpretasi nilai min berdasarkan kepada (Ishak, 2013).

Jadual 1: Taburan Interpretasi Nilai Min


Nilai Min Tahap Pelaksanaan Interpretasi
1.00 hingga 2.33 Rendah Kurang memuaskan
2.34 hingga 3.67 Sederhana Sederhana memuaskan
3.68 hingga 5.00 Tinggi Memuaskan

Ujian korelasi pearson digunakan untuk mengenalpasti adakah wujudnya hubungan yang signifikan antara kepimpinan
demokratik pengetua dan tahap integriti guru. Jadual 3 menunjukkan tahap kekuatan nilai pekali korelasi berdasarkan
pandangan (Piaw, 2006).

Jadual 2: Kekuatan Nilai Pekali Korelasi


Saiz Pekali Korelasi (+/-) Kekuatan Korelasi
0.9 hingga 1.0 Sangat Tinggi/ Sangat Kuat
0.7 hingga 0.9 Tinggi/ Kuat
0.4 hingga 0.7 Sederhana
0.2 hingga 0.4 Rendah/ Lemah
0.0 hingga 0.2 Sangat Rendah/ Sangat lemah

93
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

7. Populasi Dan Sampel Kajian


Menurut (Yahaya et al., 2011), antara aspek penting dalam penyelidikan adalah pemilihan sampel. Pemilihan sampel
haruslah mempunyai populasi agar dapatan kajian dapat digeneralisasikan. (Konting, 1994) berpendapat bahawa
populasi mestilah ditentukan dengan teliti agar dapatan kajian berkesan dan bermakna. Oleh kerana kajian
memerlukan responden yang ramai, maka pengkaji menggunakan kaedah sampel rawak mudah. (Abdul Ghafar, 1999)
menyokong dengan kenyataannya bahawa sekiranya memerlukan populasi yang besar, pemilihan sampel rawak
adalah digalakkan. Populasi kajian yang telah dipilih oleh pengkaji tertumpu kepada sekolah-sekolah menengah di
Zon Semenyih sahaja. Populasi kajian penyelidik terdiri daripada dua buah sekolah menengah di bawah Zon Semenyih
iaitu
1. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari.
Sampel kajian terdiri daripada 51 orang guru di bawah pimpinan pengetua yang dipilih secara rawak mudah. Guru-
guru dipilih sebagai responden kerana mereka adalah merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan
kepimpinan pengetua. Pengetua-pengetua sekolah tidak termasuk sebagai responden dalam kajian ini.

8. Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 23.0 dan telah dijadualkan seperti dibawah.
Jadual 3 menunjukkan demografi responden kajian.

Jadual 3: Demografi responden mengikut jantina, umur, kelayakan akademik, pengalaman mengajar
dan tempoh berkhidmat di bawah pengetua
Demografi Kekerapan Peratus (%)
Jantina
a) Lelaki 4 7.8
b) Perempuan 47 92.2

Umur
a) Kurang 30 tahun 15 29.4
b) 31 hingga 40 tahun 7 13.7
c) 41 hingga 50 tahun 19 37.3
d) Lebih 50 tahun 10 19.6

Kelayakan Akademik
a) Diploma 3 5.9
b) Ijazah Sarjana Muda (Degree) 42 82.4
c) Ijazah Sarjana (Master) 6 11.8
d) Doktor Falsafah (PhD) 0 0.0

Pengalaman Mengajar
a) Kurang 3 tahun 2 3.9
b) 4 hingga 8 tahun 14 27.5
c) 9 hingga 16 tahun 9 17.6

94
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

d) 17 hingga 22 tahun 11 21.6


e) Lebih 23 tahun 15 29.4

Tempoh Berkhidmat di Bawah Pengetua


a) Kurang dari 1 tahun 3 5.9
b) 1 hingga 3 tahun 17 33.3
c) Lebih dari 3 tahun 31 60.8

Bilangan keseluruhan responden adalah 51 orang. Seramai 47 orang dengan peratus 92.2% adalah bilangan guru
perempuan dan guru lelaki hanya seramai 4 orang dengan peratus 7.8%. Taburan responden adalah tidak seimbang.
Perbezaan yang agak ketara dapat dilihat di antara guru lelaki dan guru perempuan dengan perbezaan peratus sebanyak
84.4%. Peratusan tertinggi bagi pengalaman mengajar adalah yang melebihi 23 tahun iaitu sebanyak 29.4% dengan
kekerapan seramai 15 responden. Taburan responden berdasarkan tempoh berkhidmat di bawah pengetua yang
mendapat peratusan tertinggi adalah lebih daripada 3 tahun iaitu 60.8% dengan mendapat kekerapan sebanyak 31
responden. Seterusnya diikuti oleh tempoh perkhidmatan 1 hingga 3 tahun iaitu 33.3% dengan kekerapan 17
responden. Peratusan paling rendah adalah kurang dari satu tahun dengan peratusan 5.9% dan kekerapan hanya 3
responden. Taburan ini menunjukkan responden dapat memberi pemerhatian dan pandangan yang benar terhadap
kepimpinan pengetua di sekolah masing-masing kerana sudah mempunyai pengalaman berada dibawah
kepimpinannya dan sudah cukup mengenali pengetua. Selaras dengan itu, guru-guru mampu dan berupaya menilai
kepimpinan pengetua.

Persoalan 1: Adakah tahap kepimpinan demokratik pengetua di sekolah-sekolah menengah Zon Semenyih?

Jadual 4: Tahap Amalan Kepimpinan Demokratik Pengetua


Kepimpinan Demokratik Min SD Tahap
P1 Keadilan 3.882 0.733 Tinggi
P2 Perkongsian kuasa 3.855 0.790 Tinggi
P3 Integriti pengetua 4.027 0.770 Tinggi
P4 Penjelasan peranan 3.976 0.800 Tinggi
P5 Bimbingan beretika 3.953 0.838 Tinggi
P6 Keprihatinan terhadap kemampanan 3.937 0.716 Tinggi
P7 Berorientasikan manusia 3.808 0.851 Tinggi
Skor Keseluruhan 3.920 0.785 Tinggi

Berdasarkan jadual 4 secara keseluruhan menunjukkan min skor berada pada 3.92 iaitu tahap yang tinggi melebihi
skor 3.0. Min skor yang tertinggi adalah elemen integriti pengetua dengan min skor, m=4.027 dan sisihan piawai,
SD=0.77. Min skor terendah pula adalah elemen berorientasikan manusia dengan nilai m=3.808 dan SD=0.851
menunjukkan bahawa ianya masih berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya diikuti oleh elemen perkongsian kuasa
dengan min=3.855, SD=0.79, elemen keadilan sebanyak min=3.882 dan SD=0.733, elemen keprihatinan terhadap
kemampanan iaitu min=3.937 dan SD=0.716, elemen seterusnya adalah bimbingan beretika dengan min=3.953 dan
SD=0.838. Akhir sekali adalah elemen penjelasan peranan sebanyak min=3.976 dan SD=0.8. Melalui hasil dapatan
elemen kepimpinan demokratik menunjukkan kesemuanya berada pada tahap yang tinggi iaitu m=3.92. Hal ini
menunjukkan bahawa pengetua di Zon Semenyih memberi perhatian yang tinggi kepada semua elemen kepimpinan
demokratik dalam memastikan kejayaan dan kecemerlangan sekolah tercapai.

95
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Persoalan 2: Adakah tahap integriti guru di sekolah-sekolah menengah Zon Semenyih?

Jadual 5: Tahap integriti guru


Bil Integriti Guru Min SD Tahap
1 Kualiti Peribadi 4.331 0.541 Tinggi
2 Kualiti Kredibiliti 3.978 0.811 Tinggi
Skor Keseluruhan 4.155 0.676 Tinggi

Analisis jadual 5 menunjukkan bahawa komitmen guru di sekolah menengah Zon Semenyih berada pada tahap yang
tinggi dengan nilai m=4.155 dan sisihan piawai 0.676. Min tahap integriti guru berada diantara 3.978 hingga 4.331.
Skor min tertinggi bagi dimensi integriti guru adalah kualiti peribadi dengan m=4.331, SD=0.541. Manakala kualiti
kredibiliti mendapat skor m=3.978 dan SD=0.811. Skor bagi setiap dimensi adalah menunjukkan berada di tahap yang
tinggi. Secara keseluruhannya, kedua-dua dimensi yang diuji mendapat skor yang tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa
integriti guru di sekolah-sekolah menengah Zon Semenyih meningkat berdasarkan dapatan analisis integriti guru.
Jadual 5 turut menunjukkan bahawa tahap integriti guru di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih dan kajian ini
turut menyokong kajian yang dilakukan oleh (Hamdani, 2014) yang juga menyatakan bahawa tahap integriti guru
adalah berada pada tahap tinggi.

Persoalan 3: Adakah terdapat hubungan antara kepimpinan demokratik pengetua dengan integriti guru di sekolah-
sekolah menengah Zon Semenyih?

Jadual 6: Hubungan Tahap Kepimpinan Demokratik Pengetua Dengan Integriti Guru


Integriti Guru
Kepimpinan Demokratik Pengetua Korelasi Pearson 0.711**
Sig (2-tailed) 0.00
N 51
**Korelasi adalah signifikan pada aras signifikan= 0.01 (ujian 2-tailed)
Berdasarkan persoalan 3, nilai korelasi pearson bagi tahap amalan kepimpinan demokratik pengetua dengan integriti
guru adalah r=0.711 pada aras signifikan p=0.00 (p<0.05) dengan kekuatan hubungan yang berada pada tahap yang
kuat. Analisis ini menunjukkan wujudnya hubungan antara amalan kepimpinan demokratik pengetua dengan integriti
guru di sekolah menengah Zon Semenyih.

Jadual 7: Ujian Korelasi Pearson Antara Kepimpinan Demokratik Pengetua (7 elemen) dengan Integriti
Guru
Integriti Guru
R Sig. Tahap
P1 Keadilan 0.551** 0.00 Sederhana
P2 Perkongsian kuasa 0.551** 0.00 Sederhana
P3 Integriti pengetua 0.782** 0.00 Kuat
P4 Penjelasan peranan 0.735** 0.00 Kuat
P5 Bimbingan beretika 0.787** 0.00 Kuat
P6 Keprihatinan terhadap kemampanan 0.689** 0.00 Sederhana
P7 Berorientasikan manusia 0.883** 0.00 Kuat

Dapatan kajian di dalam jadual 7 menunjukkan nilai signifikan, p<0.05. Hal ini menunjukkan bahawa hipotesis, Ha
adalah diterima dan perkara ini menampakkan terdapatnya hubungan yang signifikan di antara tahap amalan elemen-
elemen kepimpinan demokratik pengetua dengan tahap integriti guru di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih,
Selangor.

96
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Nilai korelasi pearson di bawah elemen keadilan dan perkongsian kuasa berada pada tahap yang sederhana iaitu
masing-masing mempunyai nilai r=0.551 dan tahap signifikan, p=0.00 (p<0.05) yang menunjukkan mempunyai
hubungan yang kuat. Diikuti dengan elemen integriti pengetua dengan nilai korelasi r=0.782, p=0.00, p<0.05 dan
elemen ini berada pada tahap dan hubungan yang kuat. Seterusnya adalah elemen penjelasan peranan dengan nilai
korelasi r=0.735 dan aras signifikan berada pada tahap yang tinggi iaitu p=0.00, p<0.05 dengan hubungan korelasi
yang kuat. Turut berada pada tahap yang kuat iaitu elemen bimbingan beretika dengan nilai korelasi r=0.787 dan
signifikan p=0.00, p<0.05.

Dilanjutkan lagi dengan nilai korelasi elemen keprihatinan terhadap kemampanan dengan nilai r=0.689, p=0.00,
p<0.05 yang menunjukkan adanya hubungan yang kuat. Nilai korelasi bagi elemen terakhir iaitu elemen
berorientasikan manusia adalah r=0.883, p=0.00, p<0.05 dan hal ini menunjukkan kekuatan hubungan berada pada
tahap yang kuat. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa nilai korelasi P1, P2 dan P6 berada pada tahap
hubungan yang sederhana manakala P3, P4, P5 dan P7 pula mempunyai hubungan yang kuat dan semua elemen berada
pada aras yang signifikan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan demokratik pengetua dan integriti guru berada pada
tahap dan paras yang tinggi. Terdapat juga hubungan yang signifikan diantara pembolehubah-pembolehubah tersebut.
Analisis turut menunjukkan bahawa elemen berorientasikan manusia adalah yang paling kuat mempengaruhi tahap
integriti guru di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih. Secara keseluruhannya didapati bahawa kepimpinan
demokratik pengetua sangat menyumbang kepada integriti guru di sekolah.

9. Perbincangan Dapatan Kajian


Perbincangan akan melihat kepada beberapa aspek seperti dapatan kajian berkenaan kepimpinan demokratik pengetua
dan integriti guru di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih. Seramai 51 orang telah dipilih sebagai responden
untuk menjawab soal selidik berkenaan kepimpinan demokratik pengetua yang diamalkan dan hubungannya dengan
integriti guru. Kajian ini selari dengan kajian terdahulu yang menggambarkan kepimpinan demokratik pengetua
mempengaruhi integriti guru di sekolah. Dapatan kajian dibincangkan secara lebih mendalam dengan meliputi tiga
sub topik iaitu kepimpinan demokratik pengetua, integriti guru dan hubungan antara kepimpinan demokratik pengetua
dengan integriti guru di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih.

9.1 Kepimpinan demokratik pengetua


Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan demokratik pengetua yang merangkumi tujuh elemen di
dalamnya berada pada tahap yang tinggi. Majoriti daripada responden yang menjawab soal selidik bersetuju bahawa
pengetua mengamalkan elemen-elemen kepemimpinan demokratik seperti keadilan, perkongsian kuasa, integriti,
penjelasan peranan, bimbingan beretika, keprihatinan terhadap kemampanan dan berorientasikan manusia. Kesemua
elemen di bawah kepimpinan demokratik ini mencapai tahap yang tinggi dan aras signifikan yang kuat.

Amalan kepimpinan demokratik yang diamalkan oleh pengetua selaku pemimpin mampu mempengaruhi integriti
guru-guru di sekolah. (Darwati & Budianto, 2013) dalam kajiannya mendapati bahawa semakin tinggi persepsi
terhadap gaya kepimpinan demokratik pemimpin, semakin tinggi disiplin kerja. Seorang pemimpin demokratik
berupaya untuk mempengaruhi subordinat di bawahnya ke arah kecemerlangan sekolah. Pemimpin demokratik sering
bertolak ansur dan membimbing subordinat ke arah kemajuan diri dan organisasi. Berpandukan dapatan skor min bagi
setiap elemen di bawah kepimpinan demokratik, elemen integriti pengetua sendiri berada pada tahap tertinggi
berbanding dengan enam elemen lain. Perkara ini menunjukkan bahawa guru di sekolah-sekolah menengah di Zon
Semenyih bersetuju dengan integriti yang dibawa oleh pengetua sekolah di dalam mengendalikan kepimpinannya
dengan baik. Hal ini turut menjadi contoh kepada guru-guru di bawah kepimpinannya untuk sama-sama menanam
sikap integriti dalam diri. Selari dengan kajian (Southworth, 2002) di mana pengetua sewajarnya menjadi model
kepada guru-gurunya dengan menunjukkan contoh teladan yang baik tentang apa dan bagaimana untuk melakukannya.

Kepimpinan yang bijak juga berlaku apabila pemimpin berupaya mempengaruhi guru-guru untuk bekerja demi
kemajuan dan kejayaan sekolah. Kajian ini selari dengan kajian (Muhammad, 2007) yang menyatakan bahawa
kepimpinan adalah proses mempengaruhi subordinat untuk bekerja secara senang hati dan sukarela sehingga tercapai

97
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

objektif organisasi dengan jayanya. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa pengetua tidak memandang enteng
pada pandangan dan pendapat para guru. Hal ini selaras dengan kajian (Umam et al., 2015) bahawa kepimpinan
demokratik turut memandang subordinat sebagai sebahagian daripada keseluruhan organisasinya, sehinggakan
ditinggikan martabatnya di dalam organisasi.

9.2 Integriti guru


Hasil dapatan kajian berkenaan dengan pembolehubah kedua iaitu integriti guru di dua buah sekolah menengah Zon
Semenyih turut mendapat skor min yang tinggi. Secara keseluruhannya, kedua-dua elemen yang membentuk kepada
integriti guru iaitu kualiti peribadi dan kualiti kredibiliti berada pada tahap yang tinggi dengan nilai skor yang tinggi.
Integriti guru telah meningkat seiring dengan tahap amalan kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua sekolah.
Walaubagaimanapun, dimensi kualiti peribadi lebih mendapat kesan hasil daripada kepimpinan demokratik pengetua.
Kualiti peribadi guru terhasil daripada dapatan bahawa integriti yang diamalkan oleh pengetua sendiri memperoleh
skor tertinggi yang menyebabkan guru-guru dapat menjadikan pengetua selaku pemimpin sebagai contoh teladan yang
baik buat mereka. Selari dengan kajian yang dilaksanakan oleh (Hamdani, 2014), bahawa kualiti peribadi terhasil
apabila hadirnya kesedaran tentang etika, kesedaran disiplin, efisien, perpaduan dan kesedaraan berkenaan
kepercayaan dalam diri seseorang. Integriti guru adalah pemacu kepada kejayaan dan kecemerlangan sekolah.

Pengetua yang berintegriti mampu melahirkan guru-guru yang berintegriti dan guru-guru yang berintegriti mampu
memberi galakan dan dorongan kepada murid untuk melaksanakan nilai-nilai murni dalam integriti kepada kehidupan
seharian dan hal ini akan melahirkan masyarakat yang berkualiti.

9.3 Hubungan antara kepimpinan demokratik pengetua dengan integriti guru di dua buah sekolah menengah
Zon Semenyih
Berdasarkan ujian korelasi yang telah dijalankan mendapati bahawa hubungan antara kepimpinan demokratik
pengetua dan integriti guru sekolah menengah di Zon Semenyih berada pada tahap yang tinggi. Hal ini membuktikan
bahawa terdapat hubungan korelasi yang tinggi atau kuat. Paras signifikan korelasi menunjukkan berada pada tahap
yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru berintegriti apabila pengetua mengamalkan elemen-
elemen kepimpinan demokratik dalam kepimpinannya. Guru-guru terinspirasi dengan kehadiran pengetua yang
berintegriti tinggi. Dapatan ini selari dengan kajian (Umam et al., 2015), yang turut mendapati bahawa kepimpinan
demokratik adalah gaya kepimpinan yang akan memberikan tanggungjawab kepada semua subordinat serta sentiasa
memastikan semua subordinat dibawah kepimpinannya terlibat sama ada secara aktif ataupun tidak di dalam
organisasi sekolah. Hal ini menjadikan guru-guru merasa dihargai dan diperlukan dalam organisasi tersebut.

10. Implikasi Kajian


Kepimpinan demokratik pengetua mempunyai pengaruh dan hubungan yang kuat dengan integriti guru. Hal ini telah
dibuktikan secara jelas melalui hasil dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam bab keempat. Walaupun kajian ini
hanya dilakukan kepada kepimpinan demokratik pengetua di sekolah menengah, namun ia tetap memberi implikasi
yang signifikan kepada pemimpin-pemimpin sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta khususnya pemimpin di
dalam institusi pendidikan. Kesemua elemen kepimpinan demokratik pengetua yang dikaji, jelas menunjukkan
bahawa elemen-elemen ini menyumbang kepada integriti guru di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih.

Para pemimpin dalam mana-mana bidang serta guru-guru yang memimpin anak murid di sekolah turut berupaya
menganalisa kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam memimpin agar sama-sama dapat manfaatkan peluang
yang ada kearah kebaikan dan kejayaan yang lebih baik pada masa akan datang. Setiap pemimpin perlu kepada kursus
pemantapan dan bengkel yang bersesuaian dengan kepimpinan. Kepimpinan demokratik juga perlu ditekankan kepada
pemimpin agar terjalin hubungan dua hala. Pemimpin dan subordinat pasti saling membantu dan bekerjasama
meningkatkan mutu dalam organisasi.

98
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

11. Cadangan Kajian Lanjutan


Hasil dapatan kajian ini akan lebih berkembang sekiranya dimanfaatkan oleh penyelidik-penyelidik akan datang yang
berhasrat melaksanakan kajian lanjutan. Terdapat beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan kepada penyelidik
akan datang yang ingin mengembangkan lagi skop kajian ini. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut:
• Sampel kajian hanya melibatkan 51 orang guru di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih sahaja. Justeru
dicadangkan agar populasi sampel di luaskan lagi dengan memfokuskan kepada daerah-daerah atau negeri di
seluruh Malaysia.

• Memandangkan kajian ini berfokuskan kepada kepimpinan demokratik pengetua dan pengaruhnya kepada
integriti guru, oleh itu adalah dicadangkan untuk penyelidikan akan datang melihat kepada amalan gaya
kepimpinan pengetua itu sendiri yang menyumbang kepada integriti guru di sekolah.

• Kajian secara komprehensif juga boleh dilaksanakan dengan kaedah penyelidikan bersemuka dengan
responden secara temubual bagi mendapatkan suara daripada responden.
12. Kesimpulan
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tahap kepimpinan demokratik pengetua dan tahap integriti guru di dua
buah sekolah menengah Zon Semenyih. Berdasarkan ujian korelasi yang dijalankan jelas membuktikan bahawa kedua-
dua pembolehubah di atas mempunyai hubungan yang kuat dan signifikan antara satu sama lain. Hal ini menunjukkan
bahawa kepimpinan demokratik yang di amalkan oleh pengetua mampu mempengaruhi integriti guru di sekolah.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetua di dua buah sekolah menengah Zon Semenyih telah mengamalkan
ketujuh-tujuh elemen kepimpinan demokratik di sekolah masing-masing dan perkara ini mempengaruhi integriti guru-
guru. Pengetua memegang peranan yang besar di sekolah, bukan hanya menjadi ketua dan mengarah subordinat
sahaja, malah sebaliknya pengetua perlu memahami dan mendalami guru-guru serta bekerjasama dengan guru agar
kecemerlangan sekolah dapat dicapai bersama-sama.

13. Penutup
Secara keseluruhannya dapatan kajian membuktikan bahawa kepimpinan demokratik pengetua dan integriti guru di
sekolah menengah Zon Semenyih berada pada tahap yang tinggi. Kajian turut menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan atau kuat di antara kepimpinan demokratik pengetua dengan integriti guru di dua buah
sekolah menengah Zon Semenyih. Elemen berorientasikan manusia yang diamalkan oleh pengetua di dalam
kepimpinannya memberi kesan dan pengaruh yang kuat terhadap integriti guru. Penyelidik berharap agar kajian ini
mampu menjadi dorongan kepada pengetua-pengetua sekolah untuk mengamalkan kepimpinan demokratik agar
terhasil lebih ramai lagi guru-guru yang berintegriti tinggi. Peranan pengetua bukan sahaja sebagai ketua organisasi
tetapi lebih besar daripada itu, pengetua adalah pengemudi organisasi kepada kejayaan sesebuah sekolah.

14. Penghargaan
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya ucapkan kepada penyelia saya Encik Jamalul Lail Bin Abdul Wahab yang
sangat memahami, tidak jemu memberi didikan dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, hanya Allah
yang mampu membalas segala ilmu dan kebaikan yang telah diberikan sepanjang saya berada di bawah seliaannya.
Jutaan terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang
sangat profesional dan ikhlas mengajar dan menyampaikan ilmu sepanjang pengajian saya di sini. Semoga Allah
merahmati kalian. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada guru-guru sekolah menengah Zon Semenyih kerana
telah terlibat dalam penyelidikan ini dan sentiasa memudahkan setiap urusan. Terima kasih juga yang tidak terhingga
kepada ibu bapa saya Fadzil Bin Abdullah dan Rofiaah Binti Said atas doa yang tidak pernah putus kepada saya,
galakan, dorongan dan kasih sayang sepanjang saya melanjutkan pengajian di peringkat ini. Juataan terima kasih
kerana telah memberi semangat dan sentiasa ada bersama dengan saya.

99
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Rujukan
Abdul Ghafar, M. N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Abu Hassan, R. (2014). Kompetensi Guru Bukan Opsyen yang Mengajar Kemahiran Teknikal di
Kolej Vokasional Negeri Pahang. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Avolio, & Bass. (2002). Developing Potential Across a Full Range Of Leadership. Mahwah, NJ:
Lawrence Erlbaum Associates.
Baharin, B., Adnan, M. H., Mohd Zin, M. H., Kamaludin, M. N., & Mansor, A. N. (2016). Gaya
Kepimpinan Guru Besar dan Tahap Efikasi Guru. Personalized Learning, 2(1), 9–17.
Baharuddin, A., & Lope Pihie, Z. A. (2014). Amalan Kepimpinan Pengajaran Pengetua Mengikut
Kumpulan Prestasi Sekolah. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 28(2), 107–121.
Baldoni, J. (2012). The Leader’s Pocket Guide: 101 Indispensable Tools, Tips and Techniques for
Any Situation. New York: Amazon Books.
Bardford. (1981). Supervision and Teachers. Syracuse Universiti: Mc Cuthan Publication Co.
Bush, T., & Middlewood, D. (2005). Leading and Managing People in Education. London: Sage
Publications.
Darwati, & Budianto, A. (2013). Analisa Hukum Perjanjian Kerja Waktu Tertentu Berdasarkan
Undang-Undang Nombor 13. Lex Publica, 4, 687–700.
Definisi Integriti. (2005). Retrieved September 16, 2019, from
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=amalan
Effendi. (2005). Kepemimpinan dan Komunikasi. Bandung, Alumni.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (2017). Retrieved from
https://www.moe.gov.my/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan
Halimatus, S., & Zainudin, A. (2017). Analisis Tahap Integriti Dalam Kalangan Guru Pendidikan
Islam. Integriti Menurut Perspektif Islam, 20–26.
Halpin, A. (1957). The Behaviour Of Leaders: Findings In a Study Of Leader Behaviour May
Have Interesting Implications For Teachers.
Hamdani, H. (2014). Integriti Menurut Hadith Nabi: Kajian Terhadap Kefahaman Kakitangan
Pentadbiran UiTM Shah Alam.
Hushin, H. Bin, & Hussin, A. Bin. (2018). Hubungan Kepuasan Kerja Guru-Guru Dengan Gaya
Kepimpinan Guru Besar Di Sekolah Daerah Besut, Terengganu. Universiti Teknologi
Malaysia.
Ishak, R. (2013). Pembinaan Profil Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran Untuk Sekolah
Malaysia. Universiti Malaya.
Jasmi, K. A., & Tamuri, A. H. (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
Universiti Teknologi Malaysia Press.
Jewell, L., & Siegall, M. (2010). Psikologi Industri Organisasi Moden. (Pudjaatmaka & Meitasari,
Ed.) (2nd ed.). Jakarta: Arcan.
Konting, M. M. (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Pendidikan. Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Mansor, R., & Esa, A. (2009). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar dengan Kepuasan Kerja
Guru di Tiga Buah Sekolah Rendah di Seremban. In Seminar Kebangsaan Pengurusan
Pendidikan PKPGB 2009.

100
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved
International Journal of Education and Pedagogy
eISSN: 2682-8464 | Vol. 2, No. 3, 89-101, 2020
http://myjms.moe.gov.my/index.php/ijeap

Mansor, R., & Mohd Hamzah, M. I. (2015). Kepimpinan Berkualiti: Perspektif Mengenai
Kompetensi yang Diperlukan untuk Memimpin dengan Berkesan. UKM Journal of
Management, 45.
Mohamad Al-Bakri, Z. (2009). Islam Dan Integriti: Konsep Ketauhidan Terhadap Al-Khaliq.
Kuala Lumpur: Institut Integriti Malaysia.
Muhammad, J. (2007). Kelakuan Organisasi. Petaling Jaya: Leeds Publication.
Onen, A. S. (2012). Effects of Educational Beliefs on Attitudes towards Using Computer
Technologies. Hacettepe University Journal of Education, 43, 353–361.
Pelan Integriti MAMPU 2013-2025. (2013). Retrieved September 16, 2019, from
https://www.mampu.gov.my/ms/penerbitan-mampu/send/2-buku/50-pelan-integri ti-mampu-
2013-2015
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025). (2019).
Piaw, C. Y. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.
Southworth, G. (2002). Instructional Leadership in Schools: Reflections and Empirical Evidence.
School Leadership & Management, 22(1), 73–91.
Stanford Encyclopedia Of Philosophy. (2013). Retrieved from
https://plato.stanford.edu/archives/win2012/entries/davidson/
Tamam, E., Manap, J., Hamzah, A., Mohd Noah, S., Abdullah, A. A., Yahya, N., … Hamsan, H.
H. (2005). Inventori Nilai Integriti (InNI): Kesahan dan Kebolehpercayaan. Pusat
Pembangunan Keluarga Universiti Malaya.
Tumbol, C. L., Tewal, B., & Sepang, J. L. (2014). Gaya Kepemimpinan Otokratis, Demokratik
dan Laissez Faire Terhadap Peningkatan Prestasi Kerja Karyawan pada KPP Pratama
Manado. EMBA, 2(1), 38–47.
Umam, S., Hakam, M. S., & Susilo, H. (2015). Pengaruh Gaya Kepemimpinan Demokratik
Terhadap Motivasi Kerja dan Kinerja Karyawan. Administrasi Bisnis, 21(1).
Yahaya, A., Maalip, H., Yahaya, N., & Theng, L. T. (2011). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru
Besar Dengan Faktor- Faktor Kepimpinan di Sekolah Cemerlang. Educational Management,
1(March), 48–70.
Yusri, M., & Amin, A. (n.d.). Model Kepimpinan Pengajaran Pengetua dan Kompetensi
Pengajaran Guru. Kurikulum Dan Pengajaran Asia Pasifik, 2(1)

101
Copyright © 2020 ACADEMIA INDUSTRY NETWORKS. All rights reserved

You might also like