You are on page 1of 34

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

FOLIO KOR SISPA APM KADET SEMESTER


4

NAMA : JEEVETHAN A/L CHANDRA SEKARAN


NO. KAD PENGENALAN: 020724-07-0185
NO. ANGKA GILIRAN : 2021152340149
OPSYEN : PJMS3
KURSUS : PISMP
AMBILAN : JUN 2021
PENSYARAH : ENCIK ANUAR BIN MOHD ZAIN
Senarai Kandungan

Bil. Kandungan Muka Surat

Biodata 1

1.0 Pengenalan 1
1.1 Definisi 1
1.1.1 Semasa Peperangan 1
1.1.2 Semasa Aman 1
1.2 Matlamat 1
1.3 Objektif 2
1.4 Logo APM 2
1.5 Takrifan Logo 3
1.5.1 Logo 3
1.521 Segi Tiga Sama Berwarna Oren 3
1.5.3 Sentiasa Siap Sedia 3
1.5.4 Bunga Padi Berwarna Biru 3
1.5.5 Tapak Logo Berwarna Oren 3
1.6 Lagu pertahanan awam 3
1.7 Visi APM 4
1.8 Misi APM 4
1.9 Fungsi APM 4-5
1.10 Peranan APM 5
1.11 Ikrar Pertahanan Awam 6
1.12 Majlis Tadbir 6
2.0 Sejarah APM 7
2.1 Sejarah APM Malaysia 7-8
2.2 Sejarah Penubuhan APM di IPGKRM 9
2.3 Sejarah APM di Negeri Sembilan 9
3.0 Pakaian Seragam APM 10
3.1 Pakaian Seragam Istiadat (No.1) 10
3.2 Pakaian Seragam Bustunik (No.2) 11
3.3 Pakaian Seragam Kerja (No.3) 12
3.4 Pakaian Seragam Operasi (No.4) 13
3.5 Pakaian Seragam Operasi (No.4) Digital 14
4.0 Carta Organisasi 15
4.1 Carta Organisasi Kor SISPA IPGKRM APMNS 2021/22 15
4.2 Carta Organisasi Kor SISWA SISWI Pertahanan Awam IPGKRM 16
5.0 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan 17
5.1 Kor SISWA-SISWI 17
5.2 Keanggotaan 17

6.0 Undang-Undang dan Ciri-ciri Pemimpin 18


6.1 Undang-Undang 18
6.2 Ciri-ciri Pemimpin APM 18
7.0 Pengurusan Perkhemahan 19
7.1 Konsep Perkhemahan 19
7.2 Tujuan Perkhemahan 20

8.0 Pengurusan dan Pentadbiran 21


8.1 Prosedur Penubuhan Kor SISPA 21
8.2 Tadbir Urus Kor SISPA 22
8.3 Tugas dan Tanggungjawab 23
8.3.1 Ibu Pejabat APM (IPPA) 23
8.3.2 Angkatan Pertahanan Awam Negeri 23
8.3.3 Kementerian Pendidikan Malaysia 24
8.3.4 Institusi Pendidikan Tinggi 24
8.4 Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Kehormat, Bersekutu dan 25
Penyelaras Kor SISPA IPT.
8.4.1 Pegawai Kehormat selaku Komanden 25
8.4.2 Ajutan 25
8.4.3 Pegawai Pentadbiran 26
8.4.4 Timbalan Komandan 26
8.4.5 Pegawai Latihan 26
8.4.6 Pegawai Akademik 26
8.4.7 Pegawai Penyelaras Kor SISPA IPT (Pegawai Lantikan APM) 27
9.0 Takwim dan Rancangan Aktiviti 28
9.1 Takwim 28
9.2 Aktiviti 28

Muka Surat Terakhir 29


1.0 Pengenalan

1.1 Definisi

Maksud mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan
iaitu:

1.1.1 Semasa Peperangan

Bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi
menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau
selepas masa serangan musuh.

1.1.2 Semasa Aman

Bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda
samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana.

Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi
dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa
jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta
kerosakan ke atas harta benda penduduk awam.

1.2 Matlamat

Penubuhan Kor Sispa sebagai


landasan untuk melahirkan
pegawai muda yang
berkepimpinan, berkelayakan
dan profesional dalam Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia
(APM).
1.3 Objektif

Meluaskan dan memberi pendidikan mengenai langkah-langkah keselamatan diri


kepada pelajar dan orang awam serta membentuk keperibadian mereka untuk
menjadi seorang individu yang berpengetahuan dalam ilmu pertahanan awam.

Meningkatkan kesedaran orang awam tentang keselamatan melalui ilmu


pertahanan awam yang diterapkan dan diaplikasikan pada peringkat universiti.

Melahirkan pelajar yang mampu berkhidmat dengan APM sebagai pegawai


pasukan yang berkepimpinan, bertanggungjawab, dan berkelayakan dalam
melaksanakan tugas.

Menanam semangat kerjasama, tanggungjawab, perikemanusiaan, taat setia dan


cinta akan negara.

1.4 Logo APM

Rajah 1.1

Logo Angkatan Pertahanan Awam Malaysia


1.5 Takrifan Logo

1.5.1 Logo– Menonjolkan fungsi Pertahanan Awam melalui gabungan perlembagaan


Pertahanan Awam pada peringkat tempatan dan antarabangsa.

1.5.2 Segi Tiga Sama Berwarna Oren – Lambang dan warna keselamatan iaitu berwaspada
dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Warna dan corak di tengah segi tiga
adalah gabungan warna bendera serta perlembagaan negara Malaysia yang sentiasa
dipertahankan.

1.5.3 Sentiasa Siap Sedia – Di sekeliling segi tiga adalah moto APM.

1.5.4 Bunga Padi Berwarna Biru – Melambangkan kesuburan dan kemakmuran negara ini
yang perlu dipertahankan melalui keharmonian dan perpaduan yang kukuh seperti
digambarkan oleh ikatan yang kemas pada bunga padi.

1.5.5 Tapak Logo Berwarna Oren – Melambangkan keteguhan, kesediaan dan sokongan
padu APM untuk mendokong wawasan yang diharapkan.

1.6 Lagu Pertahanan Awam

SENTIASA BERSEDIA
Marilah Kita Semua
Berganding Bahu Menggembleng Tenaga
Berbakti dalam Pertahanan Awam
Untuk Bangsa Kita
Padukan Jiwa dan Raga
Sedia Berkorban Apa Saja
Memberi dengan Ikhlas Khidmat Mulia
Negara Tercinta
(korus)
Malaysia Bumi yang Bertuah
Kami Sungguh Bangga Menjadi Warga Setia
Penuh Azam dan Tekad Bersama
Berkhidmat untuk Keselamatan Rakyatnya
Kita Sentiasa Bersedia
Menjunjung Wawasan Semua
Ke Arah Hidup Aman dan Sentosa
MALAYSIA JAYA
1.7 Visi APM

Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten


Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat Dan
Pengurusan Bencana

1.8 Misi APM

Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan


Dan Kesejahteraan Negara

1.9 Fungsi APM

 Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah


kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
 Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari
sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
 Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif bagi
Angkatan Pertahanan Awam.
 Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui perkhidmatan
dan logistik yang relevan dan terkini.
 Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh memberi
impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
 Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di
seluruh negara.
 Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang awam
berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
 Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan punca
kuasa yang ditetapkan.
 Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.

1.10 Peranan APM

 Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek


keselamatan dan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)c Akta Pertahanan Awam 1951
(Akta 221).
 Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan mendisiplin Angkatan
dan Perkhidmatan Pertahanan Awam – Seksyen 3(2)a Akta 221.
 Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin
keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau
akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana
tersebut-Seksyen 8(1) Akta 221.
1.11 Ikrar Pertahanan Awam

Bahawa Kami /
Warga Angkatan Pertahanan Awam Malaysia /
Sesungguhnya Berikrar / Akan Sentiasa /
Melaksanakan Peranan / Dan Tanggungjawab Kami /
Dengan Ikhlas / Cekap / Berkualiti Tinggi / Berintegriti /
Tidak Mementingkan Diri Sendiri / Dan Bekerja /
Dengan Semangat Berpasukan /
Ke arah Mewujudkan /
Masyarakat Yang Berpengetahuan /
Dan Responsif / Terhadap Bencana /
Yang Mengancam Nyawa /
Dan Harta Benda.

1.12 Majlis Tadbir


2.0 Sejarah APM
2.1 Sejarah APM Malaysia

Aktiviti Pertahanan Awam di Malaysia telah dimulakan oleh pihak


British Passive Defence yang dibentuk di bawah Emergency
Regulation Enactment Chapter 41 untuk mengadakan langkah –
langkah bagi menghadapi peperangan Dunia Kedua.

The Civil Defence Ordinance 1951 digubal secara rasmi


sebagai satu undang – undang dalam sistem keselamatan
Tanah Melayu.

The Civil Defence Ordinance 1951 ditukar menjadi Akta


Pertahanan Awam 1951 (Akta 221) berikutan kemerdekaan
negara.

Jabatan Pertahanan Awam ditubuhkan pada 24 Mac secara


rasmi bagi melaksanakan peruntukan Ordinan.
Pertahanan Awam menjadi unsur tetap dan penting dalam sistem
pertahanan negara mengikut Jadual Kesembilan Perlembagaan
Persekutuan.

Jumlah keanggotaan ditambah menjadi seramai 36,000


anggota dengan 37 cawangan selain kelengkapan logistik
terbaru pada masa itu diperolehi untuk seluruh negara.

Pertahanan Awam diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan


Singapura berikutan konfrontasi Malaysia – Indonesia (Kertas
Kabinet No.302/314/64).

Kerahan tenaga anggota seluruh negara dibuat mengikut


peruntukan Akta Perkhidmatan Negara 1952 (Akta 425)
berikutan bencana banjir besar yang melanda negara.
2.2 Sejarah Penubuhan APM di IPGKRM

SISPA APM IPGKRM


ditubuhkan pada 24 Mac
2019

2.3 Sejarah APM di Negeri Sembilan


Pada Tahun 1964 – Pejabat JPA3 Negeri Sembilan, Telah Ditubuhkan Buat Pertama
Kalinya Di Bandar Port Dickson. Selepas Setahun Penubuhannya Di Port Dickson, Pejabat
Negeri Sembilan Telah Berpindah Di Km 4 Jalan Kuala Pilah, Kediaman Dato Undang
Sungai Ujong IaituPada Tahun 1965. Pada Tahun 1994, Pejabat Negeri Telah Berpindah
Buat Kali Kedua, Yang Bertempat Di Sebuah Bangunan Bekas Tapak Sek.Keb Rahang
Jalan Za’aba Seremban. Pada Tahun 1997, Sekali Lagi Pejabat Negeri Telah Berpindah Ke
Rumah Kerajaan Negeri Jalan Dato Klana Maamur.
Pada Tahun 2003 – JPA3 Negeri Sembilan Telah Berpindah Di Km 5, Jalan Labu Lama
72000, Seremban, Negeri Sembilan Dan Sebagai Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) Telah
Berfungsi Sepenuhnya Sebagai Pusat Kawalan Operasi Negeri Sembilan Dan Disini Juga
Bertempatnya Pentadbiran Dan Angkatan Negeri.
Sehingga Ke Hari Ini Puspa Negeri Sembilan Telah Menjadi Pusat Pengambilan Bagi
Anggota Sukarela JPAM Negeri Sembilan. Dibawah Puspa Terdapat Lapan Daerah Iaitu
Daerah Seremban, Tampin,Kuala Pilah,Jelebu,Gemas, Port Dickson, Rembau Dan Jempol.
Disamping Itu JPAM Negeri Sembilan Juga Mempunyai Anggota Dikalangan Pelajar Siswa
Dan Siswi Daripada Universiti Sains Islam Malaysia Dan Juga Daripada Agensi Badan
Bukan Kerajaan CDERT. JPAM Negeri Sembilan Terus Berkembang Dengan
Memperkenalkan JPAM Kepada Sekolah-Sekolah Rendah Hingga Ke Menengah Hinggalah
Mewujudkan Kadet Pertahanan Awam (KAPA). Sehingga Ke Hari Ini Pelbagai Transformasi
Di Lakukan Bagi Kemudahan Anggota Dalam Menjalankan Tugas Menyelamat.
3.0 Pakaian Seragam APM
3.1 Pakaian Seragam Istiadat (No. 1)

Gambar Rajah 1
Pakaian Seragam Istiadat (No. 1)
3.2 Pakaian Seragam Bustunik (No. 2)

Gambar Rajah 2
Pakaian Seragam Bustunik (No. 2)
3.3 Pakaian Seragam Kerja (No. 3)

Gambar Rajah 3
Pakaian Seragam Kerja (No. 3)
3.4 Pakaian Seragam Operasi (No. 4)

Gambar Rajah 4
Pakaian Seragam Operasi (No. 4)
3.5 Pakaian Seragam Operasi (No. 4 Digital)

Gambar Rajah 5
Pakaian Seragam Operasi (No. 4 Digital)
4.0 Carta organisasi

4.1 Carta Organisasi Kor Sispa IPGKRM APMNS 2021/22

Rajah
4.2 Carta Organisasi Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam IPG Kampus Raja Melewar

CARTA ORGANISASI
KOR SISWA SISWI PERTAHANAN AWAM
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
2020

PENGERUSI
PK FEDRICK USIA
PPISMP PM4
TIMBALAN PENGERUSI
PK MOHAMAD NAJHAN BIN AZMAN
PPISMP PM1

SETIAUSAHA BENDAHARI
PK NUR AINA FARHANA BT ABD HALIM PK NOOR RADIAH BT LAUNAH
PPISMP PJM1 PPISMP PSV

NAIB SETIAUSAHA DISIPLIN & PENTADBIRAN NAIB BENDAHARI


PK NUR ATIKAH BINTI JASNI PK SUREN A/L RAJAMORGAN
PK MUHAMAD NADZRIN AZIM BIN AHMAD BASHAH
PPISMP PAI1 PPISMP BM3
PPISMP PJM1

PUBLISITI & BULETIN REKOD & AKADEMIK LOGISTIK & KEBAJIKAN MULTIMEDIA & KOMUNIKASI
PK MUHAMMAD NAJMI NAIM BIN MUSTAFFA PK LAU SZE YEE PK YONG SHENG EN PK JOLENE CHIENG CHIAO LYN
PISMP PM1 PPISMP PJM2 PPISMP PM2 PISMP PJM2

BRAVO ALPHA
PK IZZUL HADIF BIN SHAMSUL ARIFFIN PK AHMAD AZAMUDDIN BIN JUMAREN
PPISMP PM1 PPISMP PSV
5.0 Pendaftaran Ahli dan Kumpulan
5.1 Kor Siswa-Siswi

Kor Siswa- Siswi Pertahanan Awam (KOR SISPA)

Penubuhan kursus badan beruniform di Universiti sebagai kursus kokurikulum


adalah bertujuan untuk meperkasakan soft skill di kalangan pelajar. Kursus pasukan
beruniform ini dapat memberi nilai tambahan kepada pelajar dari segi soft skill. Di
samping penekanan kepada pencapaian akedemik yang cemerlang. Secara
spesifiknya kemahiran yang dapat diterapkan melalui kokurikulum SISPA ini ialah
semangat kerja berpasukan, memupuk nilai jati diri dan cintakan kepada tanah air.

5.2 Keanggotaan

Keanggotaan
Pendaftaran untuk menyertai Kor SISPA adalah tertakluk kepada syarat-
syarat berikut:
a) Warganegara Malaysia.
b) Pelajar-pelajar IPTA/ IPTS yang berusia 18 tahun ke atas.
c) Sihat tubuh badan ( pengesahan pegawai perubatan jika
diperlukan ).
d) Tidak menyertai mana-mana pasukan pakaian seragam yang lain.
e) Pendaftaran adalah disokong oleh pihak IPTA/ IPTS.
f) Berdaftar sebagai anggota pasukan Pertahanan Awam Malaysia.
6.0 Undang-Undang, Tanggungjawab Pemimpin dan Ciri-ciri Pemimpin

6.1 Undang-Undang

 Pelajar sekolah menengah dan yang merupakan seorang pelajar berdaftar


bagi mana-mana institusi latihan atau pendidikan boleh memohon untuk
menyertai kor kadet.
 Menteri boleh dari semasa ke semasa membuat perkiraan bagi penduduk
awam untuk dilatih dalam hal-hal pertahanan awam dan bagi menjalankan
latihan bagi maksud pertahanan awam.
 Menteri juga boleh memberi tauliah kehormat dan bersekutu pasukan itu
kepada mana-mana orang yang difikirkannya layak.
 Mana-mana orang yang berpura-pura dan dengan salah menyamar sebagai
seorang anggota pasukan itu akan didenda tidak melebihi RM10,000 atau
dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

6.2 Ciri-Ciri Pemimpin APM


7.0 Pengurusan Perkemahan

7.1 Konsep Perkemahan

Berkhemah adalah
penghidupan di luar sama Perkhemahan sering
ada di hutan, di pantai, di dikaitkan dengan unit-
bukit, di gunung dan unit beruniform.
sebagainya.

Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan juga


mendedahkan para peserta
kepada cabaran-cabaran
fizikal dan mental yang Aktiviti perkhemahan
secara tidak langsung adalah di antara aktiviti-
memantapkan semangat aktiviti utama kegiatan
juang dan keyakinan diri kokurikulum di sekolah.
masing-masing.

Melalui aktiviti ini, unsur-unsur asas


pembangunan kemanusiaan
dipupuk secara hands on dengan
para peserta dipupuk dengan sifat
mulia seperti bertolenrasi, bertolak-
ansur, tolong-menolong, berdisiplin
dan lebih mengutamakan
kepentingan bersama daripada
kepentingan peribadi.
7.2 Tujuan Perkemahan

Mendidik Berdikari

Melahirkan belia yang serba boleh bukan sahaja terbatas pada


bidang akademik semata-mata. Ini dapat kita lihat di dalam
perkhemahan di mana, setiap peserta dipertanggungjwabkan
menguruskan kesemua kegiatan hariannya tanpa bantuan
daripada sesiapa pun contohnya, memasak, membasuh pakaian,
menjaga keselamatan diri dan sebagainya.

Sebagai Orientasi Sosial

Dalam aktiviti perkhemahan, setiap peserta akan menyelesaikan


sendiri semua masalah yang berbangkit dengan bantuan kawan-
kawannya. Sehubungan dengan itu setiap peserta seharusnya
bekerjasama. Semangat bekerjasama inisangat penting dan perlu
dipupuk serta ditanam bagi membentuk satu masyarakat yang
kukuh dan penuh berdisiplin.

Rekreasi

Peserta yang menyertai sesuatu perkhemahan akan merasa


seronok. Mereka dapat mengalih suasana dari bilik darjah dan
rumah kepada suasana yang lebih luasdan terbuka lapang serta
bebas daripada segala halangan dan masalah proses
pembelajaran secara formal. Mereka dapat menenangkan fikiran
untuk mengingati dan menghafal buku-buku pelajaran. Jiwa
pelajar akan menjadi tenteram dan terhibur apabila menghadiri
sesuatu perkhemahan. Jiwa yang damai akan melahirkan
peribadi yang mulia dan kewarasan berfikir.
8.0 Pengurusan dan Pentadbiran

8.1 Prosedur Penubuhan Kor Sispa

Untuk menubuhkan Kor Sispa, prosedur berikut hendaklah dipatuhi:

8.1.1 Pusat Kokurikulum atau Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPT perlu membuat permohonan
bertulis dengan mengemukakan surat dan borang permohonan yang telah disokong oleh
Naib Canselor / Presiden / Rektor / Ketua Eksekutif IPT kepada Pengarah Angkatan
Pertahanan Awam Negeri (PPAN) dan satu salinan kepada KPM. Bagi penubuhan Kor
Sispa pada peringkat cawangan IPT, kelulusan perlu diperoleh daripada IPT induk terlebih
dahulu.

8.1.2 Pihak IPT perlu mengemukakan usul penubuhan Kor Sispa untuk kelulusan pihak
Senat / Lembaga Pengarah / Pengurusan Eksekutif / Presiden.

8.1.3 Permohonan daripada IPT akan dinilai, diproses dan disokong oleh PPAN
berdasarkan keperluan Kor Sispa IPT, kemampuan kewangan, pejabat pengurusan, logistik,
peralatan dan jurulatih sebelum dimajukan kepada IPPA untuk kelulusan dan rekod.

8.1.4 Sekiranya permohonan tersebut tidak disokong oleh PPAN, surat maklum balas
permohonan penubuhan Kor Sispa perlu dikembalikan kepada pihak IPT berkenaan.

8.1.5 Permohonan yang berjaya perlu dimaklumkan oleh IPPA secara bertulis berserta sijil
penubuhan kepada PPAN yang berkenaan dan satu salinan surat makluman akan dihantar
kepada KPM.

8.1.6 PPAN akan memaklumkan kelulusan permohonan kepada pihak IPT.

8.1.7 Permohonan penubuhan Kor Sispa adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti
berikut:-

a. IPT yang diiktiraf dan berdaftar di bawah KPM.

b. IPT yang menawarkan program pengajian dengan pelajar yang mengikuti pengajian
Ijazah Sarjana Muda yang diktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

c. Menawarkan sekurang-kurangnya DUA [2] jam kredit mengikut perancangan setiap IPT.
8.2 Tadbir Urus Kor Sispa

Tadbir urus Kor Sispa distrukturkan kepada empat peringkat jawatankuasa seperti dalam
perkara 2.3.1 hingga 2.3.4. Empat peringkat jawatankuasa ini merangkumi Jawatankuasa
Dasar pada peringkat kebangsaan, Jawatankuasa Pengurusan Kor Sispa, Jawatankuasa
Kerja Ajutan dan Jawatankuasa Peringkat IPT. Struktur tadbir urus Kor Sispa adalah
ditunjukkan dalam Rajah 2.2.
8.3 Tugas Dan Tanggungjawab

8.3.1 Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (IPPA)

I. Menerima dan mengesahkan penubuhan Kor Sispa, Pegawai dan anggota Kor
Sispa.
II. Merancang peruntukan belanjawan Kor Sispa.
III. Merancang dan menyedia perolehan peralatan dan logistik Kor Sispa.
IV. Melantik Pegawai Penyelia Kor Sispa atau pegawai yang bertanggungjawab di IPPA
Malaysia.
V. Meneliti cadangan lantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT dan
mengesahkannya.
VI. Mengeluarkan watikah pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu yang telah
dipersetujui.
VII. Merancang dan melaksanakan program-program Kor Sispa pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dengan kerjasama IPT.
VIII. Mengemas kini, mengesah dan menyebarkan dasar-dasar serta arahan tetap
mengenai pengendalian, pengurusan dan latihan Kor Sispa.
IX. Menyimpan rekod PKS yang diterima daripada APM negeri.

8.3.2 Angkatan Pertahanan Awam Negeri

I. Melantik seorang pegawai tetap APM sebagai Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT
sesebuah IPT untuk merancang latihan dan aktiviti. Kor Sispa peringkat negeri
dengan bekerjasama Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan Negeri.
II. Menerima dan menyokong penubuhan pasukan Kor Sispa.
III. Menentukan latihan dan aktiviti Kor Sispa berjalan dengan teratur.
IV. Mengadakan hubungan rapat dengan IPT berkaitan kegiatan Kor Sispa.
V. Menyedia dan memberi bantuan logistik, latihan dan penilaian kenaikan pangkat
PKS.
VI. Mengumpul, merekod dan menyimpan maklumat Pegawai Kadet dan aktiviti Kor
Sispa.

8.3.3 Kementerian Pendidikan Malaysia

I. Menetapkan dasar penubuhan dan perkembangan Kor Sispa dengan kerjasama


APM.
II. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa
Pengurusan Kor Sispa.
III. Mengeluarkan surat pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan
Penolong Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ajutan Kor Sispa.
IV. Bekerjasama dengan APM untuk merancang dan melaksanakan program Kor Sispa
pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
V. Meluluskan bajet tahunan pengurusan dan pelaksanaan program Kor Sispa kepada
IPT.

8.3.4 Institusi Pendidikan Tinggi

I. Memohon penubuhan pasukan Kor Sispa termasuk kampus cawangan.


II. Mencadang pelantikan Pegawai Kehormat / Bersekutu Kor Sispa IPT.
III. Menyelaras aktiviti-aktiviti Kor Sispa pada peringkat IPT.
IV. Menyediakan perancangan bajet tahunan pengurusan Kor Sispa.
V. Bekerjasama dengan APM Negeri untuk merancang dan melaksanakan program Kor
Sispa pada peringkat negeri.
VI. Menyediakan pejabat/tempat pengurusan Kor Sispa.
VII. Merekod dan menyimpan maklumat PKS dan menghantar ke APM Negeri.
VIII. Melapor aktiviti bulanan Kor Sispa kepada APM Negeri.
8.4 Tugas Dan Tanggungjawab Pegawai Kehormat, Bersekutu Dan Penyelaras Kor
SISPA IPT.

8.4.1 Pegawai Kehormat selaku Komandan

i. Memberi nasihat dalam aspek latihan dan bantuan daripada


pihak IPT dalam mengendalikan latihan serta meningkatkan pencapaian akademik
PKS.
ii. Bertindak sebagai Pegawai Pemerintah bagi pengurusan Kor
Sispa IPT berkenaan.
iii. Pegawai yang bertanggungjawab merancang peruntukan
kewangan Kor Sispa IPT.

8.4.2 Ajutan

i. Bekerjasama dengan Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT dalam


segala aspek pentadbiran dan membantu dalam aspek latihan.
ii. Mentadbir dan memantau segala urusan pentadbiran Pegawai
Penyelaras dan PKS.
iii. Memantau dan menyebarluaskan dasar-dasar yang dikeluarkan
oleh APM dan arahan Komandan.
iv. Menentukan dasar tatatertib dikemaskinikan dan dipatuhi oleh
PKS.
v. Bertindak sebagai Setiausaha semasa mesyuarat yang
dipengerusikan oleh Komandan.
vi. Menentukan semua Perintah Tetap dikemas kini dan mendapat
persetujuan daripada Pegawai Bahagian Pengurusan Angkatan APM Negeri dan
dipatuhi oleh Pegawai Bersekutu/PKS.
vii. Memberikan nasihat kepada Pegawai Penyelaras Kor Sispa
IPT tentang dasar-dasar yang dikuatkuasakan oleh IPT dari semasa ke semasa.
viii. Bertanggungjawab atas kebajikan PKS di IPT.
ix. Menjaga hubungan dengan lain-lain badan beruniform atau
agensi luar untuk mendapatkan bantuan latihan dan pentadbiran.

8.4.3 Pegawai Pentadbiran

i. Mengurus semua aspek rekod yang melibatkan sumber pejabat dan personal.
ii. Berhubung dengan pihak IPT dalam semua aspek pengurusan pentadbiran.
iii. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan keseluruhan Kor Sispa.
iv. Bertanggungjawab kepada Komandan dalam hal-hal pentadbiran.

8.4.4 Timbalan Komandan

i. Bertanggungjawab mengurus semua aspek latihan, pentadbiran


ii. dan logistik melalui bantuan daripada pegawai-pegawai yang
dipertanggungjawabkan.
iii. Membantu menjalankan tugas Pegawai Pemerintah dalam aspek pemerintah,
pentadbiran, kawalan dan perhubungan.
iv. Mendelegasikan apa-apa keperluan, tugas kepada mana-mana pegawai yang
difikirkan perlu.
v. Menjadi perantara antara Kor Sispa dengan pihak IPT dalam semua aspek.
vi. Menentukan latihan PKS dapat dijalankan dengan lancar dan mengikut jadual latihan
seperti yang telah dikeluarkan atau ditetapkan.

8.4.5 Pegawai Latihan

i. Merancang dan menyediakan jadual latihan.


ii. Memantau pelaksanaan latihan dan aktiviti PKS berjalan mengikut jadual.
iii. Mengatur segala latihan dan aktiviti serta menyediakan perintah gerakan.
iv. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal latihan dan aktiviti.

8.4.6 Pegawai Akademik

i. Merancang dan menyediakan silibus.


ii. Menyampai dan mendapatkan penceramah untuk latihan PKS.
iii. Membuat kajian berkaitan subjek-subjek yang diajarkan.
iv. Menyelaraskan penyediaan kertas ujian serta mengurus pemeriksaan dan
pemarkahan.
v. Bertanggungjawab kepada Komandan / Ajutan dalam hal-hal akademik.

8.4.7 Pegawai Penyelaras Kor Sispa IPT (Pegawai Lantikan APM)

i. Bertanggungjawab berkaitan dengan taraf, mutu, kecekapan dan pentadbiran Kor


Sispa.
ii. Menguruskan pendaftaran keanggotaan Kor Sispa di IPT.
iii. Merancang dan menjalankan aktiviti Kor Sispa berdasarkan sukatan pelajaran / silibus
yang ditetapkan.
iv. Melaksanakan penilaian kemajuan pangkat PKS.
v. Menyediakan Laporan Berkala Kor Sispa.
vi. Menguruskan penyertaan PKS dalam kegiatan pada setiap peringkat.
vii. Menghadiri perjumpaan / mesyuarat / kursus yang berkaitan dengan Kor Sispa.
viii. Menguruskan logistik pasukan dan membantu jurulatih.
ix. Menguruskan mesyuarat panel tatatertib PKS.
x. Membantu tugasan Pegawai Bersekutu Pentadbiran, Pegawai Bersekutu Logistik,
Pegawai Bersekutu Latihan dan Pegawai Bersekutu Akademik Kor Sispa IPT.
9.0 Takwim dan Rancangan Aktiviti

9.1 Takwim
9.2 Aktiviti

Kawad Kaki
Ikatan dan Simpulan
Kursus Asas Pertahanan Awam
Pertolongan Cemas
Terima Kasih

You might also like